Thursday, February 5, 2009

SITUASI POLITIK PERAK

Posting Kelima - 11.45 malam

Datuk Dr Zamry akan mengangkat sumpah pada jam 3 petang esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Tahniah dan selamat bertugas.

Posting Keempat - 8.20 malam

Adun Pangkor, Datuk Dr Zamry Abdul Kadir, akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Abdullah Badawi, petang tadi.

Posting Ketiga - 11.03 pagi

DS Najib dan semua ADUN BN serta 3 ADUN Bebas dipanggil menghadap Sultan Perak. Mereka kini berada di dalam Istana Kinta.

Posting Kedua - 10.50 pagi

DS Najib selesai menghadap Sultan Perak. Pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit. DS Najib kini menuju ke pejabat UMNO Perak bagi mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri. Selepas itu, TPM akan mengadakan sidang media khas.

Posting Asal - 9.57 pagi

TPM, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 9.49 pagi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

19 comments:

bungaraya said...

Saya berkeyakinan bahawa DS Najib mendapat persetujuan Paduka Sultan untuk BN memerintah kerajaan negeri. Malah inilah yang sepatutnya berlaku kepada parti yang memiliki majoriti di DUN. Saya ucapkan takziah kepada PR kerana tidak lagi menjadi tempat berlindong rakyat kebawah Duli Tuanku Sultan.
Dalam politik everything is possible, wether its right or wrong moved.

Mycuppycupcake ® said...

Sy sbenarnya dah hilang keyakinan pd mn2 parti. Tak ada satu parti pun yg boleh mjg kebajikan rakyat. Masing2 nk jg kebajikan diri sendiri. Buat kbajikan sikit, esk dah keluar paper. Bila dah menang, mula nk bangga diri,kutuk pihak yg kalah. rakyat skrg dah pandai, dah boleh menilai. Sy org umno (sgt2 sayang)tp dah meluat n menyampah dgn kerenah umno ni. Tolong masyarakat kerana allah bukan nk dpt pujian.

antianwaribrahimdotcom said...

anwar laknat sudah melakukan percaturan yang menjerut diri sendiri.

anwar laknat sanggup tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar kes liwat tapi pergi perak bagi menemani nizar yang teresak2 menangis dalam toyota camry.

anwar laknat sudah seperti dirinya lebih hebat dari mahkamah dan di bawah telunjuknya. suka hati nak datang atau tidak. kalau orang lain dah lama kena maki dengan hakim.

keputusan paduka tuanku sultan perak belum lagi diketahui.

bn/umno jangan mendabik dada terlalu awal untuk menubuhkan kerajaan baru perak. sekiranya pilihanraya negeri dilakukan semula, belum tentu bn/umno dapat merampas negeri perak.

tunggu dulu keputusan daripada paduka tuanku sultan perak. sekiranya kalah dalam pilihanraya negeri yang mungkin diadakan semula, bn/umno akan lebih teruk ditertawakan malu tersungkur oleh pembangkang.

sabar, jangan umum dulu...

Unknown said...

lompat yop lompat...

Unknown said...

lompat yop lompat

Pecah Tembelang said...

yer.. takziah juga diucapkan kerajaan PR di perak..

Anonymous said...

Harap2 tiada lagi Barua Melayu yang bagi tanah 999 tahun dan sanggup buat Ajujanji Pangkor2.

MRSM Kalae Chepo 66/73

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
JomoSama ingin mengucapkan takziah pada kerajaan PR Perak... juga pada DSAI kerana impiannya menjadi PM sudah hampir terkubur separuh pinggang, tunggu sat lagi nak tertimbus habis.....!! Amin.

Taminsari said...

Salam..Nizar Engkar???

Thursday, February 5, 2009
Nizar terpaksa menyampaikan sembah derhaka kepada Tuanku sultan

Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berbincang dengan Dato seri Nizar di kediamannya di sini.Lim Kit Siang dijangka akan hadir sedikiot masa lagi sementara tuan guru dalam perjalanan di Simpang Pulai.
Mengikut cerita Setiausaha akhbar MB, Anuar Hashim, Sultan tiodak mahu membubarkan Dun tetapi meminta agar MB Nizar meletakan jawatan Menteri Besar.
Dato Seri Nizar terpaksa mendatangkan sembah derhaka menolak perrmintaan kebawah duli yang jelas berpihak kepada BN/ Umno.
Orang ramai berpendapat adalah lebih molek jika Tuanku berpihak kepada rakyat - menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih.

Posted by alhusseyn

Anonymous said...

Sekadar berpesan-pesan. Doa untuk hari ini 05 Jan'09.
Sesuai bagi mengelakkan terkena fitnah dan membuat fitnah.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong

R@duan said...

sebab itu saya tak terkejut. dalam politik apa pun boleh berlaku. kalau ada adun bn lompat ke pr lepas ni dan tukar balik kerajaan perak ke pr saya takkan terkejut. politik memang begitu. tapi rakyat tahu 'buah yang busuk' takkan laku pada pru akan datang. oleh itu adun behrang, bota, c.jering, jelapang jangan rasa selesa. boleh agak-dimana kedudukan anda pada pru akan datang. umno dan mca pasti akan letak calon mereka. adun tersebut di atas sebagai calon bebas. ahh...!! masa ni sakit la sikit. silap gaya bye bye...urusan beli-membeli, jual-menjual adun belum habis lagi. siapa lepas ni akan lompat?. ia tidak lagi mengejutkan. sudah terbukti boleh dan dibolehkan. buat lah apa yang patut. pru akan datang rakyat akan menentukan, selain sultan....

Anonymous said...

saudara bungaraya.
'Dalam politik everything is possible, wether its right or wrong moved.'
kite manusia ade agama.jangan cakap macam ini.ini gaya cakap orang sekular ni.everything is possible, but we have to support which is right and go against what is wrong.that is why the God gives us 'akal'.

INDU DARA RUMAH PANJAI said...

Tahniah kepada seluruh jentera BN di Perak kerana telah kembali berkuasa di Perak. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya dan seadil adilnya. Yakin dan percaya bahawa BN di Perak akan membawa pembangunan dan keharmonian bagi semua penduduk di Perak. Kepada Pakatan Rakyat harus menerima keputusan ini, Dan kepada DSAI yang selama ini yang selalu menggembar gemburkan kenyataan bahawa terdapat bahawa ahli politik dari BN yang akan melompat ke Pakatan Rakyat dengan alasan DEMOKRASI.Akhirnya kenyataan beliau tekena batang hidung sendiri. Tetapi hari ini DSAI harus menerima hakikat seperti kerajaan BN selepas PIRU KE 12 yang lalu. TAHNIAH BN....

Anonymous said...

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Perak yang baru semoga dapat menjadi perlindung kepada rakyat dan membela nasib rakyat negeri Perak dengan cemerlang.

Kepada wakil rakyat dan exco negeri perak belalah semua nasib rakyat / penggundi di kawasan masing-masing jangan pilih bulu samada mereka menyokong BN atau tidak semasa pilihanraya,selalulah turun padang untuk mengetahui apa-apa masalah yang dihadapi oleh rakyat.ohio,daalas

Kepada pakatan rakyat terimalah keputusan dengan hati yang terbuka kerana keangkuhan dan "keBONEKAAN" telah membawa kemusnahan. Selama menjadi pemerintah negeri tiada langsung membawa kebahagian hanya kedukaan yang dirasai oleh rakyat. Untuk bekas kapten "bertaubatlah".

hrmk said...

amacam orang MELAYU Perak. pendapatan perkapita meningkat ke?
Ke..ada tanah nak jual?

Anonymous said...

Haaa nak sangat main lompat2 kan.
Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?

Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, "Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru" Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada' n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

P/s: Dulu DSAI nak merampas kerajaan dengan MP lompat takde sape pun cakap ape2. skang nih baru lah nak melatah bukan2.

oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan. dengan ucapan main la lompat2 lagi.

Anonymous said...

Marah nyamuk sekor Melayu sanggup bakar kelambu,bakar rumah..bis tu
nak tidur kat mana? Ingat Melayu ada satu rumah saja.Walau buruk,walau tiris sekalipun wajib dijaga.Jangan ikut perasaan benci kalau tak Melayu akan duduk atas gunung atau atas pulau.Ingat kalu orang berkuasa,hari ni menang,esok udah buang DEB.Tau tak apa DEB? Ramai Melayu yang muda2 tu tak tau walaupun sekolah dah tinggi2.

Anonymous said...

Barang kali bekas MB belum puas duduk Pejabat Menteri Besar dan kereta CAMRY.

Anonymous said...

Rakyat akan menentukan 4thn lagi isyaallah kalau kita panjang umur.