Sunday, February 8, 2009

UNDI UMNO SABAH PENTING MAC INI


(Pasar Filipina di hadapan Hotel Le Meridien. Gambar oleh DIY (NE90)

Kini di negeri di bawah bayu.

Hari ini panas tidak seperti beberapa hari lalu di mana hujan sepanjang hari. Maklumat daripada J yang turut menyatakan hotel di Kota Kinabalu sentiasa penuh sejak beberapa bulan lalu.

Mengapa? Pelbagai kegiatan seperti seminar dan mesyuarat.

Kempen pemilihan UMNO? J tersenyum dan mengangguk.

Sudah pasti ramai yang berusaha mendapatkan undi dari UMNO Sabah untuk Mac ini. Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Seri Shafie Afdal, yang bertanding Naib Presiden sudah pasti mendapat sokongan padu dari negeri kelahirannya. Begitu juga Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimana pula dengan calon lain? Sudah tentu mereka selalu datang dan hotel di KK pun pasti mendapat keuntungan.

Yang tidak datang? Pasti menyesal?

Buatlah apa yang sepatutnya. Dulu ada seorang pemimpin dari Johor yang menerima 'bala' dari Sabah kerana 'orangnya' tidak membayar bil hotel. Penggal berikutnya, pemimpin itu bungkus.

Jangan main-main dengan orang Sabah baa.

(Posting menggunakan NE90)

5 comments:

Anonymous said...

Dolu--dolu...ramainya yang datang beramah mesra dengan geng2 sabah. Ramah bukan main. Tapi lepas pemilihan...No HP PUN da takde dalam perkhidmatan...
Mungkin itulah antara sebab mengapa ramai pengundi "menjual diri" sebelum pemilihan kerana selepas...semuanya tak boleh diharap lagi untuk membantu.
My 2 cents.

Anonymous said...

Salam Datuk...

Sudah sampai Sabah ka?

Good Luck for pelancanran Sabah@1.
Didoakan semuanya lancar. AMIN!!!

bungaraya said...

saya ingin mencadangkan agar jika kita berkempen ke Pensiangan kelak, kurangkan pemimpin yang datang dari Semananjung. Penerimaan masyarakat Luar Bandar Sabah tidak sama dengan penerimaan masyarakat Luar bandar di Sana. Demi untuk kebaikan BN, perkara ini harus difahami sedalamnya oleh Panel Pemikir kita. Utamanyakan pemimpin dan pekerja dari Sabah, Labuan dan Sarawak yang mengambil alioh tugas bagi merayu penyokong.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Setuju aku dengan 'bungaraya' kita jaga Pensiangan,Sabah. Kita halang M.V Pakatan berlabuh di KK & U-Turn Penerbangan "AirPakatan".

Anonymous said...

Salam Tok.....
Undi Sabah sama penting dengan bahagian-bahagian lain....cuma masalahnya..UNDI SABAH HANYA LAKU SEBELUM PERHIMPUNAN AGUNG.... tempoh luputnya..,selepas perhimpunan agung UMNO...

setuju dengan pendapat kak jayn.. kami hanya laku pada waktu begini..dan akan jadi `angin kentut' selepas pemilihan nanti. sapa yang nak cium bau kentut??