Sunday, February 15, 2009

ORANG UMNO JANGAN GUNDAH GULANA

Kejayaan Barisan Nasional menubuhkanKerajaan Negeri Perak pada 6 Februari lalu seharusnya menjadi pemangkin kepada orang UMNO untuk 'bangun semula' setelah parti itu mengalami tamparan politik selepas PRU 12 pada Mac tahun lalu. Bangun, bangun.

Inilah masa paling sesuai untuk mengejutkan ahli UMNO yang masih tidur atau tunduk malu kerana pelbagai perkembangan yang berlaku selepas PRU 12 selain pelbagai tindakan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di beberapa negeri. Ada yang membuat dasar yang tidak menguntungkan bangsa Melayu, ada yang menutup tadika yang menyebabkan kanak-kanak kecil terpaksa belajar di bawah terikan matahari, ada yang ingin membuka kandang babi, ada yang memberi tanah 999 tahun, ada yang derhaka pada Sultan dan banyak lagi.

Semua ini sudah tentu menyakitkan hati tetapi malangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa di negeri berkenaan kerana kuasa yang dipegang oleh pemimpin kerajaan campuran itu. Ahli UMNO hanya mampu melihat bagaimana rakus dan tamaknya sesetengah pihak bertindak terutama untuk memalitkan arang kepada pemimpin UMNO dengan kata-kata dan tindakan. Sudah hitam ke muka pemimpin UMNO?

Selain, Kelantan dan Kedah, tiga negeri lain diperintah oleh DAP terutamanya di Pulau Pinang. Di Perak dan Selangor, walaupun MBnya adalah orang Melayu tetapi yang menjadi dalang di belakangnya ialah pemimpin DAP yang selama ini memperjuangkan fahaman politik sempit. Kita boleh melihat bagaimana mereka memainkan sentimen politik sempit iaitu 'memilih BN memperkuatkan Melayu' di Pulau Pinang pada Mac lalu sehingga rakyat bukan Melayu amat tertarik dengan slogan perkauman ini. Hentikanlah.

Keupayaan mereka mengawal MB ini menyebabkan segala dasar yang dikemukakan adanya yang seolah-olah bertujuan menyakitkan hati orang Melayu selain memberi keuntungan berlipat ganda kepada orang bukan Melayu. Untung bukan untuk semua tetapi segelintir yang membabitkan keluarga atau orang yang rapat dengan mereka.

Kejayaan BN di Perak perlu menjadi semangat kepada ahli UMNO supaya tidak perlu lagi gundah gulana dengan apa yang berlaku pada PRU 12. Mereka perlu menyusun strategi untuk membantu rakyat terutama dalam menghadapi kemelut ekonomi dunia yang pasti akan meratah setiap orang terutama golongan peniaga dan pekerja kilang di seluruh negara.

Bagi Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, ahli UMNO perlu belajar bagaimana orang UMNO Terengganu merampas semula negeri itu daripada PAS pada tahun 2004 menerusi Gelombang Birunya. Pada 1999, sudah pasti ahli UMNO yang kalah tunduk malu atau rasa terhina kerana kekalahan sehingga hanya tinggal empat kerusi berbanding PAS yang mendapat 28 kerusi. Pemimpin lama pun mengundurkan diri.

Apa yang terjadi selepas itu, semua orang tahu. Bagaimana, gelojohnya pemimpin PAS menyerbu masuk pejabat kerajaan negeri untuk berkuasa. Bagaimana PAS menutup tadika Kemas dan merampas dewan serta balairaya sehinggakan menyusahkan saudara sebangsa dan seIslam. Mereka tidak peduli dengan penderitaan kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah kerana sekolah tadika mereka ditutup. Bagi mereka lantaklah dan dendam terbalas.

Keangkuhan PAS itu menerima padah kerana pada 2004 mereka pula mendapat empat kerusi sedangkan BN berjaya membentuk kerajaan dengan 28 kerusi.

Apakah orang UMNO akan terus gundah gulana kerana kekalahan di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu? Mereka perlu melihat sejarah di mana BN akan melalui keadaan seperti itu pada 1999 dengan kekalahan PRK Lunas selepas kekalahan besar BN dengan tindakan DS Anwar Ibrahim melancarkan serangan terhadap UMNO terutama TDM.

