Friday, February 6, 2009

TOLONG RAKYAT AGENDA UTAMA

Perak oh Perak. Negeri yang satu masa dulu kaya dengan bijih timah.

Apa yang berlaku di Perak dalam beberapa minggu ini akan menjadi tumpuan rakyat di seluruh negara.

Mereka mahu tahu apakah kesudahan situasi politik di negeri itu selepas Paduka Seri Sultan Perak membenarkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri.

Mereka juga akan mengikuti apa yang akan dilakukan oleh bekas kerajaan campuran. Tidak mahu mengiktiraf kerajaan baru? Kenapa? Mahu derhaka kepada Sultan Perak ke?

Perubahan kerajaan negeri ini sudah tentu mengejutkan penduduk Perak kerana selepas diperintah oleh kerajaan campuran yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS selama lebih 10 bulan, mereka kini dinaungi oleh Kerajaan BN.

Berubah untuk kebaikan. Berubah kerana keadaan politik yang boleh dianggap sudah “terbalik” menyebelahi BN dengan kemasukan tiga Adun PKR dan seorang Adun DAP. Adun PKR itu termasuk Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang membuat “u-turn” selepas 11 hari melompat. Kini Nasarudin mahu kerajaan yang stabil dan mantap.

Sudah tentu BN akan berusaha menerangkan kepada rakyat mengenai kepentingan perubahan ini menerusi pembentukan kerajaan bukannya pembubaran Dewan Undangan Negeri diikuti dengan pilihan raya. Buang masa, tenaga dan wang ringgit.

Pemahaman rakyat bahawa perubahan ini seperti yang dibenarkan dalam undang-undang tubuh negeri perlu disegerakan agar mereka mengetahui semua yang berlaku mengikut peraturan, bukan tindakan “gungho”. Malah rakyat juga perlu mengetahui peranan Sultan Perak yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pembentukan kerajaan negeri.

Jika rakyat tidak memahami perubahan ini, mereka sudah pasti akan terdorong untuk mendengar maklumat tidak betul yang akan disebarkan oleh pihak tertentu. Apabila mereka mendapat maklumat palsu, tidak hairanlah mereka terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang seperti mengadakan demonstrasi haram. Ini tidak sihat dan merosakkan. Tidak payah merusuh atau degil untuk ’memeluk’ pejabat berhawa dingin dan kereta Toyota Camry yang baru dibeli. Alahai…

Namun perkara penting yang mahu dilihat oleh rakyat ialah apakah yang akan dinikmati oleh rakyat dengan perubahan kerajaan baru ini? Antara perkara utama ialah apa yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri BN yang diterajui oleh Menteri Besar Perak baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Rakyat mahu tahu apakah dasar baru yang diperkenalkan nanti benar-benar dapat membantu golongan massa?

Apakah dasar baru ini benar-benar dapat membantu golongan marhain di bawah yang sudah pasti akan amat terasa dengan tempias kemelut ekonomi sekarang?

20 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Harap apa yang terjadi di Perak menjadi Iktibar... ini baru kes negeri.. cuba bayangkan kalau ianya negara??? kacau bilau jadinya? di mana perlembagaan kita nanti? dimana semua ni?

Memang ini yang kita takut bila PR umum misi 16/9 dulu.. tapi telah terjawab apabila misi 5/2 berlaku diPerak.. so warga PR perlu mengambil banyak iktibar dalam hal ni.. bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah....

Salam,

Quantum Metal Consultant said...

Jangan kita mengharap apa apa pengajaran yang akan menjadi panduan puak ini. Bagi mereka, rakyat adalah mangsa telunjuk permainan agenda peribadi politik masing masing, mereka rakus kepada kuasa dan ego apabila mendapatnya.

Jika setiap kali pengajaran menjadi panduan dan ingatan, sudah tentu kes kes seumpaman ini tidak berlaku dan tidak akan berlaku lagi.

