Monday, January 12, 2009

ISRAEL KE TRIBUNAL PENJENAYAH PERANG

Marilah kita menggesa dunia agar menubuhkan satu tribunal perang untuk membicarakan jembalang dunia seperti George Bush dan Ehud Olmert serta pemimpin Israel lain.

Mereka ini adalah manusia zalim yang memang seronok melihat darah rakyat Palestin mengalir di bumi mereka.

Marilah kita mengheret mereka ke tribunal jenayah dengan bukti-bukti jelas kezaliman mereka membunuh terutama orang awam.

Israel berlindung di sebalik alasan untuk mempertahankan diri dari serangan Hamas. Mereka dilindungi Amerika Syarikat dan sekutu lain yang takut dengan pelopi Yahudi.

Jika anda amat membenci jembalang dunia terutama Yahudi, marilah kita bersama-sama menyatakan rasa meluat dan menyampah terhadap tindakan Zionis ini yang gemar "meratah daging" rakyat Palestin dan menunjukkan keangkuhan mereka. Mereka juga memaparkan seolah-olah tidak takut dengan PBB atau usul yang dikemukakan.

Keduanya, jika diwujudkan satu pasukan keamanan dunia untuk membantu rakyat Palestin, ayuh.... rakyat Malaysia yang mempunyai kekuatan diri untuk menawarkan diri menjadi tentera yang sedikit sebanyak boleh menyekat kemaraan Israel.

Petang ini pun, satu Sidang Parlimen Khas diadakan untuk mengutuk Israel dan kita mengucapkan syabas kepada Ahli Parlimen baik kerajaan atau pembangkang yang bersatu hati mengecam rejim zionis ini.

13 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Tetapi bagimana? Tribunal jenayah perang? sedangkan Liga Arab pun masih bermain tarik tali..???

HAMAS, FATAH.. HISBULLAH...

panglimapitas said...

Salam..
Kalau dibri peluang dan di izinkan Allah s.w.t saya adalah di antara yang ingin mengangkat senjata untuk menyerang rejim Israel itu.. aku akan hancurkan bumi Israel tuh...

Azuan wan said...

Bekas Pemimpin UMNO & Mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohammad ajak kita boikot barangan Amerika...
bolehkah kita tak makan kentucky fried chicken, McD, Pizza dan sebagainya. Mereka yang merokok terpaksa tinggalkan rokok.

Pemimpin Pemuda PAS pula,YB. Salehuddin Ayob ajak kita berdemo anti israel. & amerika.
Pemimpin pemuda UMNO, YB. Dato Hishamuddin Tun Hussein juga ajak murid sekolah demonstarasi di KT.

Bagus juga kalau kita ikut serta tetapi kalau difikirkan 'ponek badan' dan mengabehkan boreh jo!
Kalau Tuhan nak beri pahalapun cuma sedikit - yahudi ketawa juga.

Tetapi tahukah anda
Setakat ini tidak ada pemimpin negara menyeru kita yang beragama Islam menunaikan solat subuh berjamaah melebihi jemaah solat fardu jumaat.
Sekiranya ada satu mesjid didalam dunia ini yang boleh melaksanakannya barulah yahudi boleh kalah, kalau tidak jangan mimpilah.

Mengikut teori sebenarnya kita mampu buat sebab solat jumaat untuk kaum lelaki saja tetapi solat subuh boleh disertai kaum wanita(muslimat). Dengan itu bilangan jemaah tentu lebih ramai.

Kalau kita boleh buat yang ni barulah yahudi boleh kalah...
kita pun dapat banyak pahala sebab solat subuh berjamaah..! Umpama beribadat sepanjang malam. Betul tak?

Akan menjadi sunahtullah bahawa peperangan yang terakhir didunia ini adalah peperangan antara Islam dan yahudi, dimana kemenangan untuk umat Islam membunuh
Orang yahudi. Sehinggakan diriwayatkan rimbunan pokok-pokok dan batu-batu akan berkata kepada orang –orang Islam bahawa disini ada yahudi bersembunyi.

Umat yahudi memang mengetahui perkara ini. Bayangkanlah mereka mengenali Rasul
akhir zaman (Muhammad SAW.) dan Al’Quran seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Tetapi telah menjadi sunahtullah juga bahawa mereka golongan yang ingkar. Nabi-nabi pun mereka bunuh inikan pula orang Palestin.

Oleh yang demikian kita tunggu mana-mana pemimpin negara khususnya, pemimpin UMNO, PAS atau PKR yang terbuka hati menganjurkan solat subuh berjemaah ini eloklah kita turut serta. Seharusnya kita solat dulu barulah memboikot barangan yahudi & amerika, berhenti merokok dan berdemonstrasi jalanan..

Ninja Turtle said...

Saya bersetuju dengan penubuhan Tribunal Perang Khas untuk Peperangan di Gaza dan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini diadakan khas untuk membahaskan isu yang sedang berlaku di Gaza sekarang ini. Tribunal Perang ini akan menimbang sejauhmana kebenaran pihak Hamas dan Israel yang menyebabkan trajedi berdarah di Gaza ini berlaku yang setakat ini mengorbankan banyak nyawa terutama di kalangan orang awam.

PBB pula harus memainkan peranan dalam memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat antarabangsa. Pada pendapat saya, selagi ada kuasa VETO PBB tidak mampu berfungsi dengan sepatutnya.

Buat masa sekarang sama-samalah kita berdoa agar perang ini dapat dihentikan dengan segera untuk mengelakan lebih banyak nyawa terkorban.

