Seorang teman telefon sebentar tadi bertanyakan mengapa saya tidak menulis mengenai gelagat Ahli Parimen (MP) ketika bersidang hari ini. Kecoh dan macam adegan pergaduhan budak-budak di kampung. Beliau yang menonton berita di televisyen amat bersetuju dengan Speaker DR, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa keadaan dalam Parlimen hari ini seperti pasar. Beliau bertanya mengapa "pendekar" tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal pengacau-pengacau dalam DR berkenaan.
Sebenarnya, saya tidak mahu menulis lagi mengenai gelagat MP dan lebih berminat mengutarakan isu yang dibincangkan. Saya sudah menjangka keadaan kekecohan ini berlaku apatah lagi mereka mengetahui bahawa adanya siaran secara langsung oleh RTM. Itu sebab saya meminta mereka berhujjah secara profesional untuk kepentingan rakyat. Bukannya mencari publisiti murah atau menjadikan Parlimen sebagai sarkas menghiburkan penonton.
Bagi saya, sejak semalam persidangan sudah bermula dengan contoh tidak baik dengan mengemukakan perkara-perkara remeh dan ini sudah pasti tidak baik untuk MP yang pertama kali menjejaki kaki ke Parlimen. Sudah tentu mereka mengikut dan mengambil "perangai" buruk MP lama itu, yang berniat ingin menjadi jagoan atau untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka.
Sudahlah, berhentikan permainan sarkas itu dan tumpukan perhatian kepada isu semasa seperti masalah keperluan harian rakyat yang semakin hari semakin mencabar. Hayatilah ucapan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan yang mengingatkan MP agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi berjuang untuk kepentingan rakyat.
Saya yakin ketika ini, Pak Lawak atau joker lama yang ingin menjadi jagoan akan memikirkan apa yang boleh dilakukan lagi untuk menguji Speaker baru di samping menyusun strategi untuk memalukan antara satu sama lain. Bagi mereka, Speaker perlu diuji untuk memastikan mereka boleh buat "perangai tidak senonoh" itu selalu pada persidangan seterusnya. Bagi sesetengah ahli pembangkang, jika boleh Perdana Menteri dan Timbalannya juga ingin dimalukan demi untuk mempopularkan parti masing-masing.
Panggilan dan kata kesat? Hari inipun, MP sudah berperangai seperti budak-budak atau lebih rendah iaitu bayi dengan memanggil nama "big foot" dan "big monkey" antara mereka. Karpal Singh memanggil Bung Mokhtar "big foot", Bung Mokhtar memanggil Karpal Singh "big monkey". Pakai kot hitam, nampak macam orang tua dan mengenakan tali leher macam orang korporat tetapi menjerit-jerit memberi pelbagai nama, macam budak-budak.
Alo, jadilah orang dewasa dan berhujjahlah secara profesional.
Kalau tidak mahu jadi MP, jadilah kanak-kanak dan bermainlah pondok-pondok di kampung atau taman perumahan masing-masing. Ingatlah, rakyat sedang memerhatikan anda dan jangan tersilap langkah sehingga kecundang pula pada PRU13, gara-gara berperangai semacam budak-budak.
Alo, jadilah orang dewasa untuk sekian kalinya. Berubahlah untuk kepentingan rakyat.
Wednesday, April 30, 2008
BUKU CHEF ANUAR 2
(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)
Kali pertama saya bertemu Chef Anuar apabila rakan lama BH, Sdr Salleh Siden, membawanya ke BPSB untuk mencari peluang-peluang penulisan resipi masakan dan makanan. Ketika itu, saya adalah Pengarang Kanan BPSB. Saya pun mengesyorkan kepada Pengarang Jelita ketika itu, Sdr Rohani Pawanchik, agar Chef Anuar diberikan peluang untuk memanjangkan bakatnya. Selepas itu, semuanya berjalan lancar.
Ikuti sinopsis buku Chef Anuar.
Buku Langkah Demi Langkah Bersama Chef Anuar 2 ini memenuhi permintaan daripada peminat dan pengikutnya, Chef Anuar Draman menghasilkan 60 lagi resipi terbaru melalui buku ini.
Selain kek, biskut, pastri dan manisan, buku ini memaparkan juga langkah demi langkah cara membuat coklat dan kraf gula untuk hiasan, Chocolate Topping, Krim Coklat Ganache, Krim Mentega, Kek Span Coklat, Doh Pastri dan Doh Pastri Paf.
Bagi yang masih keliru cara betul melipat kelongsong kertas, ditunjukkan juga kaedahnya.
Berasaskan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penyajian, pastri dan bakeri, Chef Anuar mula diperkenalkan melalui ruangan Sajian dan Langkah Demi Langkah majalah Jelita pada 2004.
Kini beliau semakin terkenal apabila berkongsi kepakarannya melalui kelas dan kursus anjuran Berita Publishing Sdn Bhd, pertubuhan wanita, badan bukan kerajaan dan badan berkanun.
PERGI YANG TAK KEMBALI
(Allahyarham Faizal Fadzil. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin)
Bagi AF Yassin, kerinduan terhadap anaknya akan berkekalan.
Untuk itu, beliau mengabadikan berita kematian anaknya dalam blog GADONGNS.BLOGSPOT.COM .
Beliau turut menyertakan cerpen anaknya, FAIZAL FADZIL yang tidak pernah disiarkan untuk bacaan anda sekelian.
Selamat menulis AF Yassin.
Tuesday, April 29, 2008
PARLIMEN MEMERLUKAN PENDEKAR
Menonton Buletin Utama TV3 malam tadi, termasuk pemaparan isu mengangkat tangan MP dan perangai entah apa-apa Karpal Singh ketika mengangkat sumpah, saya merasakan Parlimen memang memerlukan seorang pendekar untuk mengawasinya.
Oleh itu, agak tepatlah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat. Hidup Pandikar baa.
Saya berharap pendekar kita boleh mengajar dan menegur - MP yang gemar menimbulkan masalah (adakalanya macam budak-budak), MP yang tidak pandai berbahasa Malaysia (mungkin selalu berada di luar negara berbanding di Malaysia), MP yang biadap dan tidak sopan(kurang mendapat ajaran ibu bapa?) dan MP yang suka menimbulkan perkara remeh dan terlalu peribadi (pengundi tersalah pilih dan baru tahu kebolehan mereka setelah dipilih menjadi MP).

Monday, April 28, 2008
SETAN BERTEMU JEMBALANG
Bacalah gurindam ini bagi memikirkan kepandaian dan kehebatan Ahli Parlimen BN dan Pembangkang berdebat di Parlimen bagi penggal ini.
Bertemu buku dengan ruas
Bertemu sepak dengan terajang
Bertemu musuh dengan seteru
Bertemu pisau dengan parang
Bertemu keris dengan lembing
Bertemu bedil dengan meriam
Bertemu ahli dengan pakar
Bertemu alim dengan pandai
Bertemu bomoh dengan dukun
Bertemu guru dengan pendeta
Bertemu johan dengan juara
Bertemu pijar dengan panas
Bertemu bisa dengan racun
Bertemu runtuh dengan roboh
Bertemu biawak dengan buaya
Bertemu HARIMAU dengan singa
Bertemu setan dengan jembalang
Bertemu hantu dengan puaka
Bertemu ribut dengan taufan
Bertemu guruh dengan petir
Bertemu gegak dengan gempita
Bertemu dentum dengan dentang
Bertemu sultan dengan raja
Bertemu hanuman dengan raksasa
(sumber: Buku pantun dan gurindam oleh Prof Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd)
(Renungan Rimau : Siapa biawak, siapa pula buaya? Siapa setan, siapa pula jembalang? Sekadar bertanya. Tidak mahu jawab pun, takpe. Harimau kat sini.)

TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
Mesyuarat pertama penggal pertama PARLIMEN KE 12 bermula hari ini selepas PRU12 diadakan pada 8 Mac lalu.
Seramai 222 Ahli Parlimen yang dipilih akan mengangkat sumpah. Speaker Dewan Rakyat yang baru, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dijadualkan mengangkat sumpah jawatan terlebih dahulu.
Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pelbagai sejarah. Ia membabitkan muka baru, jumlah pembangkang dan ketua pembangkang wanita. Namun yang penting ialah kita mahu melihat aksi dan perangai 99 Ahli Parlimen muka baru dan perdebatan antara MP BN dan Pembangkang. MP pembangkang kini bertambah empat kali ganda iaitu 82 orang.
Dengan bilangan MP BN dan pembangkang yang tidak berapa jauh bezanya (perbezaan 30 orang) sudah pasti sidang kali ini lebih hangat dan menarik. Apatah lagi ramai MP kali ini terdiri daripada pembahas dan orator yang baik daripada BN atau pembangkang. Mereka juga mahu melihat bagaimana aksi anak muda seperti Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin yang mewakili dua keluarga "popular" di negara ini.
Sejajar harapan tinggi rakyat, kita amat berharap Ahli Parlimen bersidang secara profesional demi kepentingan orang ramai tanpa mengira kaum dan keturunan. Ini bererti mereka perlu berhujjah dengan baik, bernas, telus dan tidak berdebat dengan perkara-perkara remeh atau peribadi. Tidak payahlah masuk Parlimen untuk membuat lawak jenaka atau menunjukkan "kebodohan" atau bersikap bodoh sombong (boso).
Rakyat juga sudah tentu tidak mahu melihat Parlimen berlangsung seperti sarkas di mana MP bertindak seperti harimau, gajah, beruang atau monyet terlatih untuk menghiburkan penonton.
Hormatilah Parlimen dan hormatilah rakyat.
Rakyat pasti tidak mahu mereka dihiburkan di Parlimen tetapi mahu MP bertindak cemerlang untuk memperjuangkan nasib mereka yang semakin mencabar dari hari ke hari termasuk kenaikan harga barang keperluan dan isu membabitkan prestasi agensi perkhidmatan kerajaan, ada antaranya yang masih banyak perlu diperbaiki.
Bagi golongan ahli perniagaan, mereka juga mahu pembangkang menyuarakan pandangan mereka agar kerajaan sentiasa mewujudkan suasana perniagaan yang baik, sentiasa berkembang dan mengagihkan kekayaan negara kepada semua. Sudah tentu mereka tidak mahu ditinggalkan semata-mata kerana mereka tidak ada nama, tiada jaringan atau networking dengan pemimpin kerajaan atau peneraju GLC.
Zaman pemimpin kerajaan untuk menulis "sila pertimbangkan" di borang permohonan sudah berlalu tetapi perlu digantikan dengan sistem merit dalam memilih mereka yang layak untuk mendapat projek. Apa gunanya tulisan "sila pertimbangkan" atau "disokong" untuk membantu ahli perniagaan yang bukan saja tidak layak tetapi boleh mencemarkan nama agensi kerajaan atau GLC apabila kontrak itu diberikan kepada mereka. Jika untuk membalas budi buatlah secara yang lebih terhormat.
Bayangkan mereka yang lemah atau tidak berkelayakan mendapat kontrak kerajaan dan apabila projek itu siap, ia tidak sempurna dan mendatangkan malapetaka.
Ketika itu, pemimpin kerajaan terpaksa pula meminta maaf dengan kesalahan kontraktor tidak layak, "orang kita" atau "orang saya". Janganlah marah jika rakyat memberikan undi kepada pihak pembangkang pada PRU atau PR Kecil semata-mata kerana masih ada pemimpin yang buta mata, buta hati atau sudah ketinggalan zaman dengan mengamalkan budaya yang tidak sihat dan meloyakan.
Untuk sekian kalinya, pemimpin sebegini, berubahlah untuk kebaikan.
Berubahlah untuk kepentingan rakyat.
Selamat bersidang semua Ahli Parlimen Malaysia.
Sebagai blogger, saya akan bersidang di alam maya.
Di lain lembaran, saya juga akan berbahas dan berhujjah mengenai prestasi anda semua.

