Tuesday, February 24, 2009

DATUK DUBLIN MENINGGALKAN KITA

Satu lagi pilihanraya kecil bakal berlangsung...

Ia berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Sarawak, Datuk Dublin Unting Ingkot di Pusat Perubatan Pakar Normah, Kuching 1.25 pagi tadi.

Menurut Nasional@1 RTM jam 1 tengahari tadi, Datuk Dublin, 54 yang juga Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Pertanian menghembuskan nafas terakhir akibat serangan angin ahmar yang dihidapinya sejak Mei tahun lalu.

Beliau di masukkan ke hospital berkenaan Mei lalu setelah koma apabila rebah selepas selesai di temubual RTM secara langsung di RTM Kuching.

3 comments:

Anonymous said...

ler.....lepas mengundi kat 3 Bukit..kat Batang I pulak dah....

Takda nama lain ke...

LIMAUDONG said...

Takziah kepada keluarga mendiang Dublin Unting semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah

ibrahim yahaya said...

Sdr Buyong,

Itu semua ketentuan Allah SWT.

Semuanya bermula daripada 'B'.

Ada ke 'B' yang lain?