Thursday, April 10, 2008

BUKU TAN SRI BASIR ISMAIL


(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)

MELAYU KORPORAT, MELAYU BOLEH; SIAPA MENYAMAR MELAYU – MANAGEMENT ASTRAY OLEH ALLAHYARHAM TAN SRI BASIR ISMAIL.

Allahyarham Tan Sri Basir Ismail seorang pahlawan Melayu. Beliau amat prihatin terhadap hak dan nasib orang Melayu. Pandangannya tajam sekali. Ini termasuk pemerhatian bekas Pengerusi Kumpulan Fima Berhad ini terhadap usaha sesetengah kaum yang mengambil kesempatan menggelar diri mereka Bumiputera; walhal hakikat sebenarnya mereka mengamal, bertutur dan berkumpul hanya dalam kelompok kaum mereka yang asal.

Siapakah mereka ini yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya Melayu Celup?

Soalan ini terjawab bila anda membaca buku Management Astray – Resuscitating Ailing Organisations (Pengurusan Tersasar – Penyuburan Organisasi Kegawatan).

Buku diterbitkan oleh Berita Publishing dan ditulis sendiri oleh Allahyarham.

Sewaktu bertugas dalam pelbagai organisasi dan badan berkanun, Allahyarham sentiasa menerima tugasan dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk membaik-pulih syarikat yang mengalami kerugian, pengurusan lemah atau memerlukan kepakaran tertentu. Ini termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad sejurus institusi kewangan ini melalui peristiwa skandal BMF. Beliau juga menerajui Malaysia Airports Berhad yang ditugaskan untuk menyediakan litar lumba Formula 1.

Semua tugasan ini dipikul dengan jayanya oleh Allahyarham.

Dalam menjalankan tugas dan amanah itu, Allahyarham terpaksa menggunakan segala kepakaran dan kebijaksanaan beliau untuk menampan usaha pelbagai pihak yang berpengaruh untuk mencampuri hal pengurusan bagi kepentingan mereka sendiri. Usaha inilah yang Allahyarham menyifatkannya sebagai – “..those that went astray.” (pengurusan yang tersasar).

Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin menjejaki usaha dan gaya pengurusan dari seorang Wira Bangsa yang telah memainkan peranan utama di dalam sektor korporat Malaysia menuju era perindustrian dan pembangunan.

2 comments:

Anonymous said...

nampak macam bagus jer pengisiannya.hmmm itu hari tak sempat nak meninjau di gerai Berita Publishing sewaktu di Pesta Buku,insyallah awang akan cuba dapatkan.
tak sabar nak tahu kelompak kaum mana yang dimaksudkan itu.tapi rasa-rasa macam tau jer.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Berita Publishing sentiasa menerbitkan buku-buku bermutu untuk rakyat negara ini. Dapatkan buku itu segera untuk mengetahui pemikiran seorang Wira Bangsa.