Saturday, April 5, 2008

TDM DIMINTA BANTU PERKUATKAN UMNO

Malam tadi, beberapa pemimpin bawahan dan atasan UMNO memohon Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti mengkritik kepemimpinan sekarang, melemparkan pelbagai tuduhan kepada Majlis Tertinggi dan berusaha memperbaiki dan memulihkan parti. Ini penting untuk memastikan UMNO pulih, kuat dan relevan pada masa akan datang. Mereka juga memperkatakan mengenai kebebasan bersuara dulu dan sekarang.

Mereka ialah Ahli Majlis Tertinggi dan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Datuk Kamaruddin Mohd Nor (UMNO Pasir Puteh) dan seorang peguam yang pernah ditahan mengikut ISA, Sdr Ruslan Kassim dari Negeri Sembilan.

Ia disiarkan dalam Warta Perdana RTM1.

Semalam, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta semua pihak berfikir secara mendalam memulihkan UMNO dan memastikan parti itu tidak musnah . Beliau meminta TDM berhati-hati dengan kritikannya yang boleh memusnahkan parti.

Semua pihak perlu terus memikirkan usaha memulihkan parti dan menyatukan bangsa Melayu. Kini, bukan masa untuk menuding jari dan menyalahkan individu tertentu sebaliknya berpadu tenaga untuk mendekati rakyat yang menolak BN dan UMNO pada PRU12.

Esok, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Penerangan UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra. Ia untuk memberi penerangan mengenai keadaan terkini UMNO.

Pada masa yang sama, TDM dikatakan akan menemui ahli-ahli UMNO di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur.

13 comments:

Letting the time pass me by said...

Kalau nak suruh Mahathir tolong..... Bagila jawatan Penasihat bertaraf Menteri Kanan (senior Minister)... Special Adviser to the Prime Minister... Mungkin dia setuju..

ibrahim yahaya said...

Sdr LTTPMB,

TDM tidak mahu jawatan. Kalau mahu, dari dulu lagi dia akan kekal dalam Kabinet. Macam LKY.

Anonymous said...

Apa yang Tun Dr Mahathir buat adalah haknya sebagai rakyat Malaysia.Tiada siapa yang boleh menyuruh dia diam.Lagipun apa yang dikatakannya sama ada berupa tuduhan atau 'hard facts' sememangnya baik buat rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO.

Terlalu banyak perara yang telah berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO,namun tidak difahami dan tidak diketahui oleh ahli-ahli dan rakyat.Apabila TDM membuat pendedahan satu per satu, jangan pula ada yang nak halang.Malah lebih teruk lagi, sekarang ini telah wujud satu tren membabitkan prestasi UMNO dalam PRU 12 akibat sumbangan TDM dalam menghentam kepimpinan parti itu.

Pada pendapat saya,pemimpin UMNO yang bersuara ini sebenarnya telah merasa lemas dan gubra.Mereka tidak tahu apa lagi nak dibuat dan tidak tahu menghadapi kritikan TDM bertalu-talu.Ironinya inilah juga pemimpin UMNO yang menyanjung tinggi kepimpinan TDM suatu masa dulu.Dan mereka inilah yang menghalang TDM daripada menghadiri perhimpunan UMNO yang lalu dengan berbagai taktik kotor agar beliau tidak dapat berucap dalam perhimpunan tersebut.

Sebagai rakyat biasa saya melihat apa yang sedang berlaku ini sebagai satu drama komedi yang sedang dipentaskan oleh pemimpin UMNO yang tidak mempunyai kewibawaan.Kita boleh lihat pemimpin UMNO yang mempunyai kewibawaan serta kebijaksanaan tidak melenting dengan gelagat TDM.Mereka hanya melihat,mengambil iktibar dan melakukan langkah-langkah yang perlu untuk memulihkan parti yang sedang parah dilanda tsunami politik 8 Mac lalu.Mereka ini berhati-hati dalam pertuturan agar dalam suasana yang sensitif ini apa yang dilafazkan tidak disalah erti dan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti kesayangan mereka.

