Malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan bersama-sama dengan rakyat terutama orang Terengganu untuk bersembahyang hajat meminta Allah SWT melindungi penduduk Palestin daripada kekejaman Rejim Zionis.
Sembahyang hajat akan diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu dan semua dijemput hadir untuk bersama-sama memohon kepada Illahi agar penderitaan rakyat Palestin dapat dikurangkan daripada pengganas dunia.
Oleh itu, orang ramai termasuk pemimpin dan ahli Pas dan parti pembangkang lain, bolehlah datang beramai-ramai untuk kita bersembahyang sunat jemaah memohon doa agar Malaysia juga turut aman daripada ancaman luar.
Dalam doa itu, mereka juga boleh memohon apa saja termasuk meminta Allah SWT memenangi calon parti masing-masing. Begitu juga jika mereka mahukan calon bebas memenangi kerusi Parlimen dalam pertandingan kali ini.
Sesungguhnya, apa yang berlaku dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ada hikmahnya. Apa pun sekali keputusannya ialah BN masih memerintah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Namun, yang selalu diwar-warkan oleh pemimpin BN ialah mengenai kesinambungan pembangunan di P.036 agar penduduk di situ terutama bangsa Melayu di Wakaf Mempelam turut sama membangun.
Jika penduduk Wakaf Mempelam dan Batu Burok yang merupakan penyokong kuat pembangkang masih mahu terus memberi undi kepada calon mereka, itu hak mereka. Itulah hak mereka untuk menentukan masa depan anak cucu mereka.
Allah SWT mendengar segala doa penyokong BN atau pembangkang. Hanya Allah SWT yang menentukan dan maha mengetahui apakah hikmah sesuatu kemenangan dan kekalahan itu kepada BN dan PAS. Tidak payahlah tuduh menuduh termasuk pengundi hantu.
Hikmah kepada parti? Hikmah kepada pemimpin parti? Hikmah kepada calon? Hikmah kepada penduduk di P.036? Dapat merasainya tetapi yakin semuanya ada hikmah.
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam Tuan,
Betul ada hikmah... hikmah pada orang melayu dan rakyat malaysia amnya...
Kalau lama sedikit lagi, saya percaya Pak Lah akan melihat sendiri kejayaan Wilayah Pembangunan dikeempat tempat yang diumumkannya. Orang kita sangat laju dalam membuat hukuman.
Tuan,
Apakah israel salah kerana dia yahudi atau israel salah kerana dia angkuh? Kenapa Allah selalu memberi kemenangan kepada Israel? Kenapa Allah tidak turunkan bencana kepada Israel? Kenapa kita berdoa semuga Israel dikenakan hukuman oleh Allah, adakah mereka yahudi?
Kenapa Dr Mahathir menyeru supaya Israel dikenakan hukuman jenayah perang, Adilkah?
Hidup Israel bermula daripada 50 orang dengan membeli kebun (tanah) orang palestin yang sanggup menjualnya ketika itu.
Daripada 50 orang mereka mendirikan negara dalam negara, kemudian arab terkejut dan marh lalu memusuhinya, maka berlaku perang. Dalam perang arab kalah dan israel dapat menawan tanah. Kalau dulu dengan membeli, tetapi kali ini dengan mendapat tawanan. Hukum perang yang kalah menjadi tawanan.
1967 arab berperang dengan israel. Kali ini Israel mendapat semenanjung sinai dari mesir dan Golan dari Syria.
Kenapa al patah dan Hamas tidak memberi kerjasama dalam negara Israel. Kenapa tidak mahu berdamai atau mahukan damai tetapi ditangan ada senjata?
Tidak kagumkah bagaimana yahudi datang jauh-jauh dari rusia, amerika dan eropah sanggup datang ke Israel, menjadi anak dagang, tetapi sentiasa dalam ketakutan diugut dan diancam?
Tidak banggakah bagaimana sebuah negara yang selalu perang, tetapi ekonominya kuat, barangnya laku di seleruh dunia. Dibanding negara walaupun dapat bantuan dari luar seperti Palestin yang menerima banyak bantuan, tetapi tak berjaya juga.
Yang kelihatan sekarang ialah seolah-olahnya rakyat palestin tertindas, tetapi adakah orang lain tahu bahawa sebenarnya hidup jadi orang palestin sangat senang, sebab tak payah kerja, tetapi dapat bantuan pakaian dan mamakanan, hanya bertopeng kena bom israel.
Rakyat palestin sebenarnya hidup senang dan tak susah, cuma sebagiannya sahaja yang cedera dan cacat kena bom. sedangkan yang lain hidup mewah, malah tak buat apa-apa pun, cuma ikut nasib, bilakah masanya kena bom.
Tetapi kenapa semua kabur dengan fakta dan sejarah?
Bukankah ada sejarah yang mengatakan bahawa orang yahudi dapat membentuk negara madinah bersama dengan nabi?
Kenapa dirujuk keturunan yahudi (anak-anak nabi yakob) yang memusuhi adiknya nabi yusuf bin nabi yacob itu?
Kenapa rakyat disuruh baikot barangan amerika, sedangkan negara telah bertungkus lumus menyuruh mereka melabor di sini. Tetapi sudah melabur dan membentuk pekerjaan untuk rakyat, tiba-tiba nak baikot pula! Logikkah? Munasabah kah?
kenapa negara-negara jiran arab membisu seperti labnon, jordan, mesir, syria dan mesir.
sebab...
Ibarat buah ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah susahnya negara-negara arab jiran dengan israel untuk bantu atau tidak, kerana bangsa arab itu sendiri sudah macam itu.
Memang sukar untuk keluar dari box itu.
salam
jemput add my blog
www.myadha.com
ADHA
Sayangnya...seperti yang dilihat di tv1, secara langsung...tak ramai yang hadir!!!
Kepada Mr Anonymous-diatas...Yahudi tidak membentuk Madinah bersama Nabi dalam keadaan sukarela. Nabi yang membawa mereka bersama-sama. Namun mereka sentiasa bermuka-muka dan selalu berperang dengan Nabi. Berusaha sedaya usaha mereka untuk menggagalkan dakwah islamiah Nabi pada setiap ketika. Padahal dalam Kitab Taurat dan Injil yang telah ujud ketika itu, telah dijelaskan akan kelahiran Muhamad Abdullah sebagai Nabi terakhir. Mereka tidak mahu mengakui hakikat itu dan terus memerangi Nabi sehingga mereka sendiri yang akhirnya kalah kecundang.
Salam Datuk.
Kemenangan mana-mana parti pada PRK KT ini bergantung kepada usaha masing-masing berkempen dan menarik raih pengundi. Mana-mana yang berusaha lebih untuk dapatkan undi mereka akan menang. Selebihnya kita bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha bersungguh-sungguh...
Post a Comment