Saturday, February 14, 2009

JANGAN BIADAB DAN KURANG AJAR

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian.

Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

8 comments:

TINTABIRU said...

Salam Datuk,
Ini amaran dan ingatan pada semua..
jangan cuba merosakkan keamanan dan kedamaian rakyat MALAYSIA, jangan jadi SEPERTI jebat yang derhaka pada sultan,
Cukuplah hanya dengan cerita jebat.
Kita kekalkan keamanan dan kedamaian di bawah kepimpinan kerajaan BN.

Anonymous said...

Sudah le dato
Jangan lupa kes anuar musa kat kelantan begitu juga kat terengganu masa idris jusoh tak dapat jadi MB..Itu belum kira masa Mamak Bendahara nak gubal undang pasal raja awal 90 an dulu

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Jom kita tengok...

WAJAH-WAJAH PENDERHAKA NEGARA

abe MIE 'TERJAH' said...

Http://pkrpasdap.blogspot.com

agaknya pakatan rakyat ada masalah kalau dia menang di perak nanti kalau dia sendiri yang bergaduh dengan sultan. sultan tak akan lantik MB terutama Nizar.

macam berlaku di kelantan masa anuar musa.

mat_terab said...

Sapa lebih derhaka umno atau pakatan rakyat:
1. UMNO cuba pecat Sultan Kelantan pada tahun 1993 dengan cuba menabalkan Tengku Ibrahim dan menolak Sultan kelantan yang ada sekarang
= Pakatan rakyat hanya nempertahankan MB Perak yang di pilih oleh rakyat melui PRU12 mengikut Undang-undang tubuh negeri Perak.

2. UMNo maki sultan dengan kata-kata kesat (Natang) binatang.
= Pakatan rakyat tak pernah maki sultan sampai tahap tu Karpal hanya nak saman Sultan itupun Pemimpin pakatan tak setuju hanya dia saja yang nak saman.

3. UMNO menggurangkan kuasa yang ada pada raja(Imunity) semasa pemerintahan Tun Mahadir. Kalau dulu Sultan tak boleh di herek ke makaman. Kerana UMNo jugalah sekarang ni sultan boleh di herek
ke Makamah.
4. Umno Perak pernah menderhaka sultan perak zaman bapak Tajol rosli sendiri menjadi MB iaitu Ghazali jawi.
masa tu Sultan perak Sultan Idris.
Gazali engan letak jawatan MB walaupun sultan tak berkenan beliau menjadi MB.
5. Kes di perlis Sahidan Kasim pada mulanya berkeras juga hendak jadi MB walaupun Raja Perlis tak perkenan perlantikan beliau.
6. Kes Muhamad Taib bawa lari Anak Sultan Selangor dan berkahwin di Siam menyebabkan Sultan Selangor pada waktu itu begitu kecewa.

Kesimpulannya Lu pikirlah sendir sapa yang sebenarnya menderhaka......

Shade said...

4 Beruk sini lompat sana kita hilang kuasa..4 Beruk sana lompat sini kita dapat kuasa..mana boleh mcm tu wahai beruk2 UMNO/BN..Kalau banyak wakil Rakyat BN lompat ke PR diParlimen Perdana Menteri terus minta Yang Dipertuan Agung bubar Parlimen..maknanya katak tak boleh jadi PENENTU utk tukar kerajaan..Hanya rakyat saja yang boleh!Ini dipakai oleh semua negara2 Commonwealth.. Great Britain dah pakai ini 400 tahun..UMNO/BN DAH KENA MAIN DGN......

Anonymous said...

Betul tu mat_terab
dia orang ni buta sejarah

pulutkuning