Sekiranya ada yang berpendapat memberi jawatan kepada TDM akan dapat mendiamkannya daripada mengkritik kempimpinan UMNO, "please don't even think about it!".Beliau tidak kemaruk jawatan dan beliau ada pendirian serta prinsip hidup yang tidak dapat digugat.Kepada pemimpin UMNO saya sarankan jangan buang masa.Daripada menumpu perhatian terhadap TDM,lebih baik gembelingkan tenaga dan kekuatan untuk menghadapi serangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyatnya.Ketika ini PKR dan parti gabungannya sedang mengatur strategi untuk melancar serangan tsunami kedua dan mengambilalih pemerintahan negara.Inilah yang perlu disedari dan ditakuti oleh UMNO.Inilah musuh sebenar UMNO.Biarkan TDM dengan caranya.Mulut tempayan boleh ditutup,mulut manusia Allah sahaja yang berhak yang menutupnya....

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Tsunami kedua? Inilah cabaran sebenar yang akan dihadapi oleh ahli dan pemimpin UMNO. Jika mereka terus bertelagah, tidak kira lama atau baru, parti akan hancur dan berkecai.

Tidak boleh bayangkan jika UMNO menjadi pembangkang di Dewan Rakyat. Pembangkang terbaik? Fikir-fikirlah masak-masak.

Anonymous said...

Mat Tiger, Tun Dr M tu adalah seorang negarawan. Dia bukan lagi ahli politik. Seorang negarawan biasanya akan melakukan sesuautu untuk kepentingan negara. Apa yang menteri-menteri dan pemimpin Umno lain buat tu adalah untuk kepentingan politik mereka. Jadi, salahkah kalau Tun Dr M nak perbetulkan kepenincnagan yang berlaku di negara ini. Kalau Tun Dr M nak tolong, bolehkah Umno penuhi permintaan dia? Kena jawab dulu perkata ini kerana permintaan Tun ada satu yang sangat berat iaitu Pak Lah kena berhenti. Boleh berlaku ke tak?. Permintaan lain, lucutkan jawatan penasihat-penasihat Pak Lah? Tuan tahu macam dia cerita di Hotel Istana peranan Kali dan Mullah sekutu dia yang tidak sempat-sempat mengetepikan Tun Dr M daripada mendapat liputan media. Siapa mereka yang cuba buat keputusan mengarut tu. Jadi, Tuan janganlah dengar cakap orang-orng yang sokong tu sangat, tengok pihak yang satu lagi juga. Ada faheeem

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Bukan mendengar tetapi setakat melaporkan pandangan mereka. Jika Anon tidak setuju, Anon akan bagi pandangan yang macam ini. Ok la tu. Kini terpulanglah kepada orang lain pula untuk bagi pandangan. Ok york.

epain said...

umno dan bn boleh bertahan lama sebab kepercayaan rakyat....

waalupun ada kepincangan, rakyat benarkan umno dan bn betulkan...

sudah lama sgt dah...sampaikan benda yg perlu diperbetulkan tiada tindakan langsung...

benda dah makin parah...ia ibarat virus yg makin teruk merebaknya sekang ni....

kini rakyat sudah hilang sabar dgn umno...caranya mudah..beralih ke pembangkang...

jika dulu undi pembangkang dianggap sebagai "berdosa" kini ia tidak lg....

apa salahnya?...sebenarnya undi kedua-duanya tetap berdosa ...lebih baik undi yg lain untuk lihat kelainan...

jika pemimpin umno terus pekak telinga telinga cakap2 rakyat akar umbi...

bersedialah untuk alami tsunami politik yg lebih teruk..

betulkah anda semua mendengar keluhan rakyat akar umbi?...bape kali firu atau dialog dikalangan ahli cawangan ataupun masyarakat setempat dibuat?...

buat perjumpaan utk upah org jerit "hidup dato!!" adalah...

sudahlah...jgnlah diperbodohkan org lagi....

harus diingat, org yg diperbodohkan inilah yg mengundi pembangkang...yg akhirnya menumbangkan 5 negeri bn

epain said...

diorang ni semua sebenarnya lupa sejarah...

dr m pernah mintak tunku abdul rahman letak jawatan pasal isu 13 mei...

kenapa boleh selesai... walaupun ambik masa jugak utk tunku letak jawatan....

walaupun dr m tidak pernah (mungkin) ada desakan letak jawatan...tetapi dr m pernah melalui pelbagai corak tentangan...

pertandingan kem a dan kem b 1988...demonstrasi 1998....

tapi dr m berjaya meredakan keadaan....

bg aku kalau nak selesai apa kata ikut acuan MCA....pertelingkahan lim ah lek dan ling liong sik diselesaikan menerusi penyelsaian demokratik...

mungkin cr ini akan selamatkan umno pd masa depan..

tetapi sanggupkah pak lah letak jawatan?...nanti org ingat termakan desakan pulak...

