Tuesday, February 24, 2009

LT ANTARABANGSA MAHATHIR?

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan agar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukarkan kepada LT Antarabangsa Mahathir.

Satu masa dulu, saya pernah bersembang dengan Tan Sri Sabaruddin Chik mengenai nama KLIA itu. Mengapa dinamakan Kuala Lumpur, bukannya Sepang atau nama pemimpin? TS Sabaruddin secara seloroh berkata mungkin itu peringkat awal. Mungkin selepas ini ia dinamakan kepada nama pemimpin seperti Mahathir yang banyak berjasa kepada negara.

Siapa yang sokong angkat tangan.

Ada orang tanya pula, nama Paklah hendak dibubuh di mana?

Paklah pun ada jasanya seperti dinyatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir agar rakyat negara ini perlu menghormati Paklah selepas beliau mengundurkan diri dan tidak mahu apa yang berlaku kepada bapanya tidak diulangi. Rakyat Malaysia mesti beradab.

18 comments:

SangKunang said...

kalo inilah yg terbaik utk memperingati jasa agung Dr Mahathir.
saya angkat tangan!

DR MAHATHIR INTERNATIONAL AIRPORT
(DMIA)

Anonymous said...

nama pak lah tak payah letak mana2. Buat malu bangunan tu je.

Unknown said...

saya setuju.mahathir help malaysian a lot but someof them still didnt realize

ibrahim yahaya said...

Sdr Buyong,

Setiap pemimpin ada jasanya. Bolehla letak ke tempat atau bangunan yang sesuai ekkk.

APPLE PIE said...

Salam Dato,
saya angkat tangan tanda setuju 100%.

LIMAUDONG said...

Salam

Susah-susah cari nama baru LTA Kuala Lumpur. Saya syorkan nama di tukar kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia sebab itu kepunyaan rakyat malaysia termasuk bekas-bekas PM dan Paklah,,, ok...

Anonymous said...

Abdullah Ahmad Badawi pun berjasa pada negara. Namanya sudah terpahat dalam sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, itulah hakikatnya.
Namanya akan diabadikan di Masjid Negara Kuala Lumpur, sebelah Tun Razak, Tun Ismail, Tun Hussein & Tun Ghafar Baba.
Pak Lah jasamu dikenang..
p/s: salam cium tangan ingatlah PLah

-azienmat-

Quantum Metal Consultant said...

Dalam politik yang panas ini eloklah kita k.i.v dahulu ataupun tukar kepada Siti Hasmah International Airport - lebih keibuan dan sejuk setiap hati rakyat.

Secara tidak langsung Dr Siti Hasmah memang ada peranan dalam membantu Tun mentadbir negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azienmat,

Itu cerita selepas tiada lagi. Apa kata kita berikan ketika Paklah masih hidup lagi. Tidak salahkan?

Nama saya pun akan terpahat di batu, sama seperti Sdr. Cuma masa saja yang ditentukan.

chotz said...

saya setuju dgn cadangan ini.. apa2 pon KLIA adalah hasil dari buah fikiran Tun M..

untuk pak lah, kita kenang dia pada "model-model" koridor pembangunan wilayah yang entah jadik ke tidak tu.. hehehe!!

Mycuppycupcake ® said...

yg ni sy angkat tangan...setuju 101%

R@duan said...

CDIA (CHE DET INTERNATIONAL AIRPORT)

Anonymous said...

TEPAT SEKALI KLIA DITUKARKAN LTAM. DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN, TUN DR MAHATHIR MEMANG BANYAK BERJASA KEPADA NEGARA. JANGAN LUPA TUN DR MAHATHIR AMAT DIKENALI DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Tinta Biru said...

salam datuk, kalau itu sebagai satu penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau kepada rakyat rasanya memang patutlah dan saya setuju 100%.
Begitu juga dengan paklah..JASA mereka harus kita ingat

muteaudio said...

Mahathir International Airport = MIA

Pelik bunyinya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Muteaudio,

MIA - missing in action.????

Anonymous said...

Salam,
Saya tak setuju langsung jika KLIA ditukar nama LTA Mahathir! Walaupun ia merupakan salah satu pembangunan yang dilakukan oleh beliau pada masa beliau menjadi PM, tapi adalah tidak wajar nama beliau diabadikan sebegitu rupa.

Anonymous said...

iwk tukarkan dgn nama mahathir