Namun, selepas kekalahan Lunas itu, BN terus menyusun strategi dan selepas itu memenangi beberapa PRK di Kelantan, Pahang, Melaka dan Selangor.

Oleh itu, ahli UMNO perlu bekerja keras untuk memastikan PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang pada 7 April ini membawa cahaya kepada BN dan seterusnya mengembalikan tenaga mereka membantu rakyat ini menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Selepas menang, jangan pula berperangai atau bertindak seperti orang lain.

14 comments:

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Setuju 200% tanpa syak wasangka lagi. Depa menang depa serbu macam orang gila dan kemaruk tapi bila depa kalah depa liat buat-buat muka tak malu, susah nak lepas harta-harta kerajaan sebagaimana berlaku di Perak.

Malam tadi pulak bekas exco-exco PR yang tak ada maruah dan harga diri tu buat muka tak malu sekali lagi terhegeh-hegeh masuk majlis santapan Di Raja Perak selepas menderhaka kepada Tuanku Sultan. Dah dibenarkan masuk pun dah cukup baik, diejek-ejek dan persendakan pulak MB baru (Dato' Dr Zambry) kononnya nama tak disebut sebagai dif jemputan. Nampak sangat depa tu kemaruk macam orang zaman batu masuk pekan.

Getik kawan nengok gelagat jakun depa semua. Hantar C4 kasi letup aje depa semua tu baru aman damai sikit.

Anonymous said...

DAto,

Jangan bimbang! Nama UMNO akan kembali cerah sebab Berita Utama RTM dah pukul 9 malam, dan berita utama TV3 pukul 8 malam.

Dulu orang menyampah sebab RTM sebagai agensi kerajaan tidak buat kerja porpesinal. Dengarnya dato, adalah dalang utama (di RTM) sejak zaman ZAM lagi.

Betulkah?

burungjantan said...

Ibarat Kacang lupakan kulit, hingga menghalalkan kerja menutup tadika yang menyebabkan kanak-kanak kecil terpaksa belajar di bawah terikan matahari, membuka kandang babi, memberi tanah 999 tahun, dan ada yang derhaka pada Sultan serta banyak lagi.

Oh UMNO mudah lupa? Macam tak pernah baca atau lupa akan sejarah nasib melayu di Singapore pada zaman Lee Kuan Yew.

Memang UMNO mudah lupa. Lihat sahaja orang Cina dan India cakap pasal meritokrasi di university, dalam polis,bisnes dan profesional. Mereka tolak MCA, Gerakan dan MIC. Tapi bila BN rampas balik Perak mereka terhegeh-hegeh mahu perwakilan.

Dr Zambry pun jadi orang biul lantik penasihat Cina dan India dan bagi taraf exco. Ini kerja orang yang tak fikir. Lantik penasihat boleh. Tapi kenapa hina Melayu (Umno) dengan beri taraf exco kapada penasihat Cina dan India tu? Mereka bukan Adun. Cina dan India Perak tolak BN bulat-bulat pada PRU ke-12 lalu.

Kalau kerajaan Umno Perak nak jaga hak Cina dan India tak payah lantik wakil Cina dan India. Exco melayu pun boleh menolong kaum-kaum itu. Bukan kah kerajaan ini kerajaan rakyat, kerajaan negeri. Tidak pula disebut kerajaan kaum.

Apakah nak jaga hati orang Cina dan India yang tolak BN, Umno buat kerja yang buat orang Melayu marah. Ini kerja orang yang tidak berfikir. Kerja nak senang, tak mahu gunakan akal.

Apakah UMNO anggap undi Melayu macam tak penting. Kononnya undi minoriti Cina dan India dianggap undi penentu?

MIsalnya Peruntukan juta2 kepada persatuan cina dan india diberi seperti di dan PRK Ijok tahun 2007 dan di permatang Pauh serta Kuala Trengganu tahun 2009.

