Pernahkan anda hilang kuasa? Ini yang akan berlaku kepada orang yang pernah berkuasa. Jika anda tiada kuasa sebelum ini, tiada apa yang akan anda rasa. Tetapi bagi orang yang pernah berkuasa, jika hilang kuasa pasti jiwa akan terseksa.
Ada orang hilang kuasa akan mengigau dan meracau. Mereka akan berusaha untuk memastikan kuasa itu tidak terus terlepas termasuk bertemu pihak tertinggi. Tuhan tidak mahu jumpa pula. Ketika pertemuan itu, pelbagai fitnah dan pembohongan akan berlaku. Tidak peduli dan sanggup membuat yang tidak betul. Apa daa...
Ada pemimpin yang tiada kuasa akan berusaha mendapatkan kuasa itu semula - walaupun dengan cara tidak betul mungkin membabitkan nyawa. Mereka terlalu taksub dengan kuasa kerana pelbagai sebab termasuk menjaga kroni atau tidak mahu hidup tanpa kuasa.
Apa pun kehilangan kuasa, seperti juga kehilangan kereta, satu peristiwa memeritkan.
Pada 20 Januari ini, George Bush akan hilang kuasa. Hilang kuasa sebagai Sherif Dunia. Beliau terpaksa menyerahkan kuasa sebagai Presiden Amerika Syarikat kepada Barack Hussein Obama, pemimpin hitam putih pertama yang dilantik. Bapanya hitam, emaknya putih jadi hitam putih bukan pemimpin kulit hitam. Pemimpin berwarna.
Oleh itu, kita berharap George Bush tidak mengigau dan meracau.
Mungkin meracau apabila dihadapkan ke Tribunal Jenayah Perang? Mungkin juga.
Wednesday, January 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sebelum manusia dicipta, malaikat berjumpa dengan Allah (untuk menyatakan pendapatnya).
buat apa manusia dicipta sedangkan aku yang dicipta kamu sudah menyembah KAU setiap masa? Sedangkan manusia dilahirkan sebagai pemusnah?
Allah hanya menjelaskan- itu bukan urusan kamu (malaikat).
Sdr,
pertama kali melawat blog sdr. tulisan yang menarik. teruskan dan ramai yg akan terus mengikutinya. Saya mengikuti. Blog saya; http://braveheart-blogger.blogspot.com
assalamualaikum tok rimau
rasanya obama nih pon tak byk beza dengan bush
rakyat gaza tetap juga diganyang setiap hari cuma mungkin laungan aje yang berbeza sorang kata serang sorang lagi kata mempertahankan diri
us dan israel lah penjenayah perang dan terrorist sepanjang zaman dan rekod mereka melakukan kezaliman amatlah ketara.vietnam iraq afgan
negara2 islam sudah sepatutnya menggunakan kekuatan mereka wang n minyak supaya tidak terus menjadi kambing us
yo lo doh... buleh jadi gilo iseng la...
Sewaktu berada dipuncak mereka yang taksub dengan kuasa akan leka dengan keasyikan kerana memiliki kuasa. Di celah kekuasaan itu mereka dihanyut dengan tindakan yang membuta hati yang akhirnya menjerut mereka kepada ujian yang tidak ada kehebatan kekuasaan melainkan dariNYA....
Teringat dengan kata- kata Tun Dr Mahathir...." Idea adalah Kuasa.....tanpa idea, Kuasa tidak ada gunanya....."
Salam Datuk,
Apa yang saya risaukan ialah jika Barrack Obama pun lebih kurang macam Bush juga. Mula-mula mungkin kita nampak seolah-olah ada sinar harapan yang akan dibawa oleh Obama tapai bila kita fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang ada, risau juga. Manalah tahu jika Obama juga ditaja oleh Israel. Jika itu benar maka tiadalah beza antara pimpinan Bush dan Obama. Tapi lebih baik daripada Bush terus berkuasa...
Post a Comment