Monday, February 9, 2009

KARPAL SAKIT HATI, POLITIK SIAPA 'MATI'?

Kapal Singh sangat marah semalam. Semua orang dia sembur. Meriam di dada kapalnya meletup menghala ke Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Naik angin satu badan.

Mengapa Kapal marah? Mahu mendapatkan perhatian? Mahu lari tajuk sebab bangsa Melayu khususnya orang UMNO amat marah kepadanya kerana terlalu biadap pada Raja Melayu? Adakah ini strategi baru pakatan DAP, PAS dan PKR? Bantailah saja labu....

Namun kenyataan Kapal semalam ada juga kelakarnya. Minta Anwar Ibrahim bertaubat. Sejak bila Kapal tahu menggunakan perkataan bertaubat? Alahai....

Kapal perang DAP ini juga belasah Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Kapal marah kerana kedua-dua beranak ini tidak mengendahkan beliau. Memanglah begitu. Selama ini, Kit Siang mennggunakan Kapal untuk belayar meredah gelombang politiknya. Apabila sudah sampai ke daratan, kapal pun tak digunakan lagi.

Sekarang Kit Siang dah ada kapal selam yang dikenali Ngeh-Nga. Kapal selam ini digunakan untuk menembak apa saja termasuk rakan mereka dalam pakatan. Maka kapal selam dua saudara ini menyakitkan hati orang Melayu dengan panggilan 999 dan mengetepikan Timbalan Speaker Perak. Apa punya perangai daaa....

Ada orang buat pantun mengenai kapal selam ini. Ngeh-Nga, Cina tersenggeh, Melayu ternganga. Itupan PAS tidak sedar kerana Nizar dah kelabu mata. Bagi Nizar semua yang diarahkan oleh kapal selam adalah betul. Maka mengangguklah beliau seperti burung belatuk menebuk lubang. Maka besarlah lubang Ngeh-Nga.

(Posting tru NE90)

19 comments:

Anonymous said...

DARI ANAK JATI PERAK..

BETULLAH TU..PENDAPAT NGEH-NGA...

SEKARANG BACA YANG NI PULAK

FIKIRKANLAH SEBELUM MEMBALAS PENDAPAT INI...

SEBENARNYA KEADAAN DI DALAM DUN/AMMK PERAK ADALAH BERAT SEBELAH.
OLEH KERANA MAJORITI KERUSI DAP ADALAH BANYAK , KEADAN DS NIZAR
DIIBARATKAN SEBAGAI ANAK PATUNG BONEKA DAP DIDALAM KERAJAAN PERAK..

SETIAP KEPUTUSAN DAN AGENDA UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU AKAN DI SANGGAH DAN DI BANGKANG OLEH DAP.
YANG MENJADI PERKIRAAN ADALAH KEPENTINGAN DAP, DAN KAUM TERTENTU SAHAJA.
OLEH KERANA KEADAAN INI BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU, MALAH ORANG INDIA SENDIRI TURUT TERPINGGIR..
BUKANNYA APA, CUBA BAYANGKAN EXCO KERAJAAN BERBANGSA MELAYU HANYA MEMEGANG BAHAGIAN YANG TIDAK
PENTING DAN TIDAK DAPAT MEMBANGUNKAN BANGSA MELAYU DI PERAK. MANAKALA EXCO PEMBANGUNAN, EKONOMI,
YANG PENTING-PENTING ADALAH DIBERIKAN KEPADA BANGSA/KAUM TERTENTU.

YANG HANYA DIBINCANGKAN DI DALAM DUN PERAK 80% HANYALAH BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN TANAH..
JADI APAKAH GUNANYA BENDA INI UNTUK BANGSA MELAYU ? INI KERANA BENDA YANG DIBINCANGKAN INI ADALAH
BAGAIMANA NAK DAPATKAN TANAH, DIMANA NAK BUKA LOMBONG BIJIH...
UNTUK KAUM TERTENTU(HARAP PAHAMLA)...

