Monday, February 16, 2009

JADILAH PEMBANGKANG TERBAIK


(Dr Khir Toyo mengetuai penyerahan memorandum taat setia Ahad lalu. Gambar oleh Jinggo)

Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat menjadi pembangkang bukanlah perkara yang susah sangat. Apa yang perlu ialah membangkang apa yang dilakukan oleh parti yang dipilih untuk memerintah. Membangkang saja? Itu salah dan kurang bijak.

Tugas pembangkang ialah menegur dasar atau tindakan kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat jelata. Dasar yang menyusahkan atau peraturan yang lapuk dan membebankan. Pembangkang perlu peka dan memberi idea yang bernas.

Bukan menjadi pembangkang yang membangkang apa saja yang dilakukan oleh kerajaan. Bukan pembangkang yang mengambil kesempatan dengan mempolitikkan sesuatu isu sehingga berjaya menghasut rakyat yang tidak tahu satu apa pun.

Bagi parti DAP, PAS dan PKR mereka adalah pembangkang di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi menjadi kerajaan di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah. Dulu, mereka menjadi kerajaan negeri Perak dan sejak 6 Februari lalu telah diganti.

Bagi ketiga-tiga parti itu mereka sudah lama menjadi pembangkang dan cara bertindak pun sebagai pembangkang. Mereka sentiasa berceramah dan mencari isu-isu untuk "membelasah" parti kerajaan. Apa saja yang boleh dijadikan 'modal politik' di bawah bulan dan matahari.

Namun, bagi UMNO yang menjadi pembangkang di empat negeri itu, mereka tidak bertindak sebagai pembangkang dalam ertikata sebenarnya. Ini yang susah kerana banyak tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri tidak betul tetapi mereka seolah-olahnya masih "tidur" dan bermimpi. Ini tidak betul dan perlu diperbetulkan. Malah penulis pernah menyuarakan perkara itu kepada TPM, DS Najib Tun Razak.

Antara mereka yang menjadi Ketua Pembangkang di peringkat negeri ialah Datuk Seri Dr Khir Toyo (Selangor), Datuk Alwi Che Mat (Kelantan), Datuk Seri Mahadzir Khalid (Kedah), Datuk Azhar (Pulau Pinang). Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pernah menjadi Ketua Pembangkang di Perak.

7 comments:

SHADAN HJ OTHMAN said...

salam,
perjuangan dan desakan seperti ds kt ini patut kita ketengahkan....teruskan perjuangan...

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Kalau dah nama pun pembangang baik di peringkat persekutuan atau negeri.. mestilah tugasnya nak bangkang ja kan heeee... :)..

Yang peliknya politik di Malaysia semakin unik...sampai kadang kala susah nak bezakan yang mana pihak memerintah dan pembangkang.. nampak macam sama saja...

Unknown said...

AWAS PRK BUKIT SELAMBAU,
UMNO NAK LETAK CALUN YG BERLEMOIH DENNGAN TAIK.

mat_terab said...

Sebab UMNO masih tak sedar diri mereka perasan mereka yang masih memerintah di negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat.
Sebab tu la tak heran sanggup merampas kuasa dan masuk ikut pintu belakang di Perak semata-mata nak gilakan kuasa, walaupun di tolak rakyat dalam PRU12.

Pacar Merah said...

Salam,

Selama beberapa bulan Khir jadi Ketua Pembangkang di Selangor, saya tak nampak beliau telah memainkan peranan yang baik dan membina.

Apa yang beliau lakukan selalunya adalah mencari-cari dan "mencipta" (?) kesalahan parti pemerintah (PR).

Saya tidak tahu adakah beliau sedar atau apa yang beliau lakukan. Tapi kalau beliau tidak sedar, saya rasa itulah penilaian sebahagian besar rakyat Selangor.

ChengHo said...

Ketua pembangkang dari BN pun perlu ditukar kemuka baru juga biarkan yg benar benar bersih memjadi ketua pembangkang..

Anonymous said...

Kasilah can kat DSKT balas dendam skit kat kerajaan dengan menggunakan tektik yang sama yang digunapakai oleh pembangkang semasa beliau menjadi MB.

Diharap selepas melepaskan gian, eloklah DSKT bertindak sebagai contoh bagaimana peranan ketua pembangkang sebenarnya. Moga-moga apabila keadaan berubah, mereka-mereka juga akan menjadi pembangkang yang baik - bukan asyik dok bangkang aje.

bat8