Wakmasnoor said...

Kritikan Tun memang bernas dan pedas. Dan Tun lebih berhak bersuara ke atas UMNO lebih dari ramai yang hadir di sini, di luar sana maupun di dalam UMNO sendiri.

Tapi kritikan Tun membawa kepada dua akibat jelas yang harus kita renung, lihat dan fahami.
1. Ia akan membawa perubahan bukan sahaja kepada UMNO, malahan mentaliti dan pemikiran Melayu secara keseluruhannya, supaya lebih berani dan menggunakan hak mereka sebagai seorang Melayu dan Rakyat.

2. Ia akan membawa kepada pepecahan dan pemusuhan dan keretakan, yang jelas kepada UMNO, yang kurang jelas, kepada kelumpuk2 Melayu yang mempunyai berbagai pegangan dan idealogi di luar ini.

Tun Mahathir mungkin mempunyai agenda beliau tersendiri; tapi yang lebih penting dari itu, TUN MAHATHIR TELAH BERSUARA MEWAKILI KEHENDAK DAN RINTIHAN RAKYAT MELAYU MAJORITI.

UMNO short-wired leaders should listen to what Tun is saying carefully and find out what the actual reason behinds it and get the factual responds from the Rakyat themselves on matters related to Tun's comments; INSTEAD of protecting their boss and their circle of retarded principles.

http://100patahperkataan.blogspot.com

epain said...

aku rasa pulak...

dr m tak de agenda...

yelah agak2 apa agendanya kalau ada pun?...nak naikkan anaknya?...nak kembalik ke dalam umno?...dengki dgn pak lah?..bersengkongkol dgn pembangkang?....

aku rasa mcm takde...mungkin ada org kata ada projek kroni dr m kena cantas...

akuu rasa kritikannya memang thru from his heart sbb tgk makin teruk...

kalau dia nak dengki dgn pak lah takkanlah dia boleh serahkan jawatan...cuma mungkin masa serah dr m tak sedar ttg khairi dan kroni pak lah...

kalau dr m kembali pulak....perghhh makin berpecahlah umno kpd 4 puak...pak lah, dr m, najib n anwar...

aku bukan nak kata dr m betul sgt tapi dlm hal ni ada betulnya dr m ni....

cuma bila tgk balik memang ada beberapa hal yg terkena kat muka dia balik...

ibrahim yahaya said...

Sdr Wak Masnoor,

Saya amat mengalu-alukan kritikan yang membina daripada sesiapa saja. Yang penting kritikan yang memulihkan UMNO dan bukan menghancurkan parti itu. Cukuplah berpecah pada masa lalu.

Kita harus menolak kritikan yang tidak betul dan penuh dusta. Jika ini berlaku, ia satu fitnah yang akan dilaknat oleh Allah SWT.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Rakyat akan melihat apa yang dibuat dan diucapkan oleh pemimpin pada masa kini dan akan datang. Pemimpin perlu memikirkan yang terbaik untuk negara, bangsa serta agama dan bukan untuk dirinya.

Pemimpin yang ulung akan dihormati sepanjang masa. Mereka tidak akan dicaci, dikeji dan dihina.

Anonymous said...

Dato tiger....
Kdang2 kesian tgk nasib yang menimpa tun...kadang2 pikir2 balik apa yang diakatakan di singgahsana tempoh hari ada benarnya...selepas dia pencen tak ada langsung menteri2 kabinet yang tel di tanya khabar...cukup kurang ajaq jugaj puak2 ni....dulu bukan main cium tangan sampai macam2 clour hingus keluar melekat kat tgn tun,la ni semua dok tunjuk terror......niat kawan tu bukan apa....dia tegoq nak bagi elok.....tapi langsung ak mau denganq apa boleh buat....apa yang bangsa kita dapat....india dan cina sebenarnya tgh tepuk tangan.......bagi aku apa yang terjadi la ni....berpunca dari peringkat atasan...grassroot kadang kala langsung tak di bg tau perkembangan parti/senario...yang depa dapat duit yang dibagi oelh bahagian2..puak2 ni kembong tak ingat dengan kekayaan melimpah ruah dari umno.......tapi pru 12,isyarat dan petanda awai dari graasroot.tanda protes yang nyata.....buat pak lah dan menantu kesayangan....masih belum terlambat untuk jaga dari lamunan yang indah......