Saturday, February 28, 2009

INDUSTRI KREATIF PEMANGKIN EKONOMI

Pada 10 Mac ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan membentangkan 'mini bajet' sebagai persediaan negara untuk menghadapi kemelut ekonomi dunia sekarang.

Ini adalah lanjutan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi pertama bernilai RM7 bilion yang memperlihatkan strategi untuk menggerakkan beberapa industri termasuk sektor pembinaan dengan menyalurkan peruntukan kepada sekolah dan pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan jumlah dalam mini bajet itu melebihi pakej rangsangan terdahulu dan ia mungkin sekitar RM10 bilion hingga RM15 bilion. Sudah pasti angka yang disediakan itu bagi memastikan semua industri terus berkembang. Ekonomi yang statik yang akan melemahkan pertumbuhan ekonomi negara.

Antara bidang yang boleh difikirkan ialah industri kreatif seperti perfileman, animasi atau pun bidang muzik. Peruntukan yang berpatutan sudah tentu akan menggalakkan industri itu terus berkembang apatah lagi ketika ini ramai graduan kreatif yang keluar daripada IPTA dan IPTS di seluruh negara.

Penyediaan dana yang mencukupi dan proses peminjaman mudah untuk industri kreatif sudah tentu membolehkan mereka berkarya di samping usaha terbaru Kementerian Penerangan (MOI) mengadakan satu saluran percubaan digital di Astro minggu depan.

Ejen kenit memberitahu DT bahawa RTM akan menempatkan program digital 'muzik aktif' yang dilancarkan September 2006 dalam saluran Astro. Ia akan menyediakan ruang bagi pemain industri kreatif untuk menyalurkan karya mereka.

Tahniah kepada MOI dan diharapkan ia dapat menggerakkan industri kreatif.

Friday, February 27, 2009

BAPAK LAWAN BANGSA


Seorang nak pertahankan 'bapak' dan seorang lagi nak mempertahankan maruah bangsa.

Ketika di kolej dulu, saya akan 'dibawa' bersama untuk mempertahankan maruah kumpulan kami jika ada pihak yang ingin membuat tidak senonoh. Bukan kumpulan gangster tetapi 'geng' yang terbentuk di atas semangat setiakawan.

Ketika itu, darah muda meluap-luap jika ada orang kurang ajar dan biadab terutama kepada bangsa, tunggulah masanya. Dah tua ni, semangat ada tetapi tidak lagi terbabit dalam kumpulan kenkawan tertentu. Semuanya kawan.

Semalam, pertengkaran berlaku di Parlimen dan inilah tempat yang paling tidak sesuai untuk bergaduh dan bertengkar. Gunakanlah Padang Merbok jika hendak berdebat, berhujah, bertengkar atau pun hendak bertumbuk dan berkungfu. Lepas 'bergaduh' buatlah sidang media. Takyah cari dewan yang mulia untuk bertengkar. Buat malu saja.

Thursday, February 26, 2009

JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN

Ramai yang kini terlupa bahawa amat berbahaya menjolok sarang tebuan.

Sekadar mengingatkan kerana saya menonton National Geographic di TV1 minggu lalu yang memaparkan bagaimana 'killer bees' menyerang manusia sehingga menyebabkan kematian. Serangan yang dilakukan bertubi-tubi membabitkan ribuan tebuan.

Oleh itu berhati-hatilah ketika 'berangan' untuk mendapatkan madu.

BELIA DAN KEGANASAN





Pagi ini saya menghadiri Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di Hotel Nikko.

Persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan dan Kementerian Belia dan Sukan dihadiri oleh lebih 200 peserta dari seluruh dunia.

Selamat bersidang.

Wednesday, February 25, 2009

DR ZAMBRY PEMIMPIN PELAPIS UMNO

Posting Kedua - 4.30 petang

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan kejayaan pelaksanaan dasar pembangunan BN di Perak akan menjadi 'ujian' kepemimpinan Dr Zambry. Dalam ucapan di majlis pelancaran Kad JKsM itu, Paklah percaya penduduk Perak akan memberi sokongan penuh kepada Menteri Besar baru, yang membuat penampilan pertama sebagai MB dalam program besar bersamanya.

Posting Awal - 4.09 petang

Mendengar ucapan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, di Majlis Pelancaran Program Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia di Teluk Intan menerusi TV1 sebentar tadi, saya yakin beliau mampu membawa negeri ke satu tahap yang lebih baik lagi.

Ucapan bersemangat dan bertenaga itu memaparkan keupayaan Adun Pangkor itu untuk menyampaikan ucapan dengan baik, bernas dan jelas. Kelebihan ini amat diperlukan bagi menjadikan beliau antara pemimpin Melayu berwibawa pada masa akan datang.

Keupayaan berucap dengan baik amat perlu terutamanya bagi memberi penerangan kepada penduduk di seluruh Perak mengenai dasar pembangunan kerajaan. Dasar strategik untuk membantu rakyat. Ini penting untuk memastikan penduduk negeri itu terus menyokong BN dan tidak dikelirukan dengan fahaman politik sempit serta berbahaya.

Dr Zambry berjanji untuk membasmi kemiskinan penduduk Perak tidak kira di kampung atau bandar. Baginya, kemiskinan merentasi kaum tidak kira kaum Cina, Melayu, India, Kadazan, Dusun atau Dayak. Oleh itu, Kerajaan Barisan Nasional akan membantu semua mereka dalam masa yang terdekat.

Selamat berjuang.

DIY KE UDARA BERSAMA DJ HEZRY

Pagi ini, saya ditanya oleh DJ Hezry Hashim daripada KLFM mengenai tajuk sebuah akhbar yang memaparkan tahap kepuasan wanita di ranjang. Soalannnya, 'Adakah tajuk seumpama itu elok untuk pembaca?' Dalam ertikata lain sesuai atau tidak untuk pembaca di negara ini?

Saya menjelaskan kepada DJ Hezry bahawa menjadi kebiasaannya pengarang akan membuat tajuk yang menarik sehingga mendorong pembeli membeli akhbar itu. Tajuk disiarkan sudah pasti berdasarkan berita yang ditulis. Sudah pasti berita yang menarik boleh membuahkan tajuk yang menarik, kecualilah penyunting tidak bijak.

Umpamanya, isu di ranjang pasti menarik minat pembaca apatah lagi apabila mengatakan 70 peratus wanita 'tidak puas' di ranjang. Pasti pembaca mahu tahu mengapa wanita itu 'tidak puas' dan siapa pula yang bercakap. Adakah orang bandar atau wanita di kampung? Mengapa isu ini ditimbulkan? Bagi pembaca lelaki, adakah ia terkena batang hidung sendiri?

Satu lagi pembaca perlu memahami jenis akhbar itu sama serius atau memang diketahui memaparkan kehidupan seharian manusia. Akhbar petang kebiasaannya menceritakan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat termasuklah ketika di rumah atau di ranjang. Oleh itu, tajuk seumpama itu tidak menghairankan. Bagi akhbar yang lebih serius seperti BH atau UM, mungkin tajuknya berbeza daripada akhbar petang.

Yang menjadi kesalahan ialah apabila tajuk itu tidak ada kena mengena dengan bahan yang disiarkan. Atau tajuk itu ingin 'mengenakan' pihak tertentu. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera. Anda yang memutuskan untuk mengeluarkan wang membeli akhbar.

Tuesday, February 24, 2009

NOMBOR CALON UMNO MAC INI

NOMBOR WANITA

TS Rafidah Aziz - 01

DS Sharizat Jalil - 02

NOMBOR PEMUDA

Datuk Mukriz Mahathir - 01

DS Dr Khir Toyo - 02

Khairy Jamaluddin - 03

LT ANTARABANGSA MAHATHIR?

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan agar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukarkan kepada LT Antarabangsa Mahathir.

Satu masa dulu, saya pernah bersembang dengan Tan Sri Sabaruddin Chik mengenai nama KLIA itu. Mengapa dinamakan Kuala Lumpur, bukannya Sepang atau nama pemimpin? TS Sabaruddin secara seloroh berkata mungkin itu peringkat awal. Mungkin selepas ini ia dinamakan kepada nama pemimpin seperti Mahathir yang banyak berjasa kepada negara.

Siapa yang sokong angkat tangan.

Ada orang tanya pula, nama Paklah hendak dibubuh di mana?

Paklah pun ada jasanya seperti dinyatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir agar rakyat negara ini perlu menghormati Paklah selepas beliau mengundurkan diri dan tidak mahu apa yang berlaku kepada bapanya tidak diulangi. Rakyat Malaysia mesti beradab.

DATUK DUBLIN MENINGGALKAN KITA

Satu lagi pilihanraya kecil bakal berlangsung...

Ia berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Sarawak, Datuk Dublin Unting Ingkot di Pusat Perubatan Pakar Normah, Kuching 1.25 pagi tadi.

Menurut Nasional@1 RTM jam 1 tengahari tadi, Datuk Dublin, 54 yang juga Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Pertanian menghembuskan nafas terakhir akibat serangan angin ahmar yang dihidapinya sejak Mei tahun lalu.

Beliau di masukkan ke hospital berkenaan Mei lalu setelah koma apabila rebah selepas selesai di temubual RTM secara langsung di RTM Kuching.

Monday, February 23, 2009

JJ KETUAI MEDIA PRIMA?

Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Johan Jaafar, disebut-sebut akan mengepalai Kumpulan Media Prima.

Kumpulan Media Prima memiliki TV3, NSTP dan Big Tree.

Media Prima adalah kumpulan publisiti terbesar di negara ini dan sudah tentu menguntungkan jika sesiapa 'amat baik' dengan boss besar baru itu. Apatah lagi menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Ejen kenit memberitahu DT perlantikan itu akan diadakan tidak lama lagi.

Selamat bertugas.

LEBIH WAJAR HAKIM BARU

KUALA LUMPUR : Ganti hakim baru lebih wajar.

Bagi pengamal undang-undang, itu lebih baik daripada membiarkan prasangka dan persepsi menyelubungi kedudukan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof.

