Friday, February 27, 2009

BAPAK LAWAN BANGSA


Seorang nak pertahankan 'bapak' dan seorang lagi nak mempertahankan maruah bangsa.

Ketika di kolej dulu, saya akan 'dibawa' bersama untuk mempertahankan maruah kumpulan kami jika ada pihak yang ingin membuat tidak senonoh. Bukan kumpulan gangster tetapi 'geng' yang terbentuk di atas semangat setiakawan.

Ketika itu, darah muda meluap-luap jika ada orang kurang ajar dan biadab terutama kepada bangsa, tunggulah masanya. Dah tua ni, semangat ada tetapi tidak lagi terbabit dalam kumpulan kenkawan tertentu. Semuanya kawan.

Semalam, pertengkaran berlaku di Parlimen dan inilah tempat yang paling tidak sesuai untuk bergaduh dan bertengkar. Gunakanlah Padang Merbok jika hendak berdebat, berhujah, bertengkar atau pun hendak bertumbuk dan berkungfu. Lepas 'bergaduh' buatlah sidang media. Takyah cari dewan yang mulia untuk bertengkar. Buat malu saja.

16 comments:

bungaraya said...

Di Bukit Selambau nanti, tutup mulut orang singh semua. Jangan ikut campur. Mengada-ada benar mereka ini. Ada lagu untuk mereka bersama lain-lain kaum ketika aku bergelar remaja dulu. Begini bunyinya.

Melayuwan potong,
Cinawan macam sotong,
Bengaliwan solong
Kelingwan muncung.

Anonymous said...

lagi satu pantun racist kat pantai timur popular-pantun rakyat pantai timur. (Pantun ni keluar sebab singh dah kurang ajar)

Ling ling sapi
berbulu telinganya
mana keling mati
di tepi rumah cina.


ada banyak lagi...
nanti keluar satu2.

Anonymous said...

YBhg. Datuk

Saya amat bersetuju dengan sebahagian daripada tindakan Pemuda UMNO itu.

Perkara yang saya bersetuju:

Iaitu ahli UMNO kini bangkit mempertahankan bangsa, dan tidak lembik serta menurut kemahuan sesetengah eksterimis daripada golongan minoriti.

Tindakan pemuda-pemuda UMNO adalah bertepatan dengan masanya diwaktu Kementerian Dalam Negeri sudah tidak lagi berminat menjalankan tugasnya menjaga ketenteraman dalam negeri dengan membiarkan beberapa eksterimis minoriti cuba menghina golongan majoriti yang sudah lama bersabar... pengajarannya, sesiapa yang ada kuasa itu, gunakanlah ia untuk menjaga perpaduan di kalangan kaum, jangan biarkan sesetengah orang cuba merosaknya dengan mencurah minyak ke api.

Tindakan mereka ini menunjukkan bahawa golongan muda majoriti kini bukan lagi seperti senior mereka, yang 'pondan' terlalu takut bersuara hanya untuk menjaga hati mereka yang tidak tahun mengenang budi.... semoga semangat perjuangan mempertahankan bangsa ini diteruskan.

Bahawa eksterimis golongan minoriti perlu sedar bahawa golongan majoriti ini juga yang selama ini bersabar, boleh hilang sabar, dan akhirnya golongan eksterimis ini boleh 'dilenyek-lenyek' oleh mereka... tidak kiralah, sama mereka ini peguam dan sebagainya... menjadi peguam, tidak semestinya menjadi lesen kepada golongan ini bertindak sesuka hati, mengata, mencerca orang lain sesuka hati... Saya bimbang nanti, mungkin ada yang dah tidak puas hati, lalu menggunakan tindakan 'koboi' kepada orang yang mengaku 'pakar' undang-undang ini.

Tindakan mereka ini memberi isyarat kepada eksterimis golongan minoriti ini bahawa golongan majoriti yang dikatakan berpecah belah ini sudah mula bersatu dan bersedia melawan.

Perkara yang saya tidak bersetuju:

Menggunakan Parlimen sebagai tempat bergaduh... kerana Parlimen itu tempat menggubal undang-undang, bukan tempat untuk melanggar undang-undang.

Menggunakan kekerasan kepada golongan kurang upaya yang tidak 'sedar diri'... tak perlu ramai-ramai... pergi seorang sahaja cukup... dah boleh menghumban orang OKU itu ke tangga parlimen yang curam itu.

Bertindak ganas, kerana bertindak gaas itu bukan tindakan orang bertamadun, bertata susila seperti orang melayu... gunakan saluran yang ada untuk mengambil tindakan seperti mendesak Raja-Raja untuk mmelucutkan kerakyatan mereka yang tidak layak menjadi warganegara Malaysia yang aman permai ini, serta mendesak KDN untuk menahan orang yang cuba meniup kemarahan dan mengakibatkan permusuhan kaum ini ke dalam pusat tahanan ISA seberapa lama yang boleh.

Bahawa pemuda UMNO itu boleh dilabel sebagai samseng, kerana tidak tahu mendaulatkan undang-undang serta bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan undang-undang negara yang tercinta ini.

Sekian sahaja, nukilan saya ini bukan bertujuan untuk memecahkan belahkan kaum, tetapi ia adalah lebih kepada rasa sayangnya kepada keamanan negara yang telah kita pelihara selama ini, saya berpendapat, apa salahnya kita hidup dlaam keadaan aman dan harmoni, disamping menumpukan usaha-usaha untuk mensejahterakan rakyat dalam keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini?

Cintakan keamanan negara, hidup UMNO!

jonlabuyabedabedu

Z-MAY said...

makin hari makin haru biru
makin bercelaru
otak jadi kelabu...