Sunday, April 27, 2008
MUSIM SURUH PEMIMPIN BERUNDUR?
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, meletakkan jawatan beberapa minggu selepas parti itu tewas kepada pembangkang. Beliau berbuat demikian kerana ada rasa bertanggungjawab dengan kekalahan parti pada PRU12.
Kelmarin, Datuk Seri Annuar Musa, bersedia untuk mengosongkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan jika pucuk pimpinan tertinggi parti mahu beliau digantikan orang lain. Beliau berjanji untuk membantu pemimpin yang dipilih oleh pucuk pimpinan.
Bagi saya, lebih elok kita berundur sebelum disuruh berundur.
Hari ini, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali diminta berundur. Apa dah jadi ni?
Mesyuarat Khas (EGM) UMNO Bahagian Cheras hari ini meluluskan resolusi agar Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, ditukar berikutan kekalahan 10 daripada 13 kerusi Parlimen pada PRU12.
Menurut news portal, Malaysiakini, Bahagian itu yang diketuai oleh Tok Syed yang sentiasa berani dan lantang, mencadangkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengambilalih jawatan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan.
DS Tajol pula diminta berundur oleh UMNO BAHAGIAN KAMPAR .

THE MALAYSIAN STORIES...
(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)
Jika anda ingin berjaya, bacalah cerita mereka yang telah menempa kejayaan.
Bacalah The Malaysian Stories: Paths To Success (Cerita Malaysia: Jejak Menuju Kejayaan).
Buku setebal 136 halaman ini mengisahkan liku-liku dan ranjau beronak duri usaha individu-individu istimewa di kalangan pelbagai orang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Mereka istimewa kerana mencapai kejayaan hasil usaha gigih sendiri, sekaligus mencipta nama dalam bidang yang diceburi.
Antara personaliti yang terbilang ini termasuk pereka fesyen Bill Keith, juru-runding rekaan dalaman Eric Leong; sasterawan negara Datuk A Samad Said, pemuzik tersohor Datuk Johari Salleh, peniaga tekstil Pavitar Gulati dan perunding kewangan berstatus jutawan, Azizi Ali.
Walau mereka mempunyai latar belakang berbeza, namun intipati ramuan kejayaan mereka semuanya sama – usaha, gigih, berani dan kadangkala sedikit nasib baik (luck).
The Malaysian Stories: Paths To Success merupakan himpunan artikel terdahulu yang telah dimuatkan dalam majalah Malaysian Business. Buku berbentuk kompilasi ini boleh dibeli dengan harga RM15 di Berita Publishing Sdn Bhd beralamat 16-20 Jalan Kelang Lama.
APA ITU BLOG? ISYK..ISYK..ISYKK
Semalam ketika bersembang dengan rakan blogger, Sdr Norizan Sharif, beliau memberitahu saya bahawa ada seorang pemimpin politik yang bertanya kepadanya "apa itu blog?". Aduuh.
Dimanakah ahli politik itu berada selama ini?
Apa pun saya menasihatkan beliau membaca tulisan anak buah saya di BH dulu, ZIAUDDIN SHARUDDIN .
Agar ahli politik itu sudah bangun daripada tidurnya.

MENGASYIKKAN..TETAPI KEKOSONGAN
Pagi yang indah di Putra Heights.
Matahari mula menunjukkan mukanya.
Kicauan burung-burung yang menjengok di taman hijauku amat mengasyikkan.
Tetapi aku masih merasa kekurangan. Kekosongan.
Apa yang kurang walaupun aku keasyikkan?
Isteri tiada di sisi. Menjalankan tugas di negeri di bawah bayu. Masih menunggu kepulangannya dengan rasa kerinduan walaupun sudah bersama hampir suku abad.
Inilah nikmatnya, jika itu dikatakan nikmat.
Inilah satu-satu ikatan yang berharga.
Sungguh istimewa.
Lebih nikmat dari intan berlian.

Saturday, April 26, 2008
PERALIHAN KUASA DISEMBER INI?
Agenda Daily melaporkan Mesyuarat Agung Khas (EGM) UMNO bahagian Batu Pahat yang berlangsung hari ini meluluskan lima resolusi yang antaranya mendesak Presiden parti mengemukakan peralihan kuasa sebelum Disember tahun ini.
Serentak itu, UMNO Bahagian berkenaan juga mahukan Presiden parti menjelaskan kepada rakyat bentuk peralihan kuasa tersebut. Berita lanjut dalam news portal AGENDA DAILY .

DIMANAKAH ANDA JAM 8.30 MALAM INI?
(Eddy tersenyum mendengar kenyataan saya)
(Prof Dr Mohd Safar Hasim - UKM )
(DIY)
PERSPEKTIF KITA DI ASTRO AWANI JAM 8.30 MALAM INI.
Lagi gambar di blog AKHBAR CYBER .
PERSPEKTIF KITA DI ASTRO AWANI
(Suhaimi Sulaiman sedang mengacarakan Perspektif Kita)
Sahabat lama, Suhaimi Sulaiman (Eddy) menjemput saya menjadi tetamu dalam programnya, Perspektif Kita. Rakamannya akan diadakan pagi ini di Astro.
Tajuknya ialah "Apabila Rakyat Lebih Percayakan Blog Berbanding Media Arus Perdana".
Tidak tahulah bila akan ditayangkan.
Untuk Eddy (seorang blogger), saya akan datang.
Friday, April 25, 2008
MELAYU ITU UMNO, UMNO ITU MELAYU
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini lantang meminta ahli dan pemimpin UMNO segera bertindak menyelamatkan parti itu yang mengalami kemerosotan sokongan pada PRU12, menegaskan Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.
Beliau berkata demikian di Forum Permuafakatan Melayu anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (Selangor/Wilayah Persekutuan), di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, malam tadi.
Majlis itu turut dihadiri oleh sahabat saya, Datuk Dr Malik Munip. Berita itu boleh dibaca dalam blog Bigdogdot.com

IBRAHIM ALI "TIDAK AKAN MENGGANAS"
(Gambar oleh Agenda Daily)
Sahabat saya, Datuk Ibrahim Ali tidak akan mengganas. Inilah berita yang ditulis oleh Lukman Abdullah dalam temuramah eksklusif Agenda Daily .
Baguslah pengakuan Datuk tu sebab sebelum ini macam-macam cerita disebarkan mengenai apa yang akan dilakukan oleh Datuk. Antaranya melompat atas meja di Parlimen dan menuding jari ke kepala orang nombor satu negara.
Takkanlah Tok Him hendak buat begitu. Beliau pun seorang Melayu yang pasti mempunyai adab sopan dan mempertahankan budaya mulia.
KEMENTERIAN JALAN RAYA
Wartawan diajar untuk memastikan fakta dan angka ditulis dengan tepat. Ini membabitkan nama, tempat, umur ataupun gelaran. Sikap ini penting untuk memastikan berita itu ditulis dengan tepat dan masuk akal. Individu boleh jadi berang jika ejaan namanya salah. Berita akan menjadi bahan jenaka jika rompakan RM70 juta ditulis RM7 saja. Pembaca menjadi marah jika angka di media yang dibacanya berbeza dengan media lain. Lebih bahaya, jika beliau mempercayai media yang dibacanya saja.
Apa pun, baru-baru ini sebuah hotel terkemuka menulis di papan kenyataan berhubung majlis membabitkan satu kementerian. Hotel itu menulis, "Kementerian Jalan Raya" dan ini membuatkan semua yang membacanya tersenyum malah ada yang ketawa. Jika Menteri Kerjaraya tahu mengenai perkara ini sudah tentu hotel itu tidak akan mendapat tempat dihatinya. Memalukan dan memaparkan sikap pengurusan hotel.
Hakikatnya, bukan wartawan saja yang perlu memastikan fakta itu betul. Semua pihak perlu mengamalkan sikap sedemikian. Jika tidak berhati-hati dengan fakta dan angka, kita akan dilihat sebagai golongan "tidak pergi sekolah".

Thursday, April 24, 2008
EMPAT CIRI ORANG BAHAGIA
Apakah ciri-ciri orang yang bahagia? Kawan saya, Ustadz Lah menjelaskan ada empat ciri utama yang boleh dilihat pada orang yang bahagia mengikut Hadith yang diriwayatkan oleh Adailami yang menyatakan Saidina Ali pernah menyebut.
Pertama ialah mendapat pasangan yang baik. Ini bermaksud isteri mendapat pasangan suami yang baik manakala suami pula mendapat pasangannya yang baik. Di negara ini, rakyat perlu berkahwin mengikut agama dan undang-undang agar pasangan yang berkahwin dapat hidup dengan aman bahagia. Bagi pasangan Islam mereka diberikan pendedahan awal mengenai dunia perkahwinan melalui kursus pra-perkahwinan agar mereka bersedia untuk melalui alam rumahtangga.
Kedua ialah mendapat anak yang abrar. Anak abrar dimaksudkan ialah anak yang memberi sumbangan kepada ibu bapanya yang masih hidup. Penekanan terhadap anak abrar ini memaparkan tumpuan sumbangan anak-anak kepada ibu bapa yang masih hidup. Penempatan pelajar bijak di sekolah yang baik dan penghantaran mereka ke luar negara membolehkan anak-anaknya bekerja baik untuk membantu ibu bapa mereka.
Ketiga ialah sahabat yang baik. Setiap orang perlu mempunyai rangkaian sahabat yang baik yang boleh membantu dan menasihati mereka dalam semua bidang dan keadaan. Ada orang berkata sifat seseorang individu bergantung kepada siapa yang dikawani atau rakan bualannya. Pelajar yang salah memilih kawan akan ponteng sekolah dan mengabaikan pelajaran mereka. Malah mereka akan terjerumus menagih dadah jika berkawan dengan penagih dadah. Dalam bidang politik, jika memilih kawan yang tidak baik, individu akan menerima padah kerana mendapat nasihat yang tidak betul. Begitu juga dalam bidang perniagaan, perlu mencari rakan kongsi yang amanah dan jujur.
Keempat ialah mendapat rezeki di negeri sendiri. Ini boleh dimaksudkan sebagai mencari rezeki di dalam negara kita sendiri. Ini bermakna rezeki yang tuhan kurniakan dalam negara itu dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya sendiri. Umpamanya di Malaysia, semua rakyat perlu mendapat nikmat yang sama bukan hanya pihak tertentu saja. Usaha membantu golongan yang miskin tanpa mengira kaum perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat. Selain itu, usaha kerajaan mengawal harga barang keperluan mempamerkan usaha untuk memastikan rakyat menikmati kemajuan negara. Ada negara di mana rakyatnya tidak mendapat makanan asasi, menyebabkan berlakunya rusuhan dan pemberontakan.

DIY UNTUK SURUHANJAYA SIASATAN
Anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Rais Yatim, mencadangkan agar ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan kepada UMNO, yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).
Saya menyokong cadangan itu dan menawarkan diri untuk menjadi ahli suruhanjaya. Suruhanjaya bukan untuk mencari kesalahan orang tetapi menyusun strategi dan halatuju agar UMNO tetap relevan selagi ada bulan, bintang dan matahari.
Kepakaran saya ialah menganalisis suasana politik negara dan boleh membuat pertimbangan yang baik kerana pengalaman dalam dunia kewartawanan.
Sebagai wartawan, saya sudah "masak" dengan perangai, karenah, tabiat dan kegemaran ahli dan pemimpin UMNO. Saya juga diajar supaya bercakap benar, tidak hipokrit, bukan dari golongan mujamalah dan sentiasa menyokong pemimpin yang dipilih secara demokrasi. Saya juga menghormati pemimpin yang jujur, ikhlas, sentiasa bercakap benar dan seorang pejuang. Saya bukan jenis orang yang suka membaling batu tetapi sembunyikan tangan yang berlumpur.
Saya rasa layak kerana roh Melayu saya lebih kukuh dan sejati daripada sesetengah pemimpin UMNO yang mahu mengejar jawatan, suka berbalah sesama sendiri, sentiasa terdorong untuk menjatuhkan orang lain, mendengar nasihat yang bukan-bukan, melantik penasihat yang lemah, mementingkan kawan-kawan sendiri untuk menjadi calon PRU12, menyalahkan pemimpin lain sedangkan diri bergelumang tahi dan gemar mencari kesempatan.
Jika ada pihak yang merasakan saya tidak layak tidak mengapa. Saya akur. Namun, UMNO perlu menubuhkan suruhanjaya untuk menganalisis kedudukannya sekarang dan halatujunya pada masa akan datang. Ketepikan punca barah politik dalam UMNO.
Jangan biarkan orang yang ada kepentingan terutama yang mahu bertanding atau kawan-kawan pihak tertentu untuk menyiasat dan menganalisis sokongan terhadap UMNO kerana sudah pasti ada laporan yang "tidak senonoh" dan "tidak menyeronokkan" yang akan dipendam dan diketepikan. Laporan buruk dikatakan baik. Ini tidak sihat untuk parti dan juga bangsa Melayu yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO.
Berani kerana benar.
Yakin dan percayalah UMNO adalah institusi sosial Melayu yang unggul dan perlu dipertahankan sepanjang masa. Institusi itu baik tetapi jangan biar ia dirosakkan golongan yang tidak baik dan berkepentingan.

