Sunday, January 18, 2009

MENANG SORAK KELILING BANDAR

Posting Ketiga - 10 malam

Siang tadi, saya berbual dengan seorang pemimpin wanita dari Pantai Timur yang menyatakan "kumpulannya" bekerja keras untuk memastikan calon BN mendapat tempat di hati pengundi.

Mereka "berkampung" di kawasan Wakaf Mempelam dan berusaha mendapatkan pelbagai maklumat termasuk masalah penduduk di situ.

Ada penduduk di kawasan berkenaan yang tidak mempunyai tandas yang sesuai..atau tiada longkang atau rumah yang usang. Sungguh menyedihkan.

Apapun, saya percaya ramai yang bekerja keras untuk memastikan calon BN menang.

Yang kerja kuat, tahniah. Yang tak kerja kuat, fikirlah apa kesannya terhadap tindakan anda itu - calon BN kalah.

Posting Kedua - 4 ptg

Ramai yang bertanya kepada saya mengapa BN kalah.

Ramai juga yang memberikan faktor menyumbang kepada kekalahan BN khasnya UMNO.

Bagi saya, mereka mempunyai jawapan tersendiri. Jawapan itu bergantung di tahap mana kedudukan mereka sama ada sebagai petugas parti, pemerhati, pengkaji dan penganalisis politik, mereka yang cari makan, pelobi politik, pencacai, pemimpin tulen ataupun "pengarah" kempen tidak rasmi.

Oleh itu tidak hairanlah alasan seperti berikut diutarakan:

1. Penyokong BN tidak keluar mengundi.
2. Jentera parti tidak bergerak berbanding lawan.
3. Faktor calon berbanding calon lawan.
4. Penolakan penduduk Terengganu kepada projek besar.
5. Kemelut ekonomi yang memberi tempias kepada negara.
6. Kemelut politik dalaman UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
7. Kekecewaan penyokong arwah Dato' Razali Ismail - beliau diketepikan. Tidak terpilih menjadi G7. Betul ke?
8. Ada pemimpin yang datang ke KT tetapi sebagai pelawat. Ada juga yang bermain golf di Ibai Golf Club. Salah ke? Mungkin ketika waktu berehat kot.
9. Ada pemimpin yang hisap cigar di lobi hotel seolah-olah tidak memperdulikan orang yang lalu lalang di lobi hotel. Salah ke?. Berlagak ke? Saya pun hisap cigar. Tetapi yang dibeli pada harga murah di Langkawi. Itupun isteri tolong beli. Ada orang kata saya hisap curut. Curut pun curutlah. Itu yang sesuai dihisap selain gudang garam.
10. Ceramah lawan yang menambat hati.
11. Propaganda lawan yang menjadi.
12. Sikap penduduk KT semula jadi yang suka bertukar-tukar dalam pemilihan parti.
13. Faktor lain?

Posting Asal - N90 - 9.23 pagi (lapangan terbang sultan mahmud)

Tahniah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sesungguhnya itulah pilihan pengundi KT yang mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Malam tadi mereka bersorak keliling bandar merayakan kemenangan calon kesayangan.

Tahu ke apa yang disorakkan?

29 comments:

Anonymous said...

Datuk,

Apa nak buat dah memang nasib! Parti kerajaan persekutuan kalah selalu, sejak pilihanraya umum lepas hingga piliharan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu, jatuh ke tangan lawan. Macam pasukan bolasepak yang dulu kuat sekarang nampak lemah.

Saya tidak tahu sebab sebenar kekalahan itu tetapi keputusan pengundi dipengaruhi oleh isu dunia, kemanusian, hak dalam perlembagaan persekutuan, dan parti Umno itu sendiri.

Mereka harapkan Umno terus hidup, menjadi hero tetapi Umno penakut dan tidak melawan. Umno kena berhenti dari banyak memberi muka. Jangan banyak cakap daripada nak bertindak seperti isu pemilikan tanah 999 tahun di perak.

UMNO masih tidak berhenti bermuka-muka mengambil hati pengundi minoriti dengan memberi kemudahan yang bukan-bukan, kelonggaran yang melampau, takut menghukum dan memberi keistimewaan yang keterlaluan, malahan masa itu UMNO sampai ke tahap sanggup meletakkan calon bukan UMNO di kawasan mejoriti melayu.

Umno kena berhenti dari menimbulkan kemarahan ahli-ahlinya seperti Isu Bahasa Inggeris dalam Mata Pelajaran Mathematic dan Sains

Sepatutnya kerajaan jangan lagi suka umumkan projek-projek pembangunan kendalian ICU-JPM di setiap kali pilihan raya kecil, kerana strateji macam ini sudah ditafsirkan sebagai gula-gula dan pembohongan.

Manusia memang bosan kalau banyak cakap mengenai keadaan sebenar dirinya seperti kemeskinan, kenaikan harga barang, dan pembuangan kerja oleh kilang-kilang. Sebaliknya manusia memerlukan satu pelarian dari masalah seperti dengan menonton cerita hidustan, power rangers, batman, combat dan lain-lain.

Manusia juga suka dan berminat dengan manusia hero, sebab itu dulu Umno suka menaikkan nama seseorang itu menjadi hero(diwa) seperti yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir, Tun Razak dan Tengku Abdul Rahman, sehingga hero-hero itu sangat dikagumi hingga sekarang.

Tetapi Umno sekarang tidak mencipta hero lagi, walaupun hero itu ada, kerana mungkin disebabkan Umno lupa peperangan saraf tersebut, sedangkan cara saikologi itu amat berjaya seperti berjayanya Show Brothers dengan P. Ramle, Asro dengan Mawi dan TV3 dengan Mahathir Lokman dan Wan Zaleha Radzi.

Sepatutnya UMNO jangan lepaskan peluang menggunakan isu cantik dan berpotensi untuk menang seperti dasar pertahanan, dasar luar dan strateji ekonomi negeri, kerana situasi sekarang rakyat termasuk kanak-kanak lebih sukakan cerita pahalawan dan hero-heroan, bertambah lagi dengan kekejaman Israel di Palestin.

Kehadiran ramai anggota polis yang keterlaluan, kemudian polis banyak cakap dari membuat kerja meningkatkan kebencian (anti-establish).

Jentera kerajaan seperti RTM, ICU-JPM, Kementerian Luar Bandar, JASA, JAKIM dan lain-lain lebih menyebok mengacau calon dari menolong, sebaliknya Jabatan Penerangan Malaysia macam banyak lepas tangan.

Umno kena ingat parti-parti di Malaysia sudah berpayung kepada dua tentangan iaitu Pakatan Pembangkang dan Barisan Kerajaan mejadikan masing-masing mempunyai kekuatan. Berbeza kalau banyak parti tetapi tidak beberapa kuat.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Sorak kat umno yang dah tak releven.

Unknown said...

Bukan senang nak menang.Mereka "deserve" untuk berarak.
Bila kalah jangan hukum rakyat. Hukumlah mereka yang di dalm UMNO yang membuat rakyat jelak dengan gelagat pemimpin UMNO.
Rakyat KT diumpan dengan bakal calun akan jadi Tim Menteri kata Najib- kata rakyat KT "apa besar sangat ke Tim Menteri?". Rakyat diumpan dengan pembangunan pun mereka tak hairan.
UMNO berhak kalah dalam pilihanraya ini kerana UMNO telah mencantas Dato' Razali Ismail semasa beliau masih hidup.
Tolong Datuk Najib kaji - "BUKAN SEMUA CALUN YANG DISUKAI UMNO AKAN DISUKAI RAKYAT".Untuk menang di dalm UMNO kena pakai wang dan politik wang tetapi untuk menang dlm pilihanraya calun kena ikhlas,bersih,tidak angkuh,tidak hippokrate, bermuka-muka,bergentayangan dgn kereta mewah.
Wajah Wan Farid dlm Mingguan Msia nampak tunduk sedih. Wan Farid harus dilatih berpolitik dan hanya layak bertanding pada pilihanraya 2013.

Unknown said...

Bukan senang nak menang.Mereka "deserve" untuk berarak.
Bila kalah jangan hukum rakyat. Hukumlah mereka yang di dalm UMNO yang membuat rakyat jelak dengan gelagat pemimpin UMNO.
Rakyat KT diumpan dengan bakal calun akan jadi Tim Menteri kata Najib- kata rakyat KT "apa besar sangat ke Tim Menteri?". Rakyat diumpan dengan pembangunan pun mereka tak hairan.
UMNO berhak kalah dalam pilihanraya ini kerana UMNO telah mencantas Dato' Razali Ismail semasa beliau masih hidup.
Tolong Datuk Najib kaji - "BUKAN SEMUA CALUN YANG DISUKAI UMNO AKAN DISUKAI RAKYAT".Untuk menang di dalm UMNO kena pakai wang dan politik wang tetapi untuk menang dlm pilihanraya calun kena ikhlas,bersih,tidak angkuh,tidak hippokrate, bermuka-muka,bergentayangan dgn kereta mewah.
Wajah Wan Farid dlm Mingguan Msia nampak tunduk sedih. Wan Farid harus dilatih berpolitik dan hanya layak bertanding pada pilihanraya 2013.

