DS Najib Tun Razak minta ahli UMNO mesra rakyat. Ertinya jangan menyombong tak tentu arah.
Paklah semalam berkata UMNO akan mengadakan perubahan selepas Mac ini. Ada cadangan selepas 'pemukiman' UMNO tahun lalu tetapi ditangguhkan selepas pemilihan..
Eloklah buat yang terbaik untuk bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Seorang pejuang veteran yang menjadi tetamu dalam program Apa kata Wanita bersama Zamzarina Zambri di TV1 malam tadi menegaskan untuk memastikan UMNO terus relevan kini dan akan datang, pemimpin parti itu perlu jujur, setia serta bertanggungjawab.
Takyahlah nak pamer 4WD masa pilihanraya kecil dan tunjuk envelope kepada pemimpin untuk minta projek. Dapat projek 'makan' sorang-sorang. Lupa segalanya termasuk penyokong setia.
Hendak kaya tu boleh tapi jangan 'menyamun' hak orang lain.
Ramai pemimpin yang tidak betul kena "tulah".
Ada jawatan hilang. Ada keluarga tapi semuanya hancur. Kena tangkap khalwat, kena dakwa rasuah, dicemuh masyarakat dan jadi tumpuan media. Minta dijauhkan.
Saturday, January 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Benar apa yang tertulis tu.Mereka kalau tak berubah jadilah haprak dulu kini dan selama2nya.
Dalam pertemuan PM dengan rakyat Malaysia di Dubai khamis lalu, ada juga para menteri yang mengelakkan dari menegur dan bersalaman dengan kami. Terus ke meja dan tidak bercampur. Seakan kami ini mahu menagih kontrak dsbnya. Mengapa perlu begitu?
Ada menteri yang ramah dan memperkenalkan diri. Kami berbesar hati dengan menteri yang meninggalkan meja VVIP untuk makan sekali dengan rakyat dan menerima pendapat serta teguran terhadap kerajaan secara terbuka.
Pada menteri yang sombong dan berlagak, kalau tidak kerana rakyat, enta semua tidak berada di situ.
PM lewat 1 jam setengah dan ucapan yang amat mengecewakan, tiada isi baru. Mengapa kami tidak dibenarkan membuat pertanyaan? Kalau sekadar nak dengar ucapan, baik baca kat suratkabar media perdana malaysia sahaja...
Entri berkaitan di sini http://1426.blogspot.com/2009/01/pertemuan-dengan-pak-lah-di-dubai.html
Do what i say don't do what i do - mungkin fudzail lebih faham maksudnya keatas sikap Pemimpin No. 1 dan nombor nombor seterusnya..
Kita sudah banyak kali bercakap perkara yang sama tetapi kureng dalam perlaksanaannya.
Nasihat saya begini:
Buat yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang paling miskin, tidak kira kaum atau agama.
Usah lah main Melayu-Melayu jer. Kalau kita tolong yang termiskin, maka termasuk juga lah orang Melayu juga, dan golongan India yang miskin juga.
Cukuplah dengan sifat chauvinis mengikut kaum. Islam tak ajar begini.
Post a Comment