Walaupun peguam yang mewakili pemohon, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menggangap tidak timbul ancaman berat sebelah sekiranya Mohamad Ariff terus mendengar kes itu.

Namun, Persatuan Peguam Muslim Malaysia berpendapat, langkah itu adalah pilihan yang sebaik-baiknya untuk kepentingan semua pihak.

Presidennya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sebab itu seeloknya awal-awal lagi, badan kehakiman menggantikan Mohamad Ariff dengan hakim lain yang difikirkan lebih sesuai.

Kata beliau, ini bagi memastikan kes permohonan Mohammad Nizar bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah berjalan tanpa menimbulkan sebarang prasangka.

''Itu sebaik-baiknya. Dalam kes ini, saya mengalu-alukan tindakan Mohamad Ariff mendedahkan penglibatannya dengan parti politik yang berkenaan. Ini menunjukkan badan kehakiman kita ikhlas dan telus.

''Ia tindakan yang amat rasional dan boleh diberi penghormatan. Ia terbaik untuk dirinya bagi mengelakkan salah anggapan, prasangka dan sebagainya.

''Saya amat alu-alukan dan kalau hakim yang ada kepentingan awal- awal buat pengumuman menarik diri seperti Mohamad Ariff, ia baik untuk badan kehakiman kita,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Ariff kelmarin semasa sebutan kes berkenaan mendedahkan bahawa beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohamad Ariff yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September tahun lalu juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor.

Pendedahan itu dibuat Mohamad Ariff sendiri bagi pertimbangan sama ada beliau patut menarik diri mendengar kes itu atau sebaliknya, merupakan antara tiga perkara yang ditimbulkan dalam kes itu hari ini.

Bagaimanapun, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah menegaskan sebaliknya iaitu pada beliau, tidak timbul ancaman berat sebelah sekiranya Mohamad Ariff mendengar kes itu.

Sementara itu, pakar undang-undang yang juga Profesor Tamu universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang turut bersetuju sekiranya Mohamad. Ariff digantikan dengan hakim yang lain.

Kata beliau, ini untuk mengelakkan sebarang persepsi yang beliau mungkin akan bertindak secara bias kerana penglibatannya sebelum ini dengan pihak pemohon di dalam kes tersebut.

''Sebab itu saya percaya Ketua Hakim Negara akan bertindak menggantikan Mohamad Ariff dengan hakim lain.

''Lagipun situasi ini bukan luar biasa, ia pernah berlaku. Apabila hakim merasakan dirinya berada dalam 'konflik kepentingan' dengan mana-mana pihak dalam kes itu, maka mereka akan menawarkan bagi menarik diri awal-awal lagi.

''Jadi eloklah pendedahan Mohamad Ariff itu. Beliau bukan tak boleh kendalikan tetapi sebaiknya digantikan, itu yang lebih praktikal pada saya kerana persepsi itu penting,'' jelasnya. (UTUSAN).

(Renungan Rimau: Eloklah ditukarkan dengan hakim baru bagi mengelakkan prasangka, persepsi negatif, rasa tidak puas hati, rasa marah, 'rumah siap pahat berbunyi', rasa tidak adil dan pandangan yang tidak sihat. Eloklah ikut apa yang terbaik. Umpamanya, di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pun, Pengurus Pilihanraya meletakkan jawatan apabila ada pihak mula mempersoalkan kedudukannya.)

Sunday, February 22, 2009

PILIHLAH YANG BERIMAN DAN BIJAKSANA

Posting Kedua - 6.20 petang

Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, menyifatkan majlis pengenalan calon MKT yang diadakan di Kedah hari ini berjaya dan berlangsung dengan penuh kemesraan. Katanya, ini petanda bahawa pemilihan dalam parti adalah satu pertandingan yang sihat dan bersifat kekeluargaan.

Posting Asal - 8.15 pagi


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis mengumumkan menarik diri daripada pertandingan merebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti, Mac ini.

Bagaimanapun, beliau akan terus bersaing untuk merebut 25 jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang disandang selama beberapa penggal sebelum ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua bahagian yang mencalonkan beliau, Jamaluddin meminta mereka menerima baik keputusan itu.

''Keputusan ini dibuat selepas mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi UMNO dan rakan-rakan kepimpinan bahagian.

''Saya rasa lebih sesuai bagi saya untuk bertanding di peringkat MT,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Penarikan diri Jamaluddin menjadikan persaingan merebut jawatan itu menjadi lapan penjuru berbanding sembilan sebelum ini.

Calon-calon yang mengesahkan akan bertanding kerusi Naib Presiden terdiri daripada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut bertanding ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

(Renungan Rimau : Carta kedudukan populariti calon Naib Presiden setakat ini ialah DS Dr Zahid, DS Shafie Afdal, DS Khaled Nordin, DS Hisham dan DS Syed Hamid. Bagi Ketua Pemuda pula DS Dr Khir Toyo dikatakan mendahului calon-calon lain. Maklumat ini diperolehi daripada ejen-ejen kenit di seluruh negara. Calon MT yang menarik diri setakat ini ialah Datuk Salleh Keruak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Aniffah Aman, Datuk Masidi Manjun, Datuk Aziz Sheikh Fadzir dan Datuk Alwi Che Mat. Tahniah kepada Datuk Kamilia Ibrahim kerana memenangi jawatan Naib Ketua Wanita tanpa bertanding. Sudah ditakdir kerana orang yang kuat kerja akan mendapat tempatnya satu hari nanti.

Saya menghadiri majlis memperkenalkan calon MT di Pulau Pinang minggu lalu. Amat menarik ketika wakil negeri memperkenalkan calon yang bertanding. Ada yang rendah, tinggi, bulat dan bergaya. Ada yang masih malu-malu dan ada yang berdiri megah. Mereka yang hadir juga memberikan tepukan. Ada juga yang apabila nama disebut tidak mendapat tepukan. Elok tarik diri? Yang tidak hadir pula diwakili oleh EXCO Negeri, Setiausaha Politik dan yang paling menarik ialah diwakili oleh isteri. Buatlah yang terbaik dan jangan merajuk jika kalah nanti. Selamat bertanding.)

Saturday, February 21, 2009

SANTAI BERSAMA HEZRY HASHIM

Kira-kira setengah jam lagi, kita akan dapat menyaksikan program Hezry Hashim, deejay KLFM dari Menara Kuala Lumpur.

Program Santai di Menara Kuala Lumpur bersama Hezry Hashim itu bermula sejak minggu pertama Januari 2009. Ia disiarkan jam 11 malam di TV1.

Sejak diadakan pelbagai pujian dan kritikan diberikan kepada HH yang mengetengahkan ramai tetamu istimewa termasuklah Angkasawan Negara dan artis tempatan.

Ada yang kurang senang dengan cara persembahan HH. Ada pandangan mengatakan beliau seolah-olah seperti seorang 'penjual ubat' atau gemar menjerit-jerit. Tetapi itulah style Hezry yang pernah menjadi penyampai berita hiburan di RTM1. Beliau juga seorang deejay yang bagus. Dari Muzik FM yang kini KLFM.

Rating bagi program SANTAI di MKL ini masih lagi rendah dan mungkin ada perkara yang tidak kena termasuklah dari segi pilihan isu, tetamu, promosi dan publisiti oleh RTM serta akhbar tempatan. Tak tahulah. Terlalu amat kurang promosi HH di media walaupun ada yang pernah menemuramah beliau sebelum ini. Cubaan.

Jika ada berkesempatan menonton Santai di Menara Kuala Lumpur malam ini, eloklah berikan pandangan untuk memperbaiki persembahan Double H itu. Malam ini, HH akan menjemput beberapa tetamu termasuk Norman Hakim dan Azhar Sulaiman.

Selamat menonton.

Friday, February 20, 2009

TAKYAHLAH BELASAH WARTAWAN

Tian Chua hendak 'membelasah' kawan saya, Lukman Abdullah daripada AgendaDaily.

Takyah buat begitu, walaupun marah sangat wartawan buat berita gambar bogel Elizabeth Wong, rakan seperjuangannya.

Tidak elok hendak membelasah orang. Kuat sangat ke? Ingatlah pula jika ada orang hendak membelasah kita pula nanti. Control la sikit emosi tu beb. Buat malu je jadi Ahli Parlimen hendak membelasah orang.

Buat Lukman, jangan takut jika dibelasah kerana sebagai wartawan ini semua asam garam hidup.

Ada ke wartawan belasah ahli politik? Ada kot.

WANITA MELAYU SUKA ORANG BERBOGEL?

Semalam, seorang ahli politik telefon saya bertanya mengapa tidak tulis mengenai wanita Melayu yang suka tengok gambar bogel. Saya tanya siapa? Dia tanya, "kamu tidak tengok tv atau baca suratkhabar ke?" Itu kerja saya, jawab ringkas.

Beliau hairan bagaimana ramainya wanita Melayu yang berdiri teguh di belakang Elizabeth Wong ketika sidang media tempoh hari. Saya menerangkan itulah tanda solidarity, tanda kasih, tanda sokongan atau perpaduan ummah.

"Perpaduan ummah kepala otak kamu." Saya pening sebentar.

Ahli politik itu terus berkata mengapa 'pompuan' Melayu tu yang bertudung tidak tahukah siapakah yang mereka sokong. Siapa yang mereka megahkan. Siapa yang bercakap dalam sidang media itu. Apa yang dibuatnya sebagai seorang wanita. Seorang wanita yang gambar bogelnya disebarkan. Tidak faham ke?

Mungkin dia kena aniaya? "Kepala otak kamu. Siapa kata dia dianiaya?" Saya pening sebentar. Dua kali sudah kena 'kepala otak'. Ini sudah lebih.

Perbualan lain saya tidak mahu teruskan kerana saya menerima banyak 'kepala otak kamu'.

Kesimpulannya, beliau ingin menyatakan mengapa wanita Melayu tidak memahami apa yang mereka sokong, seorang wanita yang gambarnya boleh diambil berbogel. Katanya, tidak payah beliau menceritakan bagaimana sifat wanita itu kerana semua orang sudah tahu. Yang peliknya wanita yang memberi sokongan.