Malahan UMNO memberi kerusi pilihanraya pada bukan Melayu meskipun tempat tersebut mejoriti pengundinya Melayu. Contohnya Sg Siput kepada Samy Vellu, dan kononnya Bukit Selambau pun kepada dia juga.

Alasan lapok UMNO ialah supaya ada wakil kaum dalam kerajaan, walaupun kaum itu sendiri tidak mahu menyokong.

Tetapi jika bercakap pasal UMNO sahaja dikaitkan rasuah. Macam lah orang UMNO laparkan sangat dengan rasuah

Kalau orang Melayu senang, dikatakan sebab tongkat, rasuah, kroni dan mcm2 lagi.

Lepas pilihanraya mereka mengutuk UMNO dengan teruk, kononnya suka membuli, tak releven parti asaskan kaum, konon BN kena ubah keahlian.

Semasa BN menang di Pulau Pinang, Parti Gerakan mahukan kerusi Ketua Menteri, sedangkan mejoriti ADUN ialah UMNO.

Jadi apakah releven mengundi UMNO lagi kalau tetap 2 x 5 mengundi Pakatan Rakyat juga. contohnya di Perak, ada penasihat kaum bertaraf Exco. Kerusi ADUN tak ada, tapi ada dapat pula.

Orang UMNO sebenarnya masih malu dengan kejadian ini, kerana sebab itu untuk meraih undi rakyat, mereka sering menyoal demikian. Mereka kata kenapa unid BN sedang ia serupa juga macam bukan BN juga.

Anonymous said...

minta pihak tuan siarkan dimuka depan blog tuan , biar semua pembaca blog faham. ulasan ini dari blog saya yang say siarkan hari ini. http://arifomar.blogspot.com.

SAMAN KARPAL TERHADAP DYMM SULTAN AZLAN : HANYA SATU GIMIK POLITIK




Pada tengah malam semalam Penghuni Gua membelek-belek Malaysia Law Journal Elektronik di dalam komputer peribadi. Maka terjumpalah kes YB Karpal yang terdahulu , melawan DYMM Sultan Selangor. Keputusan akhir kes, KALAH kerana YAA Hakim berpendapat :

, " Karpal tidak ada LOCUS STANDI dan ia menyalahkan proses mahkamah dan hanya menyusahkan sahaha ".



Jadi di dalam kes di Perak , pada pandangan Penghuni Gua , YB Karpal juga tiada Locus Standi. Ia bukan Perak. Beliau juga tiada kaitan samada sebagai wakil rakyat, exco atau mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan Perak yang terdahulu. Kepentingan nya tidak terjejas. Beliau hanya pengerusi DAP Kebangsaan yang cakapnya sudah tidak dipedulikan oleh DAP sendiri. Jadi baca keputusan YAA Hakim dalam ke di bawah . Ini semua hanya gimik politik sahaja. Jangan bimbang Dato Zamry. teruskan kerja anda. keputusan anda tidak bertanding MT pada pemilihan UMNO bulan Mac ini satu tindakan yang tepat. Teruskan kerja. Banyak masalah nak selesaikan di Perak.



Malaysia Law Journal yang dimaksudkan ialah :



Kes Karpal Singh v Sultan Selangor (1988)
1 Malaysia Law Journal ( MLJ ) 64
Judgement
-
Abdul Hamid CJ (Malaya)


His Royal Highness the Sultan of Selangor has sought to strike out the Originating Summons issued at the instance of Mr. Karpal Singh, the plaintiff, under Ord. 18 r 19 of the Rules of the High Court, 1980, and/or the inherent jurisdiction of the Court.
-

