Wednesday, April 30, 2008

PERGI YANG TAK KEMBALI


(Allahyarham Faizal Fadzil. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin)

Bagi AF Yassin, kerinduan terhadap anaknya akan berkekalan.

Untuk itu, beliau mengabadikan berita kematian anaknya dalam blog GADONGNS.BLOGSPOT.COM .

Beliau turut menyertakan cerpen anaknya, FAIZAL FADZIL yang tidak pernah disiarkan untuk bacaan anda sekelian.

Selamat menulis AF Yassin.

5 comments:

rizal hashim said...

salam, datuk,

saya antara yang mengiringi jenazahnya ke kubur.

sudah lebih setahun pemergian faizal, yang saya anggap seorang penulis politikal yang prolifik.

ketika saya sama-sama dengan arwah di bawah teraju datuk di news desk bh dulu, arwah antara sebab-sebab saya seronok nak datang kerja.

antara geng kami saodi, ebi, pn raihanah, veena, salina.

saya masih menyimpan gambar arwah di sisi saya yang menjadi pengapit bagi pengantin baru Saodi pada tahun 1996.

Al-Fatihah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Saya berbangga dapat mengetuai kumpulan meja berita BH yang dinamik dan bertanggungjawab ketika itu. Masing-masing berlumba-lumba untuk mencari "scoop" atau menulis angle yang berlainan daripada akhbar lain. Tidak hairanlah BH menjadi akhbar nombor satu di Malaysia termasuk mengalahkan akhbar berbahasa Inggeris dan Cina. Hebat kali pertama.

Tiga minggu lalu saya makan tengahari dengan Ebi yang kini bertugas di syarikat pengangkutan. Bukan jadi driver ya, tetapi GM Corporate Communications. Anak muda ini pernah mengetuai upacara mengangkat sumpah ketika menyambut hari kemerdekaan. Hebat kali kedua.

Ketika Saodi kahwin, saya sampai lewat, sebelah petang dari Perlis (kalau tidak silap kerana balik kampung jengok mentua). Saya dapat juga menjamah nasi orang kahwin dan Saodi serta pasangannya sedia menunggu kami sehingga selesai makan sebelum "tutup kedai". Hebat kali ketiga.

Apa pun, memang seronok bekerja ketika itu sehinggalah kita mengambil laluan masing-masing. Hebat kali keempat kerana keseronokan bekerja dengan insan yang benar-benar memahami dan menghayati dunia kewartawanan.

rizal hashim said...

DIY,

Memang saya setuju dengan Datuk.

Team yang ada ketika itu memang cukup berwibawa. Saya lupa nak sebut nama-nama senior seumpama Wan Sab, Zulkofli Jamaluddin, Mohd Shah Abdullah, dan ramai lagi yang tak tersebut.

Ebi pula memang dari berketrampilan. Cukup senang bergaul dengan semua orang dan juga bos-bos hinggakan mencetus rasa tidak senang di kalangan mereka yang cemburu.

Kini dah berpangkat GM dah dia. Eloklah tu. Saya juga mengikuti perkembangannya menerusi blognya, DIY.

Hebat, hebat, hebat, hebat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Sebut Mohd Shah Abdullah, saya melihat beliau berpotensi untuk menjadi pemimpin politik yang baik. Ini kerana aura kepemimpinannya ada dan mempunyai pendidikan agama yang kuat.

Beliau suka bergaul dengan penduduk dan masyarakat kampung serta turut menjadi imam. (Sijil tauliah untuk menjadi imam diperolehi di London, ketika beliau belajar di sana. Jauh tu).

Tetapi Sdr Mohd Shah, seperti biasa tidak mahu kehadapan dan kini terpulanglah pemimpin politik Negeri Sembilan untuk mencarinya.

Wan Sab kini di TV9. Mencari pengalaman macam saya yang pernah berkhidmat di media cetak, majalah dan media elektronik.

Bulan lalu, saya juga makan tengahari dengan Sdr Ismail Mat di Kota Bahru, Kelantan. Beliau tetap segak dan kini memimpin biro. Seperti biasa, wartawan BH sentiasa peramah dan tidak sombong.

ZJ? Dimana?

A.F.YASSIN said...

Dato'
Terpaku. Tidak semena-mena kelopak mata mulai berair dan beberapa saat kemudian ia jatuh dan lurut ke bawah melalui pipi yang sudah mula menampakkan kedut usia tua. Tidak saya jangka seorang insan seperti saya ini yang menghampiri "maghrib" boleh menjadi sebak dan terharu. Begitu mendalam keharuan dan luluh dalam sebak emosi. Wajah anak kesayangan begitu dekat di depan mata tetapi terlalu jauh untuk digapai. Namun itulah hakikat dan saya hanya dapat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' kerana simpati seikhlas itu dan juga kepada kawan-kawan yang terus dan turut sama berdukacita. Semoga wajah dan keikhlasan Allahyarham akan terus bersemadi dalam ingatan kalian sebagai satu momento abadi.
Al-Fatihah!