'Kepala otak kamulah'. Puas hatiku.

Thursday, February 19, 2009

MAHU MEMPERTAHANKAN JAWATAN?

Semua orang sudah tahu mengenai tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, semalam menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar daripada DAP kawasan Tronoh.

Sivakumar dalam kenyataannya semalam menegaskan, pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.

Ekoran itu, Dr Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan. Tindakan yang bakal mencetuskan kecelaruan politik di Perak.

Persoalannya, apa ke halnya beliau berbuat demikian. Sudah tentu untuk memastikan beliau terus mendapat gaji sebagai speaker. Untuk mempertahankan jawatannya. Jika tidak menjadi speaker lagi, maka 'soru pun miss' dan tidak boleh menggunakan segala kemudahan kerajaan. Jangan memeningkan kepala orang daa. Siapa punya arahan?

Perangai ini samalah macam DS Nizar Jamaluddin yang pada mulanya tidak mahu menyerahkan kereta dan rumah Menteri Besar. Apa punya jenis orang daa...

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, petang ini memberitahu RTM tindakan Siva itu tidak mengikut peraturan. Beliau sepatutnya mendapat kelulusan dewan terlebih dulu. Apa punya orang daa..

IBRAHIM HUSSEIN MENINGGALKAN KITA

Pelukis tersohor, Datuk Ibrahim Hussein, 71, kembali ke rahmatullah hari ini. Beliau meninggal dunia di Hospital Pantai pada jam 4.30 pagi tadi akibat sakit jantung.

Ib, panggilan di kalangan rakan-rakan, meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.

Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Mont Kiara jam 3 petang ini.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

TIGA PERKARA KEHIDUPAN

Cerita panas sejak dua tiga hari ini mengingatkan saya kepada pesanan seorang teman beberapa tahun lalu. Pesanannya itu ada juga konotasi membabitkan kekuatan batin. Tetapi yang penting pesanan itu perlu dijadikan ingatan kepada kita.

Ketika usia muda, setiap orang perlu mempunyai PANDANGAN HIDUP. Ertinya, orang muda perlu mempunyai pandangan atau pendapat dengan kehidupan. Bukan suka ikut orang lain. Orang suruh kita berdemonstrasi, kita pun ikut berdemonstrasi. Orang suruh kita baring di jalanraya, kita pun berbaring dan keluarlah TV saban hari. Mereka perlu mempunyai pandangan mereka sendiri. Jangan jadi Pak Turut. Lebih bermakna jadi tukang urut.

Kemudian, apabila sudah sampai peringkat pertengahan, mereka perlu ada PEGANGAN HIDUP. Ini bermakna setiap individu semestinya ada prinsip hidup. Jangan orang makan rasuah, kitapun 'balun' rasuah sehingga sanggup menerima 'rasuah seks' yang sesetengah orang kata 'sedekah'. Ingat-ingatlah sebab setiap perkara yang dilarang dibuat, kenikmatan kita akan dipotong. Kekuatan kejantanan kita akan dikurangkan. Itupun kalau hendak 'hidup' pada usia 80 tahun.

Yang terakhir sekali ialah PERJUANGAN HIDUP. Kita mesti ada perjuangan hidup yang tidak luntur dan sentiasa dipegang sehingga ke akhir hayat. Umpamanya jika kita ingin berjuang untuk rakyat, kita mestikan tunaikan janji itu. Jangan setelah dapat sekepok duit, matapun kelabu dan hati pun jadi haru biru. Rakyat pun dilupakan dan kawan pun ditinggalkan. Banyak contoh hidup sekarang. Kita pun jangan lemah semangat walaupun pernah kalah. Macam kata Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam rancangan TV kawan saya, Lokman Hamidi, bahawa kekalahan itu tidak sepatutnya melemahkan kita. Sebenarnya kekalahan adalah pengajaran paling bermakna untuk menjadi yang terbaik.

Bagi konotasi membabitkan kebatinan pula ia adalah mengikut peringkat tertentu. Di peringkat awal, apabila memandang saja, seseorang itu pun sudah hidup. Ketika peringkat usia tertentu, ia perlu dipegang untuk hidup. Yang terakhir ialah walaupun penat berjuang adakalanya ia tidak hidup kerana sudah tidak bermaya. Ini satu pengajaran bagi kita kerana ada yang menyangka, kebatinan mereka akan sentiasa sama walaupun sudah berusia. Itu anggapan salah.

Satu lagi pesanan kawan saya ialah setiap kali kita membuat dosa besar membabitkan kebatinan, 'kejantanan' kita akan dikurangkan. Tidak mustahil orang yang pernah dianggap jaguh pada zaman mudanya sudah 'mati pucuk' pada berusia 40 tahun. Sekadar pandangan. Itupun kerana saya masih hidup untuk memberi pandangan.

Wednesday, February 18, 2009

YB (yang berbogel) ELOK LETAK JAWATAN

Oleh Ibrahim Yahaya
(Sinar Harian/ Rabu / 18/2/09)


Tiada yang lebih malu apabila kita ditelanjangkan. Mana hendak menyorokkan muka apatah maruah jika kita ditelanjangkan. Dari sudut apa sekalipun, jika kita ditelanjangkan, maka segala kekurangan atau kelemahan kita akan diketahui ramai.

Individu yang ditelanjangkan oleh orang lain kerana disebabkan sifat buruknya akan pasti merasakan keperitan bagaimana masyarakatakan melihat mereka terutama kesalahan yang dilakukan seperti bergelumang dengan maksiat atau penipuan. Melainkanlah mereka mempunyai kulit tebal seperti gajah atau badak sumbu.

Ada sesetengah pihak yang “ditelanjangkan” berasa amat malu sehingga membawa diri ke luar negara dan sentiasa mengharapkan malapetaka itu segera reda. Mereka akan pulang semula ke negara ini selepas keadaan reda tetapi orang ramai akan tetap mengingatinya walaupun mereka melakukan pembedahan plastik atau memakai purdah. Bagi lelaki, mereka mungkin menyimpan misai, janggut atau jambang untuk mengelakkan diri mereka dikenali. Tidak payahlah hendak menyorok dan beranilah menghadapi segalanya. Berani buat, berani tanggung.

Dalam satu kes penyebaran video, seorang artis itu terpaksa menghilangkan diri seketika sebelum kembali berlakon setelah menerima tawaran daripada penerbit drama. Itupun kerana untuk mendapatkan sesuap rezeki menyara keluarga. Beliau tabah menghadapi dugaan itu walaupun pernah ‘ditelanjangkan’.

Dalam kes lain, orang kuat MCA dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, meletakkan jawatan selepas video beliau mengadakan hubungan seks dengan “teman rapatnya” disebarkan oleh pihak tertentu. Beliau yang bersikap “gentleman” mengaku beliau “adalah lelaki dalam video itu”. Anak jantan.

Beliau seterusnya meletakkan jawatan dan tempatnya di Labis digantikan oleh anaknya pada Pilihanraya Umum ke 12, Mac lalu.
Bagaimanapun, tahun lalu Dr Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA dengan mengalahkan Datuk Seri Ong Kah Chuan, abang Datuk Seri Ong Ka Ting. Satu perjalanan politik yang menarik dan mungkin ramai yang masih meminati beliau.

Mereka yang ditelanjangkan menerusi penyebaran gambar bogel pula pasti akan berasa “teraniaya” kerana apa yang sepatutnya tidak boleh dilihat oleh orang lain kini boleh ditonton malah ada sesetengah orang ‘menkmatinya’. Mangsa akan pasti menghadapi trauma jika tidak bersedia atau benar-benar teraniaya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mengetahui gambar mereka diambil dan ada kemungkinan ia akan disebarkan, sudah pasti mereka lebih bersedia dan mampu menghadapinya walaupun gambar itu disebarkan di seluruh dunia menerusi alam siber. Ada yang tidak kisah atau menganggapnya tidak luak.

Dalam satu kes sebelum ini, gambar seorang peserta Akademia Fantasia yang berbogel di dalam bilik mandi disebarkan dalam internet yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri untuk menjadi pelajar. Jika tidak berbuat demikian, sudah pasti seluruh masyarakat akan memberi tumpuan kepadanya. Tumpu kepada perkara tertentu.

Semalam, negara digemparkan dengan berita gambar ahli politik berbogel disebarkan. Ia semakin menarik apabila ada wartawan akhbar petang yang cuba mendapatkan komen ahli politik itu. Akhirnya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong, mengaku gambar yang disebarkan itu adalah gambarnya.

Bermulalah penyebaran berita mengenai penyebaran gambar bogel itu di dalam media alternatif termasuk blog. Ada blog yang menyiarkan gambar Elizabeth sebelum ini yang dipaparkan terlalu dekat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ada blog yang menulis caption seperti tergesel, terpegang dan terhimpit untuk menggambarkan “kedekatan” Eli Wong dengan pemimpin Selangor.

Akibat penyebaran gambar bogel itu, Elizabeth telah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 11 malam Isnin berhubung penyebaran gambar berkenaan.

Namun bagi Eli Wong, beliau menyifatkan penyebaran gambar bogelnya dalam Internet sebagai satu bentuk pencabulan maruah dan pelanggaran ruang peribadinya. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu berkata, ia adalah serangan berniat jahat yang bertujuan memalu serta mencemarkan nama baiknya.

"Penyebaran dan penerbitan foto atau video ini adalah satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Saya adalah mangsa dalam insiden ini," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Elizabeth berkata, penyebaran gambar berkenaan telah dimaklumkan kepada beliau oleh wartawan sebuah akhbar Jumaat lalu yang memiliki serta ingin menyiarkan berita mengenai gambar tersebut. Bagaimanapun katanya, beliau tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka mengenai penyebaran gambar itu termasuk individu yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadinya.

