Wednesday, April 30, 2008
BUKU CHEF ANUAR 2
(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)
Kali pertama saya bertemu Chef Anuar apabila rakan lama BH, Sdr Salleh Siden, membawanya ke BPSB untuk mencari peluang-peluang penulisan resipi masakan dan makanan. Ketika itu, saya adalah Pengarang Kanan BPSB. Saya pun mengesyorkan kepada Pengarang Jelita ketika itu, Sdr Rohani Pawanchik, agar Chef Anuar diberikan peluang untuk memanjangkan bakatnya. Selepas itu, semuanya berjalan lancar.
Ikuti sinopsis buku Chef Anuar.
Buku Langkah Demi Langkah Bersama Chef Anuar 2 ini memenuhi permintaan daripada peminat dan pengikutnya, Chef Anuar Draman menghasilkan 60 lagi resipi terbaru melalui buku ini.
Selain kek, biskut, pastri dan manisan, buku ini memaparkan juga langkah demi langkah cara membuat coklat dan kraf gula untuk hiasan, Chocolate Topping, Krim Coklat Ganache, Krim Mentega, Kek Span Coklat, Doh Pastri dan Doh Pastri Paf.
Bagi yang masih keliru cara betul melipat kelongsong kertas, ditunjukkan juga kaedahnya.
Berasaskan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penyajian, pastri dan bakeri, Chef Anuar mula diperkenalkan melalui ruangan Sajian dan Langkah Demi Langkah majalah Jelita pada 2004.
Kini beliau semakin terkenal apabila berkongsi kepakarannya melalui kelas dan kursus anjuran Berita Publishing Sdn Bhd, pertubuhan wanita, badan bukan kerajaan dan badan berkanun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tmpg tanya.. mcm mana nak dapatkan buku chef anuar edisi ke-2, saya dah ada yg no 1 tapi no 2 tak dapat cari..
Post a Comment