Saturday, February 21, 2009

SANTAI BERSAMA HEZRY HASHIM

Kira-kira setengah jam lagi, kita akan dapat menyaksikan program Hezry Hashim, deejay KLFM dari Menara Kuala Lumpur.

Program Santai di Menara Kuala Lumpur bersama Hezry Hashim itu bermula sejak minggu pertama Januari 2009. Ia disiarkan jam 11 malam di TV1.

Sejak diadakan pelbagai pujian dan kritikan diberikan kepada HH yang mengetengahkan ramai tetamu istimewa termasuklah Angkasawan Negara dan artis tempatan.

Ada yang kurang senang dengan cara persembahan HH. Ada pandangan mengatakan beliau seolah-olah seperti seorang 'penjual ubat' atau gemar menjerit-jerit. Tetapi itulah style Hezry yang pernah menjadi penyampai berita hiburan di RTM1. Beliau juga seorang deejay yang bagus. Dari Muzik FM yang kini KLFM.

Rating bagi program SANTAI di MKL ini masih lagi rendah dan mungkin ada perkara yang tidak kena termasuklah dari segi pilihan isu, tetamu, promosi dan publisiti oleh RTM serta akhbar tempatan. Tak tahulah. Terlalu amat kurang promosi HH di media walaupun ada yang pernah menemuramah beliau sebelum ini. Cubaan.

Jika ada berkesempatan menonton Santai di Menara Kuala Lumpur malam ini, eloklah berikan pandangan untuk memperbaiki persembahan Double H itu. Malam ini, HH akan menjemput beberapa tetamu termasuk Norman Hakim dan Azhar Sulaiman.

Selamat menonton.

4 comments:

Tinta Biru said...

Datuk, rasanya promosi yang diberikan oleh RTM sudah cukup kuat untuk menengahkan stesen2 radio seperti MUZIK FM,MKL dan mana2 saja radio kepunyaan kerajaan. Begitu juga dengan pilihan isu, tetamu dan promosi memang saya tak nafikan isu yang diutarakan memang hangat, tetamu jemputan yang hebat2 dan bukan calang2 orang, namun seperkara yang membuat masyarakat kurang mendengar stesen2 ini adalah disebabkan faktor penyampai / dejay yang bertugas adakalanya membosankan dan menjemukan. Tapi bukan semua dejay atau penyampai seperti itu.Ada juga yang pandai menceriakan keadaan dan tidak kurang ada juga yang menghiburkan. Penyampai sesebuah stesen radio memainkan peranan penting dalam menarik minat pendengar kerana penyampai yang menghiburkan akan membuat pendengar tidak akan mengubah stesen lain. Bukan sahaja radio malah penyampai tv juga seperti itu sebagai contoh saya sendiri suka melihat program yang mana penyampainya ialah Saudara Rosyam Nor saya suka melihat cara beliau mengupas satu2 isu dan menjadikan perbincangan tersebut hangat begitu juga dengan forum perdana setiap hari khamis juga tidak menjemukan kerana penyampai forum tersebut pandai menarik perhatian penonton.
justeru itu datuk dapat saya simpulkan disini penyampai sesebuah stesen radio itulah yang memainkan peranan penting dalam menarik minat para pendengar.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
'Anchor' program sapa sapa pun kenalah sedar bahawa penyiaran sesebuah program tu kerana kandungannya bukan kerana keterampilan perantara yang nilai 'layaknya' amat subjektif; jika disukai pengurusan makanya dialah mengacara program secara berterusan. Memang dah ada contoh baik di RTM mahupun di TV3.

Selain itu, Datuk kena tengok jugaklah bahawa ada DJ Radio di RTM yang 'promote' diri sendiri tinggi melambung sampai naik rimas dibuatnya; melugai (loya) pun ada bila ada penyiar yang syok sendiri ni. Jangan dibiarkan publisiti murahan ni meroyak..

Anonymous said...

Bagi saya tiada apa masalahnya rancangan SBHHDMKL tu. Kelihatan format baru bagi RTM. HH pun ok, layak jadi pengacara tv dan radio. Cuma rancangan tu:

1) Kurang promosi; d rtm pun kurang, di akhbar pun tiada, di billboard jauh sekali. banner atau bunting yang semurah RM200 satu pun rtm tak mampu buat. Saya rasa sudah tiba masnya kita tubuh unit promsi (rasanya dah ada). Kalau kita keluar kawasan contohnya ke Bukit Selambau dan Bukit gantang kita bawa sekali segala bunting, banner, phamplet segala rancangan kita yang berkualiti seperti SBHHDMKL, Di Luar Lingkungan, Jaguh Futsal RTM, SoccerStar Malaysia, Blog, Tilawah Interaktif, Gerak Khas, dll....

2) Masa siaran kurang sesuai; ada banyak siaran rtm tidak menepati masa. Contohnya, Nasional @1, walau ada pembaharuan grafik yang cantik tetapi masa tak kena. bagi saya kita lewat dari tv3 dan tv9. dalam berita apabila lewat setengah jam pun bererti kita sudah lambat menyampaikan berita. Berita tebuk yang kerapkali ada siarannya takkan sama waktu berita perdana yang ditunggu rakyat Malaysia.'Bila orang dah kenyang, depa tak mau makan daaahhh...'Begitu juga masa siaran SBHHDMKL Sabtu 11 malam. lewat. Mungkin target audien ialah golongan muda bandaraya sahaja...saya pun tak pasti.

3) Isu; kadangkala isu jadi masalah. Ada saja yang tak kena dengan audien kita. Di Luar Lingkungan dikatakan terlalu berat walaupun ia bagus, menampakkan keintelektualan yang tinggi.Bersama Wanita macam format Selamat Pagi Malaysia saja. Kita kena cari yang sensasi sikit. Contohnya tv9 adakan siaran Hujah, dihoskan oleh Dr Agus, sangat berkesan kerana menemukan 3 calon ketua Pemuda Umno. Dr Agus memang layak malam tu. Soalannya pendek, tepat dan padat. kalau diberi kuasa memilih, siapa menang dalam hujah malam tu, saya pilih Dr Agus.(ha ha ha ..)...

Mak Cik Cleaner RTM

Anonymous said...

datuk,rating sukan macam mana plak? infosukan/sukan@1/gelanggang@1 pun takde promosi...tapi saya percaya infosukan kalau diberi lebih masa siaran mungkin pengisiannya lebih padat...