Friday, January 30, 2009

PAKLAH KATA NASARUDIN LEMAH

Paklah jarang memarahi orang, walaupun ramai yang marah padanya. Pelbagai gelaran diberikan kepadanya termasuk lembik dan lemah. Namun, beliau tetap tabah dan berusaha memperbaiki segala kekurangan itu termasuk parti yang diterajuinya.

Hari ini, dalam akhbar giliran Paklah pula menyatakan kemarahannya kepada ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR Ahad lalu. Baginya, ADUN Bota itu "lemah" kerana meletakkan kepentingan diri daripada perjuangan UMNO. Sebagai ahli dan pemimpin UMNO, kata Paklah, semua orang ada masalah dan perlu berani untuk menghadapinya.

Beliau layak berkata demikian kerana selepas PRU ke 12 Mac lalu, Paklah tidak merajuk atau lari daripada gelanggang tetapi terus berusaha untuk mengukuhkan parti termasuk bertemu dengan ahli dan pemimpin UMNO dari seluruh negara. Itupun, beliau dituduh menggamalkan "politik wang" disebabkan mahu bertemu ahli akar umbi.

Ahli dan pemimpin UMNO, janganlah jadi lemah kerana masalah tertentu. Beranilah menghadapinya walaupun negeri kini tumbang di tangan orang lain. Kalau kita lemah, jangan mengharapkan orang akan menjadi lemah. Mereka akan menjadi kuat.

17 comments:

Anonymous said...

Kenapa Pak Lah pilih orang yang lemah( tak setia,lompat melompat) jadi menteri

Rais Yatim - UMNO lepas tu S46 dan masuk UMNO balik
Syahril Samad - Umno -Bebas (menang pilihan raya kecil JB under Bebas) dan masuk UMNO ,Pak Lah lantik jadi Menteri
jika selapas ini YB Nasaruddin masuk balik UMNO adakah dia seorang yg lemah @#pun dah insaf
So Lu pikir lah sendiri

Pulutkuning

sumandak bayu said...

Salam Tok...

PAK LAH selama ni cukup sabar...dan tak pernah tunjuk dia marah walaupun ada cacian hingga libatkan maruah dirinya.

Tapi kini PAK LAH mula berang bila melihat negara, bangsa dan agama dia dikhianati memang sesuai lah PAK LAH dilantik sebagai PEMIMPIN NEGARA....

Nilah bukti karisma PAK LAH..... jadi kalo dia skang marah meh kita tunggu ape pula tindakan PAK LAH...

terubuk jantan said...

Salam dato,
Pimpinan umno perlu segera berubah(secara radikal). saya amat setuju dengan pandangan ts mahyuddin yang mana umno perlu daya penarik atau wow factor, saya juga terpesona dengan pendirian ahli parlimen jerlun Dato Mukhriz supaya umno dirombak dan berubah secara radikal.Kita perlu ingat kuatnya umno kuatlah barisan nasional, dato ahli umno dahagakan kekuatan parti yang seakan hilang sejak mac 2008.Bagi saya, Adun yang melompat parti seorang yang bukan professional dalam berpolitik kerana membelakangkan pilihan rakyat dan lupa pada jasa parti yang didokonginya selama ini.Tak tahulah dato, agak-agaknya kalau Bn pula menang esok dia lompat balik kot bagi memenuhi kata dia yang suka tgk pada suasana politik semasa dan mudah dia nak melompat ikut suasana politik.....ini boleh kita gelarkan wakil rakyat lompat sikatak lompat.

Anonymous said...

Open letter to YB Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, Prime Minister and UMNO President

sepatutnya Nasarudin perlu merujuk pada ahli UMNO yang pernah susah daripada dia tetapi tetap setia berjuang dengan UMNO.dia boleh minta nasihat dari Pak Lah kerana Pak Lah ada pengalaman.Pak Lah tak lari apabila dia ditimpa masalah.kalau boleh dia tak mahu meletakkan jawatan nanti.cuma disebabkan desakan yang amat sangat dari dalam parti beliau terpaksa mengumumkan tarikh perletakan jawatan beliau.

kalau merajuk sebab tak dapat apa yang diinginkan dalam UMNO dan kemudian tinggalkan parti,maknanya orang itu hanyalah oppotunitis semata-mata dan bukan berjuang demi rakyat.

QasehNuryz said...