SELAMA 11 BULAN MEMERINTAH APA YANG DI BERI KEADILAN OLEH KERAJAAN PERAK(PR) KEPADA RAKYAT??
TAK ADA LANGSUNG..

SATU LAGI PERKARA ADALAH KES GERAN TANAH 999 TAHUN.
DI DALAM PERAK INI KAMPUNG BARU BERJUMLAH 120-125 BUAH (LEBIH KURANG)
DAN DARI JUMLAH ITU HANYA 11 KAMPUNG BARU ADALAH KAMPUNG ORANG MELAYU..CUBA BAYANGKAN 11/120 HANYA
8-10% ADALAH AKAN DIBERI KEPADA MELAYU DAN 90% ADALAH BUKAN MELAYU..BAYANGKAN LAH.

SAYA BERASAL DARI MANJUNG..TAK JAUH DARI RUMAH DS NIZAR...6 MINIT PERJALANAN JE..
PERNAH DUDUK SEMEJA MINUM...KEKADANG DIA PENING DI DALAM PENGURUSAN NEGERI PERAK..
DIA HANYA DI IBARATKAN BONEKA YANG HANYA BERGERAK APABILA DIGERAKKAN OLEH ORANG LAIN..

OLEH ITU...BUKANYA SALAH APABILA PR NAK JADI PEMERINTAH MALAYSIA..CUMA DIHARAPKAN NANTI
JANGANLAH DS ANWAR ADALAH PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR.

OLEH KERANA NAK SANGAT SOKONGAN RAKYAT..SAMPAI KEADAAN KELEBIHAN BANGSA MELAYU SENDIRI HILANG..
SEPERTI SINGAPORE..INI KERANA TIDAK ADA LAGI PERBEZAAN DI ANTARA CHINA, INDIA, DAN MELAYU...
SAMA SAJA TAK ADA KELEBIHAN MAKSUD KUOTA BUMIPUTRA..

SEDANGKAN PAS SENDIRI INGIN MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM...TETAPI DAP SENDIRI MEMBERI PENDAPAT SUPAYA
MELANGKAH MAYATNYA DULU KALAU PAS NAK WUJUDKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM...BAYANGKANLAH..
SAYA SENDIRI ADALAH PENYOKONG DS NIZAR..CUMA KEKADANG TAKUT DENGAN AKAN PERKARA INI...
PIKIRKANLAH APA AKAN TERJADI NANTI APABILA KITA TIDAK LAGI BERGELAR MELAYU BUMIPUTRA...

SIAPAKAH NANTI AKAN MEMPERTAHANKAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU BUMIPUTRA..KALAU DAH JADI MACAM SINGAPURA..

PIKIRKANLAH SINGAPURA...PEMERINTAHNYA AKAN TETAP BANGSA PPP(LEBIH KURANG DAP)...DAN TAK BERUBAH...
DARI BAPAK DAN DI TURUNKAN TERUS KEPADA ANAKNYA...

KALAU SETERUK RAJA PERAK PUN ..WALAUPUN DI BAGI KEPADA ANAKNYA NAZRIN..MEREKA TETAP ISLAM DAN MELAYU...
DAN KEJADIAN BARU-BARU INI PUN ADALAH DI ATAS KEPENTINGAN MELAYU...
WALAUPUN SANGGUP DI BALING BATU, DI LUDAH OLEH RAKYATNYA SENDIRI..

DAN..KEJADIAN KUCAR-KACIR DI KUALA KANGSAR TU PUN..ADALAH SATU KEADAAN BERCANGGAH DENGAN AGAMA..
MELAUNGKAN KEBESARAN ALLAH DEMI MEMPERTAHANKAN KEADAAN KEKAFIRAN DAP DI DALAM PERAK..
DIMANAKAH KAUM-KAUM LAIN SEMASA KEJADIAN TERSEBUT? CHINA DAP, INDIA PKR, MAKKHAL SHAKTI, HINDRAF..
DIMANAKAH MEREKA?

