Program ini menampilkan ramai blogger termasuk Capt Yusof, Nobisha dan Akram. Penyelia PHD saya, Prof Dr Mohd Safar Hasim (UKM) pun ada.
Panas juga perbincangannya. Sejam itu cepat berlalu kerana masing-masing ingin melontarkan pandangan dan hujjah mereka.
Tetapi, waktu program ini sama dengan AF6. Jadi mungkin tidak ramai orang muda yang menontonnya. Kalau Sdr menonton, ratingnya pasti bertambah satu lagi.
ahh AF hanya untuk jin(rujuk Advencer Sipeniup Niey novel Faisal Tehrani).saya dah tonton tadi,mmg best.dapat menyertai di rumah pun dah memadai. malangnya masa-masa dato sentiasa suka dipotong oleh dua mamat.iskhhh apa daa...bg lah tok rimau huraikan.iya saya bersetuju dgn kata2 dato ttg akhbar arus perdana iaitu ttg dasar2nya.walaupun saya bkn wartawan saya memahami dasar yg diperlukan.namun media arus perdana pada pandangan saya diwajahkan oleh sang editor dan pemegang alat kawalan jauh itu yg sebenarnya. saya suka dgn berita harian untuk versi bahasa melayu,saya membaca BH semenjak darjah 2 ketika itu hanya tiga puluh sen harga BH.ketika di tingkatan 6rendah dan 6atas ada beberapa artikel saya termuat dalam siri surat pembaca setiap kali termuat ada diletakan gambar oleh editor menjadi tajuk utama pada ruangan surat pembaca.saya bangga dan amat menyukai serta menyenangi BH pada ketika itu kerana saya merasakan editornya lebih terbuka.namun sehingga kini pun saya masih dgn BH walaupun kurang sengat BH skrg nih.akhbar versi Inggeris pula saya menyenangi The Star dan The Sun pada suatu ketika The Malay Mail. Seharusnya Perspektif Kita dapat dijadikan model kpd rancangan blog.
inilah kebaikan ruangan2 blog para pembaca atau sesiapa yg ingin nak komen dpt berinteraksi secara terus dan mendapat maklumbalas yg serta merta dari penulis.cthnya macam tok rimau,tok sendiri mengakui komen2 yg dilontarkan perlu dijawab dan diperjelaskan,mmg benar jikalau malas nak menjawab kalahlah kita.
arghhh...banyaklah lagi yg nak dirumuskan mmg seronok duduk di dalam blog ini.
merapu-rapu saja dato bergurau-gurauan namun dalam gurauan ada kebenaran.
Media arus perdana (MSM) perlu memainkan peranan dalam menjelaskan semua dasar kerajaan bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan menangkis tuduhan serta tohmahan pihak tertentu.
Jika MSM gagal melaksanakan tugas ini tetapi asyik menjadi "doktor pusing" untuk pihak tertentu, rakyat akan menjadi mual dan meluat. Ketika itulah mereka mencari sumber berita alternatif yang boleh membentuk pemikiran mereka. Kini mereka membaca news portal, weblog dan blog.
Adalah malang jika mereka tertarik dengan sumber alternatif ini kerana faktor tertentu seperti juicy, terus terang dan ada unsur pembongkaran. Ketika itu, sukar untuk menukar mindset mereka, apatah lagi jika mereka sudah menolak MSM jauh-jauh. Membeli MSM sekadar untuk melihat berita sukan atau berita tertentu saja.
Dalam media elektronik, saya beberapa kali mencadangkan agar RTM1 dijadikan saluran berita dan hal-ehwal semasa agar saluran ini digunakan untuk menangkis tohmahan dan tuduhan. Lupakan saja usaha mencari iklan bagi RTM1 kerana kerajaan mempunyai wang untuk memberi peruntukan kepada saluran berita ini. Namun, jika pengiklan sudah yakin dengan kehebatan saluran berita itu, mereka akan datang juga akhirnya. Yakinlah.
Keep your day job and start minding your own business.
PENAFIAN
Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.
Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang hanya membuat apabila disuruh. LUKMAN AL-HAKIM.
RUKUN NEGARA
LATAR BELAKANG
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara. MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan.
memelihara corak hidup demokratik.
mencipta sebuah masyarakat yang adil.
menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara - a)Kepercayaan kepada Tuhan -
agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
rakyat yang beragama mudah diurus.
perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -
semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
c)Keluhuran Perlembagaan -
perlembagaan merupakan undang-undang utama
perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya
d)Kedaulatan Undang-Undang -
rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
e)Kesopanan Dan Kesusilaan -
rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
4 comments:
salam tok rimau,
saya pasti tidak akan ketinggalan utk menontonnya.
Sdr Awang,
Program ini menampilkan ramai blogger termasuk Capt Yusof, Nobisha dan Akram. Penyelia PHD saya, Prof Dr Mohd Safar Hasim (UKM) pun ada.
Panas juga perbincangannya. Sejam itu cepat berlalu kerana masing-masing ingin melontarkan pandangan dan hujjah mereka.
Tetapi, waktu program ini sama dengan AF6. Jadi mungkin tidak ramai orang muda yang menontonnya. Kalau Sdr menonton, ratingnya pasti bertambah satu lagi.
ahh AF hanya untuk jin(rujuk Advencer Sipeniup Niey novel Faisal Tehrani).saya dah tonton tadi,mmg best.dapat menyertai di rumah pun dah memadai.
malangnya masa-masa dato sentiasa suka dipotong oleh dua mamat.iskhhh apa daa...bg lah tok rimau huraikan.iya saya bersetuju dgn kata2 dato ttg akhbar arus perdana iaitu ttg dasar2nya.walaupun saya bkn wartawan saya memahami dasar yg diperlukan.namun media arus perdana pada pandangan saya diwajahkan oleh sang editor dan pemegang alat kawalan jauh itu yg sebenarnya.
saya suka dgn berita harian untuk versi bahasa melayu,saya membaca BH semenjak darjah 2 ketika itu hanya tiga puluh sen harga BH.ketika di tingkatan 6rendah dan 6atas ada beberapa artikel saya termuat dalam siri surat pembaca setiap kali termuat ada diletakan gambar oleh editor menjadi tajuk utama pada ruangan surat pembaca.saya bangga dan amat menyukai serta menyenangi BH pada ketika itu kerana saya merasakan editornya lebih terbuka.namun sehingga kini pun saya masih dgn BH walaupun kurang sengat BH skrg nih.akhbar versi Inggeris pula saya menyenangi The Star dan The Sun pada suatu ketika The Malay Mail.
Seharusnya Perspektif Kita dapat dijadikan model kpd rancangan blog.

Post a Comment