By his Originating Summons, Mr. Karpal Singh seeks determination of this Court and declaration to the effect that the public statement allegedly made by the Sultan on 26 July 1987, and reported in the New Straits Times and The Star newspapers of the next day, that he would not pardon anyone who has been sentenced to the mandatory death sentence for drug trafficking in the State of Selangor, is in violation of Article 42 of the Federal Constitution ( ‘the Constitution’) in that the Sultan can only reject a petition for clemency after considering the advice of the Selangor Pardons Board and then applying his mind to the petition before him.
-
In support, Mr. Karpal Singh relies entirely on the press reports as regards the statements attributed to the Sultan allegedly made at the opening of the general meeting of the Ex-Servicemen’s Association, Selangor Branch. Photostatic copies of the press reports are exhibited.
-
Mr. Karpal Singh affirms that by publicly stating that he would not pardon anyone who has been sentenced to death for drug trafficking in the State of Selangor, the Sultan was effectively pre-empting any appeal to him for clemency thereby resulting in the negation of a constitutional right.
-
Mr. Karpal Singh also affirms that he has the necessary locus standi to bring these proceedings by virtue of his oath of office as a Member of Parliament which enjoins him to preserve, protect and defend the Constitution.
-
It is Mr. Karpal Singh’s contention that Article 181(2) of the Constitution which states that no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity will not apply to the present case because the statement attributed to the Sultan was made in his official capacity.
-
The application to strike out is founded on grounds that :
-
a) the Originating Summons discloses no reasonable cause of action in that the issue raised therein is not justiciable;
-
b) the Originating Summons is barred by reason of the provisions of Article 181(2) of the Constitution;
-
c) Mr. Karpal Singh has no locus standi to maintain the proceedings he has brought; and
-
d) the Originating Summons is scandalous, frivolous and/or an abuse of the process of the Court.
-
LOCUS STANDI
-
As regards ground C, I would firmly say that an action may not be brought to Court by a stranger to it. Indeed, generally, a person may not even institute declaratory proceedings in respect of an act which, although prejudicial to his interests, may not affect him in his private rights. (See Guaranty Trust Co of New York v Hannay & Co [1915] 2 KB 536, 562 per Pickford LJ that “it does not extend to enable any stranger to the transaction to go and ask the Court to express its opinion in order to help him on other transactions.”)
-
There are various approaches which a court may adopt in deciding the question of locus standi. One approach is to ask whether the plaintiff has “a cause of action.” Another approach is to determine whether the plaintiff can establish a “right” which the court may declare. Yet another approach is to require the plaintiff to demonstrate “a special injury” resulting from the subject matter of the declaration. A fourth approach requires the plaintiff to have an “interest” in the subject matter of the declaration to be litigated. A final approach leaves the question of standing to be determined by the court in the exercise of its discretion.
-
In my opinion, having regard to the facts and circumstances of this case, whichever of these approaches is adopted, the plaintiff in the present case has no locus standi to maintain the proceedings herein.
-
COURT FINDING
-
In consideration, I would hold that this Court has no jurisdiction to entertain the Originating Summons for reasons,
-
1) firstly, that it raises an issue which is not justiciable;
-
2) secondly, that it does not relate to specific facts or events or if it does, these facts or events are hypothetical;
-
3) thirdly, that Article 181(2) of the Constitution operates to bar the plaintiff’s claim;
-
4) fourthly, that the plaintiff lacks the necessary locus standi to maintain these proceedings.
-
I would also add that since the declaration sought is as to the future and it relates to theoretical issues, it is embarrassing and can serve no good purpose. It is, in my view, a plain and obvious case where the Court, in the exercise of my discretion, should strike out the Originating Summons as being one which I consider to be frivolous and vexatious and an abuse of the process of the Court.
-
I hasten to add that, in the light of the Court’s finding, I see no valid reason to accede to the plaintiff’s application to amend the Originating Summons for the plaintiff to proceed against the State Government.


Nota Penghuni Gua : Untuk makluman semua pelayar blog, setiap keputusan kehakiman yang terdahulu adalah bersifat mengikat. Maksudnya sekiranya keputusan di atas tidak ada pindaan dan tiada kes yang lain yang serupa yang membuatkeputusan yang berbeza maka keputusan YAA Hakim di dalam kes ini akan terpakai ( akan dirujuk sebagai undang-undang ) di dalam kes-kes yang lain selepasnya. Maknanya mahkamah akan membuat keputusan yang serupa. Jadi YB Karpal hanya berhasrat untuk mendapat publisiti murahan sahaja . Tidak lebih dari itu..................

kembara putih said...