Semalam, Elizabeth Wong dalam satu sidang media menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Adun dan EXCO Selangor. Pengakuan Elizabeth mengenai gambar bogelnya itu menyebabkan ramai pihak termasuk pemimpin UMNO berpendapat adalah lebih manis jika EXCO Selangor itu meletakkan jawatan. Ia membabitkan masalah moral seorang pemimpin dengan pengundinya tanpa mengira kaum atau agamanya. Yang salah tetap salah di mata masyarakat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan Elizabeth Wong menawarkan untuk meletak jawatan EXCO Selangor dan Adun Bukit Lanjan, ekoran penyebaran gambar bogelnya, bukan sesuatu yang mengejutkan. Tindakan itu wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin.

"Tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. Apatah lagi membabitkan individu yang bergelar exco kerajaan negeri dan seorang wakil rakyat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta Elizabeth Wong meletakkan jawatan serta-merta. Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu perlu berbuat demikian kerana penyebaran gambar berkenaan berkait rapat dengan soal moral seorang pemimpin. Mohamad Khir yang belum melihat gambar itu berkata, jika benar ia adalah sesuatu yang serius.

"Kalau ada pihak menyatakan gambar berkenaan adalah privasi ADUN terbabit, ia bukan soalnya kerana perkara ini melibatkan masalah moral. Malah, tindakan itu (bergambar bogel) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh semua masyarakat di negara ini, apatah lagi ia melibatkan individu yang bergelar wakil rakyat. Saya fikir lebih baik beliau (Elizabeth) melepaskan semua jawatannya termasuk ADUN secepat mungkin," katanya kepada media, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir memberitahu, perkara yang sama turut berlaku kepada Naib Presiden MCA sebelum ini. Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya ekoran kes itu yang turut dijadikan modal politik pakatan pembangkang.
Malah, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ketika itu turut mendesak supaya Dr Chua meletakkan semua jawatannya termasuklah dalam Kabinet. Apa bezanya antara pemimpin BN dan pembangkang yang bersalah? Perlulah meletakkan jawatan.

"Saya harap pembangkang sedar tentang perkara ini dan meminta supaya ADUN itu mengosongkan kerusinya termasuklah sebagai Exco kerajaan negeri. Dulu mereka lantang bersuara mendesak Soi Lek letak jawatan, tetapi beliau berbuat demikian. Sekarang giliran mereka, janganlah berdolak-dalik pula," ujarnya.

Dr Khir juga mempersoalkan mengapa pihak pembangkang menuduh UMNO dan laman web tertentu yang menjadi ‘dalang’ sedangkan selama ini banyak laman web yang menyiarkan pelbagai gambar pemimpin UMNO.

Tindakan pembangkang terutama PKR pula menuduh UMNO sebagai dalang penyebaran gambar bogel wakil rakyatnya bukanlah satu luar biasa. Walaupun, Elizabeth Wong mengaku ia gambar peribadi tetapi yang menerima tuduhan seperti biasa ialah UMNO.

Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Agendadaily, sebuah berita portal “ Ini kerja celaka” ketika ditanya apakah bukti pembangkang menuduh UMNO dan BN terlibat dalam isu gambar Elizabeth Wong.

Katanya, gambar Elizabeth bergesel dengan Menteri Besar Selangor yang disiarkan oleh AgendaDaily membuktikan ‘kerja jahat’ untuk memburukkan pembangkang.

Namun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman, pula menyangkal tuduhan pembangkang itu dengan berkata “ bukan UMNO yang menelanjangkan dan mengambil gambar bogel Eli Wong”. Beliau yang meluat dengan tuduhan pembangkang itu menyifatkan masalah peribadi perlu ditanggung oleh pihak terbabit tanpa menyalahkan orang lain.

Kesimpulannya, episod bogel ini pasti membuka ruang kepada Pilihanraya Kecil ketiga membabitkan tiga bukit iaitu Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Bukit Lanjan. Ada yang berjenaka menyatakan PRK Bukit Lanjan kini dikenali ‘PRK Bukit Telanjang’.

Tuesday, February 17, 2009

DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DUKACITA

PERKAUMAN
Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

AGAMA ISLAM
Mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas diamalkan, dan tidak mempersoalkannya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kesepakatan dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

FITNAH DAN BERITA PALSU
Rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

SIKAP AHLI PARLIMEN
Amat sedih perilaku tidak sepatutnya di kalangan Ahli Parlimen pada sesi lalu yang memberi imej negatif. Semua Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mematuhi.

(Renungan Rimau : Malam tadi, saya mendengar ucapan mengenai bagaimana pemimpin Melayu pada masa lalu begitu berhati-hati dalam perundingan mereka dengan kaum bukan Melayu kerana menyedari apa yang dipersetujui ketika itu pasti mahu ditukar oleh golongan muda bukan Melayu ketika ini. Antaranya ialah mengenai keistimewaan bangsa Melayu dan Raja Melayu. Pemimpin Melayu ketika itu berpandangan jauh bahawa kaum bukan Melayu sekarang pasti mahu mengubah perkara yang dipersetujui dan tidak mempedulikan hak orang lain. Pemimpin Melayu seterusnya meletakkan Majlis Raja-Raja sebagai benteng terakhir untuk memastikan kepentingan Melayu dikekalkan dan terpelihara.).

Monday, February 16, 2009

GAMBAR BOGEL EXCO WANITA?

Posting Keempat - 1.20 petang

Ahli politik dikaitkan dengan kes isu moral ini bukanlah baru di negara ini dan pernah menyaksikan ramai yang meletakkan jawatan. Ada yang meletakkan jawatan sebelum dibicarakan dan ada juga membuat pengakuan untuk mengelakkan perkara itu dipanjangkan, terutama musuh politik. Rakyat negara ini juga pasti tabik spring kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang meletakkan jawatan selepas mengaku beliau adalah "lelaki dalam video itu".

Posting Ketiga - 12.35 tengahari

Naib Presiden PKR, Azmin Ali, berkata pihaknya tidak akan kompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong. Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan EXCO itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan. MB TS Khalid Ibrahim pula berkata isu akan dibincangkan dalam EXCO Rabu ini. AGENDANEWS.

Cadangan Rimau : Ketika membincangkan isu itu eloklah Eli Wong tidak perlu berada dalam bilik mesyuarat. Ini kerana akan menimbulkan "kemaluan" besar kepadanya. Sekadar cadangan, itu pun jika hendak dipakai.

Posting Kedua - 12.20 tengahari

ADUN PKR, Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi pembantu khas kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan buat laporan polis hari ini. Kini timbul desakan agar beliau letak jawatan kerana moralnya dipertikaikan. - AGENDANEWS.

Posting Asal - 11.24 pagi

Tersebar kini dikatakan ada gambar bogel EXCO Wanita di sebuah negeri.

Siapa gerangan? Kalau ada, jangan disebarkan. Tak baik.

Tulah. Jangan berbogel, walaupun di bilik air.

Saya diajar oleh orang tua, ketika mandi sekalipun perlu memastikan ada kain membaluti tubuh.

Ada orang kata, kalau tiada kain sekalipun, perlu tutup di bahagian sulit.

Mengapa? Supaya tiada orang melihatnya.

Siapa akan melihatnya? Bunian? Peminat orang berbogel?

JADILAH PEMBANGKANG TERBAIK


(Dr Khir Toyo mengetuai penyerahan memorandum taat setia Ahad lalu. Gambar oleh Jinggo)

Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat menjadi pembangkang bukanlah perkara yang susah sangat. Apa yang perlu ialah membangkang apa yang dilakukan oleh parti yang dipilih untuk memerintah. Membangkang saja? Itu salah dan kurang bijak.

Tugas pembangkang ialah menegur dasar atau tindakan kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat jelata. Dasar yang menyusahkan atau peraturan yang lapuk dan membebankan. Pembangkang perlu peka dan memberi idea yang bernas.

Bukan menjadi pembangkang yang membangkang apa saja yang dilakukan oleh kerajaan. Bukan pembangkang yang mengambil kesempatan dengan mempolitikkan sesuatu isu sehingga berjaya menghasut rakyat yang tidak tahu satu apa pun.

Bagi parti DAP, PAS dan PKR mereka adalah pembangkang di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi menjadi kerajaan di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah. Dulu, mereka menjadi kerajaan negeri Perak dan sejak 6 Februari lalu telah diganti.

Bagi ketiga-tiga parti itu mereka sudah lama menjadi pembangkang dan cara bertindak pun sebagai pembangkang. Mereka sentiasa berceramah dan mencari isu-isu untuk "membelasah" parti kerajaan. Apa saja yang boleh dijadikan 'modal politik' di bawah bulan dan matahari.

Namun, bagi UMNO yang menjadi pembangkang di empat negeri itu, mereka tidak bertindak sebagai pembangkang dalam ertikata sebenarnya. Ini yang susah kerana banyak tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri tidak betul tetapi mereka seolah-olahnya masih "tidur" dan bermimpi. Ini tidak betul dan perlu diperbetulkan. Malah penulis pernah menyuarakan perkara itu kepada TPM, DS Najib Tun Razak.

Antara mereka yang menjadi Ketua Pembangkang di peringkat negeri ialah Datuk Seri Dr Khir Toyo (Selangor), Datuk Alwi Che Mat (Kelantan), Datuk Seri Mahadzir Khalid (Kedah), Datuk Azhar (Pulau Pinang). Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pernah menjadi Ketua Pembangkang di Perak.

Sunday, February 15, 2009

ORANG UMNO JANGAN GUNDAH GULANA

Kejayaan Barisan Nasional menubuhkanKerajaan Negeri Perak pada 6 Februari lalu seharusnya menjadi pemangkin kepada orang UMNO untuk 'bangun semula' setelah parti itu mengalami tamparan politik selepas PRU 12 pada Mac tahun lalu. Bangun, bangun.

Inilah masa paling sesuai untuk mengejutkan ahli UMNO yang masih tidur atau tunduk malu kerana pelbagai perkembangan yang berlaku selepas PRU 12 selain pelbagai tindakan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di beberapa negeri. Ada yang membuat dasar yang tidak menguntungkan bangsa Melayu, ada yang menutup tadika yang menyebabkan kanak-kanak kecil terpaksa belajar di bawah terikan matahari, ada yang ingin membuka kandang babi, ada yang memberi tanah 999 tahun, ada yang derhaka pada Sultan dan banyak lagi.

