Friday, April 25, 2008

KEMENTERIAN JALAN RAYA

Wartawan diajar untuk memastikan fakta dan angka ditulis dengan tepat. Ini membabitkan nama, tempat, umur ataupun gelaran. Sikap ini penting untuk memastikan berita itu ditulis dengan tepat dan masuk akal. Individu boleh jadi berang jika ejaan namanya salah. Berita akan menjadi bahan jenaka jika rompakan RM70 juta ditulis RM7 saja. Pembaca menjadi marah jika angka di media yang dibacanya berbeza dengan media lain. Lebih bahaya, jika beliau mempercayai media yang dibacanya saja.

Apa pun, baru-baru ini sebuah hotel terkemuka menulis di papan kenyataan berhubung majlis membabitkan satu kementerian. Hotel itu menulis, "Kementerian Jalan Raya" dan ini membuatkan semua yang membacanya tersenyum malah ada yang ketawa. Jika Menteri Kerjaraya tahu mengenai perkara ini sudah tentu hotel itu tidak akan mendapat tempat dihatinya. Memalukan dan memaparkan sikap pengurusan hotel.

Hakikatnya, bukan wartawan saja yang perlu memastikan fakta itu betul. Semua pihak perlu mengamalkan sikap sedemikian. Jika tidak berhati-hati dengan fakta dan angka, kita akan dilihat sebagai golongan "tidak pergi sekolah".

4 comments:

JBingkasan said...

Di Sabah ada sebuah kedai yang namanya `Kedai Makan Rakyat'.

Norizan Sharif said...

Dato, nama ni kita yang beri. Kalau tak sesuai boleh tukar. Kerja Raya asalnya Public Works. Kalau tukar nama baru pun OK. Lama-lama guna nama yang sama pun boring gak :)

ibrahim yahaya said...

Sdr JB,

Apa khabar baa? Harap semua ok ya.

Di Negeri Sembilan, ada "Restoran Selamat". Yang menarik, berdekatannya ada balai polis.

Dulu, ketika mengikuti treasure hunt atau mencari harta karun salah satu soalannya ialah jika rasa tidak selamat, kemanakah anda akan pergi? Susah nak jawab tu.

Apa pun, jangan pula ada "Kedai Makan Orang".

ibrahim yahaya said...

Sdr Norizan,

Betul jugak tu. Tapi kalau Kementerian Jalan Raya, pelik sikit bunyinya. Menteri bukan jaga jalan raya saja. Macam-macam termasuk kemudahan di Parlimen.

Kelmarin, beliau melawat Parlimen bagi memastikan bumbung tidak bocor. Memastikan kerajaan tidak dibelasah lagi kerana salah kontraktor atau orang lain.

Pemimpin veteran Gerakan, DS Dr Lim Keng Yaik berkata, kerajaan mesti membuat sesuatu projek dengan baik supaya jangan selalu sangat perlu minta maaf kepada rakyat. Lama-lama rakyat marah kerana projek selalunya tidak sempurna dan bermasalah.