Sunday, February 22, 2009

PILIHLAH YANG BERIMAN DAN BIJAKSANA

Posting Kedua - 6.20 petang

Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, menyifatkan majlis pengenalan calon MKT yang diadakan di Kedah hari ini berjaya dan berlangsung dengan penuh kemesraan. Katanya, ini petanda bahawa pemilihan dalam parti adalah satu pertandingan yang sihat dan bersifat kekeluargaan.

Posting Asal - 8.15 pagi


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis mengumumkan menarik diri daripada pertandingan merebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti, Mac ini.

Bagaimanapun, beliau akan terus bersaing untuk merebut 25 jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang disandang selama beberapa penggal sebelum ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua bahagian yang mencalonkan beliau, Jamaluddin meminta mereka menerima baik keputusan itu.

''Keputusan ini dibuat selepas mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi UMNO dan rakan-rakan kepimpinan bahagian.

''Saya rasa lebih sesuai bagi saya untuk bertanding di peringkat MT,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Penarikan diri Jamaluddin menjadikan persaingan merebut jawatan itu menjadi lapan penjuru berbanding sembilan sebelum ini.

Calon-calon yang mengesahkan akan bertanding kerusi Naib Presiden terdiri daripada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut bertanding ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

(Renungan Rimau : Carta kedudukan populariti calon Naib Presiden setakat ini ialah DS Dr Zahid, DS Shafie Afdal, DS Khaled Nordin, DS Hisham dan DS Syed Hamid. Bagi Ketua Pemuda pula DS Dr Khir Toyo dikatakan mendahului calon-calon lain. Maklumat ini diperolehi daripada ejen-ejen kenit di seluruh negara. Calon MT yang menarik diri setakat ini ialah Datuk Salleh Keruak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Aniffah Aman, Datuk Masidi Manjun, Datuk Aziz Sheikh Fadzir dan Datuk Alwi Che Mat. Tahniah kepada Datuk Kamilia Ibrahim kerana memenangi jawatan Naib Ketua Wanita tanpa bertanding. Sudah ditakdir kerana orang yang kuat kerja akan mendapat tempatnya satu hari nanti.

Saya menghadiri majlis memperkenalkan calon MT di Pulau Pinang minggu lalu. Amat menarik ketika wakil negeri memperkenalkan calon yang bertanding. Ada yang rendah, tinggi, bulat dan bergaya. Ada yang masih malu-malu dan ada yang berdiri megah. Mereka yang hadir juga memberikan tepukan. Ada juga yang apabila nama disebut tidak mendapat tepukan. Elok tarik diri? Yang tidak hadir pula diwakili oleh EXCO Negeri, Setiausaha Politik dan yang paling menarik ialah diwakili oleh isteri. Buatlah yang terbaik dan jangan merajuk jika kalah nanti. Selamat bertanding.)

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

UMNO ada kekosongan model ke Dato'...

Kalau untuk jawatan politik elok nilaikan tentang kerja mereka. kalau ada yang belum dikenali - elok tarik diri - teruskan kerja kuat sehingga diri dikenali kerana hasil kerja bukannya kerana perut boroi.

Anonymous said...

PEMIMPIN MESTILAH HEBAT DARI SEGI CIRI-CIRI KEPIMPINANNYA, BERSIH SEGI MORALNYA, BEBAS RASUAH DAN BEBAS REKOD JENAYAH. SEMASA PEMILIHAN NANTI, WAKIL-WAKIL HENDAKLAH MEMBEBASKAN DIRI MEREKA DARIPADA GEJALA POLITIK WANG DAN POLITIK KENEGERIAN. DI MASA AKAN DATANG, UMNO JUGA PARTI-PARTI POLITIK YANG LAIN PERLU MEMIKIRKAN TENTANG KEMUNGKINAN MEMBUAT PERUBAHAN KE ATAS KAEDAH PEMILIHAN PEMIMPIN PARTI. APAKAH MUNGKIN AHLI-AHLI KESELURUHAN SESEBUAH PARTI YANG MEMILIH PEMIMPIN YANG MEREKA KEHENDAKI? DI DALAM UMNO, KAEDAH INI DIGUNAKAN SEMASA PEMILIHAN PERINGKAT CAWANGAN. APAKAH MUNGKIN KAEDAH YANG SAMA DIGUNAKAN DALAM PEMILIHAN PERINGKAT BAHAGIAN DAN KEBANGSAAN? KAEDAH INI SEMESTINYA MELIBATKAN KOS DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG BESAR. WALAUBAGAIMANAPUN IA TIDAK MUSTAHIL UNTUK DILAKSANAKAN. FIKIRKAN LAH!

Anonymous said...

Kalu nak pilih lagu tu takdak lah yg layak.
Hang ni buat2 tak tau plak.

jebat berkokok said...

Dunia Tiger..yang beriman tu rasanya adalah kot..yang bijak tu adalah jugak kot..yang BIJAKSANA CUMA ALLAH...Penyakit yang paling digeruni pada dunia akhir zaman ni adalah PENYAKIT DINAR!!!!!!