Tuesday, April 8, 2008

SIARAN LANGSUNG BUKAN LEPASKAN BATUK DITANGGA

Siaran langsung Dewan Rakyat yang akan diadakan tidak lama lagi bukan sekadar "melepaskan batuk di tangga" saja. Ia adalah usaha "terbuka" kerajaan untuk memberikan maklumat kepada rakyat oleh pemimpin kerajaan.

Itulah jawapan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, terhadap pandangan mengenai langkah terbaru kerajaan. Menurutnya, kerajaan sudah bersedia untuk mengadakan siaran langsung itu selaras dengan kehendak orang ramai sekarang.

Sebelum ini, faktor kos iaitu lebih RM15 juta untuk mengadakan siaran langsung sepanjang Sidang Parlimen yang menyebabkan usaha mengadakannya perlu difikirkan dengan semasak-masaknya oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam siaran secara langsung Bersemuka Dengan Media - Implikasi Siaran Langsung Sidang Parlimen di RTM1 sebentar tadi.

11 comments:

Azurah Anuar said...

kenapa bukan menteri penerangan announceakan?

hmmm hmmm

ibrahim yahaya said...

Sdr Wawa,

Siaran langsung Sidang Parlimen diputuskan oleh Kabinet, bukan Menteri Penerangan.

Datuk Mohd Nazri ditugaskan menjaga Parlimen. Oleh itu, beliaulah yang menjawab. Kebetulan beliau menjadi tetamu.

RTM dipilih kerana ia saluran penyiaran dikendalikan oleh kerajaan.

epain said...

15 juta berkira?...

kenapa sesuatu projek yg membazir melebihi dari jumlah tersebut tidak pernah difikirkan sebagai membazir?....

adakah ini excuse utk mengelakkan ketidak pandaian seseorang MP tu berhujah ditonton oleh org ramai...

siaran langsung tu sebenarnya sgt elok...kerana rakyat akan menilai YB yg dipilih mereka....

mereka pasti berkata "oooomcm ni YB aku ni...bagus gak"...takpun "adake ckp mcm tu..tak ilmiah langsung...inike YB?"...

selama ni parlimen dianggap sebagai institusi yg "maha" agung...tidak semua mampu pergi atau berani utk pegi...lg pun bukan semua org boleh masuk...

kalau parlimen tu shopping complex bolehlah...

daulat dia sama dgn istana negara....jd biarlah rakyat melihat suasana parlimen yg sebenar...lg pun yg disiarkan ialah sesi soal jawab...bukannya hujah...dan masanya bukanlah prime time...masa org tgh keje....

jd apa salahnya buat?...

adakah UMNO / Bn takut peristiwa perhimpunan agung UMNO berulang?...yg mana siaran langsung akhirnya memakan diri....

tulah...kalau tak takut nak buat jgn ckp langsung...ini kononnya nak tunjukkan kerajaan yg perihatin dan telus....tapi dlm masa yg sama takut pada bayang2 sendiri....

Anonymous said...

RM15juta. Wow. Kalau benar dan relevan pengiraannya why not seandainya berkesan untuk rakyat. Tapi jangan pula operasi MCP tu di'farm out' pada mana-mana syarikat penerbitan secara terus. Ribut nanti.

the indie story said...

Minta Laluan...dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

ARTIKEL:
Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai...Haaiiittt!

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari...

Dato' Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya... Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche' Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus 'Kem Wawasan' yang dikepalai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Sila baca ulasan seterusnya di :
http://theindiestory.blogspot.com
Check it out!
TQ

Anonymous said...

PAS parti lalang – cakap tak serupa bikin betul la. Macam ular lidah bercabang…!!!!!!!!!!!!!!!!!

Heboh…heboh…apabila parti yang memperjuangkan Islam tiba-tiba beralih arah dan kenyataan. Lepas satu perkara, timbul pula perkara baru. Parti ini nampaknya suka sangat mencari publisiti murahan dan mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri mereka sendiri. Agaknya inilah cara mereka. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…!!!! Boleh melakukan apa cara apa saja demi kelangsungan survivor masa depan politik mereka agar sentiasa bertahan. Macam lalang. HAMPAS kelapa betullah.