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Mereka sorak pada BN kerana hilang satu lagi kerusi parlimen yang sepatutnya dipertahankan. Telahan mereka menjadi lagi... dan lagi... dan lagi...

Bagi BN pula sesuai diibaratkan "Menang Sorak Kampung Tergadai" sebab P.036 - Kuala Terengganu adalah kawasan yang seharusnya dikekalkan di bawah BN malangnya terlepas lagi, "Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Keciciran".

Tak wajar kita ucapkan takziah kepada BN sebaliknya tahniah lebih sesuai kerana angkara para pemimpinnya yang terlebih cerdik. Kata pepatah lagi, "Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut" maka inilah jadinya.

PEMUDA PELAPIS

Anonymous said...

beubahlah tiger
jangan jadi dinasaur pulak nanti
dah kalah terimalah realiti
jangan jadi sore loser
jangan lebih sudu dari lauk
lebih pemberita dari umno
takdir dah tuhan nak kau kalah

pulasperut said...

aku rase diorang tahu ape yang diorang sorakkan. yg aku heran nye, org UMNO ni th ke sape yg diorang calonkan? kalo dah spupu wan farid sdiri pun taknak tlng kempen untuk beliau, korang faham ke ape maknenye? spupu die tu orang krajaan, bkn nye org PAS. entahlah.. pikir-pikir lah..

JJ said...

salam tok rimau,

saya percaya orang kt tahu apa yang mereka sorakkan! mereka sorak untuk kemenangan kpd calun PILIHAN mereka. mereka sorak untuk masa depan yang lebih cerah buat kawasan parlimen yang sisayangi. mereka sorak kpd yang HAK untuk menjaga kt. mereka sorak kerana mesej kpd kerajaan yang 'membersihkan' wang ikhsan minyak dgn program sukan monsoon cup(yang tak memberi fadeah kpd rakyat terengganu) telah diterjemahkan oleh rakyat marhaen kt melalui pilihanraya ini.

terim kasih tok kerana telah memperlihatkan gambar2 rumah rakyat marhaen kt yang kecil2, rapat2 dan buruk2 belaka. inipun telah banyak memberi kesedaran kpd pengundi siapa calun yang akan membela nasib rakyat marhaen....ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!

LIMAUDONG said...

Salam DIY

SORAKKAN ITU ADALAH ' sorakkan' MEMINTA PERTLONGAN DARIPADA KERAJAAN PUSAT SEPERTI PEMBANGUNAN, KEMAJUAN, KEWANGAN. KESELAMATAN DAN LAIN-LAIN

Anonymous said...

Salam,Tok,Hormatilah hak mereka sebagai pengundi.Saya pun terasa akan kekalahan ini dari awal tetapi yg peliknya ramai repoter yg masih nak cover line (bodek bos).Jgn ingat rakyat masih tido..
BN akan sentiasa hormati hak org inikan demokrasi...tks

Zaidil Ripin said...

Salam Datuk Bro Tiger ...
Senang je kalau nak buat jahat... tarik balik projek pembangunan. Biarlah rakyat KT tertinggal dari arus pembangunan. Jangan salahkan kerajaan Persekutuan. Rakyat KT lebih suka PAS. Biarlah PAS yang bangunkan KT. Itupun kalau boleh. Kalu tak dapat pun boleh minta tolong dengan Kapal Singh... Rakan Keras PAS.

apeks said...

14) Rakyat dh bgun dri tdo (muak dgn janji2)
15) Demokrasi

p/s: sbhagian drp pndgan saya

Anonymous said...

Apa yang disorakkan mereka?
Mereka sorak sebab mereka menang.
Kalau kalah?
... mungkin pengundi hantu
... mungkin rasuah SPR
Apa-apa pun PAS menang dengan cemerlang atas usaha keras jenteranya, mereka ada sebab untuk gembira..

antianwaribrahimdotcom said...

UMNO BN kena buah bedah siasat pada krisis dalaman!

setuju dengan komen WAK DRAMAN...

tok janggut said...

Salam Datuk,

Andai kata Pilihanraya UMUM diadakan sekarang saya pasti Terengganu akan jatuh ke tangan pembangkang(PR).

Saya tak tahu golongan tua, tetapi daripada reaksi golongan muda(sebaya dengan saya) mereka sangat benci kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Saya tak tahu kenapa. Bila ditanya kenapa perasaan benci itu egitu kuat sekali. Katanya pemimpin UMNO "agah". Datuk tahu apa itu "agah". Agah bermaksud angkuh, sombong, nak tunjuk kuat, berlagak macam bos dan seumpamanya lagi.

Namun perangai-perangai sebegitu hilang bila tiba pilihanraya. Mereka bertukar umpama pijak semut tak mati. Namun rakyat sekarang bukan lagi bodoh seperti rakyat dahulu. Mereka sudah cerdik, mereka sudah pandai menilai perangai manusia. Mereka sudah belajar ilmu sosiologi manusia datuk.

Dan kalau pilihanraya kecil diadakan di DUN Kijal, saya boleh gerenti, Mat Said juga akan kalah. Banyak lagi yang boleh dipertikaikan tentang kelemahan BN. Namun saya masih lagi penyokong UMNO. Undi saya masih lagi untuk UMNO.

Kepada golongan bangsawan UMNO, ubahlah lagak pendekar anda. Gerak tari anda begitu sumbang di mata rakyat.

Anonymous said...

Dato, "La Tahzan" Ayoh bermuhasabah,Dgn niat yg ikhlas menang atau kalah bukam masalah.Yg penting tingkatkan kerja,insyaAllah berjaya disatu masa. Kiff.

Anonymous said...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

antidrM said...

Ha..ha...Tiger...

Calon BN salah.... Kenapa tak letak Dr M...

Kalau letak Dr M sebagai calon tentu BN menang...

Maklumla Dr M kan pejuang Bangsa, Agama dan Negara....he..he..gelinye....

Apa yang dia sorakan?...jawapanya ialah.....Sorak kerana minta Dr M selamatkan UMNO/BN....he..he...

Anonymous said...

banyak faktot yang membuatkan BN kalah.tapi kalau dilihat dari sudut lain,maknanya SPR dan BN tak berpakat untuk bagi BN menang sebab PAS yang menang!.jadi disebabkan PAS yang menang maka isu pengundi hantu "lenyap" begitu sahaja!.

mungkin calon BN kali ini tak kuat atau tidak terlalu menonjol.tapi ada banyak lagi sebab yang menyebabkan BN kalah.tentang hudud pula,itu satu sebab yang kecil.perbalahan dalam UMNO juga punca BN boleh kalah.

Anonymous said...

to tiga sungai.... itu lah mentaliti umno!!! macam mana nak maju dan di terima rakyat kalau hanya turun padang bila time nak pilihanraya saja...bukan saya nak perkecilkan tiga sungai, tapi ini lah hakikatnya.. saya faham perasaan tiga sungai dan juga rakan2 dalam umno yang telus dnegan perjuangan sebab saya pun orang umno. seperti yang berlaku di kt ni, apakah ianya merupakan tanda semakin dekat dnegan kehancuran BN pada pilihanraya umum nanti? la gi satu, saya rasa peranan media yang terlalu berat sebelah dalam memberi liputan di kt juga antara faktor...terlalu banyak cerita wan farid, sedangkan hanya sesekali calon pas di hilite kan...itu pun negatif side. rancangan khas rtm yang dikendalikan hanafiah man tu pun tak relevan, mengarut tak tentu hala...saya berpendapat masyarakat sekarang ni hanya tengok berita tv3 mahu pun rtm(yang tak tau bahasa mana utama)tapi tak percaya.. mereka lebih suka mengkaji menerusi internet dan first hand info....

Anonymous said...

Tiga Sungai
Kalau nak buat Jahat - memang dah jahat pun
Semasa Pas memerintah Terengganu ,Royalti minyak yang menjadi hak negeri Trg dirampas

pulutkuning

Anonymous said...

Salam Datuk,

Analisis yg mudah dan simple ... orang2 KT suka kepada calon tempatan yg dekat di hati rakyat ...

Dikatakan calon PAS adalah orang yg mudah mendekati rakyat, selalu berjumpa dengan rakyat, tanya khabar, boleh belanja minum dan borak2 ...

Org2 KT tak suka orang luar atau pun orang yg elit yg susah mendekati orang bawahan ...