Wednesday, April 23, 2008
TIGA WAKIL RAKYAT BN JADI BLOGGER
Tiga orang lagi wakil rakyat Barisan Nasional terjun ke alam maya untuk berkomunikasi secara langsung dengan orang ramai. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ajil,Terengganu yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Rosol Wahid (kiri) membuka laman blognya sendiri. Ia boleh diakses menerusi alamat DI SINI .
Laman blog Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) pula dialamat DI SINI .
Seorang lagi ialah Ahli Parlimen Pulai Johor,Datuk Nur Jazlan Mohamad Rahmat dialamat DI SINI . - AGENDA DAILY.
Selamat menulis.

LEE KAH CHOON KELUAR PARTI
Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon, hari ini mengambil keputusan untuk keluar parti kerana mahu menerima tawaran kerja oleh DAP.
Laporan itu disiarkan oleh Buletin Utama TV3, sebentar tadi.

DALAMNYA LUKA CINTA
(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)
SITI Sarah meninggalkan Zahid cinta pertamanya, kerana tergoda dengan pujuk rayu Karim. Dia mengahwini Karim. Mereka di-kurniakan dua orang cahaya mata, Norliana dan Hairi. Tapi malangnya rumah tangga mereka hancur. Karim beralih angin men-ceraikan Siti Sarah dengan talak tiga. Karim mengahwini wanita lain.
Maka bermulalah episod hidup Siti Sarah sebagai janda muda berusia 33 tahun. Untuk menanggung nafkah hidupnya Siti Sarah bekerja di kilang membuat keropok. Bermulalah rasa kesal Siti Sarah kerana men-dustai cinta Zahid. Dia sering berdoa agar Zahid kembali kepadanya.
Dalam pada itu ada seorang duda beranak satu Rasidi yang menaruh hati terhadap Siti Sarah, begitu juga Akhbar yang sudah beristeri, tetapi isterinya lumpuh kerana kemalangan. Dua orang lelaki ini bertarung untuk memiliki hati Siti Sarah.
Dalam masa yang sama Siti Sarah sentiasa ber-harap Zahid suatu masa nanti akan kembali kepadanya. Rasidi benar-benar menanam budi untuk meraih cinta Siti Sarah begitu juga Akh-bar tetap bersungguh-sungguh untuk menjadikan Siti Sarah isteri keduanya.
Sudah ditakdirkan, Siti Sarah bertemu kembali dengan Zahid. Dia terserempak Zahid di pekan. Zahid dapat tahu Siti Sarah sudah menjanda dan dia sendiri rupa-rupanya masih cintakan Siti Sarah.
Bila Zahid bertemu kembali dengan Siti Sarah, rasa sayang Siti Sarah terhadap Rasidi telah mula berputik. Selama ini Rasidi banyak membantu menjadikan Siti Sarah mula me-naruh hati terhadap lelaki tersebut. Namun cintanya terhadap Zahid tetap tak pudar. Siti Sarah bertarung dengan perasaannya sendiri, umpama di kanan budi di kiri cinta. Dia meng-hadapi waktu-waktu yang sukar untuk menilai kedua-dua lelaki tersebut. Tapi Akhbar dapat ditolaknya dengan mudah kerana dia tak menaruh hati terhadap lelaki tersebut.
Kesungguhan Zahid dan Rasidi untuk memiliki dirinya membuatkan Siti Sarah menjadi serba salah. Dia tidak sanggup untuk memilih salah seorang dari mereka. Kerana tidak tahan dengan tekanan, Siti Sarah berpindah dari Morib ke Bagan Lalang. Dia bertekad untuk menjauh-kan diri dari kedua-dua lelaki.
Zahid yang sudah beristeri tidak peduli dengan statusnya sebagai suami orang dia tetap mahukan Siti Sarah. Oleh kerana rasa tertekan dengan kehilangan Siti Sarah dia jatuh sakit.
Rasidi juga begitu kecewa dengan kehilangan Siti Sarah. Dia balik ke kampung, tapi dia bertemu kembali dengan bekas isteri-nya yang telah menjadi janda. Demi anak dia rujuk kembali dengan isterinya.
Walaupun Siti Sarah sedih dengan tindakan yang diambilnya, dia tetap bertekad untuk terus membina hidup yang lebih bahagia dengan orang yang benar-benar memerlukan cintanya.
Bagi Siti Sarah cinta tak mestinya di akhiri dengan perkahwinan. Cinta boleh disimpan dalam lipatan hati untuk menjadi kenangan abadi.
Penulis : Nina Kirana
Pengalaman: Penulisan novel. Banyak menghasilkan novel remaja dan diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan.
KAH CHOON - BERHENTI SAJALAH.
Dtk Lee Kah Choon, berhenti sajalah jadi ahli Gerakan dan terus bekerja dengan DAP.
Bukan senang hendak mencari kerja sekarang. Hilang gaji, hilang pendapatan setelah kalah dalam PRU12. Melainkan ada banyak duit dalam bank. Fikirlah periuk nasi dulu.
Selagi tidak berhenti, ada pihak akan mengata, mengkritik dan membelasah Saudara kerana berperangai "luarbiasa" dan diluar tabii BN.
Dulu belasah DAP tetapi kini bekerja pula dengan parti itu. Takkan pelik tu. Pernah ke belasah DAP?
Tapi demi perut, semua beres.
Pemimpin Gerakan macam mana ni?
Selangor pun hendak pelawa orang BN bekerja dengan mereka.
Apa lagi? Demi perut, parti tolak tepi?

RUSTAM SANI MENINGGALKAN KITA
Rustam A Sani, 63, kembali ke rahmatullah awal pagi ini.
Berita kematian penulis, ahli akademik dan aktivis politik itu disiarkan dalam blog Nuraina Samad . Al-Fatihah.

AGROBANK - PENDERHAKAAN BAHASA?
Mengangkat taraf bahasa Melayu
RUANGAN ini semalam buat kesekian kalinya memaparkan kepiluan Prof Dr Teo Kok Seong mengenangkan nasib malang yang menimpa bahasa Melayu hari demi hari.
Entah berapa kali lagi beliau akan berasa pilu begitu, bergantung kepada berapa banyak lagi tindak-tanduk songsang yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang tidak yakin dengan ketinggian martabat bahasa kebangsaan itu.
Ironinya, orang yang berasa pilu ini bukanlah orang Melayu, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang tulen; di tapak kakinya bumi Melayu dan di atas kepalanya pula langit Melayu, hati Prof Teo begitu tersentuh apabila melihat bahasa yang dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Isu menggantikan nama Bank Pertanian kepada Agrobank adalah satu daripada sedemikian banyak penderhakaan bahasa yang menggugat bahasa yang berdaulat itu.
Ini satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa golongan teknokrat, ekonomi, malahan sebahagian pemimpin negara sendiri tidak yakin akan kemampuan bahasa Melayu untuk membawa negara ke taraf dunia. Mereka begitu sinis mengenai kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa negara Malaysia yang maju.
Seolah-olah bagi mereka jika mahu diiktiraf sebagai negara maju, segala-galanya mesti ditukar sehingga menyamai citra bangsa yang sudah mencapai status itu.
Saya sungguh hairan, selepas sekian lama Prof Teo khususnya dan pahlawan bahasa kebangsaan amnya, meluahkan pandangan melalui pelbagai media dan forum, sebilangan rakyat Malaysia, malahan sebilangan orang Melayu sendiri masih belum celik bahasa!
Seharusnya, sebagai manusia yang berperasaan, sekurang-kurangnya orang Melayu akan berasa cemburu atau malu apabila orang lain pula yang berusaha keras mempertahankan bahasa Melayu.
Sejak sekian lama, Bank Pertanian menjadi tumpuan sebilangan besar petani Melayu untuk mendapatkan bantuan bagi mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi mereka. Iklan televisyen bank itu yang disiarkan secara agresif sejak beberapa hari lalu, memaparkan anak petani Melayu yang kehairanan kerana bank itu dipindahkan ke lokasi baru dan memiliki nama baru. Anak itu dibantu oleh seorang penjual ikan keturunan Cina dan seorang wanita tua juga keturunan Cina untuk sampai ke bank itu.
Apakah adegan yang sudah tentu jalan cerita dan skripnya itu dihasilkan oleh pihak pengurusan bank itu, tidak dihayati oleh mereka sendiri? Barangkali ramai yang sudah menjadi seperti burung kakak tua; tahu berkata-kata tetapi tidak memahami apa yang diperkatakan. Tidak mengapalah jika falsafah yang tersirat di sebalik watak anak Melayu, dan bantuan yang dihulurkan lelaki serta wanita Cina itu tidak difahami, tetapi sekurang-kurangnya fahami kekeliruan anak itu akibat perubahan yang dilakukan. Kekeliruan sebeginilah yang memilukan Prof Teo dan sebilangan besar pewaris bahasa Melayu.
Kita tidak menafikan bahawa untuk maju, kita perlu berubah. Hal ini banyak kali dirujuk sebagai tuntutan melakukan anjakan paradigma. Namun, saya melihat kefahaman mengenai anjakan paradigma yang perlu dibuat itu hanya sekadar retorik tanpa memahami persoalan asas iaitu; apa, dan bagai-mana.
Kita dituntut supaya berganjak dengan maksud bahawa kita perlu meletakkan diri bangsa kita pada tahap yang lebih tinggi tanpa mengubah ciri identiti bangsa. Kita bukan disuruh berpindah atau berubah menjadi bangsa lain. Kita hanya perlu melakukan reformasi; ciri jati diri masih kelihatan tetapi sudah berkembang dari pelbagai sudut termasuk sosio ekonomi, sosio politik dan sebagainya.
Timbalan Perdana Menteri beberapa kali menyarankan supaya bangsa Melayu khususnya dan bangsa Malaysia amnya, bersedia menjadi bangsa yang bersifat glokal.
Glokalisasi atau proses pewatanan perlu dilakukan sebelum Wawasan 2020 dicapai. Kita mempunyai visi untuk maju berdasarkan acuan kita sendiri. Slogan ini menunjukkan bahawa hasrat kerajaan ialah untuk membawa bangsa Malaysia menjadi jaguh kelas dunia dalam semua bidang.
Untuk mencapai tahap jaguh dunia itu, kita patut sedar bahawa segala ciri jati diri bangsa kita hendaklah diperkukuhkan termasuk mengangkat bahasa kebangsaan kita sendiri ke tahap dunia juga. Jika tidak, tatkala kita mahu mengisytiharkan negara kita sudah maju, dunia akan memandang sinis apabila ‘perisytiharan’ itu kelak dilafazkan menggunakan bahasa asing. Ingatkah betapa kagumnya kita dan terkejutnya dunia tatkala Tan Sri Razali Ismail berucap di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan bahasa Melayu?
Pada hal, sebelum itu berkali-kali beliau menyampaikan ucapan di forum itu, tetapi tidak sebegitu impaknya kerana menggunakan bahasa Inggeris.
Kehadiran Malaysia pada mata dunia sudah menjadi begitu ketara dan segala langkah menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan kita dalam sebarang penjenamaan semula atau sebagainya adalah dianggap sebagai langkah yang mengundur, sedangkan kita mahu maju.
Mudah-mudahan, Prof Teo tidak lagi pilu selepas ini.
DR SHARIFUDIN LUBIS,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia.
(sumber : surat pembaca Berita Harian ( 23.4.2008)

