Tuesday, January 27, 2009

TAKYAHLAH BERARAK ESOK

Timbalan Ketua Polis Negara, TS Ismail Omar, menasihatkan mereka yang ingin mengadakan perarakan haram atau turut serta beramai-ramai sempena pengkebumian A Kugan tidak berbuat demikian esok.

Perarakan haram ini, katanya, adalah perbuatan melanggar undang-undang negara dan pihak polis tidak ada pilihan lain melainkan bertindak terhadap mereka yang degil.

Perarakan haram itu sudah pasti tidak sihat untuk negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum ini.

Bayangkan apabila ada orang yang mengambil kesempatan daripada perarakan haram itu dengan menimbulkan suasana yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

Minta dijauhkanlah demi kepentingan negara ini. Jangan ikut emosi kerana polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati bersalah atau menyebabkan kematian Kugan.

Eloklah ikut nasihat polis itu.

12 comments:

Anonymous said...

betul nasihat kau tu. tak payah berarak. sebab kugan bukan anak engkau. kalau anak engkau macam mana.

Anonymous said...

saya suka mengingti bagaimana UMNO mula diragui perjuangannya apabila dia meletakkan calon bukan UMNO di Parlimen IJOK.

Orang UMNO bertambah marah lagi apabila UMNO(kerajaan) memberi muka kepada Hindraf, dan seterusnya membebaskan mereka yang telah mencedrakan polis. yang pada masa yang sama kerabat UMNO yang mengadakan demo di Trenggano terus di anak tirikan.

Hukuman kepada UMNO ialah pilihan Raya UMUM ke 12. Malah kerana masih marah dan luka, orang UMNO tak sangat membantu unuk permatang pauh dan kuala trengganu.

Hati yang luka belum luka, tiba-tiba TPM memberi derma kepada keluarga si mati ini.

Rasanya jika UMNO tidak menyedari hal ini, bungkus adalah sesuai untuknya nantil

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya simpati.

Saya juga sayangkan negara ini dan tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Elakkan sebelum ia berlaku. Yakinlah.

Tidak kira anak siapa, polis sudah berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bersalah selepas penyiasatan dilakukan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Hanturaya,

Dalam keadaan sekarang, lebih baik kita bertenang dan menyokong sebarang usaha mengendurkan ketegangan serta perbalahan yang tidak menguntungkan sesiapa. Sudah pasti TPM melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat dan negara. Jangan biarkan negara ini hangus menjadi abu kerana semata-mata mengikut perasaan dan emosi. Yakinlah.

Anonymous said...

Siapa A Kugan?

Kenapa Matan Menteri MIC Datuk Sri Samy Vellu nak sediakan 1000 peguam untuk orang india?

Kenapa polis tidak bertindak kepada ketua pertubuhan haram Hindraf mengeluarkan kenyataan, adakah hindraf sudah halal, boleh adakan aktiviti, boleh keluar kenyataan, boleh jadi ahli?

Lihatlah nanti, dalam youtube, dan lain-lain puak-puak itu akan gunakan google merakam perakan itu, untuk membunuh kewibaan polis.

SAYA SOKONG HANTU RAYA!

Quantum Metal Consultant said...

Jika perarakan itu boleh menyelesaikan masalah - silakan.
Jika perarakan itu membawa padah - terima dengan hati terbuka.

Carilah seorang dua sebagai penjamin perarakan boleh dibuat dengan aman dan selamat, jika gagal, sumbatlah penjamin itu ke lubang neraka.

Anonymous said...

Gempak!!!!!!

Blogger Angin Perubahan GAY!!!

Aku dpt maklumat dari sumber yang boleh dipercayai!!!!

Tunggu ...........................

Berita ini akan tersebar sedikit masa lagi!!!

Anonymous said...

Kenapa Pencuri, Penyamun dan samseng yang perlu dijulang sebagai hero?

Memang dia hanyalah orang disyaki dan belum sabit bersalah, tetapi menunjuk perasaan dalam hal ini adalah perbuatan untuk mengapi2kan isu perkauman antara india dan melayu. Sepatutnya kita melihatnya masalah antara Penguatkuasa dan suspek/penjenayah, maka dengan itu tak timbul soal nak berarak atau berdemo.

Kalau seorang pencuri yang baru disyaki mahupun dituduh apabila dapat ditangkap biasanya akan dibelasah teruk oleh security & orang awam (atau polis sendiri). Itu adatlah, biasalah. Samada dia melayu ke, cina atau india. Malah ada kes yang belum sampai ke polis pun dah mati 'suspek' itu dihentam orang ramai. Kata mereka mana ada pencuri yang mengaku dia pencuri, sebab tu kita hantam!

Lepas tu baru diserah pada polis. Buatnya penjenayah itu mati dalam tangan polis, kenalah polis tu. Jadi, tak adil bagi kita pulak cepat menghukum polis mendera tahanan dsbgainya.

Jika itulah yang dilihat maka, apa perlu demo ini semua? Untuk apa? Tak lain tak bukan isu ini hanyalah alasan sebagai modal untuk meniupkan sentimen perkauman. Saya tumpang simpati pada keluarga mangsa dan pengikutnya, mereka ini tak bersalah langsung hal ini, polis dan rakyat jangan pula merasa sangsi pada mereka.

Justeru saya tak megharap sangat tindakan akan diambil terhadap mereka (sebab dia takde kena mengena dengan aku), samada dia polis melayu ke india tak mengubah apa-apa, hanya yang pasti isu ini mengeruh keadaan dan menaikkan lagi tocang geng2 samseng di Malaysia.

Pihak Polis jangan patah semangat untuk menghapus terus mereka2 ini dari berleluasa dalam negara ini.

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Untuk apa nak ikut berarak.. yang diarak tu siapa.. anak raja,pejuang negara atau penjenayah/sampah masyarakat???

Kita ada undang2.. yang salah tetap salah.. kalau dia hindraf ke, MIC ke, IPF ke.. kalau salah,tetap juga salah...

Nak buat perarakkan untuk hormati simati...boleh, pergi tempat perkuburan, beri penghormatan terakhir tiada salahnya... tapi, kalau jomosamalah.. mangsa nikan tahanan polis... nak hormat apa, kalau diberi muka..dan tak sempat cekup awal... polis kita pula yang jadi mangsa, nak hormat apa pada orang yang melanggar undang2...MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT...kan Tok Rimau.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Let KUNDACULA REST IN PEACE

Anonymous said...

Polis silap besar.Kugan mati dalam tahanan dan Kugan hanyalah suspek dan belom lagi disabitkan bersalah.aku faham kalau kena guna kekerasan untuk dapatkan maklumat tapi kena perlu sampai dia mati?

walaupun Kugan seorang penjenayah sekalipun,dia tetap ada hak.tapi saya tak beberapa setuju Kugan dijulang sebagai hero.kenapa anggota Polis yang kena tembak dengan penjenayah tidak dijulang sebagai hero?

Unknown said...

takziah diucapkan kepada keluarga Kugan.semoga kematian "misteri" dia akan terjawap nanti didalam mahkamah.harapnya selepas ini tiada lagi kes tahanan mati semasa berada didalam kawalan Polis.

tapi kita jangan lupa pula pada mangsa-mangsa kes curi kereta.siapa pula yang membela mereka?.tahukah pernah terjadi kes di Shah Alam yang mana bukan setakat kereta dicuri tetapi tangan pemilik kereta tersebut telah dipotong oleh pencuri tersebut!!!

jadi siapa yang akan membela mangsa tersebut?