Posting Ketiga - 6 petang
Soalan : Apakah peruntukan yang menghalang Sultan Perak menamatkan perkhidmatan seseorang MB?
Jawapan : Di bawah Perlembagaan Negeri Perak tiada peruntukan yang menghalang Sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika Baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN. Artikel 16(6) jelas memperuntukkan perihal ini.
Harus diperhatikan lantaran di bawah provisi Artikel 16(4), Raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa harus dilantik sebagai Menteri Besar. Bahasa perlembagaannya menentukan bahawa ADUN yang dilantik sultan sebagai MB hendaklah terdiri daripada seorang yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti anggota Dewan berkenaan atau dalam bahasa Inggerisnya "who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly".
Posting Kedua - 3.50 petang
Soalan : Apa kuasa Sultan Perak dalam pelantikan Menteri Besar?
Jawapan : Seksyen 12 (1) & (2) - Perlembagaan Negeri Perak memberi kuasa kepada Sultan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu dan beragama Islam.
Sultan Perak telah menggunakan kuasanya melantik Menteri Besar Baru pada 6 Februari lalu. Paduka Seri berlaku adil dengan mengambilkira suasana semasa dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS telah hilang sokongan majoriti ADUN. Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.
Posting Asal - 12.19 tengahari
Soalan : Mengapa Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah dinasihatkan oleh MB Nizar Jamaluddin?
Jawapan : Seksyen 18 (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, memperuntukkan Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti berikut: Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN.
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Jawapan yang Datuk Berikan Dah Jelas jadi buat apa Lagi nak bersuluh? Tak payah lah nak tunjuk diri tu hebat..jadi hero tak kena tempat..
Terima kenyaatn itu lagi baik dari terus diburu mimpi yang indah tapi setakat angan2 mat jenin...
Salam Tok Rimau,
Diorang nak buat undang2 sendiri; semua free: Free of charge, freedom, freezeee... sampai otak pun beku, kena defrost dulu.
Kalaulah kita belh beli/download buku tu kan bagus!
Mintak tolong cari gak. Ada tak klausa yg Sultan boleh arah MB letak jawatan. Kalu MB enggan maka MB terpecat dgn sendirinya.
Ada tak kalu Sulatan tak bubar Dun dan MB enggan letak jawatan, apa akan jadi?
Nizar kata dia adalah "MENTERI BESAR" yang dipilih secara demokrasi oleh RAKYAT.
Sudah lupakah Nizar yang RAKYAT hanya memilih beliau sebagai ahli Yang Berhormat dan bukannya memilih beliau menjadi MENTERI BESAR.
RAKYAT hanya undi beliau untuk mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri Perak.
Jawatan MENTERI BESAR kepada Nizar dulu adalah perlantikan secara budi bicara oleh SULTAN PERAK.
Kalau ikut logik matematik, DAP lah yang paling layak menjadi MENTERI BESAR sebab paling banyak menang dalam kerusi dun perak.
Mengapa Nizar tak terfikir tentang FAKTA ini?
Kerana Nizar ditunggangi oleh DAP.
Yang menunggang ialah ANWAR LAKNAT...
DATUK TIGER, KOMEN SIKIT...
sudah la.
rakyat dah cerdik.
Hmm proceeding..
Sound good...
Tok rimau yang takdok taring, sebab kamu harimau jadi-jadian.
Saya kira adil kalau tok rimau cadangkan kepada PKR dan rakan-rakannya yang gunakan PAS dan dikuasai DAP itu supaya meneruskan kerajaan mereka itu dan mengekalkan exco-exconya.
Kerajaan itu kita namakan kerajaan dalam buangan, sebagaimana mana-mana kerajaan dalam dunia ini yang tidak diterima lagi, supaya mereka boleh meneruskan fungsinya itu.
sekian dari rakyat perak dalam buangan di Kuala Lumpur.
Salam Datuk.
Saya suka dengan post Datuk ni... Saya sendiri tak faham kenapa PR khususnya YAB Nizar masih tak nak mengalah dengan kekalahannya? Apa yang mereka tunggu lagi?
Keputusan Sultan adalah sah dan mengikut Perlembagaan. Kenapa masih tak puas hati dan nak pertikai lagi? Janganlah ego sangat dengan pendirian yang tak boleh ke mana tu...
Keputusan Sultan memang jelas. Tak perlulah mereka nak 'jelaskan' kepada rakyat Perak pula.
Larangan berceramah di Perak adalah selaras untuk mengelakkan rakyat Perak daripada termakan dengan hasutan PR...
HOT HOT!! PANAS MENDIDIH!!! GEMPARRRRRRR!!!
Satu survey rasmi yang dibuat di Perak pada Feb 8 menunjukkan jelas rakyat Perak MENOLAK keputusan Sultan dan tindakan Barisan Nasional mengambil alih Perak!!!!
Baca kat sini untuk selanjutnya...
Alamak BN hancur koyak rabak dah ni... nak buat camama ni bro...
akm dato..