Lihatlah Nizar (PAS) dan Anwar menunjukkan contoh kepada bangsa lain dengan menderhaka kepada Sultan dengan mengengkari titah sekadar mereka terlepas kuasa. Bukankah mereka selalu melaungkan keyakinan untuk menawan dan menjadi kerajaan Malaysia sedikit masa lagi melalui PRU13 !

Anwar beria ia mengajak Ahli Parlimen BN menyertainya kini terlupa kubu sendiri digempur lawan. Tetapi BN jangan leka, dalam p[olitik, tidak ada mustahil !!!!

Anonymous said...

Sebagai rakyat saya mempunyai harapan. Antaranya:

1. Sasaran. MB berkhidmat demi rakyat. Sediakan sasaran 100 hari sebagai MB. Hebahkan kepada rakyat sasaran ini. Kemudian siapkan sasaran 6 bulan dan utk tahun 2009. Hebahkan agar rakyat tahu apa yang hendak dicapai.

2. Benteras rasuah. Ikut prosedur yang telah ditetapkan. Jangan short-cut. Setiap sen yang digunakan perlu sampai kepada rakyat. Setiap ADUN BN diberi mandat untuk berkhidmat demi rakyat. Buktikan UMNO tidak rasuah.

3. Ekonomi. Jangan pinggirkan orang Melayu. Jadikan Daerah Manjung, Lumut dan sekitarnya daerah kekuatan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Sediakan juga lebih banyak tempat untuk orang Melayu berniaga terutama di Ipoh, Manjung, Lumut, Pangkor, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Lenggong, Grik, Teluk Intan, Tanjung Malim dan Hutan Melintang. Pastikan lebih banyak tanah di rezabkan dari sekarang khas untuk pembangunan Bumiputra di kawasan tumbuhan ekonomi dimasa-masa akan datang. Tubuhkan lebih banyak pusat latihan giat MARA diperingkat daerah. Bawalah pembangunan ke daerah-daerah agar semua rakyat menikmati pembangunan negara.

4. Pelajaran. Banyakkan lagi sekolah rendah dan menengah di seluruh Perak. Terutama sekolah berasrama penuh untuk anak Perak.

5. Kesihatan. Banyakkan lagi klinik-klinik kecil untuk daerah dan kampung yang memerlukan.

6. Prasarana Asas. Pastikan setiap kawasan mempunyai air bersih, letrik, jalan raya bertar, resepsi radio dan TV serta internet.

7. Wakit rakyat BN perlu berkhidmat sejujurnya untuk rakyat. Mampu bertindak secara efisien dan berkesan. Perlu selalu turun padang.

8. Sasaran Utama ialah mempastikan negeri Perak tidak jatuh ke tangan pembangkang. Jadikan BN relevan di Perak.

Anonymous said...

I leave a comment also under id--->aziz.
why dont publish mine???
sebab tak pro kerajaan ker?
pls explain... duhh!!!

Anonymous said...

sorry... my mistake...
i tak check the comment tak go through....

regards, aziz

Anonymous said...

Bukan pasai apa rakyat tengah dok pikiaq kilang nak tutup Nizar dok pikiaq nak tukar kereta pakai Camry yang dok berdemo kat pagar Istana pun puak-puak PAS saja mana pi habis ahli-ahli PKR dan DAP menunjukkan parti ISLAM dok kena kuda sampai kiamat

Anonymous said...

wahai tuan,

Seorang menteri besar boleh dilantik jika seorang itu mendapat sokongan mejoriti ahli-ahli dewan. Tidak pula dinyatakan yang menyokong itu dari parti atau bebas. Dalam hal ini kalau ahli dari parti lawan sokong seseorng, maka sokongan itu boleh dikira.

Saya kira undang-undang tubuh kerajaan negeri telah jelas dan terang menyatakan demikian. Kenapa pula ada tafsiran lain?

Anonymous said...

Biar papa asal bergaya, biar derhaka asal kuasa.