Semua ini sudah tentu menyakitkan hati tetapi malangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa di negeri berkenaan kerana kuasa yang dipegang oleh pemimpin kerajaan campuran itu. Ahli UMNO hanya mampu melihat bagaimana rakus dan tamaknya sesetengah pihak bertindak terutama untuk memalitkan arang kepada pemimpin UMNO dengan kata-kata dan tindakan. Sudah hitam ke muka pemimpin UMNO?

Selain, Kelantan dan Kedah, tiga negeri lain diperintah oleh DAP terutamanya di Pulau Pinang. Di Perak dan Selangor, walaupun MBnya adalah orang Melayu tetapi yang menjadi dalang di belakangnya ialah pemimpin DAP yang selama ini memperjuangkan fahaman politik sempit. Kita boleh melihat bagaimana mereka memainkan sentimen politik sempit iaitu 'memilih BN memperkuatkan Melayu' di Pulau Pinang pada Mac lalu sehingga rakyat bukan Melayu amat tertarik dengan slogan perkauman ini. Hentikanlah.

Keupayaan mereka mengawal MB ini menyebabkan segala dasar yang dikemukakan adanya yang seolah-olah bertujuan menyakitkan hati orang Melayu selain memberi keuntungan berlipat ganda kepada orang bukan Melayu. Untung bukan untuk semua tetapi segelintir yang membabitkan keluarga atau orang yang rapat dengan mereka.

Kejayaan BN di Perak perlu menjadi semangat kepada ahli UMNO supaya tidak perlu lagi gundah gulana dengan apa yang berlaku pada PRU 12. Mereka perlu menyusun strategi untuk membantu rakyat terutama dalam menghadapi kemelut ekonomi dunia yang pasti akan meratah setiap orang terutama golongan peniaga dan pekerja kilang di seluruh negara.

Bagi Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, ahli UMNO perlu belajar bagaimana orang UMNO Terengganu merampas semula negeri itu daripada PAS pada tahun 2004 menerusi Gelombang Birunya. Pada 1999, sudah pasti ahli UMNO yang kalah tunduk malu atau rasa terhina kerana kekalahan sehingga hanya tinggal empat kerusi berbanding PAS yang mendapat 28 kerusi. Pemimpin lama pun mengundurkan diri.

Apa yang terjadi selepas itu, semua orang tahu. Bagaimana, gelojohnya pemimpin PAS menyerbu masuk pejabat kerajaan negeri untuk berkuasa. Bagaimana PAS menutup tadika Kemas dan merampas dewan serta balairaya sehinggakan menyusahkan saudara sebangsa dan seIslam. Mereka tidak peduli dengan penderitaan kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah kerana sekolah tadika mereka ditutup. Bagi mereka lantaklah dan dendam terbalas.

Keangkuhan PAS itu menerima padah kerana pada 2004 mereka pula mendapat empat kerusi sedangkan BN berjaya membentuk kerajaan dengan 28 kerusi.

Apakah orang UMNO akan terus gundah gulana kerana kekalahan di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu? Mereka perlu melihat sejarah di mana BN akan melalui keadaan seperti itu pada 1999 dengan kekalahan PRK Lunas selepas kekalahan besar BN dengan tindakan DS Anwar Ibrahim melancarkan serangan terhadap UMNO terutama TDM.

Namun, selepas kekalahan Lunas itu, BN terus menyusun strategi dan selepas itu memenangi beberapa PRK di Kelantan, Pahang, Melaka dan Selangor.

Oleh itu, ahli UMNO perlu bekerja keras untuk memastikan PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang pada 7 April ini membawa cahaya kepada BN dan seterusnya mengembalikan tenaga mereka membantu rakyat ini menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Selepas menang, jangan pula berperangai atau bertindak seperti orang lain.

Saturday, February 14, 2009

JANGAN BIADAB DAN KURANG AJAR

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian.

Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009


DATO' AHMAD SHABERY TANDING MT

Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan UMNO Mac ini.

Ejen kenit memberitahu saya, hasrat beliau mendapat persetujuan (endorsement) daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Ia dimaklumkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri, Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Pokli) sebentar tadi.

Semoga berjaya.

Friday, February 13, 2009

SOALAN SAINS POLITIK PERAK (3)

Soalan : Siapakah calon terbaik untuk mewakili BN dan PAS bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang?

1. Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang (sebab dulu kerusi untuk UMNO).

2. Timbalan Ketua Bahagian UMNO.

3. Naib Ketua Bahagian UMNO.

4. Ketua Pemuda atau Ketua Wanita Bahagian UMNO.

5. Orang luar atau calon import. Pada PRU 12, BN mengetengahkan Datuk Seri Azim Zabidi (UMNO Bukit Bintang).

6. DS Nizar Jamaluddin (dulu kawasan PAS).

7. Calon tempatan PAS.

8. Calon import PAS seperti Naib Presiden, Mat Sabu.

9. Semua jawapan tidak betul kerana ada calon lain.

SOALAN SAINS POLITIK PERAK (2)

Posting kedua - 2.35 petang

Soalan : Mengapa DS Nizar bersetuju untuk menyerahkan rumah MB dan kereta dalam 10 hari?

A. Sudah bertaubat seperti yang diminta oleh Kapal Singh terhadap seseorang itu.

B. Tidak mahu simpan lama-lama nanti takut diperkatakan orang.

C. Sebab sudah dapat rumah sewa dekat sekolah anak.

D. Terasa macam malu pulak. Apatah lagi sudah mendapat pangkat Datuk Seri. Alahai...

E. Bermimpi malam tadi bertemu Dr Zambry tanya pasal kunci rumah.

F. Minyak sudah habis dan kad minyak kerajaan yang dimiliki tidak boleh digunakan.

G. Pemandu kerajaan yang disediakan pun merasa malu dan serba salah. Betul ke dia membawa MB atau bekas MB.

H. Dinasihati oleh abang untuk menyesal dengan perbuatan yang tidak tentu arah.

I. Mendapat petunjuk selepas bermimpi tidur waktu maghrib. Seorang tua meminta beliau jangan terlalu sangat mengikut telunjuk Ngeh-Nga. Nanti ramai yang ternganga.

J. Rasa macam satu tayar Toyota Camry hendak pancit dan malas untuk menukarkannya.

K. Semua jawapan di atas adalah betul.

P0sting Asal - 6.58 pagi

Soalan : Mengapa DS Nizar Jamaluddin enggan keluar daripada rumah MB, masih mengisytiharkan bahawa beliau masih MB dan enggan menyerahkan kereta Toyota Camry?

A. Mahu mencari pasal dengan BN.

B. Mahu pihak polis menyerbu masuk ke rumah MB dan ada modal politik.

C. Mahu pihak SUK merampas kereta dan ada isu politik untuk dimainkan.

D. Mahu mendapat perhatian media terutama akhbar Cina dan The Star.

E. Diarahkan berbuat demikian oleh DS Anwar Ibrahim walaupun hatinya berat melakukannya.

F. Melakukannya setelah bermimpi bertemu Lee Kuan Yew.

G. Melakukannya untuk mendapat simpati media Singapura dan Al-Jazeera.

H. Saja seronok-seronok untuk terus diperkatakan oleh orang ramai.

I. Mahu menyakitkan hati Paduka Seri Sultan Perak.

J. Didesak oleh keluarga agar tinggal lama kerana seronok mandi air panas.

K. Merasakan rakyat Perak memang suka beliau duduk lebih lama di rumah MB.

L. Membolehkan laman rumah MB dijadikan tempat berceramah oleh pemimpin PKR, DAP dan PAS. Ia percuma dan tidak perlu menyewa di tempat lain.

M. Boleh mendapat pemandu kerajaan yang percuma dan jika dipulangkan Toyota Camry perlu mencari pemandu sendiri.

N. Boleh menggunakan minyak percuma daripada kerajaan negeri kerana Toyota Camry adalah kereta kerajaan.

O. Hendak pakai dulu kereta Toyota Camry kerana merasakan beliaulah yang membeli kereta itu.

P. Memberi peluang kepada saudara-mara merasai untuk menaiki Toyota Camry.

Q. Yakin rakyat Perak menyokong perjuangannya untuk memalukan BN sehingga hari kiamat.

R. Boleh keluar dari tingkap kereta untuk mengangkat tangan seolah-olah macam hero filem Hindustan.

S. Jawatan MB memang idaman sejak di bangku sekolah dan tidak boleh dilepaskan.

T. Semua jawapan di atas adalah betul.

Thursday, February 12, 2009

SOALAN SAINS POLITIK PERAK (1)

Posting Ketiga - 6 petang

Soalan : Apakah peruntukan yang menghalang Sultan Perak menamatkan perkhidmatan seseorang MB?

Jawapan : Di bawah Perlembagaan Negeri Perak tiada peruntukan yang menghalang Sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika Baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN. Artikel 16(6) jelas memperuntukkan perihal ini.

Harus diperhatikan lantaran di bawah provisi Artikel 16(4), Raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa harus dilantik sebagai Menteri Besar. Bahasa perlembagaannya menentukan bahawa ADUN yang dilantik sultan sebagai MB hendaklah terdiri daripada seorang yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti anggota Dewan berkenaan atau dalam bahasa Inggerisnya "who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly".

Posting Kedua - 3.50 petang

Soalan : Apa kuasa Sultan Perak dalam pelantikan Menteri Besar?

Jawapan : Seksyen 12 (1) & (2) - Perlembagaan Negeri Perak memberi kuasa kepada Sultan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu dan beragama Islam.

Sultan Perak telah menggunakan kuasanya melantik Menteri Besar Baru pada 6 Februari lalu. Paduka Seri berlaku adil dengan mengambilkira suasana semasa dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS telah hilang sokongan majoriti ADUN. Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.

