Wednesday, February 11, 2009

ANTARA DUA BUKIT?

Posting Kedua - 6 petang

Antara faktor kemenangan sesuatu pilihanraya ialah calon yang diketengahkan. Banyak contoh yang memaparkan salah pilih calon, sesuatu parti itu akan bungkus. Kedua-dua bukit - Gantang dan Selambau itu tidak terkecuali. Pilihlah calon yang terbaik.

Bagi Bukit Gantang, ejen kenit memberitahu saya, antara calon yang paling layak ialah seorang anak muda yang mempunyai MBA, Kamarulai Haji Sulaiman. Beliau kini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Baru-baru ini, anak muda yang gemar berhemoi dengan orang ramai ini telah mengalahkan penyandang jawatan. Semoga pemilihan calon yang terbaik membawa tuah kepada BN.

Posting Asal - 11.49 pagi

Filem Antara Dua Darjat arahan TS P Ramlee mengisahkan percintaan ahli muzik dan kerabat diraja. Ia menceritakan tindakan memisahkan dua insan kerana dua darjat yang berbeza. Orang biasa dan keturunan tengku. Amat menarik dan berkesan.

Bagi saya, apa yang ingin disampaikan oleh TS P Ramlee ialah hubungan manusia boleh diteruskan tanpa mengira darjat dan keturunan. Ini bermakna orang biasa layak untuk bercinta dan berkahwin dengan anak raja. Banyak contoh di negara ini.

Namun, orang biasa juga perlu menghormati Raja mereka jika mahu mengaku menjadi rakyat negara ini. Dalam ertikata lain hormatilah Raja Melayu yang selama ini menjadi tuan di negara ini. Hormatilah tuan yang membenarkan kita menetap di sini.

Sehubungan itu, mereka tidak perlu kurang ajar atau biadap terhadap Raja Melayu dengan mengambil tindakan yang tidak beradab termasuk melemparkan kata-kata kesat. Alam siber ini bukanlah tempat untuk kita membentuk sikap kurang ajar. Peguam Negara perlu meneliti mereka yang kurang ajar ini dan segera mengambil tindakan.

Dalam perkembangan yang sama, desakan rakyat seluruh negara agar Kapal Singh dikenakan tindakan perlu diberi perhatian oleh pejabat Peguam Negara agar tindakan setimpal boleh diambil jika ada kes terhadap apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP itu.

Rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu pasti sudah hilang sabar dengan tindakan mereka yang biadap dengan Raja Melayu seolah-olah mereka sudah lupa dengan Rukun Negara yang mengkehendaki rakyat menghormati raja. Dalam Rukun Negara mereka juga perlu menjaga kesopanan dan kesusilaan. Bukan biadap dan kurang ajar.

Dalam pada itu, Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pasti menarik perhatian semua pihak kerana ia ada kaitan dengan perkembangan politik semasa. Adakah rakyat terus memilih Barisan Nasional atau menyokong pakatan longgar pembangkang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR?

Apa yang berlaku di kedua-dua bukit itu nanti sudah pasti menceritakan segala-galanya terutama kemahuan rakyat untuk melihat negara terus aman dan berjaya menghadapi kemelut ekonomi dunia yang sudah mula melihatkan tempiasnya.

10 comments:

Anonymous said...

rakyat dah tak mau tongkang senget BN. pakatan rakyat makin kukuh la bro.
harap bersabar ye.... kite tengok sapa yang kena...

MAWAR BERDURI said...

salam mr.tiger?

kalau manusia buta mata, kita tau dah tak dapat melihat wajah dan logo pakatan...cuma masi ada yang buta hati, mengagung2kan Pakatan Longgar ni.

c karpal ni lagi satu Bangga dgn ilmu undang2 kunun, tapi jiwanya kusung. bagus lagi numbur kosong buli diguna mengira. ni bukan ja mcm botol kosong malah segala yang kosong dan tiada kosong melainkan jiwanya.

Anonymous said...

Individu yang melompat kerana rasuah adalah yang paling biadap dan kurang ajar. Mereka ini tidak bertanggungjawab kepada rakyat. kenapa BN berkompromi? kenapa angkat sumpah sebelum bubar DUN? Gila kuasa!!!