Awak sombong! 10 bulan pun jadilah… buat pengalaman jadi ketua kerjaan negeri. gunakanlah untuk perjuangan masa depan.

Kalau awak tak bongkak. Semua sayangkan awak. Tapi awak dengan wartawan pun menjuling mata. Malahan yang Umno dah diam-diam terima awak jadi MB, awak pula mengada-ngada, kacau-kacau.

Saya pun meluat tengok gambar awak yang suka menjuling itu. Kalau tidak selamat dah selesa awak jadi MB. Sekurang-kurangnya satu penggal, tapi itulah ibarat menang sorak, kampong tergadai.

Tergadai tanah, tergadai beli kereta besar-besar. BIAR PAPA ASAL BERGAYA, AKHIRNYA BUNGKUS.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Sekali lagi kerajaan BN di beri mandat untuk mentadbir negeri perak..Ini bermakna kerajaan BN lah yang selama ini memberi jaminan penuh kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di malaysia, Biarkan saja PAKATAN RAKYAT terjun dengan labu-labunya...

Mas said...

Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik, yang mana ketuanan mu?
maka sanggup mencabar raja Melayu
Raja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!
di manakan maruah mu?

Tidak pernah Melayu
mencabar dan derhaka seperti kamu
di manakah nilai keislaman mu?
akibat hasutan iblis dan kafir keparat
maka kamu sanggup menjadi bangsat!
hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
kini kamu anjing maka tuan digigit!

Wahai Melayu
sedarlah kamu
kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
perhatikan keliling kamu
bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?
di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
apa sebenarnya perjuangan kamu?
Islam? Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?

Janganlah kerana emosi
kamu derhaka kepada Sultan
ingatlah!
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
selagi Melayu tidak hilang di dunia
selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Anonymous said...

HOT HOT PANAS!!! TENGOK VIDEO NI KALAU NAK PAHAM SIAPAKAH DIA SEBENARNYA YB NIZAR JAMALUDDIN!!

http://tinyurl.com/YBnizar

Kulupbana said...

Salam Datuk, Ianya iktibar buat kita semua; jangan suatu masa bila dah di atas lupakan rumput nan ranap atau unggas nan melata di bumi.Dulunya saling mendokongi.

Datuk pun dengar kabarnya akan naik ke atas? Tahniah.

Anonymous said...

Salam semua. Pada hemat saya, di kala situasi boleh berubah menjadi ganas pada bila-bila masa,
"cool and rational minds must prevail". Jika tidak "pertumpahan darah" ataupun lebih mengusarkan "pembunuhan ADUN" pun boleh berlaku...tatkala KUASA menjadi rebutan.

Yang penting, kehendak rakyat perlu diketengahkan dalam usaha mencari penyelesaian BUKANNYA kehendak BN atau PR. Di kala rakyat jelata menghadapi kegawatan ekonomi...permainan politik antara BN&PR sungguh menjijikkan. Tak hairanlah empayar Melaka tumbang dan warisnya bertebaran.

Bak kata pepatah "Raja Adil, Raja DiSEMBAH; Raja Adil, Raja DiSANGGAH".

Perlukah kita kehadiran Hang Tuah atau Hang Jebat... Wallahhualam.

Hang-Jebat said...

Hamba cadangkan kerajaan membuang semua amalan demokrasi ke dalam tong sampah. Tidak ada gunanya mengaku kerajaan Raja Berpelembagaan tetapi tidak hotmat kuasa raja dan Perlembagaan. Apa yang berlaku di Terengganu dan lebih sadis lagi yang berlaku di Perak ini memberi petunjuk kepada kerajaan yang ada pada hari ini mengamalkan "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Politik hanya penyebab berlakunya perpecahan. Dengan kebanyakan ahli politik yang tidak ikhlas berjuang untuk rakyat, perjuangan politik hanya untuk mereka menyejar kuasa dan wang ringgit. Sepatutnya, selepas PRU atau PRK, kesemua YB dr kerajaan dan pembangkang bekerja bersama-sama untuk rakyat. Ini di tengah rakyat tersepit, harga barang melambung mahal, bekalan tidak cukup, pekerja swasta di beri cuti tanpa gaji sesukahati, tol sana tol sini, cukai sana cukai sini, apa yang mereka kejar, kepentingan pilitik yang menjadi periuk nasi mereka. Begitu BUSUK dan menJIJIKkan.

