Saturday, April 19, 2008

BABI MURAH, PENTERNAK KOTOR

Akhbar Utusan Malaysia hari ini mendapat scoop berita babi . Ia adalah berita susulan akhbar Nanyang Siang Pau.

Apa yang menarik dalam berita itu ialah babi Malaysia murah dan harganya boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Mengapa babi Malaysia murah?

Jawapannya mudah kerana kos penyelenggaraannya murah.

Apakan tidaknya, bahan buangan boleh dibuang ke sungai dan laut. Yang menjadi mangsa ialah penduduk berdekatan kandang babi seperti rakan-rakan dan saudara Melayu saya di Sungai Tuang, Melaka. Mencium bau babi sejak negara merdeka. Kasihan mereka.

Penternak pula untung gila babi, tetapi yang rugi dan bau babi termasuk bahan buangannya ialah penduduk tinggal di sekitarnya.

Apa nak jadi ni?

Ada orang kaya daripada hasil babi, ada orang yang makan, ada orang pula bau babi sepanjang hayat mereka.

Dalam hal ini, Singapura nampak cerdik. Tiada babi di pulau itu, tapi boleh makan babi.

Mereka pun tahu nama Singapura akan busuk, jika menjadi pengeluar babi.

Malaysia? Tidak kisah?

2 comments:

Anonymous said...

salam sabtu,
wahai tok rimau.singapura semenjak dipimpin oleh LKY memang dah cerdik.kita nih saja semenjak diperintah oleh pertubuhan parti kebangsaan melayu `nampak cerdik`(nampaklah cerdik)kunun nak jaga sentimen kununnn...
perkara babi ini dari duluuuu lagi seharusnya kita dapat tangani tetapi disebabkan pertubuhan melayu kebangsaan `nampak cerdik`maka sekarang menjadi bertambah cerdiklah tokey babi.
hal babi ini salah siapa iyer?jgn tunding menunding?eh...mana boleh jgn tunding menunding.mesti ada org yang harus dipersalahkan.oleh itu saya menyalahkan golongan `nampak cerdik`.
tak payah lah nak membabitkan PR sebab sebelum PR wujud lagi perkara babi dah lamaaa dahhh...malas nak citer tentang babi lagi.baik kerajaan membuat kajian tentang penternakan babi berduri lebih menguntungkan jikalau siswazah atau sesiapa yang berminat nak mencari peluang perniagaan membuat kajian tentang penternakan babi berduri.lebih menguntungkan dan menyelerakan serta amat berkhasiat berbanding babi tonyok.
babi berduri adalah landak.

malahan jiran saya seorang India Kristian berpendapat Malaysia semenjak dahulu lagi tidak perlu susah-susah menternak babi demi menyenangkan pihak yang nak makan babi dan nak untung dari hasil babi termasuk yang haram memakan babi pun nak untung dari cukai babi.beliau berpendapat sekadar mengimport daging babi yang siap di bungkus sudah memadai.itu pandangan bukan muslim berbangsa India beragama Kristian(rupanya orang-orang kristian di malaysia tak makan babi)manakala jiran cina saya pula apabila saya mengajukan mengapa org cina suka makan babi beliau mengatakan sebenarnya ia hanya lebih kepada adat nenek moyang kaum cina untuk makan babi bukan sebab suka makan babi dan beliau sendiri kurang dan tak gemar dengan daging babi.

alahai...inilah yang dikatakan tok nenek menyusahkan anak cucu generasi sekarang.saya menyalahkan tok nek saya kerana menjadikan dari Tanah Melayu ke Malaya dan seterusnya menjadi Malaysia seumpama begini.sememangnya saya amat marah dengan tok nek saya itu yang berasal dari Kedah(beliau lama dah arwah)dialah punca babi di Malaysia.
Maafkan saya tok nek tapi dosa tok nek kepada bangsa melayu sapa nak tanggung.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Sekadar pandangan je. Kita tidak payahlah jadi pengeluar atau pengeksport babi terbesar. Kita dah ada tempat berjudi yang menjadi tarikan orang luar, takkan pula hendak ada ladang babi terbesar untuk menggalakkan pelancong datang melawat bagi mengetahui macam mana kita ternak babi. Bagilah orang lain buat.

Sejarah? Yang sudah lepas tu, tidak boleh le hendak diterbalikkan. Menangis air mata darah pun, ia sudah berlaku dan tidak akan berubah. Macam juga PRU12, ada yang sedih dan kecewa. Nak buat macam mana. Dulu tak fikir.

Tetapi semua orang perlu memahami sejarah agar tidak membuat tuduhan dan tuntutan yang bukan-bukan.