Wednesday, February 18, 2009

YB (yang berbogel) ELOK LETAK JAWATAN

Oleh Ibrahim Yahaya
(Sinar Harian/ Rabu / 18/2/09)


Tiada yang lebih malu apabila kita ditelanjangkan. Mana hendak menyorokkan muka apatah maruah jika kita ditelanjangkan. Dari sudut apa sekalipun, jika kita ditelanjangkan, maka segala kekurangan atau kelemahan kita akan diketahui ramai.

Individu yang ditelanjangkan oleh orang lain kerana disebabkan sifat buruknya akan pasti merasakan keperitan bagaimana masyarakatakan melihat mereka terutama kesalahan yang dilakukan seperti bergelumang dengan maksiat atau penipuan. Melainkanlah mereka mempunyai kulit tebal seperti gajah atau badak sumbu.

Ada sesetengah pihak yang “ditelanjangkan” berasa amat malu sehingga membawa diri ke luar negara dan sentiasa mengharapkan malapetaka itu segera reda. Mereka akan pulang semula ke negara ini selepas keadaan reda tetapi orang ramai akan tetap mengingatinya walaupun mereka melakukan pembedahan plastik atau memakai purdah. Bagi lelaki, mereka mungkin menyimpan misai, janggut atau jambang untuk mengelakkan diri mereka dikenali. Tidak payahlah hendak menyorok dan beranilah menghadapi segalanya. Berani buat, berani tanggung.

Dalam satu kes penyebaran video, seorang artis itu terpaksa menghilangkan diri seketika sebelum kembali berlakon setelah menerima tawaran daripada penerbit drama. Itupun kerana untuk mendapatkan sesuap rezeki menyara keluarga. Beliau tabah menghadapi dugaan itu walaupun pernah ‘ditelanjangkan’.

Dalam kes lain, orang kuat MCA dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, meletakkan jawatan selepas video beliau mengadakan hubungan seks dengan “teman rapatnya” disebarkan oleh pihak tertentu. Beliau yang bersikap “gentleman” mengaku beliau “adalah lelaki dalam video itu”. Anak jantan.

Beliau seterusnya meletakkan jawatan dan tempatnya di Labis digantikan oleh anaknya pada Pilihanraya Umum ke 12, Mac lalu.
Bagaimanapun, tahun lalu Dr Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA dengan mengalahkan Datuk Seri Ong Kah Chuan, abang Datuk Seri Ong Ka Ting. Satu perjalanan politik yang menarik dan mungkin ramai yang masih meminati beliau.

Mereka yang ditelanjangkan menerusi penyebaran gambar bogel pula pasti akan berasa “teraniaya” kerana apa yang sepatutnya tidak boleh dilihat oleh orang lain kini boleh ditonton malah ada sesetengah orang ‘menkmatinya’. Mangsa akan pasti menghadapi trauma jika tidak bersedia atau benar-benar teraniaya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mengetahui gambar mereka diambil dan ada kemungkinan ia akan disebarkan, sudah pasti mereka lebih bersedia dan mampu menghadapinya walaupun gambar itu disebarkan di seluruh dunia menerusi alam siber. Ada yang tidak kisah atau menganggapnya tidak luak.

Dalam satu kes sebelum ini, gambar seorang peserta Akademia Fantasia yang berbogel di dalam bilik mandi disebarkan dalam internet yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri untuk menjadi pelajar. Jika tidak berbuat demikian, sudah pasti seluruh masyarakat akan memberi tumpuan kepadanya. Tumpu kepada perkara tertentu.

Semalam, negara digemparkan dengan berita gambar ahli politik berbogel disebarkan. Ia semakin menarik apabila ada wartawan akhbar petang yang cuba mendapatkan komen ahli politik itu. Akhirnya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong, mengaku gambar yang disebarkan itu adalah gambarnya.

Bermulalah penyebaran berita mengenai penyebaran gambar bogel itu di dalam media alternatif termasuk blog. Ada blog yang menyiarkan gambar Elizabeth sebelum ini yang dipaparkan terlalu dekat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ada blog yang menulis caption seperti tergesel, terpegang dan terhimpit untuk menggambarkan “kedekatan” Eli Wong dengan pemimpin Selangor.

Akibat penyebaran gambar bogel itu, Elizabeth telah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 11 malam Isnin berhubung penyebaran gambar berkenaan.

Namun bagi Eli Wong, beliau menyifatkan penyebaran gambar bogelnya dalam Internet sebagai satu bentuk pencabulan maruah dan pelanggaran ruang peribadinya. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu berkata, ia adalah serangan berniat jahat yang bertujuan memalu serta mencemarkan nama baiknya.

"Penyebaran dan penerbitan foto atau video ini adalah satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Saya adalah mangsa dalam insiden ini," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Elizabeth berkata, penyebaran gambar berkenaan telah dimaklumkan kepada beliau oleh wartawan sebuah akhbar Jumaat lalu yang memiliki serta ingin menyiarkan berita mengenai gambar tersebut. Bagaimanapun katanya, beliau tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka mengenai penyebaran gambar itu termasuk individu yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadinya.

