Agenda Daily melaporkan Mesyuarat Agung Khas (EGM) UMNO bahagian Batu Pahat yang berlangsung hari ini meluluskan lima resolusi yang antaranya mendesak Presiden parti mengemukakan peralihan kuasa sebelum Disember tahun ini.
Serentak itu, UMNO Bahagian berkenaan juga mahukan Presiden parti menjelaskan kepada rakyat bentuk peralihan kuasa tersebut. Berita lanjut dalam news portal AGENDA DAILY .
Saturday, April 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
UMNO Batu Pahat hebat. Sebenarnya ada banyak kemungkinan berlaku menjelang Disember ini. Tak perlulah kita tengok di luar UMNO kerana apa-apa juga boleh berlaku kepada pemerintahan negara. Andaian kita, percaturan luar UMNO tidak berlaku. Pertama, Ku Li akan menentang Pak Lah dan UMNO mencalonkan Najib Timbalan Presiden. Ku Li akan dapat pencalonan yang banyak. Jika keadaan ini berlaku, Pak Lah perlu membuat keputusan sama ada untuk terus bertanding atau letak jawatan. Untuk mengelak Ku Li daripada bertanding, Bahagian2 UMNO mungkin buat pelan B dengan mencalonkan Najib bertanding Presiden dan Muhyiddin bertanding Timbalan Presiden. Dengan cara ini, mereka tidak mencalonkan Ku Li untuk jawatan Presiden. Di mana Pak Lah. Ini menunjukkan Pak Lah tidak akan dicalonkan oleh bahagian-bahagian. Jika ini berlaku, ia amat memalukan. Itulah sebab agaknya Bahagian Batu Pahat buat usul itu. Soalnya, untuk letak jawatan bukanlah mudah bagi Pak Lah. Beliau tau nasib Dr M yang berhenti awal. Tak ada orang peduli pun. Kalau Dr M pun orang tidak peduli, bayangkan lah nasib yang akan menimpa Pak Lah nanti. Bagaimana kalau sema koridor ditutup, macam dia batalkan jambatan bengkok. Mana nak letak muka?
Sdr Anon,
Bangsa Melayu tidak akan memalukan pemimpin yang mendengar pandangan, kritikan, teguran dan nasihat mereka.
Bangsa Melayu tidak akan memalukan pemimpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Namun, mereka akan melakukan sesuatu jika pemimpin tidak mendengar teguran mereka apatah lagi ia membabitkan maruah Melayu.
Post a Comment