Pagi yang indah di Putra Heights.
Matahari mula menunjukkan mukanya.
Kicauan burung-burung yang menjengok di taman hijauku amat mengasyikkan.
Tetapi aku masih merasa kekurangan. Kekosongan.
Apa yang kurang walaupun aku keasyikkan?
Isteri tiada di sisi. Menjalankan tugas di negeri di bawah bayu. Masih menunggu kepulangannya dengan rasa kerinduan walaupun sudah bersama hampir suku abad.
Inilah nikmatnya, jika itu dikatakan nikmat.
Inilah satu-satu ikatan yang berharga.
Sungguh istimewa.
Lebih nikmat dari intan berlian.
Sunday, April 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
puisi di pagi ahad ke tok rimau.rindu-rinduan saja bunyinya.
Datuk,
Saya turut berkongsi rasa kerinduan terhadap isteri saban waktu bersendirian walau sekian lama telah melayari bahtera rumahtangga.
Kerjaya di dunia media amat mencabar dan menggoda hingga ada antara kita kecundang dipertengahan jalan; terjerat oleh cinta kedua yang kononnya lebih pesona.
Hakikat bahawa isteri adalah pasangan yang tiada tara nilai harga biar apa keadaannya dalam merentasi cabaran hidup tidak dapat disangkal lagi.
Pada para suami yang setia, itu lah sebaik-baiknya.
Sdr Awang,
Bagi saya, konsep bahagia yang ditatangi ialah berkawan dan berkasih dengan isteri.
Masukkanlah dalam kepala kita (suami) bahawa inilah wanita (isteri) yang melahirkan anak kita, memasak makanan kita (kalau dia masak), menggosok baju kita (kalau bukan maid atau baju dihantar dobi), menyejukkan kita ketika badan kita panas (guna air batu - cara lama. Tidak mungkin maid yang buat, kerana boleh mendatangkan malapetaka)dan sanggup melakukan apa saja demi ikatan istimewa sebagai seorang kawan, kekasih, penasihat dan isteri. Fikir-fikirlah.
Sdr KB,
Isteri yang baik ialah wanita yang memahami dan menyayangi kita sepanjang masa.
Sudah tentu kita akan terpegun dengan seorang wanita yang setia bersama suami sehingga ke akhir hayat walaupun suaminya yang sempurna pada mulanya menjadi cacat, lumpuh atau tidak berkaki.
Hayatilah pengorbanan seorang isteri penyair terkemuka di Terengganu, SM Aziz. Beliau setia sehingga ke akhir hayat. Betapa mulianya hati wanita itu.
Post a Comment