Saya berasa hairan mengapa nama-nama besar dalam UMNO tidak hadir pada MPK UMNO Gua Musang pada hari ini.
Adakah mereka tidak menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dan tidak mahu bersekongkol dengannya atau takut untuk menampilkan diri? Istilah takut mungkin tidak betul atau pandangan yang sedikit ultra tetapi hakikatnya Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara tidak muncul dalam MPK Gua Musang. Adalah beberapa orang saja.
Saya terdengar seseorang menyuarakan pandangannya bahawa MPK UMNO Gua Musang adalah himpunan semula bekas-bekas pemimpin Parti Semangat 46. Betul ke ni?
Apapun, ahli dan pemimpin UMNO perlu memikirkan strategi terbaik untuk merapatkan hubungan parti dengan bangsa Melayu ketika ini. Itupun sudah dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan memerlukan sokongan penuh ahli serta pemimpin UMNO seluruh negara.
Friday, April 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cuba2 tengok kut2 ramai yg hantar WAKIL je kut... sebab kalau empunya badan yg datang... nahas kena 'sound' kat boss depa...
Sdr S.Shahbuddin,
Ada dua, sama takut atau tidak sokong. Kalau takut, takyah jadi pemimpin lah. Kalau tidak sokong mungkin ada sebabnya. Tidak mahu UMNO berpecah lagi atau mahu tunggu sehingga Disember ini.
Post a Comment