Friday, February 13, 2009

SOALAN SAINS POLITIK PERAK (2)

Posting kedua - 2.35 petang

Soalan : Mengapa DS Nizar bersetuju untuk menyerahkan rumah MB dan kereta dalam 10 hari?

A. Sudah bertaubat seperti yang diminta oleh Kapal Singh terhadap seseorang itu.

B. Tidak mahu simpan lama-lama nanti takut diperkatakan orang.

C. Sebab sudah dapat rumah sewa dekat sekolah anak.

D. Terasa macam malu pulak. Apatah lagi sudah mendapat pangkat Datuk Seri. Alahai...

E. Bermimpi malam tadi bertemu Dr Zambry tanya pasal kunci rumah.

F. Minyak sudah habis dan kad minyak kerajaan yang dimiliki tidak boleh digunakan.

G. Pemandu kerajaan yang disediakan pun merasa malu dan serba salah. Betul ke dia membawa MB atau bekas MB.

H. Dinasihati oleh abang untuk menyesal dengan perbuatan yang tidak tentu arah.

I. Mendapat petunjuk selepas bermimpi tidur waktu maghrib. Seorang tua meminta beliau jangan terlalu sangat mengikut telunjuk Ngeh-Nga. Nanti ramai yang ternganga.

J. Rasa macam satu tayar Toyota Camry hendak pancit dan malas untuk menukarkannya.

K. Semua jawapan di atas adalah betul.

P0sting Asal - 6.58 pagi

Soalan : Mengapa DS Nizar Jamaluddin enggan keluar daripada rumah MB, masih mengisytiharkan bahawa beliau masih MB dan enggan menyerahkan kereta Toyota Camry?

A. Mahu mencari pasal dengan BN.

B. Mahu pihak polis menyerbu masuk ke rumah MB dan ada modal politik.

C. Mahu pihak SUK merampas kereta dan ada isu politik untuk dimainkan.

D. Mahu mendapat perhatian media terutama akhbar Cina dan The Star.

E. Diarahkan berbuat demikian oleh DS Anwar Ibrahim walaupun hatinya berat melakukannya.

F. Melakukannya setelah bermimpi bertemu Lee Kuan Yew.

G. Melakukannya untuk mendapat simpati media Singapura dan Al-Jazeera.

H. Saja seronok-seronok untuk terus diperkatakan oleh orang ramai.

I. Mahu menyakitkan hati Paduka Seri Sultan Perak.

J. Didesak oleh keluarga agar tinggal lama kerana seronok mandi air panas.

K. Merasakan rakyat Perak memang suka beliau duduk lebih lama di rumah MB.

L. Membolehkan laman rumah MB dijadikan tempat berceramah oleh pemimpin PKR, DAP dan PAS. Ia percuma dan tidak perlu menyewa di tempat lain.

M. Boleh mendapat pemandu kerajaan yang percuma dan jika dipulangkan Toyota Camry perlu mencari pemandu sendiri.

N. Boleh menggunakan minyak percuma daripada kerajaan negeri kerana Toyota Camry adalah kereta kerajaan.

O. Hendak pakai dulu kereta Toyota Camry kerana merasakan beliaulah yang membeli kereta itu.

P. Memberi peluang kepada saudara-mara merasai untuk menaiki Toyota Camry.

Q. Yakin rakyat Perak menyokong perjuangannya untuk memalukan BN sehingga hari kiamat.

R. Boleh keluar dari tingkap kereta untuk mengangkat tangan seolah-olah macam hero filem Hindustan.

S. Jawatan MB memang idaman sejak di bangku sekolah dan tidak boleh dilepaskan.

T. Semua jawapan di atas adalah betul.

13 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sudah la , cukuplah memperbodohkan orang melayu .ada jalan tengah yang lebih baik untuk membaiki keadaan.yang cerdik2 jangan suka beri api.
apa untungnya untuk pembangunan bangsa , kalau rakyat disogokkan dengan bunga api .
api diakhirat lebih dashyat lagi....nauzubillah.

Anonymous said...

Salam DT,

Ada keistimewaan disebalik nama NIZAR

N-ak jugak jadi MB Perak!
I-nilah formula politik saya!
Z-ambry musuh saya!
A-Anwar mentor saya!
R-aja saya derhaka!

Apa daa "wangayum"....harap Nizar ajak Karpal bertaubat bersama- sama...

p/s- Teringat Nasi Ganja di Ipoh! Tapi Nasi Kandaq Pulau Pinang lagi "nalla!"

Mycuppycupcake ® said...

Salam Dato,

Nk kata sy sedih,ya..nk kata malu..ya...nak tergelak..ya jg. Kenapa ya? sb bila tgk keadaan yg berlaku skrg, teringat kes kat trengganu (Ala yg n_t_ng tu) . Waktu kes tu, tv1,2,3, utusan semuanya diam seribu bahasa tp bila jd kat perak,hr2 keluar tv n paper. Sudah tu sudah la...nnt rakyat lg meluat.

Anonymous said...

MCCC..saya setuju...buat datuk..
udah-udah la...fitnah itu berdosa..
:)
saya apun pening..bagi saya smua pihak salah..
yang curah minyak,yang nyalakan api..yang tambah minyak kot ataih..salah belaka..

Jeepers Creepers said...

banyaknya jawapan hehehe..tapi jawapan saya T-Semua jawapan di atas adalah betul hehehe

Anonymous said...

Salam Dato,

Sah! Skrg ni sah Dato' kaki bodek yang besar.

Anonymous said...

saya pilih a,b,c,d dan e.tapi jawapan-jawapan lain pun masih boleh dipertimbangkan.hehehe.

Anonymous said...

alhamdullilah yang Nizar sudah bersedia untuk mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada Zambry menjalankan tugas dia sebagai MB.kalau awal-awal lagi Nizar bersedia untuk berundur lagi bagus kerana menunjukkan yang dia redha dan menepati janji dia yang dia akan terima apa jua keputusan Sultan.

tak mengapalah Nizar.anggap saja sudah tiba masanya anda berundur.

Tinta Biru said...

baguslah kalau mcm tu...at least senang orang lain nak buat kerja...

Bukan Kaki Bodek Tapi dah menjadi tanggungjawab untuk menyedarkan orang yang masih tak sedar2..

Anonymous said...

Saya rasa bahawa Datuk kena kurangkan bodek macam ini. Sebab emosi rakyat perak sekarang menyebelahi sebelah sana belum reda. Jangalah pula datuk lebih sudu dari senduk. Jangan pula datuk keterlaluan jadi big gun.

Tolonglah jangan kacau daun, sebab ahli-ahli UMNO sekarang mahu ambil hati rakyat, bukan nak mencari musuh.

Politik ialah mencari pengaruh dan kuasa seberapa banyak yang boleh. Biar musuh pun tetapi akan jadi kawan.

ChengHo said...

Solan cepu emas apa itu PR
jawab: PR adalah Pakatan Rakyat ...salah kerana Pakatan Rakyat tidak pernah di daftarkan
jawap: PR adalah Perosak Rakyat....

Anonymous said...

Salam Datuk,
Akhirnya Nizar menyerahkan rumah MB yang beliau dok pertahankan sebelum ni. Dan diharapkan beliau redha dan menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi MB Perak yang sah...

echah_syed said...

datuk pun bole masuk raja lawak laa :)