Pada fikiran saya ada jerat babi yang di pasang di bukit selambau..awas kepada spr dan UMNO.
Pelayar Budiman,
Takyahlah guna perkataan kesat seperti Laknat. Tidak elok. Gunalah yang lembut sikit tetapi maknanya sama.
Ya Lah Datuk..
Kekadang kita ni klu menulis terlalu mengikut kata hati yang panas..klu panas jgn terus disimbah dengan minyak...simbah dengan air api akan mati..kita kan orang melayu..molek tutur kata dan berbudi bahasa..
Dato'
kalau hati dah keras macam batu, kalau perasaan dah marah hilang semua pertimbangan. itulah melayu.
salah satu sebab kenapa melayu tak boleh maju ..... tak tahu bila nak melawan dan bila nak mengawan.
sembrono tangkap muat aje perangai nya.
kalau dato print artikel undang undang kerajaan negeri perak bagi kat depa pun pun depa kata salah juga ..... dia orang masih ingat dua ekor pkr yang melompat tu masih pkr bukan bebas dan dap tu masih dalam dap bukan bebas. itulah masalah nya. lupa arah dan kenyataan.
yang kenyataan tu satu lah lagi perangai orang melayu pkr dan pas tak boleh nak menerima kenyataan.
maaf lah pakai ekor pasal kita guna ayat melompat. kena ada ekor heheh.....
datuk tiger,
tonton lah dvd movie HERO lakunan JET LI bagaimana hukuman yg dibuat bagi perderhaka kpd Emperor pada masa zaman China lama ,bagaimana Jenderal Sun TZU melaksanakan hukuman
Sun Tzu menyatakan contoh misti diberikan kepada penderhaka penderhaka...
Datuk ... datuk ...
Pandai betul datuk twist ...
putar alam betul ...
Yer betul SUltan berkuasa untuk Melantik Menteri Besar ...
Tapi tiada kuasa untuk memecat Menteri BEsar ...
Saya jauh lebih muda dari Datuk, tapi saya baca jugak sejarah ...
Sultan Idris Shah pada tahun 1974 telah melantik Haji Ghazali menjadi MB Perak walaupun baginda tidak berkenan ...
Itu pun setelah berunding dengan Ishak Tadin yg dihantar oleh TUn Razak dan perlantikan itu bersyarat ... Syaratnya Haji Ghazali hanya boleh menjadi MB selama 2 tahun sahaja ...
Setelah 2 tahun, Haji Gahazali tak mahu berundur ... kata beliau "tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun" ...
Apa yg terjadi seterusnya Datuk carilah sendiri ... apa guna pernah jadi editor akhbar kalo mende ni pun tak tau ...
Datuk Seri Ir Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak ...
Bagaimana nak menentukannya?
Cari sendiri pasal kes Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966.
Apa yg boleh disimpulkan, kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ...
Kalo di Semenanjung, Sidang Dewan Undangan Negeri ...
DUN belum lagi bersidang untuk usul undi tidak percaya ... maka Nizar masih lagi MB yg sah ...
Oleh kerana Sultan Perak dah lantik seorang lagi MB dan betul itu kuasa baginda ... maka sekarang di Perak ada
DUA ORANG MENTERI BESAR!!!
Datuk paham???
Kalo berani approve la comment saya ni! Jangan jadi macam Berita Harian!!!
Salam Datuk.
Tulisan Datuk dalam blog ni dah cukup jelas untuk menerangkan kepada rakyat bahawa keputusan Sultan adalah bertepatan dengan Perlembagaan Perak tapi mengapa pembangkang masih lagi degil untuk tidak merelakan kejatuhan mereka? Tak faham sungguh! Pembangkang seolah-olah tak rasa malu dengan tindakan mereka yang menderhaka terhadap Sultan...
Mungkin ramai orang tak tahu. Apa yang telah berlaku di Perak adalah satu konspirasi yang tidak beretika yang di'facilitate' oleh seorang yang bernama Annuar Zaini, Pengerusi BERNAMA yang merupakan Penasehat Khas Politik kepada Istana Perak.Annuar yang juga Penasehat kepada PM bagi Projek Koridor Utara mendapati dirinya tidak dapat berfungsi dengan berkesan kerana ,kecuali Perlis, semua negeri di Utara dikuasai oleh PR.Annuar dengan Tuanku sangat kam cheng sekali sehingga dapat anugerah Dato Seri Azlani baru-baru ini.Apakah yang hendak dibanggakan dengan sebuah kerajaan yang terpaksa bergantung kepada tiga orang pembelot dan pengkhianat politik yang tidak bermoral dan tidak jujur. Tun Mahathir kata ketiga-tiga ADUN itu LOW CLASS. Ku Li kata ketiga-tiga ADUN itu tak ada kaliber.Tak malukah UMNO/BN? Kalau betul-betul UMNO/BN punyai "teloq' kenapa tak berani berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya semula, tetapi initerpaksa bernaung di celah ketiak Sultan?
Post a Comment