Pagi ini, saya ditanya oleh DJ Hezry Hashim daripada KLFM mengenai tajuk sebuah akhbar yang memaparkan tahap kepuasan wanita di ranjang. Soalannnya, 'Adakah tajuk seumpama itu elok untuk pembaca?' Dalam ertikata lain sesuai atau tidak untuk pembaca di negara ini?
Saya menjelaskan kepada DJ Hezry bahawa menjadi kebiasaannya pengarang akan membuat tajuk yang menarik sehingga mendorong pembeli membeli akhbar itu. Tajuk disiarkan sudah pasti berdasarkan berita yang ditulis. Sudah pasti berita yang menarik boleh membuahkan tajuk yang menarik, kecualilah penyunting tidak bijak.
Umpamanya, isu di ranjang pasti menarik minat pembaca apatah lagi apabila mengatakan 70 peratus wanita 'tidak puas' di ranjang. Pasti pembaca mahu tahu mengapa wanita itu 'tidak puas' dan siapa pula yang bercakap. Adakah orang bandar atau wanita di kampung? Mengapa isu ini ditimbulkan? Bagi pembaca lelaki, adakah ia terkena batang hidung sendiri?
Satu lagi pembaca perlu memahami jenis akhbar itu sama serius atau memang diketahui memaparkan kehidupan seharian manusia. Akhbar petang kebiasaannya menceritakan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat termasuklah ketika di rumah atau di ranjang. Oleh itu, tajuk seumpama itu tidak menghairankan. Bagi akhbar yang lebih serius seperti BH atau UM, mungkin tajuknya berbeza daripada akhbar petang.
Yang menjadi kesalahan ialah apabila tajuk itu tidak ada kena mengena dengan bahan yang disiarkan. Atau tajuk itu ingin 'mengenakan' pihak tertentu. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera. Anda yang memutuskan untuk mengeluarkan wang membeli akhbar.
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kita boleh memberi apa alasan untuk mendapat laluan kepada apa-apa perbuatan. Kadang-kadang orang lain boleh terima dan kadang-kadang ia menjadi kontraversi.
Amalan seperti ini janganlah dibuat, sebab amalan yang berulang-ulang itu lama kelamaan akan menjadi satu budaya dalam masyarakat.
Lihatlah bahasa yang digunakan untuk menulis sms (text mesej), yang siapakah nanti yang akan menjadi pahlawan untuk membetulkan, atau akan terus sebagai yang standard?
Jangan sesiapa pun menjadi pelopor kepada benda-benda yang mengarut ini. Seks tetap seks.
Sebelum video lucah yang ada sekarang, sudah ada porno yang di zaman dahulu, yang dilukis pada dinding-dinding gua dan sebagainya.
ala datuk, bende2 macam ni takyah lak nak buat cerita kat akhbar..ini cerita dalam kain pun nak cerita kat org luar...macam dah tak ada tajuk lain dan cerita lain nak dibahaskan..kang dibahas meleret-leret pulak...
cubalah cari story yang boleh membuka minda masyarakat agar terus menyokong kepimpinan kerjaaan BN. cari hujah2 yang boleh buat masyarakat yakin BN kerajaan yang sememangnya layak untuk memerintah, cerita mengenai mahasiswa yang menganggur cari tip bagaimana mereka nak menambah income, itu tak masuk lagi dengan cerita2 gejala sosial seperti bohsia, ganja dan mat rempit..cerita ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berkesudahan sebab tiada satu cara pun yang dapat menyedarkan anak2 muda kita so carik le jalan penyelesaian buat story kat akhbar ini tak cerita dalam kain nak cerita kat satu dunia apa ada...
Post a Comment