Ye jangan gundah gulana. Kerana kita akan mendapat Presiden baru, Najib. Harap2 menang lah pd PRK 2 bukit nanti. Jangan lah kalah, kerana Najib ni lah talian hayat yang terakhir yang kita ada. Kalah nya Najib, kalah lah UMNO..

Anonymous said...

GUNDAH GULANA!

waa... edan memang suko bahaso lamo ni, cantik.

cumo janganlah umno atau bn ulang perangai lamo yang menyakitkan hati orang melayu dan pengundi sendiri.

dalam kito menaruh keyakinan tu, janganlah sampai lupo sempadan.

ibarat melambok tanah sendiri, jangan termasuk tanah oghang!

Shade said...

Dulu orang berkata kalau tak TIPU bukan Cina namanya.

Sekarang orang berkata kalau tak tipu bukan UMNO namanya.

jiwakita said...

salam.....

saje nak tanya...(sape sudi tolong jawap yer)

apa yang di war-warkan oleh penyokong
pembangkang tentang derhaka terhadap Sultan Trengganu oleh penyokong
DS Idris Jusuh (bekas menteri besar KT)..melalui banner-kami nak Idris Jusuh,NATANG)...

Perkataan NATANG,pendapat saya bermaksud mengadap-menatang sembah
atau versi pada banner tersebut ialah 'kami nak Idris Jusuh menjadi
MB semula'...pada masa itu ada dua
calon MB,IJ dan MS.....

Ramai mengatakan NATANG itu BINATANG pembangkang kaitkan pula
haiwan tersebut di tuju kpd Sultan...(maksud nya derhaka)

Kalau sy salah tolong jelaskan
makna NATANG yg sebenar...TQ

jiwakita said...

salam.....

BANYAK KAW. DUN DAN PARLIMEN MAJORITI
MELAYU...TETAPI BN MELETAKKAN CALON
DARI KOMPONEN BN, DARI MIC,MCA ATAU GERAKAN......

JIKA DIKAJI SECARA MENDALAM SENTIMEN
PENGUNDI MASA KINI, MAHU KAW. DIWAKILI
OLEH UMNO YG PENDUDUKNYA MAJORITI
MELAYU...

DARI PELUSUK KAMPONG,BAGI ORANG MELAYU/ISLAM PERSEPSI NEGATIF TERHADAP KAUM
LAIN MASIH MENEBAL...

SEPATUTNYA HARUS TIDAK BEGITU...

Anonymous said...

Petikan dari satu blog

Saya menulis di blog hari ini, kerana saya meluat dengan sikap media arus perdana yang berlebih-lebihan menghentam pihak pembangkang. Bermuka-muka, seolah-olah merekalah yang taat setia mempertahankan raja-raja. Sedangkan semasa UMNO menghentam raja-raja dan istana pada tahun 1983 dan awal tahun 90an, merekalah dalang yang telah mereka-reka cerita menghentam istana dan raja-raja.

Sebagai contoh, mereka mencipta kononnya Rumah Kedah disepanjang Jalan Northram di Penang adalah kepunyaan Sultan Kedah. Bungalow mewah ditepian laut dibina dengan mewah, menggunakan wang pembayar cukai. Sebenarnya ianya adalah terlalu usang, dibina sebelum perang dunia ke 2, kepunyaan kerajaan negeri dan sesiapa sahaja pegawai kerajaan negeri Kedah boleh menggunakan apabila berkunjung ke Pulau Pinang atas urusan.

Kemudian mereka menayangkan di TV, rakaman apa yang dipanggil Bungalow Sultan Selangor di atas sebuah bukit memandang ke arah laut di sebalik Pulau Pinang, menghadap Laut India. Itu sebenarnya adalah kediaman seorang usahawan Cina dan tiada apa-apa kaitan lansung dengan Sultan yang pada ketika itu hanya seorang Raja Muda Selangor. Tetapi Raja Muda tidak upaya untuk membetulkan kerana raja-raja ditegah dari membuat ucapan dikhalayak-walaupun orang awam dibenarkan menghentam raja-raja melalui surat khabar dan TV.