Posting Asal - 12.19 tengahari

Soalan : Mengapa Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah dinasihatkan oleh MB Nizar Jamaluddin?

Jawapan : Seksyen 18 (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, memperuntukkan Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti berikut: Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN.

Wednesday, February 11, 2009

TAHNIAH AZAM ARIS


Tahniah kepada rakan teh tarik kami, Azam Aris, yang berjaya menghasilkan sebuah buku penting mengenai tokoh korporat negara, Tan Sri Azizan Zainul Abidin. Buku itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, petang tadi.

ANTARA DUA BUKIT?

Posting Kedua - 6 petang

Antara faktor kemenangan sesuatu pilihanraya ialah calon yang diketengahkan. Banyak contoh yang memaparkan salah pilih calon, sesuatu parti itu akan bungkus. Kedua-dua bukit - Gantang dan Selambau itu tidak terkecuali. Pilihlah calon yang terbaik.

Bagi Bukit Gantang, ejen kenit memberitahu saya, antara calon yang paling layak ialah seorang anak muda yang mempunyai MBA, Kamarulai Haji Sulaiman. Beliau kini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Baru-baru ini, anak muda yang gemar berhemoi dengan orang ramai ini telah mengalahkan penyandang jawatan. Semoga pemilihan calon yang terbaik membawa tuah kepada BN.

Posting Asal - 11.49 pagi

Filem Antara Dua Darjat arahan TS P Ramlee mengisahkan percintaan ahli muzik dan kerabat diraja. Ia menceritakan tindakan memisahkan dua insan kerana dua darjat yang berbeza. Orang biasa dan keturunan tengku. Amat menarik dan berkesan.

Bagi saya, apa yang ingin disampaikan oleh TS P Ramlee ialah hubungan manusia boleh diteruskan tanpa mengira darjat dan keturunan. Ini bermakna orang biasa layak untuk bercinta dan berkahwin dengan anak raja. Banyak contoh di negara ini.

Namun, orang biasa juga perlu menghormati Raja mereka jika mahu mengaku menjadi rakyat negara ini. Dalam ertikata lain hormatilah Raja Melayu yang selama ini menjadi tuan di negara ini. Hormatilah tuan yang membenarkan kita menetap di sini.

Sehubungan itu, mereka tidak perlu kurang ajar atau biadap terhadap Raja Melayu dengan mengambil tindakan yang tidak beradab termasuk melemparkan kata-kata kesat. Alam siber ini bukanlah tempat untuk kita membentuk sikap kurang ajar. Peguam Negara perlu meneliti mereka yang kurang ajar ini dan segera mengambil tindakan.

Dalam perkembangan yang sama, desakan rakyat seluruh negara agar Kapal Singh dikenakan tindakan perlu diberi perhatian oleh pejabat Peguam Negara agar tindakan setimpal boleh diambil jika ada kes terhadap apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP itu.

Rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu pasti sudah hilang sabar dengan tindakan mereka yang biadap dengan Raja Melayu seolah-olah mereka sudah lupa dengan Rukun Negara yang mengkehendaki rakyat menghormati raja. Dalam Rukun Negara mereka juga perlu menjaga kesopanan dan kesusilaan. Bukan biadap dan kurang ajar.

Dalam pada itu, Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pasti menarik perhatian semua pihak kerana ia ada kaitan dengan perkembangan politik semasa. Adakah rakyat terus memilih Barisan Nasional atau menyokong pakatan longgar pembangkang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR?

Apa yang berlaku di kedua-dua bukit itu nanti sudah pasti menceritakan segala-galanya terutama kemahuan rakyat untuk melihat negara terus aman dan berjaya menghadapi kemelut ekonomi dunia yang sudah mula melihatkan tempiasnya.

Tuesday, February 10, 2009

TOLONGLAH FAHAMI UNDANG-UNDANG

Bagi yang tidak pandai, berlagak pandai dan cuba mengelirukan orang ramai, eloklah bertaubat jika ada niat untuk mempolitikkan apa yang berlaku di Perak. Jangan buang masa dan tenaga orang ramai dengan niat yang tidak baik itu. Bertaubatlah.

Bagi veteran UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim, perkembangan yang tidak sihat di Perak itu memperlihatkan kekasaran sesetengah pihak terutama pembangkang di luar lunas dan adab Melayu yang berpemerintahan di raja. Dengarlah nasihat pakar undang-undang ini.

Ikutilah tulisan Dr Rais di sini .

MENGAPA GUAN ENG SOKONG ANWAR?

Soalan untuk pelajar sains politik IPTA dan IPTS.

1. Mengapa Lim Guan Eng menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kemelut politik yang ditimbulkan oleh Kapal Singh pada Ahad lalu?

A. Yakin bapanya akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

B. Mahu melantik bapanya menjadi Pengerusi menggantikan Kapal Singh.

C. DSAI adalah satu-satu pemimpin Melayu yang akan membela DAP.

D. DAP tidak sokong lompat-melompat tetapi beliau dan bapanya yakin melompat ini menguntungkan DAP.

E. Tidak sebulu dengan Kapal Singh.

F. Mahu terus memimpin Pulau Pinang dan tidak mahu anak Kapal Singh menjadi Ketua Menteri yang baru.

G. Anak Kapal Singh kini semakin meningkat naik dan mungkin akan menenggelamkan kerjaya politiknya.

H. Kapal Singh mempunyai dua anak yang bergiat dalam politik. Beliau takut nanti dua lawan satu, maka menang dua. Oleh itu kenalah sokong DSAI.

I. Kapal Singh tidak sokong hudud. Tetapi DAP kena "buat-buat" sokong kerana ini akan menguntungkan parti itu untuk mendapat undi Melayu.

J. Semua jawapan di atas adalah betul.

Monday, February 9, 2009

KARPAL SAKIT HATI, POLITIK SIAPA 'MATI'?

Kapal Singh sangat marah semalam. Semua orang dia sembur. Meriam di dada kapalnya meletup menghala ke Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Naik angin satu badan.

Mengapa Kapal marah? Mahu mendapatkan perhatian? Mahu lari tajuk sebab bangsa Melayu khususnya orang UMNO amat marah kepadanya kerana terlalu biadap pada Raja Melayu? Adakah ini strategi baru pakatan DAP, PAS dan PKR? Bantailah saja labu....

Namun kenyataan Kapal semalam ada juga kelakarnya. Minta Anwar Ibrahim bertaubat. Sejak bila Kapal tahu menggunakan perkataan bertaubat? Alahai....

Kapal perang DAP ini juga belasah Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Kapal marah kerana kedua-dua beranak ini tidak mengendahkan beliau. Memanglah begitu. Selama ini, Kit Siang mennggunakan Kapal untuk belayar meredah gelombang politiknya. Apabila sudah sampai ke daratan, kapal pun tak digunakan lagi.

Sekarang Kit Siang dah ada kapal selam yang dikenali Ngeh-Nga. Kapal selam ini digunakan untuk menembak apa saja termasuk rakan mereka dalam pakatan. Maka kapal selam dua saudara ini menyakitkan hati orang Melayu dengan panggilan 999 dan mengetepikan Timbalan Speaker Perak. Apa punya perangai daaa....

Ada orang buat pantun mengenai kapal selam ini. Ngeh-Nga, Cina tersenggeh, Melayu ternganga. Itupan PAS tidak sedar kerana Nizar dah kelabu mata. Bagi Nizar semua yang diarahkan oleh kapal selam adalah betul. Maka mengangguklah beliau seperti burung belatuk menebuk lubang. Maka besarlah lubang Ngeh-Nga.

(Posting tru NE90)

Sunday, February 8, 2009

UNDI UMNO SABAH PENTING MAC INI


(Pasar Filipina di hadapan Hotel Le Meridien. Gambar oleh DIY (NE90)

Kini di negeri di bawah bayu.

Hari ini panas tidak seperti beberapa hari lalu di mana hujan sepanjang hari. Maklumat daripada J yang turut menyatakan hotel di Kota Kinabalu sentiasa penuh sejak beberapa bulan lalu.

Mengapa? Pelbagai kegiatan seperti seminar dan mesyuarat.

Kempen pemilihan UMNO? J tersenyum dan mengangguk.

Sudah pasti ramai yang berusaha mendapatkan undi dari UMNO Sabah untuk Mac ini. Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Seri Shafie Afdal, yang bertanding Naib Presiden sudah pasti mendapat sokongan padu dari negeri kelahirannya. Begitu juga Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimana pula dengan calon lain? Sudah tentu mereka selalu datang dan hotel di KK pun pasti mendapat keuntungan.

Yang tidak datang? Pasti menyesal?

Buatlah apa yang sepatutnya. Dulu ada seorang pemimpin dari Johor yang menerima 'bala' dari Sabah kerana 'orangnya' tidak membayar bil hotel. Penggal berikutnya, pemimpin itu bungkus.

Jangan main-main dengan orang Sabah baa.

(Posting menggunakan NE90)

Saturday, February 7, 2009

JANGAN DERHAKA PADA SULTAN MELAYU


Oleh MAS

Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik, yang mana ketuanan mu?
maka sanggup mencabar raja Melayu
Raja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!
di manakah maruah mu?

Tidak pernah Melayu
mencabar dan derhaka seperti kamu
di manakah nilai keislaman mu?
akibat hasutan iblis dan kafir keparat
maka kamu sanggup menjadi bangsat!
hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
kini kamu anjing maka tuan digigit!

Wahai Melayu
sedarlah kamu
kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
perhatikan keliling kamu
bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?
di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
apa sebenarnya perjuangan kamu?
Islam? Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?

Janganlah kerana emosi
kamu derhaka kepada Sultan
ingatlah!
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
selagi Melayu tidak hilang di dunia
selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!



(Apakah tindakan ini disebabkan hasutan pihak tertentu yang hanya mementingkan diri mereka, mahu menjadi pemimpin dengan apa cara sekalipun dan sanggup berbuat apa saja termasuk biadap pada Raja?)