Tuesday, April 22, 2008
AGROBANK - SURAT PEMBACA BH
Agrobank pinggir bahasa kebangsaan
AGROBANK adalah nama baru untuk Bank Pertanian yang sudah berjaya menerajui perbankan pertanian di Malaysia sejak 39 tahun lalu. Untuk meneruskan iltizam ini, Bank Pertanian menggunakan nama baru yang digubal daripada bahasa Inggeris. Nama itu mungkin dipilih kerana istilah 'pertanian' dirasakan kurang sesuai lagi dalam zaman yang mementing dan menggunakan bahasa Inggeris.
Walau apa pun tujuannya, sama ada sah atau tidak, di sebalik penggubalan dan penggunaan Agrobank untuk menggantikan Bank Pertanian, langkah itu melambangkan satu lagi babak pilu dalam perkembangan bahasa Melayu selaku bahasa negara dalam peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
Pertukaran nama ini adalah satu manifestasi yang jelas bahawa kita sanggup meninggalkan bahasa kebangsaan dan mengambil bahasa Inggeris sebagai penggantinya. Bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara, adalah antara cara utama untuk membina identiti kita selaku rakyat Malaysia, selain membentuk pandangan pihak lain, khususnya masyarakat luar, terhadap kita.
Kita sepatutnya menggunakan bahasa itu untuk membina identiti nasional dan antarabangsa untuk diri kita, antaranya mengenal kita sebagai rakyat Malaysia, dan juga mewujudkan identiti linguistik kita, dengan menggunakan bahasa negara kita, iaitu bahasa Melayu.
Soal identiti, iaitu siapa kita sebagai rakyat Malaysia, bagaimana pihak lain menganggap kita dan bagaimana kita sendiri mencerap diri kita, ikut ditentukan sebahagian besarnya oleh penggunaan bahasa.
Dalam kes Agrobank, nampaknya kita ingin bertukar kepada identiti baru yang didapati bertentangan dengan yang sedia ada.
Istilah `agro' rata-ratanya membawa makna `tanah-tanih' dan `penghasilan tanaman'. Dengan nama baharu ini, Agrobank nampaknya ingin menumpukan kegiatan perbankannya kepada pengurusan tanah-tanih untuk tujuan penghasilan tanaman saja. Adakah ini penampilan baru bank yang tidak lagi memberi tumpuan kepada pengurusan perusahaan ternakan?
Sebetulnya, untuk tujuan pembaharuan, baik dari segi citra nama barunya itu hendaklah terus menggunakan bahasa kebangsaan. Barangkali nama Bank Tani sepatutnya digunakan.
Nama ini ringkas dan penggunaan perkataan `tani' itu selari dengan konsep lain seperti 'masyarakat tani', selain terus memartabatkan bahasa Melayu, adalah lebih berwibawa dari segi liputan makna daripada 'agro'. Istilah `tani' mencakupi skop lebih luas, antaranya penghasilan tanaman dan perusahaan ternakan secara sekali gus.
Penggunaan nama dalam bahasa Inggeris itu sebenarnya tidak pun membawa apa-apa yang signifikan, melainkan glamor untuk tujuan penakjuban segera, dalam era yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris.
Di manakah letaknya identiti dan jati diri kita. Sama pentingnya dengan ini ialah di mana pula kesetiaan dan kebanggaan kita terhadap bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kita, lebih-lebih lagi dalam kalangan sesetengah penutur asal bahasa Melayu. Bahasa kebangsaan selaku bahasa negara perlu diguna pakai dengan baik dan betul pada setiap detik oleh setiap lapisan rakyat, antaranya bagi mempertahan serta melestarikan warisan bangsa Malaysia agar terus takat (survive).
Kita selaku rakyat Malaysia harus selalu memastikan ketahanan bahasa Melayu terus terpelihara dan terjamin. Ini adalah penting agar kita boleh terus berfungsi di negara sendiri dan juga di luar Malaysia, sebagai bangsa yang masih taat kepada dan bangga dengan bahasa negaranya.
Bahasa kebangsaan perlu dijadikan penanda identiti dan jati diri rakyat Malaysia. Kita harus membuktikan ini, bukan saja secara simbolik, tetapi lebih penting lagi secara instrumental, iaitu menggunakan bahasa Melayu, terutama untuk tujuan rasmi dan urusan kenegaraan. Kita perlu menjadikan bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa negara, sebagai identiti linguistik Malaysia yang utuh.
Bahasa Inggeris seperti yang termaktub dalam Dasar Bahasa Negara, perlu digunakan dengan akal yang lebih bijaksana sifatnya, bagi membezakan status subordinatnya di negara ini, khususnya untuk tujuan rasmi dan urusan kenegaraan.
Perkara ini penting diberi perhatian supaya bahasa Melayu tidak terpinggir di buminya sendiri, sebaliknya berhak diberi destini yang lebih baik di negara ini.
PROF DR TEO KOK SEONG,
Pusat Pengajian (BKK) Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.
(sumber : surat pembaca Berita Harian. 22/4/2008)

ADA ADAB MENEGUR IMAM
Bagi Mazlan Mahmud, situasi politik sekarang ibarat itik berenang dalam kolam. Orang akan melihat apa yang berlaku di atas yang beliau sifatkan sebagai "tenang" tetapi tidak tahu bagaimana hebatnya kaki itik itu mengayuh.
Di dalam kolam itu juga tersimpan segala macam rahsia termasuk pelbagai jenis sampah sarap yang akan kelihatan apabila air surut.
Sdr Mazlan yang pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Penerangan, mahu orang Melayu mempunyai adab dalam menegur pemimpin seperti makmun menegur imam sembahyang jemaah yang melakukan kesalahan.
Ikutilah tulisannya dalam www.mahmudsons.blogspot.com .

MENGAPA KOS REBRANDING MAHAL?
Ketika membincangkan program rebranding, seorang kawan bertanya kepada saya mengapa jumlahnya mencecahkan sehingga berjuta-juta ringgit.
Seperti dinyatakan oleh seorang pembaca blog ini AHM dalam entry mengenai AGRO BANK bahawa program rebranding sesuatu syarikat boleh mencecah sehingga RM8 juta hingga RM10 juta. Kos itu yang perlu dibelanjakan oleh syarikat.
Saya menjelaskan bahawa untuk membuat rebranding ini bukan mudah dan banyak kerja jika sesebuah syarikat yang dilantik menjadi perunding. Tidak tahulah saya, jika ada syarikat yang boleh membuat rebranding pada kos yang kecil atau murah. Namun jika dibuat oleh kakitangan kreatif dalaman lebih murah.
Tetapi yang penting, kualiti program itu. Jika kos murah tetapi tidak berkesan, tidak guna juga. Begitu juga sebaliknya.
Rebranding ini membabitkan beberapa perkara termasuklah:
1. Advertising / Media (Pengiklanan dan Media)
i.Corporate Advertising
ii.Product Advertising
iii. Supplements (Media)
2. Public Relations (Perhubungan Awam)
i. Media relations
ii. Government relations:-
- Sehari Bersama Pelanggan
- Merdeka Parade
- Labours Day Parade
- Maal Hijrah Parade
- Regulatory Recreational activities
- Corporate Video
3. Sponsorship and Corporate Social Responsibility Programs (Program Tajaan)
i. Programs
ii. Sponsorship and Donations
4. Corporate Events (Majlis Korporat)
i. Festive Open House
ii. Signing Ceremony
iii.Product Launching
iv. Visit
5. Investor relations (Hubungan Pelabur)
i. Publication of Annual Report
ii. AGM & EGM
iii.Website Management
iv.Publications
v. Corporate premiums
vi. Corporate Gifts.
vii.Festive Cards
6. Employee Relations (Hubungan Kakitangan)
i. Newsletters
ii. Annual Dinner
iii. Festive Open House
iv. Sports Carnival
7. Other programs.
Banyak program yang kena buat.
Maka itu, banyaklah kos yang perlu dibelanjakan.

Monday, April 21, 2008
TS MUHAMMAD SEORANG BLOGGER
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, kini seorang blogger.
Menurut Rocky, blog TS Muhammad ialah di www.muhammadmuhdtaib.com .
Selamat menulis.
Menurut Rocky, blog TS Muhammad ialah di www.muhammadmuhdtaib.com .
Selamat menulis.
Sunday, April 20, 2008
A GRO BANK?
Kawan telefon untuk memberitahu saya bahawa sekarang ada bank khusus untuk GRO.
Saya tanya itu lawak ke. Jangan main-main.
Beliau selamba menjawab, "Ya, sudah ada - A GRO BANK".
Saya kata bukan GRO tetapi AGRO Bank lah. Bank Pertanianlah. Bank untuk pertanian.
Tetapi katanya, jika salah baca macam A GRO Bank saja.
Takpelah.
Tetapi, fikir punya fikir, bunyinya macam kawan saya cakap.
Sudah terlambat ke hendak tukar?
Dulu, Tenaga Nasional Berhad dikenali sebagai TEN.
Selepas itu ditukar kepada TNB. Mungkin sebab TEN itu sepuluh. Takkanlah Tenaga Nasional hendak jadi nombor sepuluh. Mesti nombor satu.
Maka jadilah TNB hingga sekarang.
Berbalik kepada AGRO Bank, boleh tak tukar jadi TANI BANK? A BANK? atau.....Ini kena bayar kerana memberi idea ni..

GELOMBANG POLITIK UMNO (1)
Adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan terselamat daripada "gelombang politik" UMNO yang berlaku selepas PRU12?
Jawapannya bergantung kepada perkembangan yang berlaku dari sekarang sehinggalah berlangsung pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Disember ini. Ini termasuk perkembangan yang berlaku di peringkat cawangan dan bahagian UMNO ketika mereka bermesyuarat. Perkembangan mengenai usaha menangani masalah bekalan makanan terutamanya beras dan barangan keperluan lain. Selain itu ruang dan peluang yang diberikan kepada akar umbi untuk meluahkan perasaan mereka.
Sejak PRU12 yang menyaksikan kemerosotan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO menyebabkan ramai pihak yang mencari-cari punca yang menyebabkan perkara itu berlaku.
Tindakan yang paling mudah ialah menyalahkan pemimpin nombor satu negara dengan mengaitkan dengan ciri-ciri kepemimpinan serta pembabitan keluarga dalam politik dan ekonomi serta kelemahan penasihat.
Faktor ini semakin cepat dipercayai dan disokong oleh akar umbi sebagai punca kekalahan BN. Apatah lagi ada pihak seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz, yang mengiakan faktor berkenaan dan menanam rasa tidak puashati mereka mengenai pembabitan kroni dan keluarga terutama memenantu Paklah, Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) dan kuncu-kuncunya. Tindakan TDM membandingkan pemerintahan 22 tahunnya dengan pentadbiran Paklah sekarang yang disifatkan sebagai lemah dan lembik berjaya mendapat tempat di hati rakyat. Di sudut lain pula, Tengku Razaleigh mahu mencabar Paklah pada pemilihan akhir tahun.
Akhirnya periuk nasi UMNO yang meluap-luap menanti untuk meletup.
Tindakan menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menemui akar umbi berjaya mengurangkan kepanasan itu.
Dalam pertemuan dengan akar umbi, segala rasa tidak puashati diluahkan dalam pelbagai cara untuk difahami oleh JK Pengurusan. Ada yang menyalahkan Paklah, memarahi KJ dan budak-budak tingkat 4. Ada yang menyalahkan Pengerusi Perhubungan Negeri yang mengutamakan rakan-rakan sebagai calon dan juga Majlis Tertinggi UMNO yang hanya menjadi "pak angguk" yang menyumbang kepada kemerosotan undi BN.
Malah, ada juga yang mahu Paklah segera mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada DS Najib. UMNO Johor pula mahu Paklah menggariskan pelan peralihan kuasa kepada penggantinya yang mereka yakin akan mengubah suasana politik tempatan.
Selepas kepanasan itu telah dilepaskan, periuk nasi UMNO kini semakin reda walaupun ramai yang percaya kepanasan itu tetap ada dan memerlukan usaha berterusan untuk menyejukkannya.
Ada juga yang berpendapat tindakan menambah air kepada nasi yang sudah mula mendidih tetapi tidak masak itu bukan saja menyejukkannya tetapi akan menukar nasi itu kepada bubur. Setidak-tidaknya, bagi sesetengah pihak ialah bubur boleh dimakan berbanding membiarkan nasi itu hangit kerana kekurangan air.
Nasi hangit itu akan terpaksa dibuang untuk makanan ayam itik.