Begitu juga semasa krisis Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dengan Baginda Sultan Selangor kerana menikahi anak baginda secara rahsia. Berikutan dari itu Muhammad Taib dikatakan telah menemui Ghafar Baba dan kemudian Ghafar Baba telah membuat kenyataan disemua muka depan akhbar arus perdana, bahawa UMNO dan bukannya Raja-Raja yang memutuskan siapa yang layak menerima penganugerahan. Tugas Raja-Raja hanyalah membahagi-bahagikan kepada mereka yang UMNO telah putuskan untuk menerima anugerah tersebut.

Sultan Selangor pada masa itu, telah bertindak balas dengan membatalkan sambutan majlis keputeraan dan meminta wang peruntukan tersebut didermakan kepada anak-anak yatim dan juga kepada orang miskin. Pada tahun tersebut tiada siapa pun menerima sebarang anugerah Datuk Selangor.

Krisis Perlembagaan memuncak pada tahun 1991 apabila Berita Harian pada tanggal 10 November, menyiarkan kenyataan Gaffar Baba, yang pada dasarnya mengatakan, Raja-Raja boleh dicabar/kritik (yang bermaksud adalah BUKAN hasutan jika mencabar Raja-Raja)

"Kalau rakyat yakin dan tahu apa yang diperkatakan, mereka wajar berbuat demikian tanpa rasa bimbang dan takut. Apa yang dilarang Perlembagaan (under the sedition Act) ialah jika seseorang cuba menghapuskan Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini".

Apakah kita lupa media arus perdana telah memainkan isu "Kapitan Cina" sebagai menghina Sultan Selangor dan Raja-Raja yang lain ketika itu. Dato' Zainal Sakom sebagai mewakili UMNO Selangor, telah membentangkan 4 resolusi di Perhimpunan Agung UMNO mengenai Raja-Raja Melayu dan resolusi itu telah diterima oleh Perhimpunan Agung UMNO. Resolusi itu adalah seperti berikut;

1. Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja secara lansung atau melalui "Kapitan Cina".

2. Meminta Presiden UMNO supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka yang terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan diri sendiri.

3. Meminda perlembagaan 1957 (Merdeka Constitution) supaya kuasa muthlak melantik Menteri Besar ahli mesyuarat kerajaan negeri (EXCO), setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

4. Supaya Perhimpunan Agung UMNO memberi mandat penuh kepada Datuk Seri Dr. Mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu Raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.

Anonymous said...

datuk, saya bekas wartawan jenayah dan setia mengikuti blog datuk. Kalau sudi, silalah lawat atau linkkan saya di www.syahrilkadir.wordpress.com

Anonymous said...

Kerajaan Perak yang baru haruslah mula bekerja keras dan jangan peduli dengan kerenah pihak Pakatan rakyat. Rakyat akan menilai semula kemampuan BN sekiranya exco-exco BN Perak ini buat perubahan, sentiasa berdekatan dengan rakyat, tidak sombong, sentiasa mengutamakan masalah rakyat dari peribadi, tidak perkauman dan sentiasa prihatin dengan isu-isu semasa.
Percayalah jika amalan ini sentiasa diamalkan, saya percaya rakyat akan sentiasa menokong BN di masa akan datang. Apa yang paling dibencikan rakyat ialah wakil rakyat yang sombong, yang tak boleh dibawa berunding, sentiada mengutamakan kepentingan diri & tak turun ke kawasan. Inilah penyebab utama BN kalah di Perak, Selangor, Pulau pinang & kedah. (Kelantan lain!!!)
Namun begitu, saya percaya Pemimpin BN telah insaf, sedia berubah dan akan melakukan perubahan untuk rakyat.

Frm: rungguensing

Anonymous said...

Agaknya dari kecik sampai ke besau, benak tak sudah dan mengampu tak habis-habis.

Mana korang nak letak muka jika UMNO/BN kalah lagi di dua bukit tu nanti?

Jadilah wartawan yang profesyenal - yang objektif tanpa berpihak, barulah anda dihormati.

Pacar Merah said...

Memang tak perlu gundah gulana. Tapi janganlah sombong dan angkuh setelah dapat "merampas " negeri Perak dengan cara yang "tidak beretika". Rakyat bukan bodoh sangat dan bukan tidak boleh menilai.