Bacalah gurindam ini bagi memikirkan kepandaian dan kehebatan Ahli Parlimen BN dan Pembangkang berdebat di Parlimen bagi penggal ini.
Bertemu buku dengan ruas
Bertemu sepak dengan terajang
Bertemu musuh dengan seteru
Bertemu pisau dengan parang
Bertemu keris dengan lembing
Bertemu bedil dengan meriam
Bertemu ahli dengan pakar
Bertemu alim dengan pandai
Bertemu bomoh dengan dukun
Bertemu guru dengan pendeta
Bertemu johan dengan juara
Bertemu pijar dengan panas
Bertemu bisa dengan racun
Bertemu runtuh dengan roboh
Bertemu biawak dengan buaya
Bertemu HARIMAU dengan singa
Bertemu setan dengan jembalang
Bertemu hantu dengan puaka
Bertemu ribut dengan taufan
Bertemu guruh dengan petir
Bertemu gegak dengan gempita
Bertemu dentum dengan dentang
Bertemu sultan dengan raja
Bertemu hanuman dengan raksasa
(sumber: Buku pantun dan gurindam oleh Prof Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd)
(Renungan Rimau : Siapa biawak, siapa pula buaya? Siapa setan, siapa pula jembalang? Sekadar bertanya. Tidak mahu jawab pun, takpe. Harimau kat sini.)
Monday, April 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Singa singar, siapa harimau, siapa monyet, siapa beruk.
Sdr Anon,
Itu gurindam siapa hebat.
Namun untuk menjawab soalan, marilah kita perhatikan bersama-sama mulai hari ini. Sekarang ini, susah hendak menjawabnya tetapi setelah mereka membuka mulut untuk bersuara atau berhujjah, barulah kita tahu siapa mereka.
Jika ikut pemerhatian yang lalu, kita sudah boleh melabelkan siapa dia harimau atau singa di Parlimen. Siapa dia monyet atau beruk yang membuat orang tertawa.
Yang penting, bukan meniru perangai haiwan itu tetapi mengambil semangat yang baik. Umpamanya, jangan jadi harimau yang terkam tidak tentu pasal atau beruk yang tergaru-garu sepanjang masa. Biarlah garang bertempat. Bijak, berakal dan berbudaya.
Jadilah manusia yang berakal.
ooo Dato' Tiger,saya sangat meminati sajak, sejurus lepas baca sajak blog Dato' ini, terus saya pos satu sajak yang ada kaitan dengan harimau (1998) dari kompilasi saya ke dalam blog saya. (komppilasi peribadi dan tidak pernah diterbitcetak.
maksud tersirat yang saya nampak - hampir sama.
Sdr Tajudin,
Pasti menarik. Apa nama blog saudara, tolong peringatkan saya.
Saya yakin sajak harimau itu tiada kena mengena dengan saya. Jika ada, tentu lebih banyak persoalan daripada jawapannya. Kita tunggu.
mr tiger...mcm mana kehebatan seseorang ahli parlimen itu diukur?....
bak kata P. ramlee..."dikerisnya kah, atau ditenaganya?...petika cerita nujum pak belalang...
bg sy...kehebatan ahli parlimen buka untuk diukur...sbb ia subjektif...
bolehkah kita kata dtk bung mukhtar itu hebat?....atau dtk mhd aziz sri gading itu bagus...mcm mana dgn pembangkang?...lim kit siang?...haji hadi?...atau mungkin "satu hari" nanti anwar ibrahim?...
bg sy..kita hanya mahu melihat sejauh mana sidang parlimen membawa kemajuan kepada negara...sedar atau tidak...parlimen adlh paksi negara...kerana disitulah segala akta dilulus dan diusul....malahan perlembagaan negara yg berada di atas segala-galanya dlm negara ini juga diperdebatkan...
kita semua tidak mahu lihat ahli parlimen sekadar bertikam lidah....atau memaki hamun utk dikatakan hebat...begitu juga cara jawapan dan soalan dolontarkan...
apa yg kita mahu...baik kerajaan mahupun pembangkang yg mampu membawa malaysia ke satu tahap lagi...
cukuplah dgn cerita pilihanraya...cukuplah jugak dgn cerita lompat parti....
Sdr Epain,
Kehebatan seorang Ahli Parlimen bergantung kepada perjuangan jujur dan ikhlas untuk rakyat. Sepanjang masa dalam hati dan tindakannya memikirkan kepentingan rakyat.
Parlimen akan digunakan sepenuhnya untuk merealisasikan perjuangan membela rakyat. Keupayaannya menyakinkan ahli Parlimen lain, kerajaan dan pembangkang, menyokongnya akan mempercepatkan matlamat murni itu.
Dato' Tiger,
blog saya ialah http://tajudinms.blogspot.com
saya dah pos sajak berkenaan harimau. kalau saya boleh cadang, elok Dato' mulai mengumpul semua sajak berkenaan/berkaitan HARIMAU!
Tentu menarik.
Sdr Tajudin,
Orait. Saya sudah link blog Sdr di Dunia Tiger.
Cadangan yang baik.
Gurindam yang 'asyik'. Saya petik ke dalam blog saya:
http://didikbudiarto.wordpress.com
sila juga tengok n share di:
http://malindokini.wordpress.com
Salam dari Jakarta.
didik
Sahabatku,
Bagaimana Sdr dan keluarga. Harap semuanya baik dilindungi tuhan.
Saya sudah link blog Sdr dalam DUNIA TIGER.
Jika ke sini, jangan lupa itu GG warna hitam ya.
Dear Tiger,
Feel like forever that hope you are in well.
FYI, I have been ur regular
Ur the best eh and keep it up.
Jaga diri :)
Sdr Haaniiali,
TQVM.
You 2.
Cheers.
Salam
Pada pendapat saya apabila seekor monyet/beruk dari Jasin dah jatuh pokok ada seekor lagi...yang dari Sabah tu la...dia ni dah naik pangkat jadi orang utan pulak kot tapi org utan kira lebih civilised sikit la dari monyet...tapi yg herannya si gembala suka pula...apa kita boleh buat...pilih org yg selalu bagi pujian...macam bawa masuk bekas juara heavyweight masuk kabinet ikut pintu belakang tu la...sebab selalu puji...ingat la sindrom kata dlm air panas...akan lompat tak cukup bumi tapi kalau rendam dalam air suam dan naikkan suhu perlahan-lahan lama-lama pasti mampuih katak tu..
Post a Comment