Monday, February 2, 2009

PANADOL ACTIFAST DAH HABIS? KATA NOBISHA

Posting Kedua - 3.45 ptg

Hari ini, ramai wartawan akan pening atau mabuk mengikuti pertempuran terbaru UMNO dan PKR.

Di Ipoh Barat, seorang Ketua Bahagian PKR membuat akuan bersumpah. Sumpah lagi?

Di Kuala Lumpur, sidang media dua PKR yang dijadualkan pada jam 4 petang mungkin tidak jadi. Mungkin hanya pengedaran kenyataan saja.

Wartawan...sabarje la.

Posting Asal - 3.19 ptg

Oleh NOBISHA (http://nobisha.blogspot.com)

Lebih 10 tahun dulu, kem Pemuda UMNO dibom pada jam 2 pagi. Anak-anak muda yang sedang tidur ketika itu dibawa masuk ke dalam beberapa buah lori sebelum dicampakkan di beberapa lokasi -- termasuklah di kebun kelapa sawit -- di sekitar kem di Ulu Kenas, Perak itu. Ada yang memakai seluar tanpa baju. Ada juga yang berkain pelikat dan t-shirt saja. Pendek kata, semuanya sehelai sepinggang. Tanpa wang. Tanpa apa-apa bekalan.

Dalam gelap malam itu, mereka diarahkan untuk menyelamatkan seorang ketua yang disembunyikan di Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Mereka terpaksa berjalan kaki merentasi kebun dan kampung. Apabila haus, mereka singgah dan meminta segelas air dari orang kampung. Perjalanan dari Ulu Kenas ke Kuala Kangsar penuh dengan ranjau dan duri.

Beberapa orang terpaksa terjun ke sungai yang mengalir deras apabila diserbu musuh. Basah dan bercalar badan. Sekitar Asar, barulah kesemua berjaya menyelamatkan ketua mereka. Di tengah-tengah hujan, mereka bersama-sama ketua tersebut berjalan kaki dari Kuala Kangsar pulang ke kem di Ulu Kenas.

Di tengah-tengah hujan lebat di Ulu Kenas, salah seorang daripada mereka menadah tangan berdoa. Mengalir air mata kesemua di situ. Dan mereka berpelukan antara satu sama lain sambil menangis teresak-esak.

Keesokan harinya, Timbalan Presiden UMNO datang bagi menyampaikan amanat. Tidak ada protokol. Tidak ada bunga manggar. Tidak ada sambutan. Dia datang, masuk ke dewan dan terus menyampaikan ucapan. Tidak ada kata-kata aluan. Tidak ada VIP.

Selepas ucapan itu, Timbalan Presiden memeluk erat Ketua Pemuda UMNO dengan cukup lama; seolah-olah tidak ada apa-apa pun yang dapat memisahkan mereka.

Hari ini, Timbalan Presiden UMNO itu menjadi Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Manakala Ketua Pemuda UMNO itu adalah calon Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh. Ahli-ahli Pemuda UMNO yang menjalani latihan "Ops Sambar Helang" itu juga berpecah kepada dua. Sebahagian dalam UMNO, manakala sebahagian lagi dalam PKR.

Persaingan "menyelamatkan ketua" berulang lagi. Kali ini bukan lagi dalam latihan, tetapi adalah realiti. Ia boleh menukar tangan sebuah kerajaan negeri seperti yang pernah berlaku di Sabah dulu. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai ops menukar kerajaan di Sabah dulu tentunya tahu bahawa itu bukanlah mustahil.

Kedua-dua pihak tahu strategi masing-masing. Mereka boleh menjangkakan percaturan pasukan lawan. Kalau saya yang tak aktif politik ini pun dapat membacanya, inikan pula mereka yang berada di medan pertempuran.

Adakah Kerajaan Negeri Perak akan bertukar tangan? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Saya tidak dapat menjawabnya. Dari semasa ke semasa saya mendengar "khabar angin" orang itu dan orang ini akan melompat parti. Oleh kerana saya bukanlah seorang wartawan, maka saya tidak melaporkannya di blog ini. Saya hanyalah seorang pemerhati yang berminat menganalisis strategi yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, apa yang sedang berlaku sekarang hanya melariskan Panadol Actifast -- ubat sakit kepala -- di Perak. Seorang kawan bergurau, "Panadol Actifast dah habis di Ipoh!".

(Renungan Rimau : Sdr Nobisha, ketika itu saya sebagai wartawan dijemput oleh rakan iaitu HM untuk melihat sendiri operasi itu. Saya pun kena bangun pagi dan tidur dalam lori sementara menunggu "pejuang-pejuang" keluar daripada hutan. Sekarang ini, rasanya program macam tu dah tiada. Dulu... saya pernah dengar Program Pemuda Masuk Kampung. Jadi pemimpin Pemuda banyak berasal dari bandar ke? Atau sekali-sekali masuk kampung? Atau dulu orang kampung tetapi dah jadi orang bandar? Bantailah labu)

7 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Alangkah baiknya jika ada lagi program seperti ini... apa pun pasai panadol tu active 5 memang tak berkesan sekarang ni.. heee mabye upamhmol 650 ja yang diperlukan...

ibrahim yahaya said...

Sdr Fazruls,

Ketika Datuk Seri Dr Zahid Hamidi jadi Ketua Pemuda UMNO, perkara utama yang dilakukan ialah memperkukuhkan jati diri Pemuda dan memastikan mereka memahami perjuangan parti.

Penghayatan itu membolehkan Pemuda menjadi seorang pejuang dan pemimpin sejati. Jika tidak, mereka akan menjadi pemimpin dan peserta atau pengamal politik yang bertuhankan materialistik. Tidak salah mencari wang tetapi jangan menjadi hamba wang. Alahai....

WARIS PAHANG said...

"Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai".

Inilah masa sesuai rakyat Perak bangkit membantah segala tindak tanduk yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang terutamanya isu tanah melayu digadai.

“Kita Tidak Mahu Kerajaan Boneka DAP”

Hasbullah Pit said...

Tiger,

Ustaz Ismail (ex Tv3) sudah meninggal dunia.
Sumber: blog Fudzail.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Agaknya bilalah suasana politik negara kita akan reda dan kembali tenang? Tak sudah-sudah dengan pergolakan. Yang tak syoknya, bila orang politik bergolak, kita, rakyat yang kat bawah ni yang menjadi mangsa keadaan. Contohnya sekarang ni, negara menghadapi masalah kemelesetan ekonomi global yang mana ramai yang dah dibuang kerja...

Anonymous said...

Alangkah bagusnya Datuk jika Tun tak memecat,memfitnah dan menganiaya DSAI dulu??

Ramai yg sayangkan UMNO dan ramai juga yg sayangkan DSAI ...

SO kene pilih lah ...

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Tukarkan Panadol Actifast kepada
Pilihanraya Kecil untuk DUN Perak.

Biar kita sama-sama jadi Doktor mengubati pesakit-pesakit PKR.