Sunday, April 13, 2008

TIGA PERKARA TENTUKAN KETUANAN MELAYU

Pengerusi Badan Perhubungan Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh bangsa Melayu terutama pemimpin mereka, bagi memastikan "ketuanan Melayu" terus kekal di negara ini.

Tiga perkara itu ialah kecemerlangan dalam pendidikan, penguasaan teknologi moden dan kejayaan menguasai ekonomi negara. Jika ketiga-tiga perkara itu boleh dicapai dengan cemerlang, Melayu akan menjadi bangsa bermaruah dan dihormati oleh kaum lain.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian dalam sidang media selepas satu majlis yang dianjurkan oleh UMNO Seputeh, Wilayah Persekutuan, hari ini.

Berita itu disiarkan oleh Warta Jam 5 RTM1, petang tadi.

Sejak dulu lagi, DS Idris mengutamakan kecemerlangan pendidikan di Terengganu yang menyaksikan negeri itu sentiasa mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan utama di negara ini.

Kerajaan Pusat perlu memikirkan usaha untuk menggunakan "otak" dan kebolehan DS Idris sepenuhnya bagi memajukan sektor pendidikan di negara ini.

4 comments:

Anonymous said...

DS Idris harus diletakkan dalam acuan yang sebenar kerana beliau mampu menjana perkembangan yang baik untuk bangsa dan negara. Kepimpinannya telah dikesan awal oleh TDM dan meletakkan sebagai terpenting di Trengganu walaupun pada masa itu PAS memerintah.

Malangnya, beliau telah dibeli dan dibuli oleh anak syaitan, lemas dan tenggelam dengan duit royalti minyak. Alhamdulillah DS Idris yang bernafas dalam lumpur kini mampu bernafas lega menyuci dan mensucikan dirinya semula, rebrand.

Pemuda Pelapis said...

Salam!

Benar bagai apa yang Datuk Seri Idris Jusoh perkatakan itu. Ketiga-tiga perkara pokok tersebut amat perlu untuk orang-orang Melayu menguasainya.

Namun daripada 3 perkara asas itu, kita kekurangan satu, iaitu penguasaan ekonomi negara yang dimonopoli oleh kaum lain yang minoriti khususnya kaum Cina.

Para pemimpin atasan perlu memberi perhatian lebih serius terhadap ekonomi kaum bumiputera (Melayu) supaya mampu berdaya saing dengan kaum minoriti yang lain demi menjamin masa depan generasi kita dan ke arah memartabatkan "KETUANAN MELAYU" di tanahair sendiri.

Kita belum lagi berada pada tahap keseimbangan di dalam sudut ekonomi dan masih jauh di belakang. Sebenarnya bukan bangsa lain yang menyisihkan Melayu tetapi pemimpin kita sendiri yang "memandang rendah" dan "menghadkan" peluang-peluang menjana ekonomi kepada kaum sendiri kerana "kurang keyakinan" tanpa ramai yang menyedari hakikat ini walaupun keutamaan projek-projek IKS diberikan kepada orang-orang Melayu.

Saya meluahkan pengalaman pahit diri sendiri dan juga pengalaman pahit teman-teman seperjuangan. Apa yang diumumkan kerajaan hanya sebagai "gimik" tetapi pelaksanaannya tidak selaras dan tanpa pemantauan yang bersepadu. Birokrasi ada di mana-mana. Ini sebagai sekatan kepada bangsa sendiri, di tanahair sendiri.

Moga-moga diharapkan lebih ramai pemimpin yang tampil dengan penuh kesedaran dan keinsafan jika mahu golongan Melayu dari bawahan maju dan menguasai ekonomi negara setanding dengan kaum minoriti lainnya.

Ulasan panjang lebar saya berkenaan ekonomi Melayu sebelum ini ada saya muatkan di blog pemimpin - Dr Mohamad Khir Toyo di bawah tajuk beliau:

KEPIMPINAN NEGARA DAN ISU RAKYAT.

Apa yang berlaku di Terengganu dengan penyingkiran Datuk Seri Idris Jusoh yang telah berjasa walaupun sepenggal tetapi menampakkan kemajuan negeri Terengganu, amatlah mengecewakan saya dan saya tidak yakin dengan Datuk Ahmad Said untuk memimpin kerajaan Terengganu.

Kritikan saya terhadap isu ini ada saya tuliskan di blog saya, atas topik:

PRINSIP DAN PENDIRIAN PEMIMPIN YANG TIDAK TEGUH

Apa pun saya minta Datuk Seri Idris Jusoh agar banyak-banyaklah bersabar kerana "MASIH ADA YANG SAYANG".

Sekian, wassalam!

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

Anonymous said...

New Cabinet:



Prime Minister - Anwar

Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

Culture Minister - Farish Noor

Defence Minister -

Education Minister - Nga Kor Ming

Environment Minister - Teresa Kok

Finance Minister - Tony Pua

Foreign Minister - Ramasamy

Health Minister - Tan Seng Giaw

Home Minister -

Information Minister - Jeff Ooi

Law Minister - Teng Chang Khim

Manpower Minister -

Sports Minister -

Technology Minister -

Trade Minister - Khalid

Transport Minister - Liew Chin Tong

(Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)

Anonymous said...

Ketuanan Melayu

Ketuanan Rakyat

Ketuanan Ummah

Ketuanan Islam

Hmm...