Wednesday, April 30, 2008

MEREKA DAH BUAT DAHHH....

Seorang teman telefon sebentar tadi bertanyakan mengapa saya tidak menulis mengenai gelagat Ahli Parimen (MP) ketika bersidang hari ini. Kecoh dan macam adegan pergaduhan budak-budak di kampung. Beliau yang menonton berita di televisyen amat bersetuju dengan Speaker DR, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa keadaan dalam Parlimen hari ini seperti pasar. Beliau bertanya mengapa "pendekar" tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal pengacau-pengacau dalam DR berkenaan.

Sebenarnya, saya tidak mahu menulis lagi mengenai gelagat MP dan lebih berminat mengutarakan isu yang dibincangkan. Saya sudah menjangka keadaan kekecohan ini berlaku apatah lagi mereka mengetahui bahawa adanya siaran secara langsung oleh RTM. Itu sebab saya meminta mereka berhujjah secara profesional untuk kepentingan rakyat. Bukannya mencari publisiti murah atau menjadikan Parlimen sebagai sarkas menghiburkan penonton.

Bagi saya, sejak semalam persidangan sudah bermula dengan contoh tidak baik dengan mengemukakan perkara-perkara remeh dan ini sudah pasti tidak baik untuk MP yang pertama kali menjejaki kaki ke Parlimen. Sudah tentu mereka mengikut dan mengambil "perangai" buruk MP lama itu, yang berniat ingin menjadi jagoan atau untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka.

Sudahlah, berhentikan permainan sarkas itu dan tumpukan perhatian kepada isu semasa seperti masalah keperluan harian rakyat yang semakin hari semakin mencabar. Hayatilah ucapan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan yang mengingatkan MP agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi berjuang untuk kepentingan rakyat.

Saya yakin ketika ini, Pak Lawak atau joker lama yang ingin menjadi jagoan akan memikirkan apa yang boleh dilakukan lagi untuk menguji Speaker baru di samping menyusun strategi untuk memalukan antara satu sama lain. Bagi mereka, Speaker perlu diuji untuk memastikan mereka boleh buat "perangai tidak senonoh" itu selalu pada persidangan seterusnya. Bagi sesetengah ahli pembangkang, jika boleh Perdana Menteri dan Timbalannya juga ingin dimalukan demi untuk mempopularkan parti masing-masing.

Panggilan dan kata kesat? Hari inipun, MP sudah berperangai seperti budak-budak atau lebih rendah iaitu bayi dengan memanggil nama "big foot" dan "big monkey" antara mereka. Karpal Singh memanggil Bung Mokhtar "big foot", Bung Mokhtar memanggil Karpal Singh "big monkey". Pakai kot hitam, nampak macam orang tua dan mengenakan tali leher macam orang korporat tetapi menjerit-jerit memberi pelbagai nama, macam budak-budak.

Alo, jadilah orang dewasa dan berhujjahlah secara profesional.

Kalau tidak mahu jadi MP, jadilah kanak-kanak dan bermainlah pondok-pondok di kampung atau taman perumahan masing-masing. Ingatlah, rakyat sedang memerhatikan anda dan jangan tersilap langkah sehingga kecundang pula pada PRU13, gara-gara berperangai semacam budak-budak.

Alo, jadilah orang dewasa untuk sekian kalinya. Berubahlah untuk kepentingan rakyat.

9 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
hah,kan,kan dah cakap mesti jadi macam pertunjukkan sarkas.namun saya amat tidak bersetuju dgn kenyataan menteri penerangan yg berhasrat utk membatalkan siaran langsung dari parlimen.para penonton buletin utama sebanyak 93% juga tidak bersetuju.oleh itu diharapkan agar ia tidak dibatalkan.
kan baru nak `warm up`lagipun melalui siaran langsung inilah para pengundi akan menilai setiap MP mereka utk pengundian yg akan dtg.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya boleh merasakan kekecewaan Menteri Penerangan itu. Hasrat kerajaan murni mengadakan siaran langsung bagi membolehkan rakyat melihat bagaimana MP berhujjah di Parlimen tetapi lain pula jadinya.

Jika macam pasar atau sarkas, lebih baik tidak payah tunjuk live kerana menghabiskan boreh saja.

Wakmasnoor said...

'Its a show of power and show of strength...but stupidity looms larger than life...'


Mereka2 yang tidak beretika tapi bersemangat tinggi ini...adalah mereka2 yang mencari 'populariti' murahan di kaca tv di hadapan 27 juta Rakyat Malaysia.

They should stop self-interest politicking and start to business. They are paid to represent the Rakyat. And they are voted to help the Rakyat. Not entertaining the now much suffering Rakyat.

epain said...

first class parliment?....low class!!

mcm sy pernah ckp sebelum ni...biarkan dulu siaran langsung ni...

biar rakyat nilai..YB YB yg mereka pilih....walau siapa pun mereka ni..jgn lupa "there is evil in every man's heart"....let people see the evil inside...

ibrahim yahaya said...

Sdr Wakmasnoor,

MP perlu memikirkan pendekatan terbaik untuk membantu rakyat menghadapi masalah kekurangan bekalan serta kenaikan harga barangan keperluan.

PM berkata kerajaan akan menubuhkan badan seperti MAPEN untuk memikirkan pendekatan dan strategi untuk mengatasi masalah berkaitan barang keperluan. Itu di pihak kerajaan.

Bagaimana pula pandangan MP lain? Mereka perlu mengutarakan adakah cukup dengan penubuhan MAPEN atau ada cadangan bernas yang lain.

Beras umpamanya, banyak rintihan di bawah agar monopoli pembelian beras dihapuskan dan diberikan kepada banyak syarikat. Adakah MP boleh berhujjah mengenai perkara ini? Apakah MP tidak turun ke akar umbi bertanya dengan petani mengenai masalah mereka sekarang? Jika sudah buat, ok la tu.

Dalam keadaan sekarang, penanam padilah yang sepatutnya menjadi kaya kerana harga beras naik, seperti juga penoreh getah. Tetapi adakah ia berlaku sedemikian? Inilah antara perkara yang perlu difikirkan oleh semua MP tidak kira kerajaan atau pembangkang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Siaran langsung tu perkara kedua. Yang penting ialah sikap profesionalisme MP.

Jika mereka bersikap profesional dan tidak bertindak seperti budak-budak, semuanya akan beres. Sikap ini yang perlu diperbetulkan.

farzain said...

Tuan,

saya amat bersetuju. apa gunanya hendak membicarkan tentang hal2 remeh yang tiada kaitan dalam parlimen. Kalau semua benda begini pun nak disensasikan, kita akan terlepas pandang hal2 yang lebih penting yang perlu diberi perhatian. Janganlah hanya mahu mencari kesilapan!

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Tindakan MP yang sudah ketinggalan zaman.

1. Mengacau MP daripada berlainan parti.
2. Menganggu ketika MP berlainan parti mengemukakan pandangan yang bernas.
3. Mencelah semata-mata untuk membuat lawak jenaka atau untuk menghiburkan MP lain. Sekali-sekala boleh dimaafkan. Jika selalu silalah memohon untuk menjadi peserta "Raja Lawak".
4. Memanggil pelbagai nama.
5. Tidak memberi laluan walaupun seseorang MP sudah dibenarkan oleh Speaker.
6. MP yang bertanyakan soalan bodoh dan lemah.
7. Melemparkan tuduhan terhadap sesuatu rancangan tanpa mempunyai fakta dan hujjah yang konkrit.
8. Menguji kesabaran Speaker.
9. Menjerit-jerit macam berada di gelanggang wrestling.
10. Membangkitkan semangat perkauman.

Unknown said...

apa punya fikiran la ampa ni..kolot sungguh...ahli parlimen tu ckp benda yg btol yg hampa buat salah ampa kata dia mcm budak2..ampa tu buat perangai kot belakang ,rasuah sna sni,mcm2 ..PM tu kepala penjahat tu..anak2 buah mcm ampa ikut ja dia kata apa..jadi barua hampa ni.. fikirlah sama..dia mmpergunakn ampa ja..hahaha..BN budak2 baru blajaq...
klu masih berhingus tu jgn buat pandai..nanti sendiri kelaparan, kehausan nanati pula salahkn takdir..harap phm..haha