Anonymous said...

BN dan PR harus kerja lebih kuat untuk menang. Ada yang melihat kesan positif bila Najib ambil alih pengerusi UMNO Perak. Namun penyokong Umno ditakuti tiba-tiba kembali pada Umno sebab ada kemungkinan dapat projek itu -ini, maklumlah, bakal PM jadi pengerusi Umno Perak. Isu derhaka boleh dimainkan. PR pula makin mendapat simpati rakyat. Isu katak belum habis dilabonkan. Tindakan keras menghalau Niza membuat rakyat simpati.Isu undang-undang dan perlembagaan belum dileraikan oleh BN. Cuma main isu kuasa Sultan. Oh Perak negeriku...

Anonymous said...

"Anwar Ibrahim telah melakukan banyak kemusnahan kepada negara ini. Dia perlu bertaubat" kata Karpal Singh...

itu kata pengerusi DAP tu. kukuh ke pekuda rakyat?

Mat Takbir!

Tinta Biru said...

Payah kalau orang susah nak terima kenyaatan ni..setahu aku tongkang PKR yang dah senget..tinggal tgu nak karam je...

mat_terab said...

Nampaknya UMNO terpaksa beralah dengan MIC lagi kalini dalam meletakkan calon di bukit selambau.
Namun kedengaran banyak bahagian UMNO bukit selambau tak puas hati kerana PRU12 lalu depa dah beralah la terpakas beralah lagi.
Manakala di Bukit gantang Gerakan juga di katakan berminat untuk bertanding kerusi tersebut juga kerana mereka kata kerusi terebut milik gerakan kerana Gerakan pernah bertanding kerusi tersebut.
apa komen datuk....?

antianwaribrahimdotcom said...

salam datuk tiger...

kami di sarawak tidak akan tertipu dengan gerakan haram ANWAR LAKNAT untuk menimbulkan keadaan tidak aman seperti yang berlaku di semenanjung.

ssudah kedengaran suara RAKYAT sarawak yang mahukan kerajaan negeri menggunakan KUASA MUTLAK untuk tidak membenarkan individu seperti ANWAR LAKNAT melalui kuasa imigresen iaitu tidak membenarkan BARUA seperti ANWAR LAKNAT untuk memasuki sarawak kalau dia hanya cuba untuk mengganggu gugat kestabilan kehidupan RAKYAT sarawak yang berbilang kaum dan etnik.

saya pasti datuk tiger dapat merasakan keamanan dan kedamaian yang ada di sarawak seperti di kuching semasa datuk berada di sini.

ANWAR LAKNAT jangan ingat dia boleh suka hati mak bapak dia masuk sarawak bila-bila masa dia nak.

jangan sampai kami HALAU dan TENDANG ANWAR LAKNAT keluar dari sini.

jangan sampai kami menggunakan KUASA MUTLAK kami untuk memalukan ANWAR LAKNAT di mana-mana lapangan terbang di negeri ini iaitu:

SILA KELUAR DARI NEGERI SARAWAK DENGAN MENGGUNAKAN PENERBANGAN PERTAMA DARI KUCHING ATAU MANA-MANA LAPANGAN TERBANG DI SARAWAK KE KUALA LUMPUR KETIKA MANA KAMU BARU SAHAJA MENDARAT DI SINI.

tanah sarawak tidak menerima manusia laknat seperti ANWAR LAKNAT.

ANWAR LAKNAT; DATANG TIDAK DIJEMPUT, PULANG TIDAK DIHANTAR.

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Saya menduga cara BN "merampas" kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat akan menyebabkan majoriti orang Melayu dan bukan Melayu akan bersimpati kepada Pakatan Rakyat.

Inilah yang akan berlaku dalam dua pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Inilah juga harga yang harus dibayar oleh pemimpin UMNO/BN apabila terus menjalankan politik tidak beretika.

Anonymous said...

Tak tau lah tongkang sapa yang senget, nanti PRU13 kita tengok lah haih....
Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.
Ainur68.