Thursday, February 19, 2009

TIGA PERKARA KEHIDUPAN

Cerita panas sejak dua tiga hari ini mengingatkan saya kepada pesanan seorang teman beberapa tahun lalu. Pesanannya itu ada juga konotasi membabitkan kekuatan batin. Tetapi yang penting pesanan itu perlu dijadikan ingatan kepada kita.

Ketika usia muda, setiap orang perlu mempunyai PANDANGAN HIDUP. Ertinya, orang muda perlu mempunyai pandangan atau pendapat dengan kehidupan. Bukan suka ikut orang lain. Orang suruh kita berdemonstrasi, kita pun ikut berdemonstrasi. Orang suruh kita baring di jalanraya, kita pun berbaring dan keluarlah TV saban hari. Mereka perlu mempunyai pandangan mereka sendiri. Jangan jadi Pak Turut. Lebih bermakna jadi tukang urut.

Kemudian, apabila sudah sampai peringkat pertengahan, mereka perlu ada PEGANGAN HIDUP. Ini bermakna setiap individu semestinya ada prinsip hidup. Jangan orang makan rasuah, kitapun 'balun' rasuah sehingga sanggup menerima 'rasuah seks' yang sesetengah orang kata 'sedekah'. Ingat-ingatlah sebab setiap perkara yang dilarang dibuat, kenikmatan kita akan dipotong. Kekuatan kejantanan kita akan dikurangkan. Itupun kalau hendak 'hidup' pada usia 80 tahun.

Yang terakhir sekali ialah PERJUANGAN HIDUP. Kita mesti ada perjuangan hidup yang tidak luntur dan sentiasa dipegang sehingga ke akhir hayat. Umpamanya jika kita ingin berjuang untuk rakyat, kita mestikan tunaikan janji itu. Jangan setelah dapat sekepok duit, matapun kelabu dan hati pun jadi haru biru. Rakyat pun dilupakan dan kawan pun ditinggalkan. Banyak contoh hidup sekarang. Kita pun jangan lemah semangat walaupun pernah kalah. Macam kata Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam rancangan TV kawan saya, Lokman Hamidi, bahawa kekalahan itu tidak sepatutnya melemahkan kita. Sebenarnya kekalahan adalah pengajaran paling bermakna untuk menjadi yang terbaik.

Bagi konotasi membabitkan kebatinan pula ia adalah mengikut peringkat tertentu. Di peringkat awal, apabila memandang saja, seseorang itu pun sudah hidup. Ketika peringkat usia tertentu, ia perlu dipegang untuk hidup. Yang terakhir ialah walaupun penat berjuang adakalanya ia tidak hidup kerana sudah tidak bermaya. Ini satu pengajaran bagi kita kerana ada yang menyangka, kebatinan mereka akan sentiasa sama walaupun sudah berusia. Itu anggapan salah.

Satu lagi pesanan kawan saya ialah setiap kali kita membuat dosa besar membabitkan kebatinan, 'kejantanan' kita akan dikurangkan. Tidak mustahil orang yang pernah dianggap jaguh pada zaman mudanya sudah 'mati pucuk' pada berusia 40 tahun. Sekadar pandangan. Itupun kerana saya masih hidup untuk memberi pandangan.

6 comments:

tajudin said...

(senyum sahaja)

terimakasih atas pesanan ini Datuk Tiger.

bungaraya said...

Datuk,
Mula-mula BAYANGAN HIDUP. yakni terbayangpun dah hidup.
Kedua PANDANGAN HIDUP. Dipandangpun dah hidup.
Ketiga PEGANGAN HIDUP. Yakni dipegang baru hidup. Yang ketiga ni ketika kita berusia tua hampir nak mampus. Kerana ada juga orang tua yang tak reti-reti nak serik. Sentiasa memanjang hidup tak mahu mati.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Tersenyum puaslah tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bungaraya,

Pasti Sdr pergi sekolah yang sama dengan rakan saya tu. Apapun, kenyataan Sdr nampaknya lagi mantap. Bayang pun dah hidup. Kalau hendak membayangkan sesuatu, mesti tutup mata. Kalau tidak, nampak benda lain. Perrrrgghh.

aimdaim said...

DIY,

Saya setuju sangat tuuuu. Akan saya jadikan garis panduan untuk meniti hari mendatang & akan sya pesan kpd anak2....

fikir-fikirlah

aimdaim said...

DIY

Nak tambah sikit pasal kebatinan tu... Ada org salah guna kejantanan tgk jantina sama pun dah 'hidup'. Mungkin tgk 'bayang' pun dah hidup....