Semalam, Elizabeth Wong dalam satu sidang media menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Adun dan EXCO Selangor. Pengakuan Elizabeth mengenai gambar bogelnya itu menyebabkan ramai pihak termasuk pemimpin UMNO berpendapat adalah lebih manis jika EXCO Selangor itu meletakkan jawatan. Ia membabitkan masalah moral seorang pemimpin dengan pengundinya tanpa mengira kaum atau agamanya. Yang salah tetap salah di mata masyarakat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan Elizabeth Wong menawarkan untuk meletak jawatan EXCO Selangor dan Adun Bukit Lanjan, ekoran penyebaran gambar bogelnya, bukan sesuatu yang mengejutkan. Tindakan itu wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin.

"Tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. Apatah lagi membabitkan individu yang bergelar exco kerajaan negeri dan seorang wakil rakyat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta Elizabeth Wong meletakkan jawatan serta-merta. Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu perlu berbuat demikian kerana penyebaran gambar berkenaan berkait rapat dengan soal moral seorang pemimpin. Mohamad Khir yang belum melihat gambar itu berkata, jika benar ia adalah sesuatu yang serius.

"Kalau ada pihak menyatakan gambar berkenaan adalah privasi ADUN terbabit, ia bukan soalnya kerana perkara ini melibatkan masalah moral. Malah, tindakan itu (bergambar bogel) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh semua masyarakat di negara ini, apatah lagi ia melibatkan individu yang bergelar wakil rakyat. Saya fikir lebih baik beliau (Elizabeth) melepaskan semua jawatannya termasuk ADUN secepat mungkin," katanya kepada media, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir memberitahu, perkara yang sama turut berlaku kepada Naib Presiden MCA sebelum ini. Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya ekoran kes itu yang turut dijadikan modal politik pakatan pembangkang.
Malah, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ketika itu turut mendesak supaya Dr Chua meletakkan semua jawatannya termasuklah dalam Kabinet. Apa bezanya antara pemimpin BN dan pembangkang yang bersalah? Perlulah meletakkan jawatan.

"Saya harap pembangkang sedar tentang perkara ini dan meminta supaya ADUN itu mengosongkan kerusinya termasuklah sebagai Exco kerajaan negeri. Dulu mereka lantang bersuara mendesak Soi Lek letak jawatan, tetapi beliau berbuat demikian. Sekarang giliran mereka, janganlah berdolak-dalik pula," ujarnya.

Dr Khir juga mempersoalkan mengapa pihak pembangkang menuduh UMNO dan laman web tertentu yang menjadi ‘dalang’ sedangkan selama ini banyak laman web yang menyiarkan pelbagai gambar pemimpin UMNO.

Tindakan pembangkang terutama PKR pula menuduh UMNO sebagai dalang penyebaran gambar bogel wakil rakyatnya bukanlah satu luar biasa. Walaupun, Elizabeth Wong mengaku ia gambar peribadi tetapi yang menerima tuduhan seperti biasa ialah UMNO.

Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Agendadaily, sebuah berita portal “ Ini kerja celaka” ketika ditanya apakah bukti pembangkang menuduh UMNO dan BN terlibat dalam isu gambar Elizabeth Wong.

Katanya, gambar Elizabeth bergesel dengan Menteri Besar Selangor yang disiarkan oleh AgendaDaily membuktikan ‘kerja jahat’ untuk memburukkan pembangkang.

Namun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman, pula menyangkal tuduhan pembangkang itu dengan berkata “ bukan UMNO yang menelanjangkan dan mengambil gambar bogel Eli Wong”. Beliau yang meluat dengan tuduhan pembangkang itu menyifatkan masalah peribadi perlu ditanggung oleh pihak terbabit tanpa menyalahkan orang lain.

Kesimpulannya, episod bogel ini pasti membuka ruang kepada Pilihanraya Kecil ketiga membabitkan tiga bukit iaitu Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Bukit Lanjan. Ada yang berjenaka menyatakan PRK Bukit Lanjan kini dikenali ‘PRK Bukit Telanjang’.

12 comments:

Anonymous said...

Begitulah keadaan sekarang. Semua benda salah mesti ditujukan kepada UMNO dan BN. Mcm la PR x pandai buat salah ;)

burungjantan said...

saya kesihan dengan Eli wong yang tersibar gambarnya itu.

Dia bukankah bujang belum kahwin. Mana emak bapanya, adik beradiknya. Siapa yang ambil gambar itu. Bapanya sendirikah? Atau pembantu rumahnya?

Kesihan kesian. Orang nak jadi wakil rakyat, dia pun nak jadi wakil. Bila dah jadi wakil begini pula dia buatnya

Tinta Biru said...

Demi menjaga nama baik baik, elok jugaklah keputusan yang YB tu buat..bukan sahaja bagi peluang pada diri dia untuk BEREHAT..tapi adalah lebih baik sentiasa beringat bila tidor jangan lupa kunci pintu..nanti ada tetamu yang tak diundang akan masuk..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

adakah Eliza disabotaj?

