Wednesday, April 2, 2008

KETUA PEMUDA PERLU ADA KEBERANIAN

Siapa pilihan anda untuk memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO jika Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bercadang untuk bertanding MT atau Naib Presiden.

1. Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo
2. Datuk Mukhriz Dr Mahathir
3. Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar
4. Datuk Norza Zakaria

Sebenarnya untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO, seseorang itu perlu mempunyai jatidiri dan berani bersuara demi kepentingan bangsa Melayu. Individu yang penakut, pengecut dan suka menjadi pak turut tidak layak untuk menerajui sayap kanan parti.

Mereka yang sering "angguk-angguk" dan "kuat mengampu" seharusnya malu untuk mencalonkan diri. Individu yang tidak mempunyai arah tuju, bercelaru, tiada wawasan dan tidak mampu mengeluarkan buah fikiran yang bernas silalah ketepi dan muhabasah diri.

Yang penting Ketua Pemuda UMNO perlu menjadi panglima Melayu dalam ertikata sebenarnya bukanlah pandai bermain kata-kata atau menghunus keris saja. Seorang panglima adalah insan mulia yang taat kepada Raja dan ketua.

Panglima Melayu seharusnya sepanjang masa sanggup berkorban demi kepentingan bangsa. Panglima Melayu berani bercakap benar dan bersedia melakukan tindakan sesuai walaupun terpaksa mengorbankan diri.

Ketua Pemuda UMNO perlu juga mempunyai penasihat yang baik, jujur, cerdik dan budiman. Bukan yang menasihatinya semata-mata untuk mengisi tembolok sendiri, mewujudkan dinasti serta menghancurkan negara, bangsa dan agama.

Tepuk dada, tanyalah selera.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sdra,

Saya menilai `kejantanan` Pemuda UMNO berpandukan kepada reaksi Ketua Pemuda kepada isu-isu semasa yang tersiar di media masa.

Sudah lebih lima tahun saya memerhatikan Ketua Pemuda sekarang memberi reaksi terhadap sesutu isu.

Saya dapati kesemua reaksi beliau dibuat selepas Presiden parti memberikan reaksi. Rasanya ia bertujuan untuk menyelarikan reaksi.

Pernah saya terlihat wartawan meminta reaksi beliau secara spontan, beliau berkata akan memnjawab esok.

Ternyata, saya dapati reaksi beliau dibuat selepas Presiden parti memberikan komen di sebelah pagi.

Banyak bukti beliau tiada penderian dan pastinya ini memberikan petunjuk beliau tiada keberanian langsung untuk menegak pendapat sendiri. Apatah lagi jika pendirian beliau dirasakannya akan berbeza dengan pucuk pimpinan.

Sekalipun, Azalina Osman Said tidak diiktiraf sebagai wanita oleh wanita umno, saya dapati beliau lebih `jantan` daripada Hishamudin.

wassalam.
Adnan M

Anonymous said...

salam tengahari tok rimau,

saya pilih KJ sebagai ketua pemuda untuk UMNO amat sesuai ini bukan sindiran.KJ seorang yang amat bersesuaian untuk UMNO serta pemuda kerana sikap dan sifat beliau.dia bukan pengangguk tetapi penyuruh dia bukan penggeleng tetapi mengiyakan setiap apa kehendaknya ini amat bersesuaian untuk pertempuran dalam arena politik Malaysia.
seperti kata Mahathir KJ budak kangiaq(mentah)saya tak fikir dia budak hingusan KJ adalah pemuda bijak rakus dan sukakan kuasa.ini bagus untuk politik UMNO kerana darah daging UMNO memang begitu dari sudut penilaian saya diulangi ia adalah dari sudut penilaian saya.

Gandingkan geng kopi O KJ,azeez putera rempit dan reezal merican pasti UMNO kembali mengutuhkan kedudukannya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Adnan M,

Dari segi prinsip, Pemuda UMNO memanglah perlu selari dan setia dengan Presiden. Namun, Pemuda UMNO juga perlu mempunyai pandangan mereka sendiri berhubung sesuatu isu terutama membabitkan kepentingan bangsa Melayu.

Dalam ertikata lain, mereka perlu berani bercakap benar dan menggelakkan diri daripada digelar pondan atau dayus jika takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

Pemimpin Pemuda UMNO perlu bersedia untuk hilang jawatan kerana kelantangan mereka daripada hilang kejantanan kerana "ketakutan" entah apa-apa.

Cakap memanglah senang. Tetapi saya perlu bercakap dengan hati yang senang.

Setelah diberikan jawatan pemimpin tu, buatlah yang terbaik. Jika tidak, turun saja dan berikan kepada orang lain yang lebih berani.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Itu pilihan saudara.

Bagus la tu.

Saya hendak pergi berfikir sekejap. Di sini sesak le. Boleh ke?

ahm said...

kalai berasaskan senarai calon yg diberikan, tiada yang layakpun, termasuklah penyandang jawatan. setiap mereka sama ada mereka yang tewas, lemah sokongan, rakus dan gila kuasa. siapa jua di antara mereka jika dipilih tidak mampu membawa pemuda ke kemuncaknya.

maka cari saje lah calon lain daripada dipimpin oleh mereka yang di atas.

A Voice said...

Adnan M

Kalau mahu digunakan sebagai contoh, baik tidak digunakan Azalina Md Said.

Peristiwa terkini menunjukkan Azalina tidak layak dipanggil seorang Melayu yang pun.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Jika keempat-empat itu tidak layak, siapa calon saudara. Mungkin ramai bakat-bakat terpendam tetapi saya masih belum nampak lagi. Siapa ya yang layak untuk memimpin Pemuda UMNO?

ahm said...

apa kata datuk jika datuk idris harun (sesetengan kumpulan mengenalinya sebagai 'kolot') diberi peluang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Datuk Idris Harun sudah diberikan peluang untuk menyertai barisan kepemimpinan kerajaan. Beliau juga layak untuk diberikan peluang dalam kepemimpinan sayap kanan parti. Cuma umurnya saja kot. Hanya boleh bertanding no 1 saja.