Dilihat kepada calon, nampaknya pengundi di KT melihat calon BN nampak agak elit disamping jarang dilihat bersama2 penduduk KT ...

antianwaribrahimdotcom said...

sekiranya PRU diadakan saya jangka BN akan kalah sekiranya mereka masih besifat sombong dan meninggi diri.

rakyat tidak lagi mahu digula-gulakan. asal ada pilihanraya, masa tu jugak banyak projek siap dan bertambah2.

orang tempat lain bila tengok cara kerajaan bekerja macam tu, mereka akan ikut rentak tu jugak. maksudnya, rakyat boleh gertak untuk undi pembangkang untuk dapat rpojek di kawasan mereka. hah, masa tu kerajaan akan cepat ambil tindakan. kalau tak, bertahun2 tak kan siap!

wahai wakil rakyat bn, sedarlah! fikir2 kan lah!!!!!

Anonymous said...

Salam...
Betul kata Tiga Sungai, tarik balik aje projek pembangunan yang akan diberikan tapi Parlimen KT tetap kepunyaan PAS. Kita kene akur pilihan rakyat KT.

Semua alasan yang Datuk berikan tu semua nya benar. Mngkin juga ada yang datang ke sana untuk melobi. Pengundi Luar tidak balik untuk mengundi. Pernah kah kita terfikir semasa PRU 12, ramai pengundi2 yang tidak dapat wang tambang seperti di janjikan dan kebanyakan nya tidak tahu mengenainya. Dimana kah perginya peruntukan tersebut? Semasa ceramah, mengapa perlu di bawa kes Anwar pada hal semasa permatang pauh pun semua penceramah telah di ingatkan supaya hanya membawa isu-isu ekonomi, pembangunan, pembelajaran dan berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan. Kejadian ini berulang lagi. Isu-isu pihak pembangkang jarang ditepis olih penceramah. Semasa PRU 12 di Pahang, pembangkang mengatakan, Undi BN semua naik, harga minyak naik, harga barang naik tapi pihak BN pandai menepis, cuma menambah gaji pun naik. Walau pun hanya sepotong ayat ditambah ia memberi makna yang besar. Pemimpin BN terutama UMNO harus mengubah sikap dan pendekatan mereka terhadap rakyat.

Kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd. Abdul Wahid Endut, saya ucapkan tahniah di atas kemenangan dan konsep/prinsip 3K dan 1H.

Bourne said...

ni lah dato kalau dah tak nak dengar alsan dan saranan pemilih. bongkak diri ingat yang diri sendiri masih utuh diatas. yang calon dipilih atas kertas dua muka antara anak dengan bapak. umno tak terlibat secara langsung cuma menjadi tukang endorse saja.

kalau dah calon meyombong, makan nasi sebelah meja tak tau nak tegur pemilih cuma masa mengundi baru nak bermuka muka takat bongkak dengan bmw putih 5 series pakai drebar ajalah.


orang kt dari kl semua banyak tak balik, wan farid menyombong sape nak tolong. itulah jawapan org kt di kl dato'.

lu pikirlah sendiri.hahahahaaa pandai lak kepala badwi cepat cepat pegi midle east takut kena pelakung... hampeh

WAK SAPU said...

Wak mempunyai gerak rasa yang berbeza daripada kawan-kawab yang lain. Wak meramalkan jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat, Selangor dan Perak akan kembali kepada BN. Kedah masih kekal kepada PAS tetapi majoriti PAS akan sedikit merosot. Penang masih dalam kawalan DAP tetapi UMNO akan dapat kerusi lebih di DUN. BN akan tetap memerintah Malaysia dan akan mencapai dua per tiga kerusi. Tak picaya ke??? Tunggguuuu.......

antianwaribrahimdotcom said...

kepada WAK SAPU...

kalau benar ramalan wak sapu, kami di sarawak sangat mengalu2kan.

isu utama kami di sarawak ialah isu pembangunan.

rakyat sarawak penyokong kuat bn tidak mahu dicampur aduk dengan masalah di semenanjung.

KAMI MAHU PEMBANGUNAN!

rayliew said...

RAKYAT SARAWAK TIDAK MAHU PKR DAN PAKATAN RAKYAT MEMBUAT KACAU DI NEGERI YANG MAKMUR INI. Sudahlah kepimpinan PKR negeri diambilalih oleh pemimpim dari semenanjung, apakah pkr tiada pemimpin tempatan yang boleh memimpin...ada MUSLIHAT besar ni..

rayliew said...

Walaupun BN kalah dalam PR KT atas pelbagai sebab, namun BN telah dapat menarik dan mengekalkan sokongan pengundi Cina...