Jika disabotaj, bagaimana dia boleh 'sting' atau klimaks selepas mengadakan hubungan seks?

Adakah ELiza tak sedar semasa melakukan hubungan seks?

Kalau ini berlaku, Eliza wajar diKLASIFIKASI SEBAGAI ORANG YANG DIANIAYAI.

kalau TIDAK, Eliza rela dan sedar yang dia diperlakukan sedemikian.

PERHATIAN
Ini bukan kes cabul atau rogol.

Anonymous said...

Datuk,
Aku pun tido berbogel kat rumah ... lebih-lebih lagi lepas membuat "ibadah suami isteri" ...

Datuk tak pernah tido berbogel ker?

Masalahnya, gambar tersebut diambil bukan atas kehendaknya ...

Sama la macam kes Nasha Aziz yg videonya di rakam curi melalui CCTV ...

Kes ni tak sama dengan kes Datuk Chua ... Datuk Chua melanggan ...

Huru-hara jadi negara kita Datuk ... saper mastermind ni?

Anonymous said...

Eli wong memang tak tahu malu sekiranya tak meletak jawatan. Nampaknya Eli wong ini mahu menagih simpati pengundi. Kalau Eli Wong benar-benar YB yang beretika dan bertanggungjawab, beliau harus letak jawatan sebagai exco & ADUN Bukit Lanjang. Ni buat sidang media macam orang nak minta simpati. Dah lah panda-pandai menyalahkan orang lain atas perbuatan diri sendiri yang semamangnya tak bermoral.Kenapa bawa lelaki ke rumah. Dahlah lelaki Islam. Bodoh ka parai kata orang Sarawak.

rungguensing said...

Eli Wong patut meletak jawatan kerana maruah beliau sebagai wakil rakyat telah tercalar. Tak payahlah buat muka kasian dan mengatakan bahawa orang lain telah menganiayai dia. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau haruslah melepaskan jawatan sebagai Exco & DUN supaya rakyat dapat memilih wakil rakyat baru yang lebih bermaruah.
satu lagi pengajaran yang pahit buat orang politik yang rendah moralnya.

Anonymous said...

Salam DT,

Eli Oh Ilmi!!!!

Tak sangka lak Eli terpesona dengan pemuda lelaki bernama Ilmi opps! Hilmi Hazimin Malek.

Boleh tahan jugak "taste" Eli.....Siapa yang terpikat dengan siapa nih?!!!

Bila menatap beberapa koleksi Eli menerusi lawan web, ada jugak gambar "romantis" Eli dengan Pak Khalid...ermm bukan Pak Khalid Ketua Polis Selangor...tetapi YAB Menteri Besar Selangor.....ehem- ehem...

Cik Eli ni nampaknya terpikat dengan kesopanan dan kesusilaan orang Melayu....

Harap- harap YAB Pak Khalid dapat bimbing Cik Eli...manalah tahu kot2 boleh jadi calon menantu kot!!!

p/s- Suka tengok gadis Cina mengenakan Kebaya....

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Saya rasa bukan isu telanjang sangat yang patut diberi perhatian pada kes Eli Wong ini, tetapi, bagaimana teman lelakinya (lelaki melayu) boleh masuk ke rumah dan mengambil gambar... inikan yang cuba ditonjolkan PKR sebagai parti seks bebas? Bebas tinggal bersekedudukan dan kemudiannya menjadi pemimpin negeri? Apakah yang dikehendaki rakyat Selangor ni? Apakah selepas ini samseng atau kaki pukul atau kaki mabuk pulak jadi YB?

pada sidang akhbar semalam, eli wong dikelilingi makcik2 dibelakangnya... apa sudah jadi makcik2 ni... nak menggalakkan seks bebas ke? Adakah anda rela anak anda 'diratah' oleh lelaki bangsa lain pulak selepas ini? Kalau nak menyokong pun, selidiklah dulu....jangan sokong membabi buta sahaja...

Saya rasa Eli Wong memang perlu letak jawatan, kerana dia memang tak layak untuk memimpin masyarakat, apatah lagi di tempat adanya pengundi melayu, dan Selangor pula, janganlah 'desperate' sangat nak cari pemimpin sampai melantik exco secara ikut suka dan mengikut telunjuk pemimpin tertentu sahaja.

jonlabuyabedabedu

echah_syed said...

ape yg PKR buat semua halal sokmo..tak paham :(

bluehope said...

Si eli mmang kata tak malu dgn isu gambar bogel dia tuhh...tapi si BlueHope yg malu2 kucing bila tengok gambo bogel si eli. Isskkk...malu lerr...BlueHope ni pemalu banyak!!!

Anonymous said...

Salam Datuk,
Bagi saya, kes ini mudah. Tak kiralah Eli disabotaj atau rela, yang pastinya gambar tersebut dah tersebar dan pasti mengaibkan dirinya dan keluarganya. Jadi apa lagi yang Anwar nak tahan beliau dari letak jawatan? Biarlah beliau letak jawatan. Anwar tu cakap senang la tapi yang kena hadapi semua tu si Eli...