Tuesday, February 10, 2009

MENGAPA GUAN ENG SOKONG ANWAR?

Soalan untuk pelajar sains politik IPTA dan IPTS.

1. Mengapa Lim Guan Eng menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kemelut politik yang ditimbulkan oleh Kapal Singh pada Ahad lalu?

A. Yakin bapanya akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

B. Mahu melantik bapanya menjadi Pengerusi menggantikan Kapal Singh.

C. DSAI adalah satu-satu pemimpin Melayu yang akan membela DAP.

D. DAP tidak sokong lompat-melompat tetapi beliau dan bapanya yakin melompat ini menguntungkan DAP.

E. Tidak sebulu dengan Kapal Singh.

F. Mahu terus memimpin Pulau Pinang dan tidak mahu anak Kapal Singh menjadi Ketua Menteri yang baru.

G. Anak Kapal Singh kini semakin meningkat naik dan mungkin akan menenggelamkan kerjaya politiknya.

H. Kapal Singh mempunyai dua anak yang bergiat dalam politik. Beliau takut nanti dua lawan satu, maka menang dua. Oleh itu kenalah sokong DSAI.

I. Kapal Singh tidak sokong hudud. Tetapi DAP kena "buat-buat" sokong kerana ini akan menguntungkan parti itu untuk mendapat undi Melayu.

J. Semua jawapan di atas adalah betul.

9 comments:

burungjantan said...

saya berpendapat bahawa BLOG DIY kali ini salah perhitungan, salah rangka, dan salah ramal.

BN kalah sebab parti-parti pembangkang bersatu, dan bukan DAP atau PAS. dan faktor utamanya ialah bukan Anwar Ibrahim.

Tahun 1969 pun Perikatan hampir kalah sebab pembangkang bersatu, masa itu Anwar Ibrahim belum wujud.

Oleh itu yang betulnya ialah BN boleh menang jika parti-parti lawan tidak bersatu.

Anonymous said...

saya jawab ruangan J..hehehehe
bukan budak IPTA je bole jawab...budak UPSR pun boleh...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

anwar ibrahim hebat datuk.

liwat boleh
bini orang sapuh
anak dara orang 'culit'
lompat parti amal
disco, dangdut buat
rasuah jadi sedekah
'kencing' boleh jadi janji
dia raja-kita rakyat, dia bela
nak bagi free semua
nik aziz pun talsub...
hussam musa sahabat karib
hapus melayu untuk rakyat, mulia
sumpah Allah kata tak laku
mahkamah tak guna
boleh lantik MB tanpa sultan
rosak keharmonian kaum dihargai


hebatkan anwar...

TUN yang banyak berjasapun dikatakan orang tak baik dan kejam serta zalim.

Cucu Tok Selampit said...

Saya jawab I. Betul tak Datuk jawapannya?

Tinta Biru said...

Dah tentu ada muslihat disebalik semua tu.. Guan Eng TAK KANlah dia nak meyokong si DSAI tu tanpa sebab..dan jawapannya datuk SAH NO
A..

Anonymous said...

K. Menumpang di negeri orang mesti pandai mengambil kesempatan menyambar segala peluang terhidang atau terhalang. Kalau tak, kena tarok!

Anonymous said...

saya pilih kesemua skali! :)

nak tak nak PAS dan DAP macam "terpaksa" menerima Anwar sebab boleh dikatakan kerana Anwar jugaklah PAS dan DAP boleh merasa untuk memerintah Penang,Perak (sebelum ini) dan Kedah.

PAS perlukan Anwar untuk undi bukan Melayu dan DAP perlukan Anwar untuk undi melayu dan bumiputera.

PAS dan DAP yang dulu mengherdik Anwar semasa Anwar mula-mula heboh dengan skandal "main belakang" sekarang ni kena jilat ludah mereka semula.hehehe.

Anonymous said...

DAP have to "put aside" Karpal when they aware that Anwar is more "valuable" to them on the conquest for greater victory.because it was Anwar that initiated the idea to form Pakatan Rakyat(Peoples Alliance) and from there on DAP managed to rule Penang since DAP have the most seats there.

but the case in Perak,DAP have to nod their head when Nizar from PAS had to be appointed as the MB.DAP have the most seats in Perak govt PR but the MB is from PAS which only have some few seats there.quite awkward when the MB comes from the least seats.

but it was Anwar also that started the "jumping game" and PR lose in that game.too bad.if it was PR that managed to secure a govt by hopping then i guess there will be no protest as what happened in Perak.

Anonymous said...

Kepimpinan Anwar mengingatkan saya pada karektor Samuel Sullivan dalam siri Heroes. Jangan lupa saksikan di TV.