Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak berganjak untuk mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu pertemuan dengan ahli dan pemimpin UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, yang diketuai oleh Kapten (B) Dato' Zahar Hashim.
Blogger Big Dog mempunyai butiran lanjut mengenai tindakan "hulubalang" Pak Lah itu. Bagi TS Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mike Tyson, Pak Lah bukan punca kekalahan BN atau UMNO pada PRU12 yang lalu. Banyak lagi punca atau faktor kekalahan UMNO. Mike Tyson adalah antara pemimpin UMNO yang mempertahankan Presiden mereka.
Dalam pada itu, bangsa Melayu kini berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk membincangkan nasib mereka terutama apa yang sudah berlaku dengan parti tunjang BN iaitu UMNO pada pilihan raya umum yang lalu.
Apakah bangsa Melayu kini sudah berpecah kepada tiga kumpulan iaitu penyokong UMNO, PKR dan PAS?
Bagaimana pula ahli-ahli UMNO yang mungkin berpecah kepada beberapa kumpulan. Menyokong Pak Lah, bersetuju dengan pandangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad serta mahu Tengku Razaleigh Hamzah menerajui parti selepas Disember ini.
Selain itu, mereka juga resah gelisah dengan perbalahan di antara bekas pemimpin dan pemimpin UMNO sekarang yang sudah sampai ke peringkat "membasuh punggung di khalayak ramai".
Apakah bangsa Melayu mahu terus dimalukan oleh bangsa mereka sendiri?
Saturday, April 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam tengahari,
bangsa melayu dimalukan oleh manusia jenis macam mat mike tyson.sementelahan lagi UMNO mempunyai penyakit mengguna semula si polan itu si polan ini macam lah si polan yang lain dah ketandusan.
kesimpulannya bila biar penyakit melarat dan tahu diri berpenyakit enggan berubat ia kan merebak mungkin menjadi barah.susah dah kalau dah jadi barah tahap ketiga barah tahap pertama pun kalau dah diubat boleh menular kembali inikan pula barah tahap ketiga.
hmmm...program kitar semula dalam UMNO bukanlah sesuatu perkara yang baik tetapi jelek iya...itu perlu diketahui di sini dong...tetapi kepala pemimpin seperti buat derkkk jer...ini menunjukkan masalah ketidakupayaan untuk memimpin dan tidak ada lagi daya untuk memikirkan sumber yang bernas.
oleh itu segeralah pulang jikalau kamu enggan pulang nescaya kamu dengan secara paksa(MUNGKIN AKAN MENJADI PAKSA YANG SADIS)akan dipulangkan dan segala sejarah hidup politik anda akan terpadam dari muka bumi Malaysia.
Sdr Awang,
Dalam memilih pemimpin pelapis, kita perlu memilih pemimpin yang benar-benar matang dan mempunyai aura sebagai pemimpin.
Kawan saya yang berada di dalam PWTC tempoh hari ketika Pak Lah bertemu dengan jentera biro penerangan parti, memberitahu saya ada pemimpin pelapis yang duduk di barisan hadapan dewan menjerit-jerit seperti "budak-budak" untuk memberikan maklumat kepada Pak Lah.
Tidak payahlah menjerit-jerit. Bukankah elok tugas menjerit-jerit itu diberikan kepada orang lain seperti "gurkha-gurkha" parti.
Jika pemimpin pelapis yang bertaraf menteri mahu jadi gurkha, berhentilah menjadi pemimpin pelapis. Kelihatan tidak manis dan terlampau bodoh sangat. Apa ni?
The LAST PERSON/FACE on earth, one would want to see in PM Abdullah's cabinet is Muhamad Taib aka Mike Tyson. YET that was what HAPPENED.
Two words to sum up Mad Taib appointments are: UNBELIEVABLE AND AMUSABLE.
Im NOT just being UNFORGIVEN towards Pak Lah; WORST, i cant forgive myself EITHER, in hearing Mad Taib names among the new ministers and entrusted to care the Rakyat and the govt spending through its ministry.
Hope our SACRED HARD-EARNED MONEY given to the Govt WONT ends up somewhere in AUSTRALIA.
Sdr Wakmasnoor,
Paklah must has a good and strong reason to choose Mike Tyson. Only, Paklah knows the "strength" and "X-factor" Mike Tyson had.
Nevertheless, Paklah also must listen to other voices especially those who know Mike Tyson other "strength" and "capability".
aduhai mike tyson...
apa kata ikuti cerita ike tyson sebenar....
masig "garang" utk berboxing...penyudahnya terpaksa gigit telinga holyfield....
last2 tak boleh pg lg...sekang jd "demo boxer" je sbb nak settle hutang....
takpelah...mike tyson kat msia ni dah tak pakai "don king" sbg promoter...
terpaksa promote diri sendiri...nasib baik dpt balik "undisputed title" (pengerusi umno negeri + jawatan kabinet)
asslamualaikum,
mike tyson jenis ni memang patut bersara.Dah lah memalukan parti waktu dia berkuasa.Nak tunjuk hero plak sekarang.
Kita cadangkan hantar mek teson ni masuk kandang tomoi.Biar dia tahu sakitnya satu badan.
kenapa dia pertahankan Pak Lah?
sebab dia dapat jwatan kabinet tu,jadi kena ler pertahankan jawatannya atas platform Pak Lah.
Kalau atas platform Tomoi,dah lama rasanya duduk rumah kaki tergantung.
Post a Comment