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

sebenarnya apa yg berlaku di perak mungkin hanya permulaan , pemimpin2 pkr sendiri mungkin sudah mula tidak percaya apa yang pakatan boleh lakukan samada hanya untuk kepentingan diri sendiri atau sekadar janji janji kosong

bagi saya ia masih memerlukan masa untuk rakyat memahami senario sebenar perjuangan yang dilaung2kan pkr hanyalah angan angan..

selain kepentingan kepada pihak2 tertentu dan kepentingan pemimpin pkr sendiri masih tiada perubahan signifikan di perak

yang penting kerajaan bn jangan hanya menang sorak tetapi juga mengembalikan kepercayaan rakyat dengan pimpinan yang bersih dan benar2 membawa faedah kepada rakyat..jangan jadi hamas dan fatah saling bertelagah dan yang ruginya rakyat sendiri

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Minggu lepas saya mencaci ADUN BOTA lompat katak ke PKR ( hendak minta ma'af dari YB Bota tak masuk akal juga sebab BN telah berkuasa di Perak ha...ha...ha..)dan YB Bota telah membuat U-Turn bersama rakan-rakan dalam Umno dan 3 penyokong baru BN untuk merampas kuasa dari Pakatan.
Tetapi kalakuan yang tak senonok oleh bekas Ketua Menteri Perak Mad Nizar yang angkuh, ingkar , degil , menduharka kepada Sultan Perak amat diksesali sebab hendak jadi HERO bagi pihak DAP dan PKR. Maklumlah kerajaan lepas adalah kerajaan BONEKA DAP.
HIDUP UMNO BARU !!!!!!!!

mat_terab said...

Apakah tindakan MB umno yang baru terhadap tanah yang di berikan oleh MB perak kepada kaum cina di perak adakan akan di rampas balik dan di berikan kepada orang melayu UMNO....?
kalau macam tu bagus la mari pakat-pakat semua orang melayu mintak tanah daripada MB umno gerenti dapat.....

Mohd Nadzri Kamsin said...

People mandate vs Legal mandate.

mat_terab said...

Aloi latok aaa......
Tolong orang ka tolong Kroni Agenda utama UMNO.....?
Perkara 16(6) – Sistem Raja Berperlembagan , Sultan hanya ada kuasa untuk melucutkan
Jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri ( exco) Tidak Menteri Besar.

Menteri Besar boleh di lucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri, undi tidak percaya kepada Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan atau Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Sikap dan tindak tanduk YB Nizar dan pemimpin PR yang lainnya telah menggambarkan wajah mereka sebenarnya. Matlamat mereka menghalalkan cara telah juga menghalalkan mereka untuk menderhaka terhadap Sultan. Keegoaan mereka mengatasi segalanya. Rakyat taksub menjadi mangsa 'keganasan' pihak berkuasa semasa rusuhan akibat terlalu percayakan ajakan kebangkitan yang diwar-warkan oleh pemimpin PR.

Beginilah sikap pemimpin PR yang ego dan tidak suka menerima kelemahan diri mereka sendiri dan suka menyalahkan orang lain.. Mereka harus sedar kekalahan mereka di Perak bukan kerana Najib tapi kerana kelemahan mereka sendiri.

Saya amat berharap agar baginda Sultan dapat menghukum mereka-mereka yang menderhaka dengan hukuman yang sewajarnya. Apa yang patut ditarik balik, tariklah balik...