SAYA SENDIRI BERADA DI SITU DAN TURUT SAMA MEMPROTES...TETAPI SAYA SEDAR
SAYA JUGA BERDOSA PADA HARI JUMAAT TERSEBUT..KERANA SELEPAS MENGAMINKAN DOA KEPADA PEMERINTAH TEMPAT SAYA BERNAUNG
TETAPI MELAWANNYA PULAK..YANG ADA..HANYALAH..GURU-GURU SEKOLAH AGAMA, MURID-MURID SEKOLAH AGAMA,
ORANG MELAYU YANG HANYA MEMBUTA TULI MEMBUAT PROTES ...RAKYAT INDONESIA YANG SENGAJA MEMPORAK PERANDAKAN LAGI KEADAAN..
DAN ORANG-ORANG YANG DATANG DARI LUAR PERAK ADALAH RAMAI DARI ORANG PERAK SENDIRI YANG DATANG MEMPROTES.

OLEH ITU..KEPADA SAUDARA SEBANGSA...PIKIRLAH SESUATU ITU UNTUK KEPENTINGAN BANGSA ...DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH.

SEKARANG KITA DAH JUMPA DENGAN BETUL-BETUL ORANG YANG BENCI ISLAM...SIAPA? SINGH YANG NAIK KAPAL...SEDARLAH DAN

PIKIRKANLAH DAHULU...

bungaraya said...

Mustahil golongan bijakpandai melayu yang bergelar prof., Dr dan sarjana-sarjana dalam PAS dan PKR tidak tahu akan mainan Kapal Sink dan LIM kiat Siang. Kalau masih tak faham itu namanya bodoh-pandai. Tak guna ayah hantar belajar tinggi samapi cucur atap kalau keutamaan bangsa diletak ketepi.

bungaraya said...

Mustahil golongan bijakpandai melayu yang bergelar prof., Dr dan sarjana-sarjana dalam PAS dan PKR tidak tahu akan mainan Kapal Sink dan LIM kiat Siang. Kalau masih tak faham itu namanya bodoh-pandai. Tak guna ayah hantar belajar tinggi samapi cucur atap kalau keutamaan bangsa diletak ketepi.

burungjantan said...

saya tengok suasana politik negara, khususnya di negeri perak adalah semua terlibat, semua mendapat untung.

Tetapi balaci-balaci yang di hadapan ialah melayu baik dari PAS mahupun UMNO. Orang-orang ini lah yang banyak cakap, banyak buat repot polis dan banyak demontrasi, termasuk yang perempuan-perempuan.

Namun yang DAP ke, MCA ke, setengah PKR, MIC ke langsung tak nampak batang hidung. Cuma nampak dia orang ini pada majlis-majlis dan salam-salam sahaja.

Kenapa jadi begini?

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dgn ulasan ini tapi masaalahnya ramai Melayu masih tak sedar.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Seluruh rakyat Malaysia semalam terkedu dan terlabong mendengar rintihan kapal yang hampir karam semalam... hmmm nak sedih pun ada nak bersorak pun ada....

Apa pun dok tunggu-tunggu juga apa reaksi yang kena tembak tu??

Tak ada pun lagi...

Unknown said...

karpal singh tokoh maal hijrah 2009 sebab dia dah insaf bahkan suruh anwar, kit siang dan guan eng "bertaubat"...

Quantum Metal Consultant said...

Karpal wajar membetulkan landasan perjuangannya tanpa perlu berselindung dan hipokrik, dia sudah bertaubat dan bertekad untuk berterus terang dan mengajak orang lain juga turut bertaubat.

Bila sebut 'taubat' tentulah Karpal tahu kenapa dia gunakan ayat itu, tidak perkataan insaf atau sewaktu dengannya, nasib baik dia tak sebut taubat nasuha.

Karpal membuat pusingan 'U' ketika DAP dilihat sama rendah dengan PKR dan ini membolehkan Lims anak beranak buat korner baring 'L' dan ini membuatkan Anwar tekan brake emergency, tersentak..

Anwar sudah melihat masa depannya yang gelap, segelap Arumugam di Bukit Selambau.

melayuangkat said...

