Posting Kedua - 4.30 petang
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan kejayaan pelaksanaan dasar pembangunan BN di Perak akan menjadi 'ujian' kepemimpinan Dr Zambry. Dalam ucapan di majlis pelancaran Kad JKsM itu, Paklah percaya penduduk Perak akan memberi sokongan penuh kepada Menteri Besar baru, yang membuat penampilan pertama sebagai MB dalam program besar bersamanya.
Posting Awal - 4.09 petang
Mendengar ucapan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, di Majlis Pelancaran Program Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia di Teluk Intan menerusi TV1 sebentar tadi, saya yakin beliau mampu membawa negeri ke satu tahap yang lebih baik lagi.
Ucapan bersemangat dan bertenaga itu memaparkan keupayaan Adun Pangkor itu untuk menyampaikan ucapan dengan baik, bernas dan jelas. Kelebihan ini amat diperlukan bagi menjadikan beliau antara pemimpin Melayu berwibawa pada masa akan datang.
Keupayaan berucap dengan baik amat perlu terutamanya bagi memberi penerangan kepada penduduk di seluruh Perak mengenai dasar pembangunan kerajaan. Dasar strategik untuk membantu rakyat. Ini penting untuk memastikan penduduk negeri itu terus menyokong BN dan tidak dikelirukan dengan fahaman politik sempit serta berbahaya.
Dr Zambry berjanji untuk membasmi kemiskinan penduduk Perak tidak kira di kampung atau bandar. Baginya, kemiskinan merentasi kaum tidak kira kaum Cina, Melayu, India, Kadazan, Dusun atau Dayak. Oleh itu, Kerajaan Barisan Nasional akan membantu semua mereka dalam masa yang terdekat.
Selamat berjuang.
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Kesian Zambri..Paklah tinggalkan dia pada Najib.
BILA ZAMRI NAK AMBIL BALIK TANAH YANG KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BAGI KEPADA ORANG CINA TU...? SEPATUTNYA SEKARANG NI LA UMNO RAMPAS BALIK TANAH TU DAN BAGI PADA ORANG MELAYU KALAU NAK PERJUANG NASIB MELAYU....
DULU MASA TAK DAK KUASA KATA NAK PERJUANG NASIB MELAYU LAH SEKARANG KENAPA TAK BUAT.....?
Tiger, tlg bgtau Badawi x pyh interframe kat Perak skg ni boleh tak? menyemak la Labu..
-azienmat-
selamat bertugas
http://pkrpasdap.blogspot.com
Politik Perak terus bergolak. Kerajaan terdahulu dilihat secara terancang menggunakan strategi politik kecoh untuk melemahkan kerajaan negeri yang baru. Apapun, hakikatnya rakyat majoriti mahukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran. Datuk Dr Zambry berhadapan dengan tugas yang berat. Kembalikan keyakinan rakyat!
Pada pentafsiran saya Dr Zambri adalah anak watan yang sanagat boleh dijadikan pengharapan. Samada PAS atau UMNO atau PKR dan rakyat jelata melayu, inilah contoh pemimpin yang kita perlukan. Kita kena sokong. Jika serupa Dr Zambri pun kita tplak, pemimpin jenis macamana lagi yang kita hendakkan. Kita sendirilah gamaknya.
Aku tengok MB baru ni memang berwibawaba, tawudduk, pandai bercakap, pendapatnya bernas dan mampu membawa Perak kehadapan.
Kepada semua rakyat Perak beri sokongan tak berbelah bahagi. Tak rugi pun. Skrg majoriti Exco adalah Melayu. Baru betul Ikut kompossi kaum di Perak. Aku tak nak, kerajaan yg Exco nya majoriti bukan melayu. Inikan negeri melayu. Majoriti melayu. Mesti dipimpin oleh melayu bukan boneka melayu.
DR Zambry hi...by-by la tak lama lagi dato bila persidangan DUN tergempar perak diadakan 3 mac ni.....?
berkuasa mengikut jalan yang salah. bubar dun buat pilhanraya baru. baru tau adakah rakyat dah kembali menyokong bn atau bn sekadar disokong oleh katak2. bn = pkr. gila nak berkuasa sampai sanggup terima sokongan katak2.
Post a Comment