Saturday, April 19, 2008
BABI MURAH, PENTERNAK KOTOR
Akhbar Utusan Malaysia hari ini mendapat scoop berita babi . Ia adalah berita susulan akhbar Nanyang Siang Pau.
Apa yang menarik dalam berita itu ialah babi Malaysia murah dan harganya boleh bersaing di peringkat antarabangsa.
Mengapa babi Malaysia murah?
Jawapannya mudah kerana kos penyelenggaraannya murah.
Apakan tidaknya, bahan buangan boleh dibuang ke sungai dan laut. Yang menjadi mangsa ialah penduduk berdekatan kandang babi seperti rakan-rakan dan saudara Melayu saya di Sungai Tuang, Melaka. Mencium bau babi sejak negara merdeka. Kasihan mereka.
Penternak pula untung gila babi, tetapi yang rugi dan bau babi termasuk bahan buangannya ialah penduduk tinggal di sekitarnya.
Apa nak jadi ni?
Ada orang kaya daripada hasil babi, ada orang yang makan, ada orang pula bau babi sepanjang hayat mereka.
Dalam hal ini, Singapura nampak cerdik. Tiada babi di pulau itu, tapi boleh makan babi.
Mereka pun tahu nama Singapura akan busuk, jika menjadi pengeluar babi.
Malaysia? Tidak kisah?

Friday, April 18, 2008
SAMY VELLU NAK MINTA BANTUAN LUAR
Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, yang kalah di Parlimen Sungai Siput pada PRU12 kerana ditolak oleh pengundi kawasan itu akan meminta bantuan luar untuk kaumnya jika kerajaan tidak membantu masyarakat India.
Kenyataan apa ini?
Tolonglah nasihatkan pemimpin ini. Cakap banyak pun tak guna.

Thursday, April 17, 2008
UMNO - INSTITUSI SOSIAL MELAYU
Ketika bersembang dengan kawan-kawan malam tadi, perbualan sama ada UMNO masih relevan sekarang atau akan datang, diperkatakan dengan panjang lebar.
Isu ini timbul berikutan keputusan teruk BN pada PRU12 yang menyaksikan buat pertama kalinya BN tidak mendapat majoriti dua pertiga. Calon UMNO di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri juga kalah di banyak tempat termasuk di kawasan yang dianggap putih.
Ada pula yang berpendapat UMNO tidak kalah kerana prestasi parti itu lebih baik daripada yang dicapai pada 1999 sewaktu pemecatan Timbalan Presiden UMNO. Ketika itu, undi yang diperolehi UMNO merosot tetapi masih mengekalkan dua pertiga menerusi sumbangan rakan-rakan komponen iaitu MCA, MIC dan Gerakan.
Kali ini, walaupun sokongan terhadap UMNO masih ada, malapetaka yang menimpa MIC, MCA dan Gerakan menyebabkan sokongan terhadap BN dilihat seolah-olah semakin kurang terutamanya kehilangan 5 negeri dan WP. Kekalahan itu menyebabkan DAP yang dikatakan menjadi "puppet master" di beberapa negeri yang dikuasai oleh PR semakin bermaharajela menunjukkan kuasa mereka terutama di Perak di mana mereka dikatakan sudah mula menguasai SEDC dan SADC. Apa akan jadi nasib Melayu?
Mengenai UMNO, seorang kawan menegaskan parti yang tidak mempunyai ideologi itu akan terus relevan jika orang Melayu masih menganggap parti itu sebagai satu institusi sosial Melayu. Sebagai institusi sosial Melayu, UMNO telah memainkan peranan dalam semua bidang membabitkan orang Melayu termasuk kenegaraan, bangsa, adat istiadat, agama, institusi raja dan hubungan serantau dengan dunia Melayu.
Cuma, UMNO dikatakan perlu diremajakan.
Apa caranya untuk relevan sebagai institusi sosial Melayu? Apakah ahli UMNO sudah bangun dari tidur? Apakah ahli UMNO masih gila mengejar jawatan sedangkan partinya kini terumbang-ambing? Fikir-fikirlah masak-masak.

Tuesday, April 15, 2008
BUKU LANSKAP MELAYU SEMASA
(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)
Buku Lanskap Melayu Semasa adalah himpunan rencana yang disumbangkan oleh pengarang untuk ruangan Membentuk Taman di dalam Majalah Anjung Seri terbitan Berita Publishing Sdn Bhd.
Tujuan buku ini diterbitkan adalah kerana sambutan dan galakan kalangan pembaca agar semua rencana tersebut dihimpunkan bagi tujuan rujukan yang lengkap.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian pertama bermula dengan kupasan tentang latar belakang dan unsur-unsur asas Lanskap Melayu dan seterusnya menjurus kepada beberapa penyesuaian yang dilakukan kepada Lanskap Melayu berdasarkan tuntutan semasa.
Bahagian kedua membincangkan tentang gaya hidup yang dikatakan memaksa banyak perkara mengikut keperluan semasa. Lanskap hari ini dilihat terpaksa mengalami perubahan demi perubahan untuk disesuaikan dengan keperluan hari ini. Oleh itu, beberapa contoh lanskap yang menarik di dalam buku ini boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang meminatinya.
Latar Belakang Penulis
Nama: Izudinshah Abd Wahab
Pekerjaan: Pensyarah di Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Kelulusan: Sarjana Muda Senibina (1997), USM Pulau Pinang
Sarjana Senibina Lanskap (2004), USM Pulau Pinang
Pengalaman:
Bertugas sebagai arkitek di Kuala Lumpur (1997)
Menjadi perunding dalam pembangunan Pelan Induk Lanskap Daerah Muar
Pembangunan lanskap di bawah kerajaan tempatan di sekitar Batu Pahat, Muar dan Kluang
Pembangunan kawasan-kawasan perumahan, pembangunan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelaksanaan program kemahiran siswazah dalam bidang lanskap
Menulis artikel untuk majalah tempatan
Menulis kertas kerja ilmiah dalam bidang berkaitan
Monday, April 14, 2008
DR CHUA SEORANG BLOGGER
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kini seorang blogger.
Menurut Rocky, blog Dr Chua ialah drchua9.blogspot.com .
Selamat menulis.
Menurut Rocky, blog Dr Chua ialah drchua9.blogspot.com .
Selamat menulis.
DR RAIS TIDAK MAHU KEJAR JAWATAN
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, tidak berminat untuk bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Disember ini tetapi ingin menumpukan perhatian kepada usaha untuk memulihkan parti.
Menurutnya, beliau akan mencurahkan pengalamannya untuk bersama-sama dengan pemimpin tertinggi UMNO menggembleng tenaga memperkukuhkan UMNO dan tidak mahu berlumba-lumba mengejar jawatan sehingga lupa kepada perkara utama iaitu perjuangan bangsa.
Berita itu dilaporkan oleh Warta Perdana RTM1 sebentar tadi.
Sikap begini perlu dicontohi oleh semua pemimpin UMNO terutama mereka yang "sudah ketinggalan bas" tetapi mahu mengejarnya dengan harapan dapat menaikki bersama-sama pemimpin muda yang sihat dan sempurna.
Berilah peluang kepada pemimpin muda yang berwibawa, bersih dan kelihatan bersih untuk memacu parti ke suatu tahap yang dihormati oleh rakyat negara ini terutama bangsa Melayu yang "masih terkejut" dengan apa yang berlaku kepada parti tunjang kerajaan. Yang tidak bersih itu, bersara dan bertaubatlah kepada Tuhan.
Tanyalah mereka yang berada di bawah mengenai harapan tinggi untuk melihat satu peralihan kepemimpinan segera agar UMNO terus dihormati dan tidak dihina begitu rupa termasuk parti-parti komponen yang kini semakin garang dan lantang.
Kegarangan mereka juga mungkin bersebab kerana tempias masalah kepemimpinan tertnggi UMNO yang menyebabkan calon mereka kecundang dan terbongkang di seluruh negara. Mereka juga dihina sebagai "budak suruhan" UMNO.

I-REMAJA APRIL 2008
Juliana Evan, bintang yang kini semakin mencipta nama dalam bidang lakonan. Memulakan kerjaya dalam bidang ini sebagai pengacara rancanan remaja, Juliana melangkah lebih jauh apabila ditawarkan sebagai pelakon drama. Lakonannya boleh anda tontoni melalui siri Kami dan filemnya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Juliana berdarah kacukan Inggeris ini bercita-cita mahu menjadi seperti idolanya, Asha Gill. Mahu mendekati Juliana bersama I-Remaja April.
Keluaran ini agak istimewa kerana kami mengcungkil rahsia remaja berparti. Kenapa mereka suka berparti, di mana mereka berparti dan dengan siapa?
I-Remaja April memaparkan isu remaja yang tiada penghujungnya secara terbuka.
Tetapi dalam masa sama kami masih memberi anda info mengenai fesyen, kesihatan, kecantikan, tip menggoda, tip pilih teman dan tip cinta.
Jangan lepaskan I-Remaja April yang kini berada di pasaran
Sunday, April 13, 2008
TIGA PERKARA TENTUKAN KETUANAN MELAYU
Pengerusi Badan Perhubungan Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh bangsa Melayu terutama pemimpin mereka, bagi memastikan "ketuanan Melayu" terus kekal di negara ini.
Tiga perkara itu ialah kecemerlangan dalam pendidikan, penguasaan teknologi moden dan kejayaan menguasai ekonomi negara. Jika ketiga-tiga perkara itu boleh dicapai dengan cemerlang, Melayu akan menjadi bangsa bermaruah dan dihormati oleh kaum lain.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian dalam sidang media selepas satu majlis yang dianjurkan oleh UMNO Seputeh, Wilayah Persekutuan, hari ini.
Berita itu disiarkan oleh Warta Jam 5 RTM1, petang tadi.
Sejak dulu lagi, DS Idris mengutamakan kecemerlangan pendidikan di Terengganu yang menyaksikan negeri itu sentiasa mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan utama di negara ini.
Kerajaan Pusat perlu memikirkan usaha untuk menggunakan "otak" dan kebolehan DS Idris sepenuhnya bagi memajukan sektor pendidikan di negara ini.

MELAYU PERLU BERSATU PADU
Tindakan Karpal Singh meminta Tun Dr Mahathir Mohamad dirujukkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO perlu dilihat oleh bangsa Melayu sebagai usaha berani pemimpin bukan Melayu untuk campurtangan dalam UMNO dan mempersendakan pemimpin Melayu.
Panggilan terbaru iaitu "joker" oleh Karpal terhadap TDM perlu dilihat sebagai usaha untuk merendahkan kewibawaan bekas Perdana Menteri yang terbukti berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang tidak pernah terfikir oleh rakyat negara ini termasuk Karpal Singh sendiri. Hakikatnya TDM telah mengharumkan Malaysia.
Oleh itu, saya meminta bangsa Melayu tidak terpedaya dengan "mainan politik" pemimpin bukan Melayu ini yang akan mengambil kesempatan ketika melihat seolah-olahnya bangsa Melayu sudah lemah dan berpecah berikutan perbalahan sesama sendiri. Sedar dan buatlah yang terbaik wahai bangsaku.
Seperti yang saya katakan sebelum ini ialah bangsa Melayu perlu bersatu dan segera menyelesaikan perbalahan demi untuk memastikan Melayu terus menjadi tunjang kepada pemerintahan negara ini. Ini juga yang dikehendaki oleh kawan-kawan UMNO yang sentiasa berpaut kepada parti itu agar terus menerajui negara.
Mereka mengetahui bahawa UMNO adalah parti yang rasional dan mampu menterjemahkan segala yang terbaik untuk rakyat negara ini. Tindakan parti itu adakalanya dilihat sebagai terlebih oleh bangsa Melayu dengan pelbagai peruntukan kepada kaum lain seperti yang diberikan kepada sekolah Cina dan Tamil.
Tetapi yang menyedihkan ada pihak yang tidak peduli dan menghiraukan niat baik itu. Mereka tidak nampak dan mahu nampak dengan niat baik itu. DAP pula sanggup memainkan sentimen perkauman pada PRU12 dengan mengatakan memilih BN adalah memperkuatkan Melayu. Sudah tentu ada pihak yang termakan dengan permainan politik itu.
Melayu perlu bersatu padu dan kukuh sepanjang masa. Jika tidak, semua orang akan memperkotak-katikkan mereka. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Benihnya sudah pun bermula. Ada yang sudah mula kurang ajar dan menunjukkan taring mereka.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

DR KHIR MAHUKAN PERALIHAN KUASA
Blogger, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dalam tulisan terbarunya mahukan perubahan kepemimpinan dilaksanakan segera demi untuk menyelamatkan parti.
Bekas Menteri Besar Selangor itu yang "mengetepikan" arahan larangan pihak tertentu untuk hadir bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di satu majlis di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, dua minggu lalu, juga mahukan kerajaan membuat beberapa pembaharuan dalam struktur pentadbiran.
Dr Mohamad Khir juga sudah muhasabah diri di Mekah.
Orang lain bila lagi?