(Renungan Rimau : Penyanyi Hattan menangis di Konsert Unplugged Palestin di Auditorium Angkasapuri RTM malam ini. Kesedihannya terhadap tingkah laku satu bangsa. Saya pula sedih ada manusia negara ini yang kurang ajar kepada Raja Melayu. Mereka tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Apakah kita boleh biarkan mereka terus kurang ajar?)

Friday, February 6, 2009

TOLONG RAKYAT AGENDA UTAMA

Perak oh Perak. Negeri yang satu masa dulu kaya dengan bijih timah.

Apa yang berlaku di Perak dalam beberapa minggu ini akan menjadi tumpuan rakyat di seluruh negara.

Mereka mahu tahu apakah kesudahan situasi politik di negeri itu selepas Paduka Seri Sultan Perak membenarkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri.

Mereka juga akan mengikuti apa yang akan dilakukan oleh bekas kerajaan campuran. Tidak mahu mengiktiraf kerajaan baru? Kenapa? Mahu derhaka kepada Sultan Perak ke?

Perubahan kerajaan negeri ini sudah tentu mengejutkan penduduk Perak kerana selepas diperintah oleh kerajaan campuran yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS selama lebih 10 bulan, mereka kini dinaungi oleh Kerajaan BN.

Berubah untuk kebaikan. Berubah kerana keadaan politik yang boleh dianggap sudah “terbalik” menyebelahi BN dengan kemasukan tiga Adun PKR dan seorang Adun DAP. Adun PKR itu termasuk Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang membuat “u-turn” selepas 11 hari melompat. Kini Nasarudin mahu kerajaan yang stabil dan mantap.

Sudah tentu BN akan berusaha menerangkan kepada rakyat mengenai kepentingan perubahan ini menerusi pembentukan kerajaan bukannya pembubaran Dewan Undangan Negeri diikuti dengan pilihan raya. Buang masa, tenaga dan wang ringgit.

Pemahaman rakyat bahawa perubahan ini seperti yang dibenarkan dalam undang-undang tubuh negeri perlu disegerakan agar mereka mengetahui semua yang berlaku mengikut peraturan, bukan tindakan “gungho”. Malah rakyat juga perlu mengetahui peranan Sultan Perak yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pembentukan kerajaan negeri.

Jika rakyat tidak memahami perubahan ini, mereka sudah pasti akan terdorong untuk mendengar maklumat tidak betul yang akan disebarkan oleh pihak tertentu. Apabila mereka mendapat maklumat palsu, tidak hairanlah mereka terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang seperti mengadakan demonstrasi haram. Ini tidak sihat dan merosakkan. Tidak payah merusuh atau degil untuk ’memeluk’ pejabat berhawa dingin dan kereta Toyota Camry yang baru dibeli. Alahai…

Namun perkara penting yang mahu dilihat oleh rakyat ialah apakah yang akan dinikmati oleh rakyat dengan perubahan kerajaan baru ini? Antara perkara utama ialah apa yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri BN yang diterajui oleh Menteri Besar Perak baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Rakyat mahu tahu apakah dasar baru yang diperkenalkan nanti benar-benar dapat membantu golongan massa?

Apakah dasar baru ini benar-benar dapat membantu golongan marhain di bawah yang sudah pasti akan amat terasa dengan tempias kemelut ekonomi sekarang?

Thursday, February 5, 2009

SITUASI POLITIK PERAK

Posting Kelima - 11.45 malam

Datuk Dr Zamry akan mengangkat sumpah pada jam 3 petang esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Tahniah dan selamat bertugas.

Posting Keempat - 8.20 malam

Adun Pangkor, Datuk Dr Zamry Abdul Kadir, akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Abdullah Badawi, petang tadi.

Posting Ketiga - 11.03 pagi

DS Najib dan semua ADUN BN serta 3 ADUN Bebas dipanggil menghadap Sultan Perak. Mereka kini berada di dalam Istana Kinta.

Posting Kedua - 10.50 pagi

DS Najib selesai menghadap Sultan Perak. Pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit. DS Najib kini menuju ke pejabat UMNO Perak bagi mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri. Selepas itu, TPM akan mengadakan sidang media khas.

Posting Asal - 9.57 pagi

TPM, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 9.49 pagi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Wednesday, February 4, 2009

PENDIDIKAN USAH DIPOLITIKKAN

Oleh Ibrahim Yahaya
(Sinar Harian / Rabu / 4/2/09)


Kejadian penutupan Kelas Tabika Perpaduan Kemas di Pulau Pinang oleh parti politik di negeri itu seperti yang dilaporkan oleh media Isnin lalu amat menjengkelkan. Tambahan pula “mangsa” tindakan tidak masuk akal itu adalah anak-anak kecil yang tidak tahu menahu mengenai pertembungan politik.

Apa yang mereka inginkan ialah mendapat pelajaran yang baik. Apa yang mereka dahagakan ialah ilmu dunia akhirat sejajar dengan nasihat ibu bapa agar menjadi orang pandai dan berguna kepada negara. Bukan menjadi sampah masyarakat.

Penutupan Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, menyebabkan kanak-kanak yang menjadi mangsa perbuatan berkepentingan berkenaan terpaksa belajar di bawah pokok dengan beralaskan tikar.

Bayangkan keadaan tidak selesa untuk mendapat ilmu. Sunguh menyedihkan apabila memikirkan tahap pemikiran sesetengah ahli politik negara ini. Terlalu rendah, tidak matang serta tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.

Penutupan itu dikatakan adalah perbuatan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) bertindak mengunci pintu pagar tadika. Mengapa mengunci pintu pagar? Tindakan kali ketiga JKKKN itu dipercayai bermotifkan politik dengan alasan kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa terhadap bangunan tabika itu. Kuasa yang ada itu perlu digunakan dengan sebaik-baiknya bukan menindas rakyat.

Penyelia Kanan Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din, dilaporkan oleh berita RTM pada Isnin lalu sebagai berkata JKKKN menghantar notis kepada pengurusan tabika sebanyak dua kali untuk mengosongkan desa itu pada 31 Januari lalu. Mengapa perlu dikosongkan?

Notis itu dihantar melalui JKKK Kuala Sungai Pinang dan kedua-dua notis itu diabaikan.
Bangunan itu menempatkan Tabika Kemas yang beroperasi sejak 2003 dan pusat aktiviti penduduk sebelum ini pernah dikunci dua kali dan dibuka semula atas nasihat polis.

Menurut Rozhan, JKKK Kuala Sungai Pinang tidak berhak mengambil tindakan itu kerana terdapat arahan dari Pegawai Daerah Balik Pulau melalui pejabat Ketua Menteri supaya Tabika Kemas di negeri itu tidak boleh diganggu.

Ini yang menimbulkan seribu satu soalan dengan tindakan pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah mahu membalas dendam dengan parti politik tertentu. Jika ini terus berlaku, sudah tentu tidak akan berkesudahan dan merugikan negara.

Tindakan penutupan tabika itu menyebabkan guru dan ibu bapa amat marah dengan tindakan berkenaan. Ada bapa yang sebak dengan tindakan tidak berperikemanusian itu terutama perbuatan menutup tabika menggunakan rantai basikal. Mengapa begini?

Ada yang menyifatkan tindakan itu terlalu kejam dan tidak seharusnya dilakukan oleh pemimpin politik yang seharusnya bijak untuk membezakan antara perjuangan politik dan keperluan rakyat. Kanak-kanak terlalu kecil untuk dijadikan mangsa politik.

Bagi guru, Farina Mohd Jaafar, pendidikan untuk kanak-kanak tidak perlu dipolitikkan kerana mereka terlalu kecil untuk mengetahui parti politik. Kanak-kanak yang dahagakan ilmu perlu diberikan peluang untuk belajar dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Pemimpin politik tidak seharusnya mempolitikkan semua isu terutama yang membabitkan kepentingan negara. Mereka juga perlu memikirkan perbuatan yang mengganggu usaha memberikan pendidikan kepada kanak-kanak lagi.

Menurut Farina, ketika menerima pelajar di tabika berkenaan, beliau tidak pernah bertanya sama ada ibu bapa mereka ahli parti UMNO atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau apa parti sekalipun. Yang penting, mereka mahu belajar dan ada kesungguhan.

Apa yang beliau mahu ialah kanak-kanak di situ mendapat pendidikan yang sempurna bagi menjadi manusia yang berguna. Bukan manusia tidak berperikemanusiaan dan kejam hingga sanggup mempolitikkan pendidikan kanak-kanak.

Sebenarnya, kejadian penutupan tadika ini bukan baru kerana ia pernah berlaku di Terengganu ketika PAS memerintah dan kini juga berlaku di Perak yang memberi gambaran bahawa parti-parti politik berkenaan bertindak mengikut perasaan.

Ini tidak sihat untuk Malaysia yang mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Jika pemimpin sebegini dibenarkan bergiat cergas dalam politik, maka ia pasti tidak sihat dalam perjalanan politik kerana dendam akan menjadi salah satu pendekatan.

Politik berdendam ini sepatutnya dibuang jauh-jauh ke tengah lautan dan ahli politik perlu memikirkan pendekatan berpolitik secara sihat dan profesional.

Parti yang membentuk kerajaan perlu memikirkan perkara yang terbaik untuk rakyat manakala pembangkang pula perlu menegur segala kelemahan dan kekurangan kerajaan.

Parti politik perlu mengutamakan kepentingan negara dan mengetepikan fahaman politik sempit dan suka berdendam. Mereka perlu bersatu dalam perkara yang perlu diperjuangkan bersama seperti menentang kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

Kemahuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agar rakyat negara ini selalu memikirkan ‘Satu Malaysia’ perlu disokong oleh semua pemimpin politik tidak kira kaum dan latarbelakang.

Ini penting untuk memastikan negara terus kukuh dengan sokongan padu rakyat berbilang kaum di negara ini. Jika segala tindakan rakyat berdasarkan ‘Satu Malaysia’ maka mereka sudah pasti akan mengutamakan negara melebihi perkara lain.