Anonymous said...

Itulah akibatnya pejabat Peguam Negara lambat sangat nak buat keputusan tentang kes menderhaka tu. Akibatnya dia naik kepala dan dia tahu dia ada kekebalan bila bercakap dalam parlimen. Apa nak hairankan, anak mestilah sokong bapak.

mat_terab said...

Dato ketengan antara pemuda umno dan karpal ni tak ada kena mengena dengan Bangsa pun pemuda umno hanya marah kerana di tuduh celaka lalu cuba menyerang karpal itu saja manakala gobind Sing dah tentu pertahankan Bapaknya.......

Anonymous said...

HOT HOT PANAS PANAS MENGELEGAK!!!

Karpal Singh telah memberi pita rakaman Ketua Hakim yang mengaku rasuah kepada Agong!!

Lihat di sini.

HOT PANAS LAGI MELECUR!!!

Speaker Perak V. Sivakumar telah meminta agar sidang tergempar Dewan Undangan Perak diadakan pada hari Selasa untuk mengundi usul percaya/tidak percaya kepada Dato' Seri Nizar dan usul memansuhkan Dewan!

Lihat di sini.

Anonymous said...

HOT HOT PANAS PANAS MENGELEGAK!!!

Karpal Singh telah memberi pita rakaman Ketua Hakim yang mengaku rasuah kepada Agong!!

Lihat di sini.

HOT PANAS LAGI MELECUR!!!

Speaker Perak V. Sivakumar telah meminta agar sidang tergempar Dewan Undangan Perak diadakan pada hari Selasa untuk mengundi usul percaya/tidak percaya kepada Dato' Seri Nizar dan usul memansuhkan Dewan!

Lihat di sini.

burungjantan said...

Saya salahkan kerajaan yang hampir ketinggalan zaman.Kenapa?

Ramai orang pandai-pandai tak ada tempat nak melepas. Hanya parlimen yang membenarkan, tetapi berapa ramai yang boleh masuk? Hanya ahli-ahli YB sahaja, yang terpelih sahaja. Macam Karpal Singh itu.

Bagaimana yang lain?

Elok-eloknya kerajaan sediakan satu tempat untuk orang nak lepas giant nak bercakap. Di situ nanti cakaplah apa nak cakap. Dan sapa nak dengar dengar.

Tapi di luar tempat, tak boleh sebarangan. Cakap salah tetap kena, tetap diberi tanggungjawab.

Benda ini ada di London? Kenapa di Malaysia tak ada?

Quantum Metal Consultant said...

Kenapalah 'disabarkan' budak budak tu - biar mereka lepaskan..

Selalunya yang berbadan besar...hati dia kecik..bila dipegang pegang, di sabar sabar ---garangnya bukan main.

Tapi bila dilepaskan, hancusss..tumbuk angin tapi seluar terlondeh.

Kulupbana said...

Salam Datuk,

Wah, ini baru menepati ungkapan peribahasa bahawa, 'bapa borek anak nan rintik'. Legasi Karpal Singh berterusan; tapi sayanglah jika undi diberi untuk mereka berkhidmat membangunkan kawasan tetapi sepanjang berada di- Parlimen asyik bertelingkah isu yang tak sudah-sudah.Macam monyet.

Namun, jika maruah bangsa dicelakakan sewenang-wenang, saya sokong sangat jika ada pendekar Melayu yang mengamuk di tangga Parlimen.Satu ingatan gitu ..

Dalam angle lain,'Journalism sensationalism'ini baik untuk 'headline' berita.

Anonymous said...

semua tuduhan - fitnah - tohmah oleh pembangkang akan berterusan hingga pru13 kerana sesuatu yang tidak benar jika sentiasa disogok akan dipercayai- lebih2 lagi golongan muda sekarang ada yang sudah tak kisah bangsa melayu/raja/agama. insaflah wahai saudara-saudaraku sebangsa seagama jangan jadi menang sorak kampong tergadai kemudian rakyat peribumi dijual- anuar tak kisah ini semua asalkan cita2nya nak jadi pm tercapai.

mungkinkah peluru yang diterima karpal singh episod ciptaan pembangkang sendiri untuk tambah satu lagi modal..pandai anuar merancang..

ChengHo said...

Umno sudah tumpul taring nya dan sudah kehilangan strategi
Dlm parlimen tidak ramai MP Umno yg cerdik dan diluar parlimen Umno tak punya minda dan semangat juang yg jitu
Peristiwa Karpal adalah simtom kepada kehancuran masa depan Umno
barah dlm Umno sudah terlalu parah untuk diubati
Bernahlah saperti lagu Ramlah Ram selamat jalan romeo...

Anonymous said...

mungkin benar,

Aku dan kau racist seperti zionist.

-akubukankau-

tok janggut said...

Salam Datuk,
Kalau dulu Tok Janggut sanggup mati kerana mempertahankan jajahannya daripada di jajah, tetapi sekarang Tok Janggut sanggup bergadai nyawa demi bangsanya. Tok janggut sekarang masih mampu melakukan apa yang Tok Janggut dulu lakukan. Tak caya datanglan ke kelantan, Tok Janggut akan tunggu bukan dengan senapang atau senjata tapi cukup dengan buku lima.

MARI BERSATU said...

Yang bergaduh tu dari BUDAK TINGKATAN BERAPA bang, yang lawan tu dari sekolah mana, mereka tu bergaduh rebut awek tingkatan satu...

Macam budak-budak..PARLIMEN tu NAMA TADIKA BARU KE