ANJUNG SERI APRIL 2008
Peraduan Padanan Warna Nippon Paint menawarkan hadiah lumayan RM15,000 kepada pembaca. Sertai sekarang dan kediaman anda berpeluang menjadi gambar kulit majalah hiasan nombor satu.
Ketahui cara Sara Loo menghias kondominium dan dapatkan idea kreatif membina kolam di bawah pintu di rumah Norazian Amin Al Husaini.
Ruangan Sentuhan Peribadi turut memaparkan perbezaan suasana kediaman Khairil Anuar dan isteri serta Nurina Jaafar dan suami menghias rumah.
Khas Rai Mempelai menyerlahkan keindahan bilik tidur Elyza, pelbagai bentuk menarik bunga telur, bekas hantaran SSF dan peterana.Ikuti cara orang kota menghias, kitar semula sampah di rumah dan sertai kuiz menarik dalam ruangan Sanggar.
Saturday, April 12, 2008
PENSYARAH UM DIBERI PENGIKTIRAFAN
Pensyarah Universiti Malaya (UM) diberi pengiktirafan oleh Akademi Sains berikutan kajian mengenai penyelidikan virus Nipah dalam babi yang diternak di Negeri Sembilan.
Berita itu disiarkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

PULAU PINANG SOKONG PAK LAH
UMNO Pulau Pinang menyokong penuh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perkara itu ditegaskan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Rashid Abdullah, ketika ditemui di Cheras. Kenyataan yang sama juga disuarakan oleh Setiausaha UMNO Negeri, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu sidang media di Pulau Pinang.
Dua berita itu dilaporkan oleh Warta Perdana RTM1 sebentar tadi.

MB SELANGOR PANTAU PROJEK BABI
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan memantau sendiri projek mega penternakan babi moden di negeri itu.
Berita itu dilaporkan oleh Buletin 1.30 tengah TV3 hari sebentar tadi.
Dalam ertikata lain, MB Selangor akan turun padang untuk melihat projek berkenaan berjalan lancar.
MB sendiri tengok projek babi?
Mungkin permulaan saja. Lepas itu, orang lain pula yang tengok kot.
Tak larat tengok selalu.

MIKE TYSON PERTAHANKAN PAK LAH
Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak berganjak untuk mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu pertemuan dengan ahli dan pemimpin UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, yang diketuai oleh Kapten (B) Dato' Zahar Hashim.
Blogger Big Dog mempunyai butiran lanjut mengenai tindakan "hulubalang" Pak Lah itu. Bagi TS Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mike Tyson, Pak Lah bukan punca kekalahan BN atau UMNO pada PRU12 yang lalu. Banyak lagi punca atau faktor kekalahan UMNO. Mike Tyson adalah antara pemimpin UMNO yang mempertahankan Presiden mereka.
Dalam pada itu, bangsa Melayu kini berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk membincangkan nasib mereka terutama apa yang sudah berlaku dengan parti tunjang BN iaitu UMNO pada pilihan raya umum yang lalu.
Apakah bangsa Melayu kini sudah berpecah kepada tiga kumpulan iaitu penyokong UMNO, PKR dan PAS?
Bagaimana pula ahli-ahli UMNO yang mungkin berpecah kepada beberapa kumpulan. Menyokong Pak Lah, bersetuju dengan pandangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad serta mahu Tengku Razaleigh Hamzah menerajui parti selepas Disember ini.
Selain itu, mereka juga resah gelisah dengan perbalahan di antara bekas pemimpin dan pemimpin UMNO sekarang yang sudah sampai ke peringkat "membasuh punggung di khalayak ramai".
Apakah bangsa Melayu mahu terus dimalukan oleh bangsa mereka sendiri?

Friday, April 11, 2008
AHLI UMNO SEMAKIN BERANI BERSUARA?
Pemimpin UMNO di Pulau Pinang dan Kedah memberitahu Jawatankuasa Pengurusan Parti bahawa pucuk pimpinan tertinggi perlu ditukar demi untuk menyelamatkan parti.
Akhbar The Star hari ini melaporkan 250 pemimpin Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Kedah yang bermesyuarat di Sungai Petani turut menamakan pemimpin yang boleh mengambilalih jawatan nombor satu dan dua negara.
Nampaknya, ahli dan pemimpin UMNO sudah mula berani bersuara demi kepentingan parti. Apatah lagi jawatankuasa itu yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, dikatakan memberi kebenaran kepada mereka yang hadir untuk meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.
Bagaimana pandangan ahli UMNO di negeri lain?

A KADIR JASIN DAN PRU12
(Buku terbitan Berita Publishing)
"Buku Pilihan Raya Umum 2008: Rakyat Sahut Cabaran ini bertujuan memberi perspektif mengenai perkembangan yang berlaku sebelum, ketika dan selepas pilihan raya umum 2008 dengan memetik bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang diterbitkan selama beberapa bulan sebelum itu dalam blog saya, The Scribe A Kadir Jasin. Saya juga menulis sebuah analisis khas untuk buku ini.
Oleh sebab blog saya ada dwibahasa – Melayu dan Inggeris – beberapa bab dalam buku ini adalah dalam bahasa Inggeris. Saya mohon izin.
Bagi beberapa bab, ulasan pembaca turut disiarkan dalam bentuk asalnya. Adalah amalan blog yang komen-komen pembaca disiarkan dalam bentuk asalnya tanpa sebarang suntingan.
Saya berharap buku ini, sebagai hasil atau karya kewartawanan, akan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca sekalian dan seterusnya mencetuskan karya yang lebih mutakhir." - A Kadir Jasin.
ZAHID SEDIA TANDING NAIB PRESIDEN
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, sedia untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti sekiranya mendapat sokongan daripada peringkat akar umbi.
Bagaimanapun, Dr Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan muktamad hanya akan diumumkan jika mendapat sokongan dan restu rakan-rakannya di peringkat akar umbi setelah membuat tinjauan secara teliti.
Berita itu dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
Dr Zahid layak untuk bertanding Naib Presiden kerana beliau bertatih dari bawah, dikeluarkan oleh "kilang" Pemuda, setia kepada UMNO dan sentiasa bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Ramai yang layak menjadi pemimpin tetapi tidak menyerlah sebagai pejuang. Ramai yang layak menjadi imam tetapi adakalanya tidak mahu menjadi makmum. Sejak dulu lagi, Dr Zahid yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO adalah seorang makmum dan imam yang baik, membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin dan pejuang bangsa Melayu.

Thursday, April 10, 2008
BUKU TAN SRI BASIR ISMAIL
(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)
MELAYU KORPORAT, MELAYU BOLEH; SIAPA MENYAMAR MELAYU – MANAGEMENT ASTRAY OLEH ALLAHYARHAM TAN SRI BASIR ISMAIL.
Allahyarham Tan Sri Basir Ismail seorang pahlawan Melayu. Beliau amat prihatin terhadap hak dan nasib orang Melayu. Pandangannya tajam sekali. Ini termasuk pemerhatian bekas Pengerusi Kumpulan Fima Berhad ini terhadap usaha sesetengah kaum yang mengambil kesempatan menggelar diri mereka Bumiputera; walhal hakikat sebenarnya mereka mengamal, bertutur dan berkumpul hanya dalam kelompok kaum mereka yang asal.
Siapakah mereka ini yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya Melayu Celup?
Soalan ini terjawab bila anda membaca buku Management Astray – Resuscitating Ailing Organisations (Pengurusan Tersasar – Penyuburan Organisasi Kegawatan).
Buku diterbitkan oleh Berita Publishing dan ditulis sendiri oleh Allahyarham.
Sewaktu bertugas dalam pelbagai organisasi dan badan berkanun, Allahyarham sentiasa menerima tugasan dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk membaik-pulih syarikat yang mengalami kerugian, pengurusan lemah atau memerlukan kepakaran tertentu. Ini termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad sejurus institusi kewangan ini melalui peristiwa skandal BMF. Beliau juga menerajui Malaysia Airports Berhad yang ditugaskan untuk menyediakan litar lumba Formula 1.
Semua tugasan ini dipikul dengan jayanya oleh Allahyarham.
Dalam menjalankan tugas dan amanah itu, Allahyarham terpaksa menggunakan segala kepakaran dan kebijaksanaan beliau untuk menampan usaha pelbagai pihak yang berpengaruh untuk mencampuri hal pengurusan bagi kepentingan mereka sendiri. Usaha inilah yang Allahyarham menyifatkannya sebagai – “..those that went astray.” (pengurusan yang tersasar).
Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin menjejaki usaha dan gaya pengurusan dari seorang Wira Bangsa yang telah memainkan peranan utama di dalam sektor korporat Malaysia menuju era perindustrian dan pembangunan.
MENGHUNUS KERIS MENYAKITKAN HATI?
Semalam saya bersembang dengan seorang rakan yang menyatakan bahawa seorang pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ditemuinya menyifatkan beberapa tindakan UMNO memperlihatkan parti itu angkuh dan bongkak. Pemimpin komponen BN itu kalah dalam PRU12.
Menurut pemimpin berkenaan, sifat angkuh itu menyebabkan masyarakat Cina tidak menyokong BN dan yang menjadi mangsa ialah partinya kehilangan banyak kerusi terutamanya di Pulau Pinang.
Antara keangkuhan UMNO ialah ada pemimpinnya menghunus keris dan ini menyakitkan hati kaum lain.
Betul ke orang Cina marah kerana isu menghunus keris? Atau ada faktor lain kot? Tindakan DAP yang menyatakan kepada rakyat bahawa menyokong BN memperkuatkan Melayu, bukankah tindakan gerak saraf yang baik? Siapa yang nak jawab?

Wednesday, April 9, 2008
ZIANA ZAIN DI JELITA APRIL
BERTINDIK keterlaluan dan bertatu menjadi kegilaan generasi muda sekarang. Pengaruh negatif itu terus menular di kalangan anak muda tempatan dan mereka menyifatkannya sebagai trend atau fesyen. Namun, apakah ia boleh dijadikan ikutan kerana memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang, mengundang padah dan bertentangan dengan ajaran agama.
Ikuti kupasan menarik mengenai isu ini di dalam majalah Jelita keluaran April 2008.
Tuesday, April 8, 2008
SIARAN LANGSUNG BUKAN LEPASKAN BATUK DITANGGA
Siaran langsung Dewan Rakyat yang akan diadakan tidak lama lagi bukan sekadar "melepaskan batuk di tangga" saja. Ia adalah usaha "terbuka" kerajaan untuk memberikan maklumat kepada rakyat oleh pemimpin kerajaan.
Itulah jawapan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, terhadap pandangan mengenai langkah terbaru kerajaan. Menurutnya, kerajaan sudah bersedia untuk mengadakan siaran langsung itu selaras dengan kehendak orang ramai sekarang.
Sebelum ini, faktor kos iaitu lebih RM15 juta untuk mengadakan siaran langsung sepanjang Sidang Parlimen yang menyebabkan usaha mengadakannya perlu difikirkan dengan semasak-masaknya oleh kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam siaran secara langsung Bersemuka Dengan Media - Implikasi Siaran Langsung Sidang Parlimen di RTM1 sebentar tadi.