Anonymous said...

Brother,

Siapakah bekas Menteri yang sibuk nak bertanding untuk jawatan naib presiden Umno, tetapi sedang bercuti di Bahamas sekarang ni?

Pemimpin-pemimpin Umno lain sedang sibuk berkempen untuk Calon Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, tetapi bekas Menteri ni sedang bersantai dengan ahli-ahli keluarganya di Kepulauan Bahamas yang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Yang lain sibuk berkempen siang-malam, sipolan ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Alangkah bahagianya hidup.

Perwakilan Umno patut menolak pemimpin seperti ini. Sudah banyak sangat kes sipolan ini. Batu dan kayu sahaja yang sipolan ini tak makan, yang lain habis dimentedarah...

Pantun untuk Dato' Seri Najib:

Bercerai sudah bertalak sudah
kasih sayang ditelan waktu
Mencuri sudah, meraba sudah
Takkan nak simpan sipolan begitu.

January 13, 2009 1:43 AM

Anonymous said...

Bekas mantan PM menyeru semua umat manusia yang cintakan keamanan supaya memboikot barangan buatan Zionis, Yahudi dan Amerika Syarikat. Saya cadangkan kempen ini perlu dimulakan secara berterusan selama 5 tahun @ 10 tahun @ selama-lamanya.

Kempen yang berterusan boleh menyebabkan Amerika syarikat menjadi negara pengemis.
Biarkan bangsa yahudi Amerika menjadi cacing kepanasan di bumi Amerika.

Selepas itu, lancarkan perang jihat secara berterusan di bumi Yahudi. Abaikan pandangan PBB yang menyeru kepada "keamanan" di bumi Yahudi.Tetapi jihat mesti diteruskan sehingga bangsa Yahudi kehabisan peluru, makanan dan bekalan air.
Biar pun para pejuang Islam terpaksa menggadai jutaan nyawa. asalkan bangsa Yahudi dipadamkan dari peta dunia.

Disini dikemukakan beberapa persoalan...
Boleh ka... Kita membunuh bangsa Yahudi walaupun mereka berada di Malaysia?.
Adakah halal darah bangsa Yahudi seperti mereka menghalalkan pembunuhan manusia kerana mereka juga menganggap membunuh manusia mendapat pahala?



ADAM AMIN
(Jerlun, Kedah)
-Kini umat Islam, seolah-olah berada dikandang pesalah.... hasil percaturan bangsa Yahudi-

bungaraya said...

Minta maaf Datuk, Saya bimbang belum apa-apa Hamas dah isytiharkan kekalahan mereka. Melihat kerakusan Israel tidak mustahil mereka akan mencapai kemenangan sedikit masa lagi. Saya bertambah khuatir jika Israel akan gila babi lalu membunuh Hamas sesuka hati tanpa balas kasihan.
Sedangkan kita di dunia sebelah sini hanya membantu dengan perlahan dan tanpa Ohhmmm. Di Afhgan. tenaga islam telah mula di rekrut untuk sahid di Palestine.
Kita sini hanya hero sahid bersuara sahaja atas alasan kita jauh dan tidak mampu. Umat melayu adalah yang paling ramai sialm diatas muka bumi ini. Drp hidup tak keruan di Selatan Filipina, Selatan Thailand, Di bawah jambatan diJakarta itu, kenapa tidak mengambil peluang mati sahid di Palestine. Takutkah?

Anonymous said...

Datuk,Usah hairan kalau Yahudi dan sekutu nya Amerika bersekongkol menghancurlumat warga Palestin.Ini lah rupa umat angkuhsombong yg pernah membunuh para nabi dan rasul spt tercatat dlm Al Quran.Yg di musykilkan kenapa negara Arab spt Mesir dan Arab Saudi seolah olah mati kutu dan tidak miliki sekelumit perasaan.Nak buka pintu sempadan nak tunggu arahan US dulu ke?Berbulu betul dan bengang sungguh dgn puak puak Arab ni.Dah sampai masa Malaysia,Brunei dan Indonesia take the lead..We do something. Kiff

Anonymous said...

Kenapa tak kecam MESIR kerana tutup sempadan kepada warga PALESTIN??

Anonymous said...

Salam Datuk,
Dikhabarkan tentera israel laknatulLah mengunakan peluru yang terkandung di dalamnya fosforus yang mana apabila peluru ini menembusi badan manusia, serbuk fosforus di dalam peluru tersebut akan membakar daging-daging dan tisu-tisu badan manusia. Konsepnya, menyeksa dulu baru membunuh. Lihatlah betapa kejamnya mereka menyeksa secara senyap...

antianwaribrahimdotcom said...

kenapa anwar laknat malu2 kucing nk kutuk amerika syaitan dalam parlimen?

kutukan anwar laknat masih berlapik, tak nak berterus terang.

anwar laknat tak nak maki hamun amerika syaitan sbb amerika syaitan tu kawan karib dia.. bapak propaganda anwar laknat di bumi malaysia.

dulu anwar laknat berani kucam amerika syaitan bila serang vietnam.

la ni? apa ni bro anwar laknat...

tajudin said...

boikot habis-habisan produk berkaitan Yahudi dan kekalkan boikot sampai kiamat.

moga Allah buka hati dan semangat keberanian kepada pemimpin Arab terutama jiran Palestin yang berada dalam keadaan kecut dan kelu walaupun saudara sendiri dibunuh sebegitu rupa.

Anonymous said...

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.


Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran
copy from http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1534

tribuna apa nak di buat kat yahudi
kalau umat islam masih begini??????