Friday, April 11, 2008

A KADIR JASIN DAN PRU12


(Buku terbitan Berita Publishing)

"Buku Pilihan Raya Umum 2008: Rakyat Sahut Cabaran ini bertujuan memberi perspektif mengenai perkembangan yang berlaku sebelum, ketika dan selepas pilihan raya umum 2008 dengan memetik bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang diterbitkan selama beberapa bulan sebelum itu dalam blog saya, The Scribe A Kadir Jasin. Saya juga menulis sebuah analisis khas untuk buku ini.

Oleh sebab blog saya ada dwibahasa – Melayu dan Inggeris – beberapa bab dalam buku ini adalah dalam bahasa Inggeris. Saya mohon izin.

Bagi beberapa bab, ulasan pembaca turut disiarkan dalam bentuk asalnya. Adalah amalan blog yang komen-komen pembaca disiarkan dalam bentuk asalnya tanpa sebarang suntingan.

Saya berharap buku ini, sebagai hasil atau karya kewartawanan, akan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca sekalian dan seterusnya mencetuskan karya yang lebih mutakhir." - A Kadir Jasin.

4 comments:

Anonymous said...

salam pagi tok rimau,

AKJ merupakan salah seorang pengarang yang saya gemari sewaktu di bangku sekolah saya masih ingat ruangan biar putih tulang dan bila sauh berlabuh tulisan A.Samad Ismail merupakan ruangan yang saya minati.
saya ada mencari naskah buku biar putih tulang malangnya telah tiada di pasaran telah dicari di koperasi buku UM kerana buku tersebut disusun semula oleh anak murid beliau Jalil Backer namun gagal diketemui.
tok rimau boleh membantu?

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

AKJ adalah wartawan selagi ada bulan dan bintang.

Beliau mengajar saya untuk menulis apa saja waima ketika sedang bercuti atau beribadah selagi pun. Tidak hairanlah AKJ menulis pengalamannya menunaikan haji yang pasti memberi pelbagai pendoman kepada rakyat negara ini. Bacalah tulisannya mengenai kejatuhan Bank Rakyat satu masa dulu. Membaca intronya saja, pembaca boleh merasai kehebatannya sebagai seorang penulis.

Saya bukan peminatnya, tetapi seorang anak murid. Anak murid sentiasa menghormati guru tetapi peminat boleh berubah rasa apatah lagi yang tidak memahaminya.

Kini, ada pihak menyifatkannya sebagai PITA (Pain in...) kerana tulisannya yang menyengat dan mampu "mengganggu fikiran".

Dalam pada itu, AKJ tidak terlepas daripada dikritik dan dibelasah. Itulah asam garam seorang blogger.

Mengenai buku, jika ada maklumat, saya akan membantu. Setakat ini, tiada. Orang lain bagaimana?

epain said...

sy belum baca buku ini..tetapi sy andaikan...buku mempunyai analisa yg lebih kritis...

jika dibezakan dgn buku sh alatas pak habib..mungkin buku ini lebih manfaat...

sy jangkakan buku ini akan jadi best seller...tetapi berdasarkan situasi semasa...

pak habib juga pastinya akan keluar dgn lebih byk buku...

byk wooooo isu sekang ni...kepimpinan umno...pak lah vs mahathir...najib vs pak lah...khairi vs mukhriz...

teringin nak tulis buku tp bukan berkaitan dgn politik...kerana perkara berkaitan politik "tidak tahan lama"...dan sukar dijadikan bhn rujukan ilmiah...

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Dapatkan buku itu dulu dan barulah boleh menilai kandungannya. Untuk makluman Sdr, ia adalah kompilasi tulisan AKJ dalam blognya dan disertakan carta serta gambar.

Selamat membeli dan membaca.