PASTIKAN JANJI PKR DITUNAIKAN
Seorang teman yang kalah pada PRU12 bertanya kepada saya, apakah yang perlu dilakukan oleh UMNO di Selangor. Parti itu tidak dapat membentuk kerajaan negeri kerana rakan mereka, MCA dan MIC, kecundang dan terbongkang.
Jawapan saya mudah iaitu UMNO perlu menjadi pembangkang yang baik.
Sebagai pembangkang yang baik, mereka perlu memastikan PKR melaksanakan janji mereka dalam manifesto khas untuk Selangor.
Jadi pengawas le.

ALI RUSTAM PERTAHANKAN JAWATAN
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.
Beliau mengumumkan perkara itu di Air Keroh, hari ini.
Perkara itu dilaporkan oleh Warta Perdana RTM1, malam ini.

MALAYSIAN BUSINESS : APRIL 2008
THE name Jatropha does not ring a bell to many of us. Yet, the potential of this plant is so enormous that it might just be the next big money spinner for Malaysia.
It’s potential for biodiesel production is said to be even bigger than that of palm oil. Check out our latest issue and find out what its commercial potential is and who is jumping on the bandwagon.
Read also what A Kadir Jasin in his Other Thots column has to say about the new Cabinet line-up.
Sunday, April 6, 2008
Saturday, April 5, 2008
TDM DIMINTA BANTU PERKUATKAN UMNO
Malam tadi, beberapa pemimpin bawahan dan atasan UMNO memohon Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti mengkritik kepemimpinan sekarang, melemparkan pelbagai tuduhan kepada Majlis Tertinggi dan berusaha memperbaiki dan memulihkan parti. Ini penting untuk memastikan UMNO pulih, kuat dan relevan pada masa akan datang. Mereka juga memperkatakan mengenai kebebasan bersuara dulu dan sekarang.
Mereka ialah Ahli Majlis Tertinggi dan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Datuk Kamaruddin Mohd Nor (UMNO Pasir Puteh) dan seorang peguam yang pernah ditahan mengikut ISA, Sdr Ruslan Kassim dari Negeri Sembilan.
Ia disiarkan dalam Warta Perdana RTM1.
Semalam, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta semua pihak berfikir secara mendalam memulihkan UMNO dan memastikan parti itu tidak musnah . Beliau meminta TDM berhati-hati dengan kritikannya yang boleh memusnahkan parti.
Semua pihak perlu terus memikirkan usaha memulihkan parti dan menyatukan bangsa Melayu. Kini, bukan masa untuk menuding jari dan menyalahkan individu tertentu sebaliknya berpadu tenaga untuk mendekati rakyat yang menolak BN dan UMNO pada PRU12.
Esok, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Penerangan UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra. Ia untuk memberi penerangan mengenai keadaan terkini UMNO.
Pada masa yang sama, TDM dikatakan akan menemui ahli-ahli UMNO di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur.

MENGAPA SEMUA ORANG SEBUT KJ?
Setakat ini, dua pemimpin veteran UMNO dalam ucapan mereka menyindir, mempersenda, menegur dan membelasah Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menantu Pak Lah. Kemarahan itu disuarakan berdasarkan sebab atau faktor yang hanya diketahui oleh mereka. Perlu ke mereka berbuat demikian? Sudah mual dan meluat agaknya. Entahlah.
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, menegur KJ sejak dari dulu lagi dan diulangi Selasa lalu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Beliau menggelar KJ sebagai budak kanyark (budak mentah atau hingusan kot). Budak hingusan dari Oxford? Wah hebat juga, masih berhingus sudah keluar dari Oxford. Hingusan dalam politik kot?
Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah, pula menyindir KJ di Majlis Perwakilan Khas UMNO Gua Musang. Anak Raja itu berkata KJ hanya layak menjadi pegawai penyelidik di universiti dan tidak boleh menjadi pemimpin Melayu kerana faktor yang disenaraikan termasuk tiada roh Melayu dalam dirinya.
Marah betul Ku Li nampaknya. Mereka yang hadir, ada yang menjerit-jerit dan memberi tepukan gemuruh. Tetapi saya boleh faham dengan kenyataan tegas Ku Li dalam ucapannya itu kerana saya diberitahu ia ditulis oleh seorang blogger yang memang tidak setuju sangat dengan Pak Lah dan KJ. Dalam ertikata lain, blogger itu "memang berbulu" dengan kedua-dua mereka. Betul ke? Jika Ku Li yang tulis semua ucapan itu, adakah beliau akan belasah KJ begitu rupa? Mungkin ia atau sebaliknya. Entahlah.
Kali terakhir saya sepentas dengan KJ ialah ketika berceramah di hadapan Pemuda UMNO beberapa tahun lalu. KJ tersenyum pada saya dan kami tidak berbual. Buat hal masing-masing. Saya pun merasakan tidak perlu untuk berbual dengannya apatah lagi mengetahui kedudukan saya di negara ini. Saya hanyalah menantu Pak Hashim. Semoga roh Pak Hashim dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah. Menantu mithali?
Berbalik kepada KJ ini, pelbagai cerita mengenainya termasuk yang terbaru dalam Pilihan Raya Umum 12 di mana beliau memenangi Parlimen Rembau. Pelbagai cakap-cakap mengenai kemenangannya itu tetapi bagi saya kalau sudah menang tu, tetap menang. Tidak kiralah BN atau PR. Siapa yang tidak puas hati kemukakan bukti ke mahkamah le.
Apa pun, kita tunggu siapa lagi pemimpin UMNO yang akan belasah KJ.
Batu api ke saya ni? Tidak, saya seorang wartawan yang suka memerhati.

Friday, April 4, 2008
ALI RUSTAM SEORANG BLOGGER
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kini sudah menjadi seorang blogger .
Selamat menulis.
Selamat menulis.
MPK GUA MUSANG (4)
Saya berasa hairan mengapa nama-nama besar dalam UMNO tidak hadir pada MPK UMNO Gua Musang pada hari ini.
Adakah mereka tidak menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dan tidak mahu bersekongkol dengannya atau takut untuk menampilkan diri? Istilah takut mungkin tidak betul atau pandangan yang sedikit ultra tetapi hakikatnya Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara tidak muncul dalam MPK Gua Musang. Adalah beberapa orang saja.
Saya terdengar seseorang menyuarakan pandangannya bahawa MPK UMNO Gua Musang adalah himpunan semula bekas-bekas pemimpin Parti Semangat 46. Betul ke ni?
Apapun, ahli dan pemimpin UMNO perlu memikirkan strategi terbaik untuk merapatkan hubungan parti dengan bangsa Melayu ketika ini. Itupun sudah dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan memerlukan sokongan penuh ahli serta pemimpin UMNO seluruh negara.

MPK GUA MUSANG (3)
11 pagi - Mesyuarat Perwakilan Khas UMNO Gua Musang bermula.
- Perwakilan luar dijemput makan.
USUL GUA MUSANG
"Bahawa Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang yang diadakan pada hari ini (Jumaat 4.4.08) bersetuju membincangkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, UMNO dan masa depan orang Melayu serta mengambil tindakan-dakan segera membaiki keadaan sekarang ini termasuk meluluskan pindaan kepada Perlembagaaan UMNO seperti berikut:
FASAL 8 PERHIMPUNAN AGUNG
Diwujudkan satu FASAL BARU 8.3.5 YANG BERBUNYI
"Memilih sebuah jawatankuasa Pemilihan yang bebas, mengandungi 21 orang ahli yang tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam mana-mana jawatan dalam parti dan berkuasa memilih Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mereka sendiri. Jawatankuasa juga berkuasa serta bertanggungjawab mengurus dan mengendali pencalonan-pencalonan dan pemilihan-pemilihan semua jawatan menurut kehendak Perlembagaan serta berkuasa menentukan cara-cara menjalankan kerja-kerjanya untuk menyempurnakan tanggungjawab ini.
FASAL 9 MAJLIS TERTINGGI
Fasal 9.2.7 dimansuh dan diganti dengan FASAL 9.2.7 yang berbunyi.
"Tidak lebih daripada tiga puluh lima orang yang dipilih oleh Ahli-ahli parti.
Fasal 9.3 dimansuh dan diganti dengan FASAL 9.3 yang berbunyi.
"Presiden, Timbalan Presiden, Tiga orang Naib Presiden dan tiga puluh lima orang Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dipilih oleh Ahli-ahli Parti setiap tiga tahun sekali.
Fasal 9.4 dimansuh dan diganti dengan FASAL 9.4 yang berbunyi,
"Ketua dan Naib Ketua Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Wanita, Ketua dan Naib Ketua Puteri hendaklah dipilih oleh Ahli-ahli Pemuda, Wanita dan Puteri tiap-tiap 3 tahun sekali. Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa Naib Presiden."
Fasal 9.5 dimansuh dan diganti dengan FASAL 9.5 yang berbunyi,
"Calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah menjadi ahli selama 5 tahun pada tarikh pendaftaran pencalonan yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi."
Fasal 9.11 dimansuh dan diganti dengan FASAL 9.11 yang berbunyi,
"Jika kesemua Ahli Majlis Tertinggi berhenti serentak, maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh hari menetapkan tarikh pengundian oleh tiap-tiap ahli dan menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis Tertinggi yang baru tertubuh itu."
FASAL 10 TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI
Diwujudkan satu FASAL BARU 10.1A yang berbunyi,
"Menetapkan tarikh Persidangan Cawangan-cawangan untuk memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan dan menetapkan tarikh pendaftaran calon-calon."
FASAL 10.3 Dimansuh
Fasal 10.14 dimansuh dan diganti dengan FASAL 10.14 yang berbunyi,
"Menetapkan tarikh Perhimpunan Agung, Perwakilan Bahagian dan Persidangan Cawangan."
Fasal 12.5 dimansuh dan diganti dengan FASAL 12.5 yang berbunyi,
"Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan hendaklah dipilih oleh tiap-tiap anggota Jawatankuasa Bahagian dan Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan berkenaan dan memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi."
FASAL 14.5.1 Dimansuh
FASAL 14.5.4 Dimansuh
FASAL 15 JAWATANKUASA BAHAGIAN
Fasal 15.1.7 dimansuh dan diganti dengan FASAL 15.1.7 yang berbunyi,
"Tidak lebih daripada dua puluh orang yang dipilih oleh Ahli-ahli Parti di dalam bahagian tersebut."
FASAL 15.5 Dimansuh
Fasal 15.8 dimansuh dan diganti dengan FASAL 15.8 yang berbunyi,
"Jika semua Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak maka Majlis Tertinggi akan menetapkan satu tarikh pemilihan untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya."
FASAL 15.13.1 Dimansuh
FASAL 17 CAWANGAN
Fasal 17.5.4 dimansuh dan diganti dengan FASAL 17.5.4 yang berbunyi,
"Memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan tiap-tiap tiga tahun sekali."
FASAL 17.5.7 Dimansuh
Diwujudkan satu FASAL BARU 17.5.9 yang berbunyi,
"Memilih calon bagi Pilihanraya Dewan Rakyat, Calon bagi Pilihanraya Dewan Negeri, Calon bagi anggota-anggota Majlis Bandaraya, Majlis Tempatan dan Daerah untuk kawasan-kawasan berkenaan untuk pilihanaya berikutnya."
FASAL 18 JAWATANKUASA CAWANGAN
Fasal 18.1.7 dimansuh dan diganti dengan FASAL 18.1.7 yang berbunyi,
"Tidak lebih daripada 15 orang yang dipilih oleh Ahli-ahli di dalam Persidangan Cawangan"
Diwujudkan satu FASAL BARU 18.12.12 yang berbunyi,
"Mencadang kepada Persidangan Cawangan Calon Pilihanraya Dewan Rakyat, Calon Pilihanraya Dewan Negeri, Calon bagi anggota-anggota Majlis Bandaraya, Calon bagi Majlis Tempatan dan Daerah untuk kawasan-kawasan berkenaan daripada senarai ahli-ahli yang telah mendaftar keinginan sendiri untuk menjadi calon-calon berkenaan."
dan memohon Majlis Tertinggi mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 11.5.2008 atau pada mana-mana tarikh yang sesuai membincang usul ini secepat mungkin untuk menimbang semua perkara yang terkandung dalam usul ini."

