Sunday, April 27, 2008

THE MALAYSIAN STORIES...


(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)

Jika anda ingin berjaya, bacalah cerita mereka yang telah menempa kejayaan.

Bacalah The Malaysian Stories: Paths To Success (Cerita Malaysia: Jejak Menuju Kejayaan).

Buku setebal 136 halaman ini mengisahkan liku-liku dan ranjau beronak duri usaha individu-individu istimewa di kalangan pelbagai orang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Mereka istimewa kerana mencapai kejayaan hasil usaha gigih sendiri, sekaligus mencipta nama dalam bidang yang diceburi.

Antara personaliti yang terbilang ini termasuk pereka fesyen Bill Keith, juru-runding rekaan dalaman Eric Leong; sasterawan negara Datuk A Samad Said, pemuzik tersohor Datuk Johari Salleh, peniaga tekstil Pavitar Gulati dan perunding kewangan berstatus jutawan, Azizi Ali.

Walau mereka mempunyai latar belakang berbeza, namun intipati ramuan kejayaan mereka semuanya sama – usaha, gigih, berani dan kadangkala sedikit nasib baik (luck).

The Malaysian Stories: Paths To Success merupakan himpunan artikel terdahulu yang telah dimuatkan dalam majalah Malaysian Business. Buku berbentuk kompilasi ini boleh dibeli dengan harga RM15 di Berita Publishing Sdn Bhd beralamat 16-20 Jalan Kelang Lama.

No comments: