Tuesday, April 22, 2008

MENGAPA KOS REBRANDING MAHAL?

Ketika membincangkan program rebranding, seorang kawan bertanya kepada saya mengapa jumlahnya mencecahkan sehingga berjuta-juta ringgit.

Seperti dinyatakan oleh seorang pembaca blog ini AHM dalam entry mengenai AGRO BANK bahawa program rebranding sesuatu syarikat boleh mencecah sehingga RM8 juta hingga RM10 juta. Kos itu yang perlu dibelanjakan oleh syarikat.

Saya menjelaskan bahawa untuk membuat rebranding ini bukan mudah dan banyak kerja jika sesebuah syarikat yang dilantik menjadi perunding. Tidak tahulah saya, jika ada syarikat yang boleh membuat rebranding pada kos yang kecil atau murah. Namun jika dibuat oleh kakitangan kreatif dalaman lebih murah.

Tetapi yang penting, kualiti program itu. Jika kos murah tetapi tidak berkesan, tidak guna juga. Begitu juga sebaliknya.

Rebranding ini membabitkan beberapa perkara termasuklah:

1. Advertising / Media (Pengiklanan dan Media)
i.Corporate Advertising
ii.Product Advertising
iii. Supplements (Media)

2. Public Relations (Perhubungan Awam)
i. Media relations
ii. Government relations:-
- Sehari Bersama Pelanggan
- Merdeka Parade
- Labours Day Parade
- Maal Hijrah Parade
- Regulatory Recreational activities
- Corporate Video

3. Sponsorship and Corporate Social Responsibility Programs (Program Tajaan)
i. Programs
ii. Sponsorship and Donations

4. Corporate Events (Majlis Korporat)

i. Festive Open House
ii. Signing Ceremony
iii.Product Launching
iv. Visit

5. Investor relations (Hubungan Pelabur)
i. Publication of Annual Report
ii. AGM & EGM
iii.Website Management
iv.Publications
v. Corporate premiums
vi. Corporate Gifts.
vii.Festive Cards

6. Employee Relations (Hubungan Kakitangan)
i. Newsletters
ii. Annual Dinner
iii. Festive Open House
iv. Sports Carnival

7. Other programs.

Banyak program yang kena buat.

Maka itu, banyaklah kos yang perlu dibelanjakan.

2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Lepas tu semua letterhead, business card, signages, dan apa-apa yang ada logo perlu ditukar baru. Termasuklah logo pada lori, van, t-shirt, billboard, bas-bas, dsbnya.

Setakat kos logo sahaja tidaklah semahal mana, walaupun ambil agency yang mahal.

Tapi janganlah sampai suruh kerani IT aje design logo baru guna Microsoft Word, hanya kerana nak jimat kos. Kerana kos rebranding bukan sekadar upah design logo sahaja.

Macam kalau tengok logo baru Bank Islam dan logo Amanah Raya...

Ini mesti belanja teh tarik kat pegawai IT atau kerani akaun untuk suruh buat logo. Entah-entah kerani yang sama yang buat logo tu...

Bila tukar logo, ramai orang akan dapat durian runtuh sikit. Apatah lagi kalau bank yang tukar logo. Belum buka pintu lagi, semua Deposit Slip dgn logo baru mesti dah siap kena cetak.

Yang penting ialah kualiti program itu? Program rebranding tu ke? Bukankah yang penting ialah perkhidmatan syarikat itu? Byk dilihat syarikat melalui proses rebranding dengan imej baru yg begitu hebat, tetapi perkhidmatannya masih ditahap lama. Itu yang sedih.

Logo IBM dah berpuluh tahun tak berubah. Logo Apple, Microsoft, McDonald's sekadar update serba sedikit.

Yang membuatkan syarikat maju dan mantap bukanlah logonya, tetapi perkhidmatan, produk, dan pengurusannya. Logo itu melengkapkan imej korporat sahaja.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Kita amat berharaplah perubahan nama dan logo Bank Pertanian itu akan selari dengan perkhidmatan yang diberikan kepada golongan petani. Jika tidak, semua wang yang dibelanjakan akan masuk ke dalam longkang dan parit besar.

Kawan memberitahu saya bahawa di India, bank yang ditugaskan membantu petani membuka cawangannya di setiap kampung yang mempunyai aktiviti pertanian agar penduduk mudah untuk berurusan termasuk membuat pinjaman.

Bank Pertanian perlu memastikan petani mendapat pinjaman dengan mudah tanpa banyak karenah birokrasi yang tidak selari dengan penubuhan bank berkenaan.

Carilah pendekatan terbaik untuk membantu petani termasuk membenarkan geran tanah dijadikan sandaran atau cagaran. Jangan pula minta slip gaji dan beberapa penjamin kerana sampai kiamat pun petani tiada slip gaji dan tiada orang yang waras mahu menjamin petani yang membuat pinjaman.

Kalau sudah beri pinjaman, tolong pula beri khidmat nasihat dan selalulah monitor pencapaian mereka akan duit pinjaman tidak digunakan untuk membeli kereta mewah dan bernikah satu lagi.