MPK GUA MUSANG (2)
Fakta Terkini:
9.45 pagi - hampir tiga suku daripada khemah yang disediakan sudah dipenuhi.
Antara ahli UMNO yang ditemui ialah dari Beaufort, Sabah. UMNO Beaufort diketuai oleh Datuk Lajim Haji Okim.
10.00 pagi - TR masuk ke Dewan disambut oleh pemerhati dan perwakilan
- Selawat
- Doa oleh Ustadz Bustaman Ibrahim(AJK Bahagian Gua Musang)
- Lagu Negaraku dan UMNO
10.26 pagi - Ucapan Perasmian TR
- UMNO melalui pengalaman buruk pada PRU12
- Sejak ditubuhkan UMNO tidak pernah tercabar begitu buruk
- Sejarah UMNO
- Senjata Melayu ketika itu ialah kecintaan pada negara, bangsa dan agamai
- Mengupas mengenai PRU12
- UMNO parti besar iaitu 191 bahagian tetapi dapat kerusi yang kecil
- Dua perkembangan mengejut - jatuhnya empat buah negeri ke tangan Pakatan Rakyat. Itu petanda BN dan UMNO yang memerintah sejak 1955 tidak lagi dapat sokongan daripada rakyat Malaysia daripada semua kaum. Hanya 48 peratus rakyat sokong BN.
- Rakyat mahu kerajaan yang lebih cekap, bersih, adil, amanah dan prorakyat tanpa mengira kaum. Kerajaan perlu selesaikan masalah rakyat dan menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan orang atas dan wakil rakyat. Ini termasuk rakaman video Lingam.
- Mengupas isu video Lingam.
- Hakim hanya membaca keputusan yang ditulis peguam. Memalukan Melayu dan agama Islam. Memusnahkan kredibiliti kerajaan BN.
- Setelah sebulan UMNO dan BN mengalami malapetaka tetapi tiada apa yang diambil oleh pucuk pimpinan parti. Tiada usaha bawa perwakilan untuk muhasabah. Bicara secara matang, rasional untuk bincang masalah sendiri. Tujuan untuk memperbaiki diri dan mengelakkan berlakunya kejadian yang lebih buruk. Ada reaksi dan pandangan daripada orang perseorangan dan pemimpin dan Menteri UMNO. Ada kata kita tidak kalah, masih menang. BN akan bangkit semula dan menebus. Ada kata orang Melayu tidak kenang jasa. Ada yang menyalahkan generasi muda Melayu.
- Ada Melayu yang sering menyalahkan orang lain.
- Sebenarnya kelemahan kepemimpinan UMNO itu sendiri. Ini termasuk Menteri UMNO yang tidak mempunyai rekod kepemimpinan yang baik. Masalah UMNO bukan masalah orang tertentu tetapi masalah semua orang. UMNO bukan kelab elit tetapi parti politik kebangsaan Melayu. Bukan jaga periuk nasi orang atasan tetapi memperkuatkan tiang utama alif ba ta. Agama, Bangsa dan Tanahair. Jika tidak jaga ini akan dilaknati Allah SwT. Bagaimana kita tidak mahu orang Melayu melarikan diri meninggalkan kapal yang sering ditinggalkan oleh nakhoda. Perlu bertindak segera untuk mengatasi sekarang.
- Perlu diadakan sidang muhasabah untuk bincang nasib parti dan bangsa Melayu. Rakyat dulu tidak sama dengan rakyat dulu. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita dan harapan mereka yang berbeza dengan ibubapa generasi baru.
- Tiga kelemahan UMNO.
- 1. Musnahnya demokrasi dalam UMNO. Ini berikutan Pindaan perlembagaan parti untuk adakan 30 peratus untuk calon presiden. Akibahnya menjadi beku dan bantut. Wujudnya rasuah politik dan lahirnya banyak pak turut dan tukang ampu yang sentiasa tidak bermoral dan berprinsip menyokong pemimpin walaupun pemimpin itu lemah.
- Untuk selamakan UMNO untuk jadi cekap, relevan - demokrasi perlu dikembalikan kepada UMNO dengan kuota dihapuskan dan parti hendaklah mengawal kerajaan. Ahli UMNO yang menganggotai kerajaan tidak perlu lebih berkuasa daripada parti. Logik cadangan ini PM, TPM dan Menteri tidak akan memegang jawatan itu jika tidak terlebih dahulu dipilih oleh ahli UMNO. Jika PM menjahanamkan bahasa mesti didisiplin oleh parti.
2. Dasar dan visi UMNO perlu merentasi semua kaum. Jangan dilihat untuk kaum tertentu. Visi alif ba ta tetap diperjuangkan tetapi untuk projek rakyat UMNO perlu memprojek untuk semua kaum. UMNO perlu menjadi parti supraetnik. UMNO kini ada tiga imej - pandangan Melayu, bukan Melayu dan imej parti menggalakkan rasuah politik atau parti korup yang tidak segan silu mengaut keuntungan, Kini ada orang India dan Cina kibar bendera PAS kerana fikir parti itu lebih Islam daripada UMNO.
Inilah cabaran oleh UMNO.
3. Moral orang UMNO perlu diadatkan. Jangan sombong dan angkuh. Dalam PRU12 ada calon yang hendak hilang deposit calon lawan. Di Kelantan, ada orang UMNO hendak berperang dengan PAS seperti perang salib atau Presiden Bush. Itu bukan caranya.
UMNO perlu baiki diri agar imej tidak rosak. Biadap kerana terlalu yakin dengan parti dan tidak nampak kelemahan mereka. Jiwa dan roh Melayu digantikan jiwa beruk. Perlu menggantikan orang di atas. Ada orang Oxford tetapi tidak cerdik dan tidak memiliki roh Melayu. Mereka layak jadi pegawai penyelidik di Universiti tetapi tidak layak menjadi pemimpin Melayu.
Pemimpin perlu memahami budaya orang Melayu.
- EGM perlu diadakan sebelum perhimpunan Agung pada Disember ini.
- Kita tidak mahu ahli UMNO yang datang tidak merasakan ada kelemahan sekarang jika kita tidak muhasabah diri. Maka mereka pilih pemimpin yang sama. Maka kita akan menghadapi malapetaka. Habis - jam 11.05 pagi.

MPK UMNO GUA MUSANG (1)
Mesyuarat Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang Tahun 2008
Tarikh : 4 April 2008
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan Balai Rakyat Bukit Cekati
Perasmian oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.
Fakta:
7 pagi - Orang ramai mula berkumpul di kaki Bukit Cekati
- Mula memanjat bukit untuk ke Dewan Balai Rakyat Bukit Cekati
- Tempat letak kereta disediakan.
- Dewan Rakyat Bukit Cekati boleh memuatkan 5,000 orang.
- 29 khemah untuk pemerhati dan perwakilan UMNO luar (40 X 20 kaki)
- 3 khemah untuk orang Asli
- 2 khemah untuk media
- 2 khemah pendaftaran
- 10 khemah di perkarangan rumah TR

Thursday, April 3, 2008
HISHAM TIDAK TANDING KETUA PEMUDA
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini.
Ini dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.
Pengumuman ini membuka ruang kepada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk bertanding jawatan itu seperti yang diumumkan mereka sebelum ini.
DS Hishamuddin juga tidak menyatakan siapakah calon pilihannya.
Beliau menegaskan bukan tradisi parti agar Naib Ketua sekarang Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambialih jawatan ketua. Terpulanglah kepada ahli Pemuda untuk memilih pemimpin mereka bersesuaian dengan keadaan politik sekarang.

EGM BATU PAHAT PILIH PUCUK PIMPINAN?
Saya pernah menulis mengenai Dr Haji Mohd Puad Zakarshi , sebelum ini. Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor ini sudah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat. Tahniah dan selamat menjalankan tugas.
Cuma sedih, orang yang saya lihat pemimpin pelapis UMNO tidak mendapat tempat dalam Kabinet baru-baru ini. Ramai sangat orang Johor kot? Mungkin tidak masuk dalam "buku" sesetengah pihak. Tapi takpe teruskan perjuangan demi menegakkan maruah dan martabat bangsa. Jangan berhenti setakat ini.
Selasa lalu, Dr Puad mengambil bahagian dalam forum anjuran MYKMU.NET di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Dalam forum itu beliau memuji Tun Dr Mahathir Mohamad dan memanggil bekas PM itu sebagai "yang mulia". Begitu tinggi penghormatannya.
Intipati ucapan Dr Puad ialah ahli UMNO perlu berani untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai segala kepincangan yang berlaku dalam parti sekarang. Kepincangan? Bagi Dr Puad, mereka jangan takut dan menjadi pengecut untuk bersuara. Mereka jangan mengangguk-angguk saja dalam semua hal tetapi menyatakan yang benar demi kepentingan negara, bangsa Melayu dan Islam. Golongan Pemuda juga jangan saja mewarisi kepemimpinan tetapi mewarisi perjuangan. Pandangan yang bernas dan hebat.
Apapun, saya mendengar selepas EGM di Gua Musang pada Jumaat ini, bahagian beliau pula akan mengambil langkah yang sama untuk mengadakan EGM. Cuma yang berbeza ialah EGM Batu Pahat bukan untuk membincangkan isu kuota pencalonan parti tetapi lebih daripada itu iaitu menyerahkan kepada peringkat akar umbi mengenai siapakah pilihan mereka untuk menerajui UMNO. Mereka bebas untuk menyatakan pandangan sama ada Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Tok Ali, Syed Hamid, Ku Li, Tun Musa, Ghani Othman atau pemimpin lain waima Tun Dr Mahathir Mohamad sekalipun. Tun menerajui UMNO semula?
Pastilah macam-macam pandangan dan pilihan. Yang penting ahli UMNO jangan emosi dan menghentam pemimpin tidak tentu arah. Jaga mulut. Jaga adab sopan. Bangsa Melayu jika ingin tunjuk "kurang ajar" sekalipun dibuat secara bersopan santun. Berpantun dan berseloka?
Jika EGM diadakan, marilah kita tengok keputusannya nanti. Akan ada kejutan ke? Atau ahli UMNO terus memilih kepemimpinan yang ada demi untuk mengukuhkan parti? Atau sudah letih dan bosan?
Selamatkanlah bangsa Melayu.

Wednesday, April 2, 2008
BILA ISU EGM UMNO AKAN HABIS?
Jumaat ini akan diadakan "Mesyuarat Agung Luar Biasa Bahagian Gua Musang" untuk membincangkan keperluan mengadakan EGM di peringkat Pusat. Ia akan diadakan di pejabat UMNO Bukit Chekati, Gua Musang. Saya mendapat tahu, ketua-ketua bahagian di seluruh negara juga akan dijemput untuk hadir di majlis berkenaan.
Ada pihak ada menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam akan hadir. Betul ke? Jika TDM mungkin betul, tetapi TMH takkan pula hendak datang kerana selama ini beliau memberi sokongan penuh kepada Pak Lah. Malah beliau kini menerajui WPI, satu projek besar kerajaan. Ada juga maklumat ahli UMNO seluruh negara akan datang berduyun-duyun dengan berpuluh bas. Apa ni? Adakah maklumat ini disebarkan untuk menarik lebih ramai hadir di majlis berkenaan. Tak tahulah. Kalau tiada, katakan tiada. Periksa dulu sebelum datang.
Nampaknya, Ketua Bahagian UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, serius untuk mendesak pemimpin tertinggi UMNO untuk mengadakan EGM. Walaupun, keputusan mungkin boleh diramalkan kerana bahagian itu diterajui oleh TR, persoalannya adakah EGM di peringkat pusat akan diadakan semata-mata desakan satu bahagian saja.
Nampaknya, isu membabitkan UMNO ini tidak kesudahan kerana daripada satu forum pasca PRU12 di Hotel Singgahsana pada Selasa lalu, kini beralih kepada EGM Gua Musang pula. Selepas ini apakah aktiviti lain yang ingin diadakan oleh kumpulan ini.
Pak Lah dan Kabinetnya nampaknya sudah mula bekerja. Tetapi isu EGM UMNO ini semacam tidak habis-habis. Macam mana ni? Media arus perdana juga melaporkan forum anjuran MYKMU.NET semalam dan memberi liputan yang baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)