Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kini seorang blogger.
Menurut Rocky, blog Dr Chua ialah drchua9.blogspot.com .
Selamat menulis.
Monday, April 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ITS A WILD WILD WORLD. TO SURVIVE ONE MUST BE STRONG AND COMPETENT. DONT DEPEND ON OTHERS...TOO MUCH.
4 comments:
suatu lagi tindakan dangkal serta dungu.penulis upahan ali rustam telah menulis tentang babi di selangor alih-alih kena balun dgn para komentar sikit punya sempoi.
dr chua nak tulis tentang main kawen-kawen dan masak-masak ka.makin tua sepatutnya semakin bijak mcm prof ungku aziz(prof ada blog tak)ini sebaliknya semakin bebal.
tapi rasanya dr.chua boleh memblog mengenai kesihatan alam lelaki.urmmm bagus-bagus..bravo dr.
Sdr Awang,
Setiap blogger mempunyai sebab dan matlamat untuk membuka blog. Mereka perlu memahaminya dan tidak terikut-ikut dengan orang lain.
Ada individu yang tidak diberikan ruang di MSM membuka blog untuk mencurahkan isihati, kritikan dan pandangan mereka.
Ada yang membuka blog untuk membongkarkan kemungkaran dan penyelewengan. Ada yang membuka blog untuk menceritakan kehebatan dan kecemerlangan diri mereka.
Ada juga yang membuka blog bagi menyediakan ruang kepada pelayar siber untuk berhujjah serta berdebat secara sihat dan bermatlamat. Ada yang membuka blog sekadar untuk berhibur dan berinteraksi dengan kawan-kawan.
Yang penting, jangan kita biarkan orang lain membuat blog untuk kita kerana adakalanya apa yang ditulis tidak sama dengan apa yang ingin kita sampaikan. Yang merisaukan, tulisan "tidak elok" itu di blog yang terpampang nama kita.
Tulislah sendiri walaupun tidak begitu baik atau merapu daripada tulisan yang baik dan berilmiah tetapi bukan daripada kita sendiri. Menulis blog bukan untuk mendapatkan ijazah sarjana atau doktor falsafah. Tulis je.
Pada hemah saya, andainya media arus perdana memainkan peranan yang sebenarnya (misalnya adil dan saksama, jujur dan telus, memberi ruang pada semua, melapor dengan objektif), maka tidaklah perlu sangat untuk berblog.
Rakyat lebih membaca blog kerana media arus perdana sudah tidak boleh dipercayai.
Bukan blog yang menumbangkan Barisan, tetapi Barisan yang menumbangkan diri sendiri.
Sdr GJ,
Salah satu objektif pembukaan blog atau news portal ialah menyebarkan ideologi, pegangan atau pandangan kita untuk dibaca oleh orang lain.
Jangan difikirkan bilangan pembaca (termasuk yang membelasah pemilik blog) tetai fikirkan kesannya jika pembaca tertarik dan berminat dengan ideologi atau pandangan kita.
Dalam perkiraan pembacaan akhbar, secara saintifiknya senashkah akhbar dibaca oleh antara tiga hingga lima orang.
Bayangkan jika 1,000 orang membaca blog kita setiap hari, ia akan berkembang menjadi 5,000 apabila maklumat itu diperbualkan. Apatah lagi 4 juta hits seperti yang dicapai oleh Rocky baru-baru ini.
Apatah lagi wujudnya gerakan mencetak, menyalin dan mengedarkannya ke ribuan pembaca. Inilah yang perlu disedari oleh semua pihak terutama apa yang berlaku pada PRU12.
Saya sudah lama menasihati perkara ini terutamanya penggunaan blog dan news portal secara meluas tetapi ada pihak tidak menyetujuinya. Nak buat camna?
Post a Comment