Pemimpin boleh memperjuangkan kepentingan kaum mereka tetapi sebarang perjuangan itu perlu berlandaskan ketetapan yang sudah diambil terutama ketika mewujudkan Perlembagaan termasuk dari segi kepentingan bangsa Melayu.

Sudah tentulah kaum bukan Melayu tidak gemar mendengar perkataan “Ketuanan Melayu” tetapi mereka perlu akur dan menghayati semangat itu demi memastikan sebarang tuntutan tidak terkeluar daripada apa yang sudah dipersetujui.

Konsep itu juga perlu difahami bahawa Raja-raja Melayu adalah tuan bukannya bangsa Melayu lain. Oleh itu, semua rakyat di negara ini perlu taat kepada Raja-raja Melayu kerana merekalah yang memiliki Tanah Melayu sebelum ini.

Generasi muda perlu memahami dan menghayati perkara ini sebelum membuat sebarang dakwaan termasuk suka menggunakan perkataan “tidak adil” atau “tidak sama rata”.
Dalam satu majlis di Kuala Lumpur awal tahun ini, DS Najib pernah menyebut generasi muda perlu bersedia menghadapi cabaran pertarungan minda dan perubahan persekitaran yang begitu pantas bagi memastikan kemerdekaan negara dapat terus dikekalkan.

Beliau mengingatkan mereka agar tidak mengambil ringan perkara itu kerana segala pencapaian negara akan lenyap dalam sekelip mata akibat pelbagai ancaman seperti kegawatan politik, ekonomi dan sosial yang boleh tercetus dengan mudah.

Rakyat tidak boleh leka dengan perkara-perkara yang kurang membawa manfaat, sedangkan dunia kian berubah dan perlumbaan untuk menempa kejayaan berterusan dalam semua lapangan berlangsung tanpa henti.

“Pada fikiran saya, ancaman kepada kemerdekaan pada masa ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Apabila sesebuah negara itu lemah dari segi tidak mampu meletakkan pandangannya di hadapan, itu bukan kemerdekaan yang sebenar.

“Apabila sesebuah negara itu tidak mampu merencanakan hala tujunya disebabkan tekanan daripada pihak lain dan apabila rakyat dipaksa untuk menerima idea orang lain, itu bermakna kemerdekaan negara itu telah benar-benar terhakis,” katanya.

Monday, February 2, 2009

PANADOL ACTIFAST DAH HABIS? KATA NOBISHA

Posting Kedua - 3.45 ptg

Hari ini, ramai wartawan akan pening atau mabuk mengikuti pertempuran terbaru UMNO dan PKR.

Di Ipoh Barat, seorang Ketua Bahagian PKR membuat akuan bersumpah. Sumpah lagi?

Di Kuala Lumpur, sidang media dua PKR yang dijadualkan pada jam 4 petang mungkin tidak jadi. Mungkin hanya pengedaran kenyataan saja.

Wartawan...sabarje la.

Posting Asal - 3.19 ptg

Oleh NOBISHA (http://nobisha.blogspot.com)

Lebih 10 tahun dulu, kem Pemuda UMNO dibom pada jam 2 pagi. Anak-anak muda yang sedang tidur ketika itu dibawa masuk ke dalam beberapa buah lori sebelum dicampakkan di beberapa lokasi -- termasuklah di kebun kelapa sawit -- di sekitar kem di Ulu Kenas, Perak itu. Ada yang memakai seluar tanpa baju. Ada juga yang berkain pelikat dan t-shirt saja. Pendek kata, semuanya sehelai sepinggang. Tanpa wang. Tanpa apa-apa bekalan.

Dalam gelap malam itu, mereka diarahkan untuk menyelamatkan seorang ketua yang disembunyikan di Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Mereka terpaksa berjalan kaki merentasi kebun dan kampung. Apabila haus, mereka singgah dan meminta segelas air dari orang kampung. Perjalanan dari Ulu Kenas ke Kuala Kangsar penuh dengan ranjau dan duri.

Beberapa orang terpaksa terjun ke sungai yang mengalir deras apabila diserbu musuh. Basah dan bercalar badan. Sekitar Asar, barulah kesemua berjaya menyelamatkan ketua mereka. Di tengah-tengah hujan, mereka bersama-sama ketua tersebut berjalan kaki dari Kuala Kangsar pulang ke kem di Ulu Kenas.

Di tengah-tengah hujan lebat di Ulu Kenas, salah seorang daripada mereka menadah tangan berdoa. Mengalir air mata kesemua di situ. Dan mereka berpelukan antara satu sama lain sambil menangis teresak-esak.

Keesokan harinya, Timbalan Presiden UMNO datang bagi menyampaikan amanat. Tidak ada protokol. Tidak ada bunga manggar. Tidak ada sambutan. Dia datang, masuk ke dewan dan terus menyampaikan ucapan. Tidak ada kata-kata aluan. Tidak ada VIP.

Selepas ucapan itu, Timbalan Presiden memeluk erat Ketua Pemuda UMNO dengan cukup lama; seolah-olah tidak ada apa-apa pun yang dapat memisahkan mereka.

Hari ini, Timbalan Presiden UMNO itu menjadi Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Manakala Ketua Pemuda UMNO itu adalah calon Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh. Ahli-ahli Pemuda UMNO yang menjalani latihan "Ops Sambar Helang" itu juga berpecah kepada dua. Sebahagian dalam UMNO, manakala sebahagian lagi dalam PKR.

Persaingan "menyelamatkan ketua" berulang lagi. Kali ini bukan lagi dalam latihan, tetapi adalah realiti. Ia boleh menukar tangan sebuah kerajaan negeri seperti yang pernah berlaku di Sabah dulu. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai ops menukar kerajaan di Sabah dulu tentunya tahu bahawa itu bukanlah mustahil.

Kedua-dua pihak tahu strategi masing-masing. Mereka boleh menjangkakan percaturan pasukan lawan. Kalau saya yang tak aktif politik ini pun dapat membacanya, inikan pula mereka yang berada di medan pertempuran.

Adakah Kerajaan Negeri Perak akan bertukar tangan? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Saya tidak dapat menjawabnya. Dari semasa ke semasa saya mendengar "khabar angin" orang itu dan orang ini akan melompat parti. Oleh kerana saya bukanlah seorang wartawan, maka saya tidak melaporkannya di blog ini. Saya hanyalah seorang pemerhati yang berminat menganalisis strategi yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, apa yang sedang berlaku sekarang hanya melariskan Panadol Actifast -- ubat sakit kepala -- di Perak. Seorang kawan bergurau, "Panadol Actifast dah habis di Ipoh!".

(Renungan Rimau : Sdr Nobisha, ketika itu saya sebagai wartawan dijemput oleh rakan iaitu HM untuk melihat sendiri operasi itu. Saya pun kena bangun pagi dan tidur dalam lori sementara menunggu "pejuang-pejuang" keluar daripada hutan. Sekarang ini, rasanya program macam tu dah tiada. Dulu... saya pernah dengar Program Pemuda Masuk Kampung. Jadi pemimpin Pemuda banyak berasal dari bandar ke? Atau sekali-sekali masuk kampung? Atau dulu orang kampung tetapi dah jadi orang bandar? Bantailah labu)

Sunday, February 1, 2009

KARNIVAL SUKAN RTM (1)

(Gambar oleh DRH. Beliau menunggu sehingga tamat karnival. Terima kasih)







AL-FATIHAH UNTUK MOHD HAFIZUDIN

(Ayah dan ibu meredhai pemergian anak tersayang. Gambar DIY menggunakan NE90.)

Posting Ketiga - 10 malam

Ketika mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu menyempurnakan pengkebumian anaknya selepas majlis tahlil tengahari tadi, Datuk Hafifi sebak dan saya dapat merasakan kesedihan seorang bapa yang kehilangan anak tersayang.

Selepas itu, saya dan Syed Anuar duduk berhampirannya. Kemudian diikuti oleh Amin. Kami berbual mengenai anaknya yang pasti akan dirindui sambil membelek album gambar keluarga itu yang mengerjakan umrah beberapa tahun lalu.

Sambil itu, Datuk Hafifi pun berceritalah mengenai apa yang diberitahu oleh ustadznya mengenai apa yang berlaku apabila seseorang anak yang belum baligh meninggal dunia.

Anak itu akan membesar sehingga menjadi orang dewasa sepertimana di dunia dan diajar membaca Al-Quran sehingga hafiz oleh Nabi Daud. Anak ini akan menunggu ibu bapa mereka di pintu syurga selepas kiamat dan pada hari perhitungan.

Anaknya ini akan sentiasa menunggu ibu bapa mereka di pintu syurga sehinggakan jika malaikat meminta mereka masuk ke dalam syurga sekalipun, mereka tetap mendesak untuk membawa "orang tua" nya ke dalam syurga.

Wallahualam.

Posting Kedua - 6.15 ptg

Allahyarham Mohd Hafizudin adalah anak yang baik.

Menurut ayahnya, beliau yang mempunyai masalah jantung amat aktif termasuk mampu mengerjakan umrah bersama keluarga ketika berusia empat tahun.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir petang semalam, Mohd Hafizudin yang baru beberapa hari mengikuti kelas tahfiz tahun pertama, sempat memberitahu ibunya bahawa beliau kini sedang naik ke atas.

Sebulan lalu, anak baik ini pernah bertanyakan kepada ibunya apa yang perlu dijawab jika ditakdirkan beliau menemui Allah SWT nanti.

Antara soalan yang ditanya kepada ibunya mengenai apakah jawapan jika ditanya mengenai saiz kasut dan bajunya. Ibu mengajar anaknya menjawab seperti biasa jika ditanya kelak.

Antara yang hadir pagi tadi ialah rakan-rakan Datuk Hafifi iaitu Syed Anuar, Amin Zainorin, Rahim Zain, Rocky, Zaini Hassan, Ishak Nengah, Nasir Jantan, Ibrahim Mian, Manan (NST), Datuk Ishak dan rakan yang pernah bertugas di NSTP.

Posting asal - 10.32 pagi (NE90)

Pengkembumian anak Datuk Hafifi Hafidz sedang diadakan di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Al-fatihah.