Salam,

Nasarudin bukan saja lemah tp lemau!
Br kalah dah melompat.Pengecut.Kita tak perlu org mcm ni dlm parti.
Melayu mesti bersatu.UMNO harus bangkit.Mentaliti kene ubah.Bersihkan parti dari POLITIK WANG.

Unknown said...

Nasarudin must get the fact straight.ask anyone in his constituency whether they know who's Nasarudin before the issue of him hopping to PKR burst out.

i dont mind much if anyone from BN jump over to PR or the other way around.but i do mind of wanting to create a new govt by all this party hopping.that's rather unethical.

Al-Yasar said...

Barangkali banyak isu lain yang tersembunyi(?)di sebalik penghijarahan Nasarudin dari UMNO ke PKR; bukan setakat dia lemah atau kuat.

Quantum Metal Consultant said...

Itupun, beliau dituduh menggamalkan "politik wang" disebabkan mahu bertemu ahli akar umbi.
.................................

Analisa dan persepsi ikut sedap mulut ke Dato'? Bila pula tuduhan sebegitu dibuat sekadar Dolah bertemu akar umbi.

Hal Nasarudin lemah adalah hal realiti dan satu cerminan betapa rakyat jemu dan jelak dengan sikap pemimpin UMNO. Nasarudin mengambil langkah berani dan awal dari beberapa orang yang akan mengikut jejaknya. Apakah nanti mereka yang mengikut jejaknya juga di anggap 'lemah'. Apakah mereka juga ahli UMNO yang dianggap sabotaj oleh Dolah semasa hilang 2/3 majoriti PRU12 lalu.

Apakah mereka yang mengampu dan membodek di sekelilingnya adalah orang orang yang kuat ?

melayuangkat said...

Assalamualalikum,

Benar apa kata Pak Lah tu, biarlah dia luahkan apa yang terbuku dihatinya.

Pemimpin Melayu sekarang tak kuat semangat. Salah sikit sahaja nak merajuk macam budak budak.

Masa senang semua berebut rebut bermatian nak jawatan dalam UMNO bila susah sikit terus lari. Tak tahan cabaran dan tak tahu BerTerima Kasih dan bersyukur atas apa yang dia ada selama ini.

Sia sia pengorbanan Datuk Sagor dan Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak. Semangat jitu mereka tidak dijadikan contoh teladan oleh Pemimpin Perak sekarang.

Anonymous said...

Teori domino kata, apabila dia sudah bergerak, akan ada bergerakan yang mengikut sehinggalah ke sampai ke satu sempadan yang menghalangnya.

Adun Bota itu adalah macam teori domino, tetapi domino pada ADUN Bota ini dia masuk PKR, sedangkan domino di K.Terengganu itu kalah dengan pilihan raya.

Untuk jadi benting dari terus berlaku teori domino ini, eloklah UMNO jadi pahlawan balik, jadi hero balik.

Jangan sangat nak ambil hati orang-orang yang jadi samsing spti hindraf itu. Undi mereka memang penting, tetapi hati yang mejoriti lagi penting.

Jangan korbankan UMNO kerana mahukan undi bangsa yang pandai bodek dan bermuka-muka.

Kemebalilah ke arah perjuangan asal. Bangsa Melayu masih memerlukan UMNO.

Anonymous said...

Kesian Paklah

UMNO PARTI PENJARA said...

Masuk politik, kena banyak bersabar :-)



























Suara generasi Baru
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

anak-malaya said...

Tahniah Pak Lah kerana menjadi keras dan tegas.

Nasarudin sememangnya dan sebenarnya lebih lemah dan lembik.

Khianat kpd parti.. khianat kpd mandat majoriti pengundi Dun Bota.

Anonymous said...

Pemimpin BN yg lompat masuk PR.. selepas diselidik rupanya kerana cinta dan tamakkan dunia.

PR yg menghasut dan memancing.. tak ubah seperti syaitan dan perasuah.

Ahli mana2 parti dan rakyat akan sentiasa akan ditipu dan dikhianati selagi mana tidak ada undang2 yg membela mereka..

PulutPutih

Anonymous said...

dato

nasaruddin tu ahli parti yang betul2 ikut ketua. Memanglah dia lemah, lemah sebab ikut pemimpin dia yang memang juga lemah.


bat8

mat_terab said...

Adun umno keluar umno dikatakan lemah bagaimana pula Adun PKR masuk umno dikatakan kuat pula....?

Anonymous said...

nasarudin lemah..tak macam pak lah..pak lah kuat..steady..bini muda..rahsianya..minum KOPI JANDA..