Baru-baru ni, ana terbaca artikel yang menyatakan bahawa PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan BABI @ KHINZIR. Dengar katanya projek ternakan khinzir berkelompok tersebut bernilai RM 100 juta dan akan di bina di sepang, Selangor. Orang-orang PAS ni pula kata orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging khinzir ni. Apa cerita ni. Dulu masa isu babi di Melaka merekalah orang pertama yang memainkan isu ni. Kata UMNO Melaka melindungi penternak lah, membenarkan pemeliharaan babi ni dan macam-macam lagi. Tapi sekarang ni kau orang pula yang menjadi orang pertama menyokong penuh cadangan kerajaan Selangor.

Fikir-fikirkanlah...Selaku parti yang memperjuangkan Islam, tak kan lah sanggup menipu orang ramai. Takkanlah sanggup menjadi munafik demi memastikan parti mereka terus hidup. Menyesal betul ana menyokong parti ni masa piliharaya tempohari. Kenyataan yang pernah dibuat satu ketika dulu, tiba-tiba berubah sekelip mata. Ini ke parti yang kononnya mampu mendukung perjuangan Islam tapi dalam masa yang sama menipu rakyat marhean. UMPAMA LALANG. Mengikut saja arah angin bertiup. Tak pernah nak tetap pendirian.

Wahai rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor..bukalah mata..bukalah minda..renungilah diri anda..Ini kah parti yang kita sokong dan pilih selama ini. Parti yang kita percaya memberi kesejahteraan untuk anda. Inilah p arti yang hanya akan hidup demi kepentingan mereka sendiri. Sudah terbukti mereka hanya sanggup menggadaikan maruah dan perjuangan parti. Mereka mengikut sapa saja demi masa depan politik mereka. Perjuangan yang tidak pernah ikhlas. Hanya hendak mendapatkan jawatan memerintah.....

Bila jari menaip...!!!
Mr. Podas
http://pedasberapi.wordpress.com

adam said...

Emm, ntah la.

Bila tak buat, dikata kerajaan tak adil. Tak beri ruang pada pembangkang. Tak terbuka etc.

Bila dah buat, dikatakan mahal. Membazir. Bermuslihat. Agenda jahat.

Cubalah buang yang keruh, ambil yang jernih. Janganlah semua perkara walau perihal siaran langsung ini pun nak dituduh bermuslihat dan berhelah dan membazir. Kalau dah ada dan dirasakan patut ada dan bagus pulak tu, kita terima lah. Dan cubalah ucapkan terima kasih.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Kerajaan perlu memastikan yang terbaik untuk rakyat. Kerajaan perlu memberi perkhidmatan yang amat diperlukan oleh rakyat.

Untuk menjadi rakyat yang bijak, kerajaan harus memastikan pelbagai maklumat disalurkan sepanjang masa. Seleps itu, terpulanglah kepada rakyat untuk memanfaatkan maklumat yang disampaikan.

Jika rakyat mendapat maklumat bahawa YB mereka sentiasa tidur, maka gugurkan mereka pada PRU akan datang. Yang baik, teruslah diberi sokongan untuk kebaikan rakyat.

Dari segi kos, pastikan perbelanjaan yang digunakan benar-benar memanfaatkan rakyat. Sudah pasti kita tidak mahu hasil kutipan cukai rakyat mengalir ke longkang atau ke tembolok golongan tertentu.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Sama ada dilakukan oleh RTM atau diberikan kepada syarikat tertentu, ia perlu dilaksanakan secara terbaik dan bukan hentam keromo saja. Belajarlah daripada siaran langsung Sidang Parlimen negara-negara maju atau negara jiran yang sudah melaksanakannya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Podas,

Rakyat akan tahu parti mana yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka dan bukannya menjual janji-janji kosong yang tidak boleh dilaksanakan.

Adakalanya ketika kita marah, kita akan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Akhirnya, kita yang rugi dan melopong.

ibrahim yahaya said...

Sdr Adam,

Sebagai kerajaan, sudah pasti tiada muslihat dalam projek untuk membantu rakyat. Jika ada, akibatnya musibah akan melanda diri.