Saya pasti ramai rakyat Malaysia khasnya Penyokong PAS terkejut beruk dengan saranan Karpal supaya Anwar 'BerTaubat'

Sepatutnya PAS lah yang suruh Anwar BerTaubat bila dia tidak mahu bersumpah dengan Kalimah Allah seperti yang Saiful buat. Kalau dah sampai Benggali pun suruh kita berTaubat, mesti ada yang tak kena.

WaAllahuAlam.

Anonymous said...

semasa Nizar jadi MB dulu memang dia tak boleh berkuasa penuh sangat sebagai MB sebab bukan PAS yang ada kerusi majoriti di Perak tetapi DAP.takkanlah DAP nak berdiam sahaja sedangkan mereka yang ada kerusi majoriti.PAS ada 3 kerusi tetap "diselamatkan" dengan polisi MB mesti dari kalangan orang Melayu dan Islam.

boleh dikata boneka juga Nizar kerana menjadi MB ditempat yang pihak lain majoriti.MB Kedah dan MB kelantan pun tak dapat nak campur sangat dalam hal diPerak kerana mereka menyedari yang PAS bukan majoriti disana.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Wahai kawan-kawan yang belum sedar diri tolong jangan tengelam bersama kapal sink 'pakatan ' nanti teruk . Jagalah Ketuanan Melayu & Jangan Biadap terhadap Raja-Raja Melayu.

DAULAT TUANKU

MAWAR BERDURI said...

salam mr.tiger

selepas selesai melaksanakan tugas semalam, saya sempat melihat nightlne...hehehe lucunya hati tidak terperi c karpal suru anwar bertaubat! ahahahah yang betul semua ahli2 pakatan kena bertaubat.

ni karpal lagi palui2 mau saman Sultan. dia ingat dia siapa? betul2 lumpuh sudah otak nya bah ni.

Anonymous said...

apa2 pun..kitan cepat mesti ingat..jgn cepat melatah ngan kenyataan karpal nih...mungkin perang saraf jek...mcm diorg wat kat terengganu..last2 rupanya diorg main wayang jek....

tapi pada aku ada 4 ekor beruk yg kena lucutkan kerakyatan sbg rakyat malaysia...nizar lembu..nuar brahim..karpal n lim kit siang

Anonymous said...

Anwar dulu kata dah ada cukup MP untuk buat kerajaan baru.siap kata jumlah bertambah dari semasa ke semasa.tapi bila BN dapat buat takluk semula Perak dengan cara dia maka terkejut beruklah Anwar.

Anwar mungkin memandang rendah pada BN dan menyangka BN takkan mampu buat seperti yang Anwar mahukan untuk PR.tapi Anwar silap.

sekarang dia dah kalah dalam permainan yang dia mulakan.

PR tak perlulah nak salahkan BN.pihak didalam PR yang memulakan idea lompat-melompat ini.bila dah kena pada batang hidung sendiri mulalah kata "tak adil" dan "mencabul

demokrasi".tapi sekiranya jika PR yang berjaya adakah pihak PR akan melaungkan kata-kata tersebut? :)

apisfires said...

Fuyyyooo
sejak bile kapal selam gelap nih tau taubat2 nih??
laa melayu PAS dan PKR tak minta dia taubat juga?
sekarang kite dah tengok betapa teruknye politik jika dah campur aduk dengan agama secara keterlalauan....
sepatutnye sederhanan sudah...
sekarang PAS jilat la kahak sendiri...

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Bertaubat & Selamat KAPAL SINK bersama M.V Pakatan Rakyat

Hidup Umno Perak & DAULAT TUANKU

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Saya pasti ramai dah yang tersedar bahawa Perjuangan Parti Pakatan Rakyat hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. sedangkan orang melayu terus terpinggir, Justeru itu hanya kerajaan BN yang lebih adil, telus dan saksama dalam memperjuangkan semua bangsa di MALAYSIA...SYABAS BN

Anonymous said...

Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua.

antianwaribrahimdotcom said...
This comment has been removed by the author.